Kita selalu lihat orang selalu akan moody bila hujan sepanjang hari. Ada juga yang akan tampak riang atau happy apabila cuaca begitu baik sepanjang hari. Bila tiba hujan dan cuaca yang tak menentu, ada juga yang menunjukkan berbagai emosi.
Jadi adakah emosi manusia ini boleh terpengaruh dengan cuaca? Bolehkah ia menjadi faktor utama keadaan dan suasana orang di sekeliling kita di pengaruhi oleh perubahan cuaca? Mungkin jawapannya ya ataupun tidak, boleh terjadi tidak barangkali.
Emosi mengikut cuaca
Kalau anda pernah tengok cerita filem siri X-Men, sudah pasti anda kenal satu watak yang bernama Storm. Watak itu mempunyai kuasa yang boleh mempengaruh cuaca mengikut moodnya. Jadi, dalam realitinya, adakah manusia boleh terpengaruh dengan keadaan cuaca di sekeliling?
Menurut Houston Methodist, dalam kajian sains, isu ini telah menjadi satu perdebatan yang hebat kerana ianya belum di kenalpasti sama ada sebetulnya-betulnya emosi itu boleh terpengaruh dengan cuaca. Ada juga yang menyatakan ia mengikut emosi individu tersebut.
Pada tahun 1984, terdapat kajian yang di lakukan untuk mengenalpasti perubahan emosi yang mengakibatkan anxiety dan kemurungan oleh kerana perubahan cuaca. Terdapat beberapa faktor cuaca yang mempengaruhi seperti:
Cahaya dari matahari
Suhu
Angin
Kelembapan
Kajian itu mendapati kadar cahaya matahari, suhu dan juga kelembapan banyak mempengaruhi faktor perubahan emosi. Ia menunjukkan kadar kelembapan yang tinggi boleh mengurangkan konsentrasi atau fokus sesorang dan membuatkan mengantuk.
Jadi adakah betul emosi di pengaruhi cuaca
Sebenarnya terdapat kajian yang menunjukkan emosi tidak ada kena mengena dengan cuaca. Hasil kajian yang meneliti isu ini tidak dapat menjelaskan kesahihan kajian ini dan cenderung tidak dapat membuktikan satu kesimpulan.
Ads
Pada tahun 2008, kajian telah di lakukan dan di dapati cuaca sememangnya tidak mempengaruhi emosi yang ceria. Hal ini kerana, terdedah kepada cahaya yang banyak dan suhu yang baik tidak menjamin seseorang itu akan cenderung untuk gembira.
Oleh dengan itu, ia tidak di sangkal bahawa tiada yang berkait cuma akan memberikan kesan yang minor kepada manusia sebagai contoh cahaya matahari yang panas akan membuatkan seseorang tidak selesa. Namun, kajian pada tahun 2005, ada menunjukkan kesimpulan bahawa manusia akan mudah terpengaruh dengan cuaca apabila mereka melakukan aktiviti di luar.
Ads
Jadi, jika henda di katakan mempengaruh, ia sama sekali akan memberikan kesan yang sedikit sahaja terhadap manusia. Selepas ini, anda boleh lihat perubahan cuaca terhadap rakan-rakan anda, pasti mereka akan memberikan reaksi sedikit tetapi hanya sekadar buat seketika waktu sahaja.
Tidak dinafikan gaya hidup masa ini yang semakin mengejar kemajuan menyebabkan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘stress’. Masalah ini bukan sahaja disebabkan urusan kerja di pejabat, tetapi juga perihal anak-anak dan suami. Malah beban kewangan atau alami masalah kesesakan jalan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ‘stress’ hingga mengakibat depresi atau kemurungan. Perkongsian wanita ini yang pernah berdepan masalah ini tetapi sempat pulih sebelum keadaan menjadi semakin teruk. Bukan setahun dua tetapi bertahun-tahun Nazia Suhaimi berdepan masalah ini dan akhirnya berjaya melawan masalah kemurungan ini.
