Gadis ini pernah melalui pengalaman mengerikan apabila mengalami masalah kulit wajah yang agak serius dua tahun lalu. Menurutnya ketika itu dia menggunakan produk kosmetik tempatan hingga menyebabkan kulitnya mengalami breakout teruk setelah tidak menggunakannya lagi.

Walaupun perkongsian gadis ini Zaty Anuar sekitar dua tahun lalu tetapi boleh dijadikan panduan buat mereka yang sedang atau turut mengalami masalah sama.

Menurut gadis ini Zaty Anuar dia mengambil masa selama sebulan dari sebarang penggunaan produk penjagaan muka untuk membiarkan kulitnya kembali neutral dan bebas dari sebarang bahan kimia. Selepas sebulan rehat, beliau mula menggunakan tips penjagaan wajah yang betul.

Since hari tu ade pergi Watson beli Cetaphil twin pack, that cashier tanya sy ‘menjadi ke pakai benda ni?’. Muka dia agak teruk breakout, lebih kurang sama masa sy breakout dlu. So kt sini cuma nk kongsi apa yg sy pakai sampai muka dh elok skit.

Start breakout teruk selepas habis diploma bulan 10 (sbb pakai local product!). Rehatkan kejap muka dr pkai sbrg produk. So dlm bulan 12 bru start pkai Cetaphil, then pkai tidact gel tp xberhasil. Pastu tukar kepada Dalacin T, and sy rasa Dalacin T ni penyelamat utama  Moisturizer pulak mmg xtinggal masa ni, sbb nk redakan merah kt muka tu, sy pkai Magic Jelly.

IKLAN

Masa muka breakout teruk mmg pkai 3 benda ni je. Before cuci muka make sure guna makeup remover dulu, xkisah la pkai bedak saja ke foundation ke, mmg WAJIB pkai make up remover and then bru la cuci muka guna Cetaphil. Bab cuci muka ni paling penting sbb kalau muka xbersih susah nk terima produk yg kite pakai. Then pakai Dalacin T (area jerawat je ok!), pastu pakai moisturizer sbb kadangnye Dalacin T ni blh keringkan kulit muka. Tp disebabkan sy ni kulit berminyak so tkde la effect tu.

Lepas jerawat dh surut skit, bru lah sy pakai Mederma utk parut dan serius mmg menjadi! Toner plk sy pkai Aiken Tea Tree, feveret gila bau dia. Toner sy pakai lepas cuci muka malam ya. Dan utk mask sy pkai clay mask Aztec Healing Clay Mask. Clay mask ni best, bila pkai rasa mcm dia urut2 muka gitewww. Pakai 2-3 kali seminggu and for 15-20minit je and please jgn bawak tido! Its normal bila muka merah lepas cuci, 30 minit cmtu hilang la merah tu and rasa muka bersih sgt. Function clay mask ni kecilkan pori, kecutkan jerawat, bersihkan pori, hilangkan parut, kurangkan minyak n so on lahh. Produk2 lain yg sy pkai boleh rujuk gambar. Semua produk sy pakai adalah affordable semuanya below Rm100.

Terpaksa edit balik tmbah steps sbb ramai sgt yg pm tanya 

IKLAN

Steps masa tengah berjerawat
1. Cuci makeup guna makeup remover 
2. Cuci muka guna Cetaphil Cleanser (Cetaphil ni pencuci muka taw! Sbb ada yg pm dia ingtkan cetaphil ni mcm krim malam je, so dia sapu je mcm krim tanpa bilas pun)
3. Dab2 Dalacin T kt area berjerawat je ok! Dalacin ni ubat sapu, sejenis cecair utk disapu bukan utk diminum 
4. Last sy pakai Magic Jelly nk bg muka lembab n redakan merah.

Steps selepas jerawat dh okay skit
1. Cuci makeup guna makeup remover.
2. Scrub guna St. Ives Green Tea Scrub (2-3 kali seminggu, basahkan muka, gosok2 lepas tu bilas)
3. Cuci muka guna Cetaphil.
4. Pkai Aztec Healing Clay Mask (2-3 kali je seminggu, bancuh serbuk satu sudu teh dengan air/cuka epal, pakai 15-30minit je)
5. Sapu Toner Aiken Tea Tree, tuang kt kapas then gosok smpai rasa muka bersih. 
6. Sapu ubat parut Mederma kat area parut je ok, jgn sapu merata2 membazir mahal kot ?
7. Last pakai Magic Jelly.

IKLAN
Yg ni boleh beli kt farmasi. Paling murah pernah jumpa rm45.

Steps nk keluar jalan/kelas
1. Cuci muka guna cetaphil, sikit je ckup.
2. Sapu sunblock/sunscreen. 
3. Magic Jelly as moisturizer. 
4. Bedak/foundation

Notes: Can follow my instagram @zatychu_

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI