Umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk melaksanakan ibadah korban sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. Ibadah korban dibenarkan bermula selepas selesai solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijah dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah 1443H sebelum berakhir waktu Asar.
Ibadah korban merupakan sunnah muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut dalam Islam tetapi tidak diwajibkan. Ibadah korban juga merupakan salah satu cara umat Islam berkongsi rezeki dengan saudara seagama dan pada masa yang sama mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut.
Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Ads
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu.
Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom).
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orangramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
Memiliki rambut lurus sememangnya banyak kelebihan antaranya ianya mudah untuk diuruskan. Selain itu ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda berdandan berbanding rambut kerinting.
Wanita yang berambut kerinting biasanya memilih untuk melakukan teknik ‘rebonding’ atau meluruskan semula rambut kerana menganggap gaya seperti itu mudah diuruskan. Walau bagaimanapun dalam pada sibuk untuk meluruskan rambut, jangan pula sampai terlepas pandang soal hukum agama.
Berikut huraian lengkap daripada Ustazah Asma’ Harun tentang perbuatan meluruskan rambut.
SOALAN:
“Assalamualaikum ustazah, izinkan saya bertanya tentang hukum meluruskan rambut atau lebih dikenali sebagai rebonding. Adakah Islam melarang untuk kita melakukannya? Kerana saya sangat suka sekiranya rambut saya sentiasa kelihatan lurus dan cantik.”
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt. SubhanAllah, bagus soalan puan. Sememangnya Allah menjadikan fitrah wanita menyukai kecantikan. Lebih-lebih lagi tatkala melihat diri di cermin.
Bahkan kadang-kadang apabila melihat iklan di televisyen, majalah mahupun media sosial, kita mula terdetik di hati, “Teringin nak buat rebonding” atau “Cantiknya rambut dia, lurus je. Nak buat rebonding jugaklah”.
Dalam masa yang sama, hati kita tertanya-tanya juga, “Adakah ia dibolehkan dalam Islam atau tidak?”, “Sekiranya kita melakukannya, adakah ia dikira sebagai mengubah ciptaan Allah SWT?”
Alhamdulillah. Allah SWT masih menjentik hati dan iman kita supaya sentiasa berhati-hati dan beringat dalam melakukan sesuatu agar ia mendapat keredhaan bukan kemurkaan daripada-Nya.
ISLAM AGAMA YANG MENCINTAI KECANTIKAN DAN KEKEMASAN
Islam sangat menyarankan umatnya supaya kelihatan bersih dan kemas. Terdapat sebuah hadis yang menjelaskan bahawa Allah SWT bersih dan menyukai kebersihan.
Justeru, orang yang sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan, insya-Allah akan semula jadi kelihatan cantik.
Hadis Nabi Muhammad SAW:
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ، فَنَظِّفُوا، أُرَاهُ قَالَ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawanan. Maka, bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.” (HR al-Tirmizi, hadis dhaif)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan”. (HR Muslim, hadis sahih)
ASAS KECANTIKAN DALAM ISLAM
Hukum mencantikkan diri adalah harus pada asalnya. Walau bagaimanapun, keharusan ini boleh berubah menjadi haram apabila terdapat dalil pengharamannya sepertimana disebutkan dalam kaedah fiqh:
الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءَ الْإِبَاحَة حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيْلُ عَلَى التَّحْرِيْمِ
Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah mubah (harus) sehingga datangnya dalil yang menunjukkannya haram.”
REBONDING (MELURUSKAN) RAMBUT: BOLEH ATAU TIDAK?
Terdapat dua pendapat yang dibincangkan oleh ulama berkenaan hal ini.
1. HARUS
Sebahagian ulama berpendapat adalah harus melakukan rebonding mahupun mengerintingkan rambut sekiranya tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya.
Hal ini kerana, ia tidak mengubah struktur dan fungsi rambut yang asal, malah masih dalam konteks tidak kekal serta sangat berkait dengan kaedah dan tatacara menguruskan rambut.
Maksudnya: “Berkata Imam Nawawi: meluruskan rambut yang kerinting dalam Islam itu dibolehkan selama mana dengan izin suaminya. Jika sebaliknya, maka pembolehannya itu tertolak. Sementara dalam pandangan sebahagian ulama Hanbali, jika mengubah rambut dengan bertujuan seperti orang Fajir (sejenis fasiq), maka dilarang sama sekali. Dan jika tujuannya kerana izin suami, maka dibenarkan dan dibolehkan.” (Kitab Fathul Bari)
Antara tujuan dibenarkan syarak adalah seperti: a. Bukan mencantikkan rambut dengan bertujuan untuk melakukan maksiat. b. Mencantikkan dan menghias diri untuk keselesaan suami bagi wanita yang telah bernikah dengan mendapatkan keizinan suaminya atau atas permintaan suaminya sendiri. c. Melakukan dengan tujuan untuk mencantikkan dirinya sendiri sahaja bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Syarat-syarat sekiranya melakukan proses meluruskan rambut: a. Aurat dijaga dengan rapi dan sempurna daripada pandangan lelaki ajnabi dan wanita bukan Islam sama ada sebelum, semasa dan selepas proses rebonding dilakukan. b. Rebonding tersebut tidak menyerupai budaya orang kafir dan fasiq. c. Menggunakan bahan yang suci dan bersih serta tidak menghalang air untuk sampai ke bahagian tersebut ketika bersuci seperti mengambil wudhuk atau mandi wajib. d. Tidak menggunakan bahan kimia yang boleh mengubah struktur protein rambut secara kekal. e. Tidak menggunakan peralatan yang boleh mendatangkan kemudharatan dan kerosakan pada rambut dan diri sendiri.
