Pelakon terkenal, Rita Rudaini berkongsi suatu perkara positif di laman sosialnya iaitu mengenai kucing yang menjadi asbab kepada rezeki yang datang dalam hidup kita.

Jelasnya, dia mendidik anak-anaknya agar sentiasa memberikan makanan dan air buat kucing setiap hari sebelum ke sekolah agar mereka memahami erti berkongsi rezeki.

Setiap hari sebelum pergi sekolah, mesti singgah bagi makanan dan air pada kucing….

Didik anak-anak berkongsi rezeki sesama makhluk…

Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang-kadang pergi buang tapi datang balik.. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah-ruah telah diperuntukkan Allah SWT untuk kita.

IKLAN

Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dengan keikhlasan kita dan doa dari kucing untuk tuan rumah.

Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.

IKLAN

Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tetapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat.

Kadang-kadang kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan kita. Tapi ingatlah bahawa Allah SWT menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.

Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain?

IKLAN

Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk.

Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas…

View this post on Instagram

Setiap hari sblm p sek,mesti singgah bg mknan n air kt kucing…. Didik anak2 berkongsi rezeki sesama makhluk… Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kdg2 pergi buang tp dtg balik..Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah swt untuk kita. Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dgn keikhlasan kita dan doa dari kucing utk tuan rumah. Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita. Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tp juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat. Kdg2 kucing yang mendekati kita itu mungkin merimaskan kita.Tp ingatlah bahawa Allah swt menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita. Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain? Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas…

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Oleh itu sis, janganlah kita menghalau kucing apabila ia datang menghampiri kita. Kongsilah rezeki yang ada bersamanya. Kalau mahu lebih senang, apa kata kita sediakan terus makanan kucing di dalam kereta. Selepas ini, bolehlah anda memberinya makan jika terserempak dengan kucing jalanan. Mudahkan?

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI