Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian 22 pelajar tahfiz dan dua orang guru akibat kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat.
Hati admin cukup sayu mendengar azan yang berkumandang di surau berdekatan sedang api marak menjilat pusat tahfiz berkenaan.
Litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama dipercayai menjadi punca dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Abu Obaidat Mohamad berkata, perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama.
“Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri dari kawasan kebakaran.
“Selain itu, mangsa juga dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Tambahnya, bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut.
Ads
Melalui laporan Harian Metro, seorang daripada tahfiz berkenaan sempat memberi surat kepada ibunya semalam.
Norhayati Khalid,42, berkata, anaknya Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, memberi surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
Ads
“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,”
“Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap,” katanya.
“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa.
Ads
“Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.
“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.”
Menurut Norhayati, dia mendapat panggilan pada 6 pagi tadi sebelum ke lokasi kejadian.
“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar,” katanya.
Al-Fatihah buat semua mangsa dan semoga arwah mereka tergolong dalam para mujahid dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE & HARIAN METRO
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila kerajaan mengeluarkan arahan PKP, ramai antara anda yang hanya mementingkan stok makanan yang perlu di ‘stock up’ untuk simpanan keluarga. Agar memastikan semuanya cukup, lantas anda terlupa sehingga membuat pembelian panik.
Tetapi berapa ramai di antara anda yang sering memberi tumpuan pada ubat-ubatan yang perlu ada dalam simpanan rumah, umpama anda menyimpan first aid kit. Elak berkunjung ke hospital atau ke klnik sekiranya anda tiada penyakit-penyakit kecemasan. Anda akan lebih terdedah dengan virus yang menular sekiranya anda berada di hospital mahupun di tempat-tempat yang terdedah.
Di hospital misalnya,untuk mereka yang ingin menziarahi ahli keluarga yang sedang dirawat di dalam wad sekalipun digalakkan untuk tidak berbuat demikian kerana dikhuatiri dijangkiti pelbagai pembawa penyakit yang terdapat di hospital,termasuklah kemungkinan dijangkiti Covid-19.
Bagaimana hendak elak berkunjung ke hospital? Perkara yang paling penting untuk anda lakukan, pastikan ada kit kecemasan di dalam rumah bagi meringankan bebanan sakit yang tidak memerlukan anda berkunjung ke bahagian kecemasan. Melalui perkongsian Asmi Syabil cara kita menangani masalah ini memandangkan kita dalam fasa wabak Covid-19 sekarang, ramai di antara kita dinasihatkan untuk tidak berkunjung ke tempat-tempat yang ramai orang.
Antara perkara yang boleh menyakitkan hati adalah “menunggu”.
Tak kisah lah tengah tunggu kawan yang asyik “on da way”,atau tunggu saudara mara bersiap nak ke kenduri,menunggu duit gaji masuk,ianya bisa menyakitkan hati terutama bagi yang kurang sabar apabila perlu menunggu dengan jangkawaktu yang lama.
Bak lirik lagu “penantian itu satu penyiksaan”. Dan ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.(Tapi sentiasa tidak pernah surut😅)
Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.
Jadi,kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.
Jenama ini memang dikenali ramai. Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.
Dos disyorkan : 2 biji(sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8 biji sehari.
Ubat ini adalah antihistamin yang merawat gejala seperti gatal, hidung berair, mata berair, dan bersin dari “demam hay” dan alergi lain. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal.
Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari
Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti sudah kenal dengan ubat ini. Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama. Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini, elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.
Dos disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari.
Ubat tahan sakit atau radang.Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs. Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol. Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout. Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.
Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah juga digunakan untuk migraine. Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan. Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD. Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.
Dos disyorkan: 1 biji 2 kali sehari.
Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan. Namun anda disarankan untuk minum lebih air masak setelah mengalami cirit-birit.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Sama seperti Lomotil diatas,ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari
Sepertimana yang kita ketahui,badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik. Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.
Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.
Dos disyorkan : 1 paket apabila perlu.
Ubat ini sama fungsinya seperi Gaviscon, bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman. Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.
Dos disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.
Yang ini memang semua orang kenal. Boleh ja beli dimana-mana farmasi dan juga di 7-eleven, anda tidak perlu menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
Atau kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.
Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis.Ala,yang selalu bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan berair.
Yang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak. Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan. Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab.Tapi kebiasaan yang digunakan adalah: Suhu 38°C dan ke atas = demam
Sebab apa kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata? Sebab para doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.
Kalau anda beli di farmasi dan buat di rumah tu positif, hamil lah tu.Tak payahlah nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation.Tak cemas pun. Kurangkan sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan ye.
Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan. Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.
Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.
Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.
SUMBER: DR Asmi Syabil Pegawai Perubatan Kecemasan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru beberapa hari masuk bulan Zulkaedah dan tidak lama lagi akan berlangsung pula musim haji. Nampaknya tahun ini rezeki menyebelahi pelakon, penyanyi serta pengacara popular Erra Fazira yang bakal mengerjakan haji. Dalam kenyataan dalam Media Hiburan Online, Erra akan ke sana selama dua minggu tanpa ditemani rakan atau ahli keluarga.