Ini adalah pendapat yang membolehkan meluruskan rambut dengan tidak menjadikan ia sebagai mengubah ciptaan Allah SWT.
Di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
Maksudnya: “Barang siapa yang memiliki rambut, maka hendaklah dia memuliakannya.” (HR Abu Daud, hadis hasan)
2. HARAM
Sebahagian ulama mengharamkan perbuatan rebonding ini kerana diqiyaskan (menyamakan hukum) kepada hukum mengubah ciptaan Allah SWT berikutan terdapatnya bahan kimia yang digunakan bagi meluruskan rambut secara kekal.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
لَعَنَ اللهُ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالمُتَنَّمِصَاتِ ، وَالمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ المُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
Maksudnya: “Allah SWT melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu. Orang yang mencabut bulu mata dan orang yang diminta cabut bulu matanya. Orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan sehingga merubah ciptaan Allah SWT”. (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Syeikh Hani bin Abdullah al-Jubair menyebutkan dalam kitabnya, ad-Dhawabith asy-Syariyah fi Umliyati at-Tajmiliyah:
وَتَغْيِيرُ خَلْقَ اللّٰهُ هُوَ تَحْوِيلُ الشَّيئِ عَنْ صِفَاتِهِ حَتَّى كَأَنَّهُ شَيْئٌ آخَرَ أَوْ إِزَالَتُهُ عَنْهَا
Maksudnya: “Mengubah ciptaan Allah ialah melakukan perubahan sesuatu dari sifatnya sehingga menghilangkan keadaan asalnya.”
Imam Thabari juga menyatakan bahawa adalah dilarang bagi wanita yang mengubah ciptaan Allah SWT:
قَالَ الطَّبَرِي: لَا يَجُوزُ لِلْمَرْأَةِ تَغْيِيْرُ شَيْءٌ مِنْ خَلْقَتِهَا الَّتِي خَلَقَهَا اللّٰهُ عَلَيْهَا بِزِيَادَةٍ أَوْ نَقْصٍ التِمَاسِ الْحَسَنِ لَا لِلْزَّوجِ وَلَا لِغَيْرِهِ
Maksudnya: “Berkata Imam Thabari bahawa tidak disunatkan bagi wanita untuk mengubah ciptaan Allah SWT dengan cara menambah atau mengurangi anggota badannya, baik untuk alasan (menyenangkan suami) atau alasan lain.” (Kitab Fathul Bari)
RUMUSAN
Berbalik kepada soalan puan, hukum meluruskan rambut atau lebih dikenali sebagai rebonding adalah bergantung kepada niat atau tujuan ia dilakukan.
Pada asalnya, ia adalah harus berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan oleh syarak namun terdapat juga ulama yang berpegang kepada pendapat haram sepertimana yang telah dijelaskan sebelumnya.
Wallahu a’lam. Semoga bermanfaat buat semua.
RUJUKAN 1. Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, “Al-Kafi #1340: Hukum Melakukan Rebonding atau Meluruskan Rambut.” 2. Laman web Majlis Ulama ISMA, “Hukum Melakukan Rebonding.” 3. Laman web Hizbut Tahrir Malaysia, “Rebonding Rambut – Apakah Hukumnya Menurut Syarak?” 4. Laman web Dalamislam.com, “Hukum Meluruskan Rambut Menurut Islam.” 5. Laman web Pecihitam.org, “Hukum Meluruskan Rambut dalam Islam; apakah Dalil dan Contohnya Pada Masa Nabi?”
Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi antara yang mendapat ‘jemputan’ untuk menunaikan haji tahun ini.
Berikut catatan yang dicoretkan oleh Nelydia melalui Instragramnya.
Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawadhu’ diatas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yg mengizinkan kami utk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah Haji.
Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua. Saya dgn penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kpd semua yg mengenali saya. Segala salah dan silap, terkasar bahasa yg saya sedari maupun yg tanpa sengaja terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami.
Saya mohon agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dgn izin-Nya mendapat haji mabrur.
segala yang saya hajatkan… semua yang saya impikan… apa yang saya bayangkan…
Tidak akan terlawan dengan anugerah dariNya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat.
Waktu malam adalah waktu untuk kita berehat selepas seharian penat bekerja. Tidur adalah aktiviti yang memberikan tubuh dan minda kita untuk berehat.
Mungkin anda pernah mengalami masalah hendak tidur. Walau bagaimanapun jika mata ‘gagal’ lelap, bagaimana tubuh dan minda dapat berehat? Apa yang boleh dilakukan ialah cuba lapangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Baca amalan doa dan zikir-zikir seperti yang dikongsikan ini ya.
Adakalanya, datang penyakit susah nak tidur. Badan penat, mata mengantuk tapi bila baring tidak boleh hendak lelapkan mata. Mungkin sebab otak kita banyak sangat berfikir bukan?
Jadi, jika ada masalah susah hendak tidur, boleh amalkan doa ini.
Allahumma ghaaratin nujuumu wa hada’atil ‘uyuunu wa anta hayyun qayyuumul laa ta’khudzuka sinatuw wa laa nauum, yaa hayyu yaa qayyuumu ahdi’lailii, wa anim ‘ainii.
“Ya Allah.. bintang telah redup, mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup terus menerus mengurus mahkluk. Tidak menimpa-MU rasa ngantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus mahkluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”(HR. Ibnu Sunni)
Kalau susah hendak tidur, zikir dan cuba tenangkan diri dan kosongkan fikiran. Jangan banyak fikir perkara yang lepas ataupun yang akan terjadi esok. Insha Allah mudah anda hendak tidur.
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu.
Berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Amalkan rutin ini setiap malam sebelum anda melelapkan mata.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim Top image: Photo by miriam-alonso- from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!