Beberapa tahun saya hidup menahan emosi yang bercelaru, tak boleh tidur malam, bila tidur mimpi menakutkan. Takut nak tidur. Bila tertidur, mimpi tadi sambung semula!
Bila waktu siang, tak cukup rehat. Dengar anak menangis, menjerit, melalak, melolong. Rasa nak tampar-tampar je si anak. Bingit! Kalau kurang sabar, sikit lagi nak dera si anak!
Bila turun lif, rasa macam akan mati terhempas.
Bila bawa kereta, rasa macam bila-bila masa akan mati kemalangan.
Bila bawa anak ke kedai, bila-bila masa rasa anak akan diculik.
Bila dah mula fikir macam-macam, dada berdenyut kencang, nafas berombak, dahi berpeluh dingin, tangan menggeletar.
Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni.
Tak tahan. Badan penat tapi nak rehat pun tak boleh.
Sampai satu tahap rasa nak berhentikan semuanya tapi macam mana nak berhenti?
Dah ambil wuduk, dah solat, dah doa, dah minta ampun suami, dah maafkan semua orang.
Sudahlah rasa diri tak guna, tak dihargai, takut. Sekarang rasa risau melampau mula makan diri.
Aku nak mati! Aku cuma nak stop! Tak tahan! Jerit hati.
Tapi tak boleh mati, Allah tak terima orang mati bunuh diri.
Dalam menghadapi situasi ini dia masih mengingati Allah.
Saya doa banyak-banyak, Ya Allah tunjukkan aku jalan apa yang paling baik buat akhiratku.
Saya berkahwin dengan jodoh yang sangat baik. Pada awalnya suami saya pun pening dengan “mental” saya tapi beliau sangat sangat sangat sabar.
Sepanjang rasa sengsara, 7 tahun lamanya. Satu pagi saya bangun, saya nekad untuk sihat. Saya sangat penat dengan diri sendiri. Penat rasa nak mati. Penat rasa beban. Penat rasa “mental”.
Dan saya bangun dan fight semua ketakutan. Saya terima kegagalan saya. Saya terima kelemahan saya.
Dan saya belajar untuk bersyukur.
Orang tanya saya macam mana nak sihat? Pecahkan tembok ketakutan, kegagalan, rasa malu, rasa rendah diri. Sabar. Satu-satu tembok akan pecah dan kita akan berani keluar dari “gua” kita.
Hari ini saya mampu bercakap secara terbuka tentang sakit mental yang saya alami.
Hari ini saya mampu tersenyum dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa.
Hari ini saya bangga menjadi seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak saya.
Hari ini saya mampu terima kegagalan saya dan saya akan kembali sambung belajar.
Hari ini saya ada matlamat hidup setiap hari. Kenapa saya mesti hidup pada hari ini.
Hari ini, sama ada keadaan baik atau buruk. Saya tetap hargai apa yang terjadi.
Hari ini saya belajar untuk bersyukur bagi setiap detik.
Macam mana pula dengan hari anda?
Saya bergegas ke klinik kesihatan berdekatan. Bila masuk bilik jumpa doktor. Doktor tanya ya awak sakit apa? Masa tu saya dah tak ambil pusing seorang lagi doktor dan pesakitnya.
“Saya rasa nak mati”
Pada masa ini saya cerita semua yang saya alami. Doktor lebih banyak diam sambil-sambil menaip di komputer.
Tak lama kemudian, keluar salinan surat untuk dirujuk ke hospital.
Saya kemudian ke hospital. Serah surat bahagian psikiatri. Tak lama kemudian doktor pakar panggil masuk.
Awak seorang? Ya pada masa ini suami saya ada komitmen kerja. Saya bawa anak-anak. Doktor tanya kenapa dan saya ulang cerita macam di klinik tadi tapi kali ini air mata saya menitik lebat.
Tak ada malu lagi. Saya mahu sihat.
Doktor dengar dengan baik apa yang saya katakan. Sangat melegakan bila doktor kata “ini adalah satu penyakit dan bukan salah awak”
Sepatutnya saya perlu ditahan wad, disebabkan anak kedua saya masih menyusu badan jadi doktor nasihatkan saya berehat dirumah saja.
Saya diberi ubat yang agak kuat buat 2 minggu pertama. Lebih banyak tidur. Kerja rumah semua ke laut. Mujur suami saya balik tengah hari belikan makanan.
2 minggu kemudian saya kembali berjumpa doktor. Kali ini rasa nak mati, risau sudah mula berkurang sedikit.
Sebulan kemudian, rasa nak mati itu sudah tiada. Risau, down masih ada tapi tidak seteruk bulan-bulan sebelumnya.
Kemudian jarak appoiment bersama pakar berkurang dari 3 bulan dan sekarang 5 bulan untuk temujanji seterusnya.
Ianya tidaklah teruk sangat seperti yang digambarkan oleh stigma masyarakat yang kononnya bila jumpa pakar sakit jiwa, kita ini GILA. Bahkan sewaktu saya menunggu giliran untuk berjumpa doktor, ada juga pesakit lain yang berpakaian kemas siap bertie lagi.
Untuk mula dapatkan rawatan, anda sendiri perlu BERANI untuk berterus-terang dengan doktor.
Sebelum ini, memang saya sudah dapatkan rawatan tapi KESILAPAN saya, saya berhenti makan ubat dan jumpa doktor SERTA-MERTA kerana pada masa itu saya rasa saya macam orang GILA.
Kesannya, bila default (berhenti dapatkan rawatan) kesan sakit akan jadi lebih teruk dan untuk sembuh, perlu ambil ubat untuk masa yang lebih panjang.
Saya sendiri dijelaskan oleh doktor, untuk turunkan dos ubat bagi rawatan saya, mungkin mengambil masa lebih kurang 2 tahun.
Pengambilan ubat memang akan ada kesan pada hati, pada masa yang sama doktor nasihatkan saya untuk jaga pemakanan dan bersenam
1. Saya amalkan istighfar sepanjang masa. Kebergantungan pada Allah kena kuat.
2. Saya cuba aroma terapi dengan Young Living essential oil (EO). Ada masa, walaupun sudah makan ubat tapi saya masih sukar untuk tidur. Jadi saya calitkan saja sedikit EO di bantal.
3. Saya mula kurangkan makan benda yang manis, fast food, cikedis dll
4. Petang-petang riadah dengan anak-anak (lebih kurang bersenam)
5. Mula wujudkan hobi sebagai terapi (sebelum ni hobi pun tak ada sebab terlalu sibuk risau macam-macam)
6. Bergaul dengan orang. Satu tahap saya pernah rasa terlalu takut nak berjumpa dengan orang. Jiran datang ketuk pintu, saya lari masuk bilik. Pada awal pengalaman ambil job wedding photography, saya kena panic attack sebab macam terkejut ramai sangat orang, muzik kuat. Rasa nak pitam, nak muntah, mata pun dah naik juling, semua ada.
Job-job seterusnya pun saya masih kena panic attack tapi jangan risau, ianya akan berkurang.
7. Akhir sekali, paling penting, UNFOLLOW semua yang bawa perkara negatif. Kita nak positif kena buang semua perkara yang tak baik. Kalau perlu unfriend, left group, delete account, buat saja. Bukan nak putus silaturahim pun. Jangan sampai dekat luar pun tak tegur.
8. Muka mesti mau senyum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Barangkali saat penulis mencoret bingkisan artikel tentang single terbaru penyanyi ini, dia sedang sibuk menjalankan proses persiapan konsertnya yang bakal tiba. Dimulakan dengan alunan gemersik melodi biola sebagai susur intro lagu terbarunya, Terus Hidup. Maka, bermulalah segala gabungan vokal terbaik, irama merintis jiwa, lirik yang menyentuh hati, deruan muzik berkarisma tinggi menghantui penulis untuk mendengarnya berulang kali.
Aina Abdul. Kita berbicara tentang seorang figura yang punya aura dan magisnya sendiri. Jika diteliti satu persatu sentuhan karya agungnya, Sepi, Semalam dan Nafas Cinta, semuanya umpama bunga yang kembang semerbak indah di halaman taman yang menghijau. Maksudnya, corak lagu yang dihasilkan penghidup landskap industri muzik tempatan.
Terus Hidup, yang baru sahaja dilancarkan pada hari ini jam 12 pagi tadi, umpama sebuah diari hidupnya yang punya ceritera sendiri. Menurut Aina, ia merupakan bingkisan peribadi yang dihasilkan bersama Jenny Chin, yang dianggap sebagai ‘balik gim idea’.
Kongsinya, idea untuk mendapatkan lagu ini muncul saat dia pulang dari gim. Bahagian korusnya dapat apabila dia menaiki tangga untuk pulang ke rumah namun masih samar. Memberi masa dan ruang untuk inspirasi mengalir di minda, sehinggalah menjadi Terus Hidup.
The day that I just got back home from gym, hence why Aina label the melody as ‘balik gym idea’ cause literally was walking from my packing spot then jalan naik tangga nak balik rumah, i got the chorus idea.
Well, originally tak dapat the exact flow how to end the chorus but things need proses.
Dalam masa itu juga, corak muzik juga berubah sebelum mendapat Terus Hidup yang sempurna. Baginya, ia merupakan satu-satunya lagu yang dihasilkan sambil berjalan kaki.
There’s so many ‘after gym’ labeled, even key change pun berlaku..so ya this one of the writing process for Terus Hidup. The first song I wrote sambil berjalan kaki. At least for the hook part la.
Terus Hidup boleh didengari di Spotify serta di laman YouTube bermula dari hari ini. Aina Abdul juga bakal muncul dengan konsert yang dinanti-nantikan oleh orang ramai, A Night With Aina Abdul 2.0 pada 25 dan 26 Jun 2022.
Tawaran hebat seperti 1.1?7.7?8.8?12.12 pastinya membuatkan kamu tidak berjauhan dengan telefon bimbit kamu bukan? Hanya menggunakan hujung jari sahaja, kamu leka membeli barangan yang kadang-kala bukanlah keperluan malah hanya kehendak mengikut nafsu semata-mata.
Awas! Kamu dalam bahaya! Situasi ini amat membahayakan dengan situasi sekarang yang tidak menentu. Keadaan ekonomi dunia yang semakin goyak disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa. Banyak syarikat yang ‘gulung tikar’ serta ramai juga yang diberhentikan kerja, jadi kamu harus hentikan tabiat kamu menjadi seorang ‘shopaholic’!
Aplikasi jualan dalam talian amat suka menarik minat kamu, tambahan pula apabila mereka menggunakan kaedah ‘odd-even pricing’ dalam harga jualan mereka, sudah tentu kamu akan rambang mata membeli-belah. Hentikan semua itu dan mula kawal cara berbelanja kamu dengan lebih bijak!
Untuk kamu yang sememangnya ‘shopaholic’, pasti ada punca mengapa kamu jadi begitu. Kenal pasti mengapa kamu lebih suka membelanja barangan yang tidak penting. Kunci untuk mengawal perbelanjaan mengikut emosi ini adalah dengan mengenal pasti penyebabnya. Adakah ‘mood’ yang akan menyebabkan kamu membeli-belah secara berlebihan? Ia bergantung kepada sesetengah individu kerana ada yang terlebih berbelanja sewaktu mereka berasa gembira dan ada juga sewaktu sedih. Jika berasa gembira, mungkin kamu berbelanja untuk meraikan sesuatu. Bertentangan pula apabila kamu sedih kerana mungkin kamu ingin mengawal perasaan tersebut dengan membeli-belah. Penting untuk kamu mengetahui bahawa perasaan ini hanyalah sementara dan membeli-belah bukannya penyelesaian yang dapat membantu anda dalam jangka masa panjang. Hanya dengan cara mengenal pasti puncanya, ia dapat membantu kamu dari melakukan pembaziran.
Ini juga antara teknik terbaik untuk kamu tidak melakukan ‘bad investment’. Salah satu cara untuk mengawal perbelanjaan mengikut emosi ini ialah dengan menggunakan teknik 24 jam. Apabila kamu ingin membeli sesuatu dan pada keesokan harinya kamu tidak lagi menginginkannya, jangan beli barang tersebut. Pastikan kamu tunggu sekurang-kurangnya sehari atau lebih sebelum membuat keputusan. Kadang-kala kamu juga mungkin akan melupakan barang tersebut. Jika ia membantu, simpan senarai barang-barang yang diingini dan minta kawan-kawan untuk belikan sebagai hadiah hari jadi atau tunggu sehingga kamu mampu membelinya.
Duit bukanlah seperti air. Apabila kamu berbelanja tanpa meletakkan sebarang bajet, maka RM 50 pun boleh dilihat sebagai RM 1. RM 100 hanya dilihat sebagai RM 10. Adakah ia berbaloi? Adakah produk yang dibeli itu meringankan beban kehidupan kamu? Maka, untuk mengelakkan dari pembaziran, tetapkan sebuah jumlah bajet sebelum kamu membeli-belah. Dengan bajet yang ditetapkan, membeli-belah tidak akan menjadi sebarang masalah. Cuba tetapkan bajet bulanan mengikut had kemampuan kamu yang masih dapat memberikan suatu kepuasan semasa berbelanja. Dengan itu, kamu masih mampu memberi ganjaran kepada diri sebagai tanda penghargaan kerana bajet pembelanjaan sudahpun ditetapkan. Jika ianya tidak digunakan, kamu boleh jadikan sebagai simpanan!
Hal ini seringkali berlaku kepada mereka yang begitu sensitif melihat nombor pada harga produk. Misalnya harga itu dijual pada jumlah RM 99.99, terus kamu rasakan harganya murah kerana masih di bawah RM 100. Hakikatnya, semua tawaran, promosi mahupun iklan sedang bermain tarik-talik dengan minda kamu dengan menggunakan kuasa psikologi. Kurangkan melihat iklan kerana ia dapat mengurangkan perasaan ingin membeli sesuatu secara tiba-tiba, terutama sekali apabila barang tersebut menawarkan diskaun menarik. Kamu juga boleh berhenti melanggan emel-emel promosi untuk mengawal diri. Cuba luangkan masa dengan melayari laman web yang tidak berkaitan dengan beli-belah atau lakukan aktiviti lain yang tidak melibatkan internet.
Sama seperti iklan, cuba kurangkan masa kamu dari mengunjungi pusat membeli-belah, melihat aplikasi jualan secara dalam talian atau dari keadaan yang akan mendorong kamu untuk membeli. Banyak lagi aktiviti lain yang dapat dilakukan bersama yang tersayang seperti beriadah, memasak atau bersenam. Ia bukan sahaja dapat mengisi masa kamu malah ia juga lebih jimat berbanding membeli-belah.
Jika kamu suka membeli-belah dalam talian, cuba kurangkan masa dari mengakses laman web tersebut. Bila kamu kurang meluangkan masa melayari aplikasi atau laman web sebegitu, anda akan dapat merasakan anda kurang berbelanja. Cuba elak daripada menyimpan maklumat kad kredit anda di laman web membeli-belah. Sebaliknya, gunakan masa untuk mengisi semula maklumat kad kredit dan informasi lain untuk memikirkan sama ada perlukah anda membeli barang tersebut.
Jika kamu sering menjadikan membeli-belah sebagai aktiviti masa lapang, mungkin inilah masanya untuk kamu tukar kepada aktiviti lain yang lebih jimat, berfaedah dan membantu mengawal tabiat membeli-belah mengikut emosi. Jika kamu tidak mempunyai hari yang baik di tempat kerja, lakukan jenis senaman yang menyeronokkan, hubungi rakan kamu atau pergi ke kafe kegemaran!
Membeli-belah sememangnya seronok dan dapat menggembirakan kamu tetapi jika ia memudaratkan anda, adalah lebih baik jika anda kurangkan tabiat itu. Takut nanti dibebani hutang pula. Pastikan status kewangan stabil dahulu sebelum membuat keputusan untuk berbelanja, barulah kamu lebih gembira, dompet pun tak merana.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.