Menurut kenyataan seorang rakannya, dia akan berada di sana nanti bersama jemaah lain menunaikan untuk Rukun Islam ke lima itu tanpa ditemani rakan-rakan atau keluarganya.
Malah pengacara baru untuk rancangan Bual Bicara musim terbaru Mingguan Wanita ini turut teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah. Sebelum ini dia pernah beberapa kali melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Dalam pada itu, melihat di laman sosialnya, Erra juga turut membuat persediaan dengan menghadiri majlis ilmu bersama teman-teman rapatnya. Menurunya walaupun tazkirah disampaikan ustaz pendek tetapi perkongsian ilmu yang padat itu sangat berbaloi dan memadai.
Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari Erra Fazira sendiri (tunaikan haji), tetapi netizen tetap doakan primadona kesayangan ramai ini akan mendapat haji yang mabrur dan segala urusan akan dipermudahkan nanti.
rozie.ismail Alhamdulillah. Semoga mendapat Haji yg mabrur. Selamat pergi & kembali…
sarkina_bee Allah kan ada? Tak perlu risau apabila kita dijemput sebagai TeTMUNYA….ada lg rakan2 wanita sbg mahram…saya dulu pun pergi sorang …dgn 2 lg rakan…Semunya Alhamdulillah…buat yg terbaik…Allah sentiasa permudahkan!
Dalam 13 hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan suci Ramadan Kareem yang diikutkan jatuh pada tanggal 23 Mac 2023. Sudah tentu ramai ingin bersiap sedia mulai awal bulan lagi untuk mengganti puasa yang tertinggal sebelum ini.
Bila bakal menjelang bulan Ramadan, pasti ramai yang risau jika diri tidak kuat untuk menahan nafsu dan tenaga untuk menghadapi puasa. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga punyai masalah untuk kekal bertenaga pada bulan suci itu.
Diikutkan lagi, ramai yang punyai tip mereka tersendiri untuk mengekalkan tenaga ketika berpuasa. Jadi ayuh kita lihat beberapa cara yang senang anda ikuti untuk kekal bertenaga walaupun berpuasa!
Ramai dalam kalangan kita yang selalu menghadapi masalah kurang minum air ketika berpuasa. Mungkin anda boleh cuba minum satu gelas air mengikut panduan masa di bawah:
Untuk mereka yang ganti puasa pada bulan ini bolehlah tukar masa berikut mengikut citarasa dan cara anda sendiri. Siapa tahu dengan ini anda akan lebih berdisiplin untuk kekal hidrasi meski pun berpuasa.
Kenapa kena kurangkan garam? Ini kerana tindak balas badan kepada garam akan membuatkan tubuh badan cepat dehidrasi dan berlakunya masalah kehilangan air yang cepat.
Maka, badan akan menjadi cepat lesu, letih sehinggakan tiada langsung tenaga untuk bercakap. Jadi kurangkan apa-apa makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi ya sis.
Ada dalam kalangan kita yang tidak mahu berpisah dari minum kafein seperti teh dan kopi. Sebenarnya, kafein punyai sifat diuretic yang tinggi, ia merangsang pembentukan air kencing dan memaksa tubuh menyingkirkan air dan garam dari badan.
Jadi, badan anda akan dehidrasi dan mula tidak bertenaga sepanjang berpuasa. Mulalah nanti mengantuk, kulit kering, pening kepala dan sebagainya, maka elakkan dari minum minuman kafein.
Untuk menghadapi kehidupan berpuasa anda harus sahur tidak kira apa pun. Ini kerana ia penting untuk bantu anda menambahkan tenaga sewaktu berpuasa dan pastikan badan kekal cergas sentiasa!
Bagi mereka yang malas dan tak tahu untuk ambil makanan atau minuman apa ketika sahur, bolehlah ambil satu paket minuman bertenaga MILO untuk pastikan anda kekal bertenaga!
Minuman bertenaga MILO ini juga menjadi pilihan yang bagus untuk anda yang inginkan minuman berkhasiat dan mudah di bancuh sewaktu sahur. Park Seo-Joon turut gemari minuman coklat ini kerana dapat mengekalkan tenaga berpanjangan.
“Saya juga selalu minum MILO awal pagi untuk berikan tenaga yang berpanjangan untuk lakukan rutin harian.”- Adriana Adnan
“Saya gemar minum MILO ais dan ada juga minum MILO 3in1 sebelum tidur.”- Yaya Zahir.
PERINGATAN! Pastikan anda jaga diri dan kesihatan dalam melakukan ibadah berpuasa. Jangan pula untuk ganti puasa kerana tak lama lagi dah hampir tiba untuk bulan Ramadan.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.