Hidayah itu milik Allah swt, dan akan dikurniakan kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Begitu juga kisah seorang aktivis ‘anti Islam’ yang akhirnya memeluk Islam setelah dikurniakan hidayah.
Terdahulu, pada 2015, Shermon Burgess merupakan bekas ketua kumpulan sayap kanan United Patriot Fronts (UPF) dan terkenal sebagai pemprotes anti-Islam yang berhasrat menghancurkan pembinaan masjid di Bendigo.
Namun, pengumuman Burgess baru-baru ini yang bertindak mengisytiharkan dirinya kini seorang muslim dan telahpun memeluk agama Islam mencetuskan kejutan bagi orang ramai, khususnya puak berhaluan kanan.
Peluk Islam Kerana Tertarik Dengan Pendirian Islam Terhadap Isu Maskuliniti
Burgess menjelaskan, tujuan utama dia akhirnya terbuka hati untuk memeluk agama Islam adalah kerana begitu tertarik terhadap pendirian teguh Islam berhubung isu maskuliniti, peranan jantina dan penentang total terhadap lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).
Ketika ditemubual secara eksklusif menerusi portal berita Australia yang dikenali sebagai Crikey, Burgess mendedahkan bahawa kali pertama hatinya disentuh untuk memeluk Islam adalah semasa dunia termasuk Australia dilanda pandemik Covid-19.
Menurutnya lagi, antara titik penting dna sejarah bermakna bagi dirinya adalah ketika bertemu dengan Ketua Muslim Freedom Movement, Youssra Rose yang menjadi pengantara dan banyak berkongsi input dan pandangan lebih jelas untuk dia memahami Islam.
“Anda mesti tidak percaya melihat saya berdiri bersama orang Islam untuk berjuang dengan tujuan sama, namun kini banyak yang telah berubah.
“Kini saya bersama komuniti Muslim untuk melawan penindasan Zionis dan Freemason yang memerintah,” katanya.
Berita Buruk Kepada UPF Ini, Menjadi Kecaman Dan Ancaman Terhadap Burgees!
Malah, Burgees berkata, sebaik sahaja bekas ahli-ahli UPF cakna berkenaan perkara ini, dia telah menerima banyak kecaman dan ugutan. Lebih buruk lagi, akaun media sosialnya dihujani dengan kata-kata kesat yang begitu teruk.
Bagaimanapun, Burgess sedikit pun tidak terkesan dan perkara itu membuatkan dirinha terus bersemangat untuk terus mendalami dan mempelajari agama Islam.
“Ramai antara mereka merupakan peminum arak tegar. Malah, mereka juga mempunyai kehidupan yang tunggang-langgang.
“Saya suka dengan aspek kesihatan Islam yang melatih dan menghalang penganutnya daripada mengambil alkohol serta dadah,” ujar Burgees.
Burgess turut mengakui bahawa kehidupannya setelah bergelar seorang muslim, jauh lebih teratur dan bermakna berbanding sebelum dirinya mengucapkan dua kalimah syahadah.
Ads
Sekadar info, terdahulu, Burgess pernah melabelkan Islam sebagai mundur dan menegaskan agama tersebut tidak sesuai diamalkan dalam cara hidup orang tempatan di Australia.
Dia juga menghasilkan pelbagai kandungan berbaur perkauman dan menghasut di laman media sosialnya ‘The Great Aussie’ sebagai tanda kebencian terhadap komuniti Muslim.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh barakah dan hikmah, jadi pada bulan yang paling mulia dan penuh ganjaran ini, ramai diantara umat Islam berlumba-lumba mengutip dan mencari pahala demi mendapat keredhaan yang maha esa.
Begitu juga dengan perihal anak gadis kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang tampil berbeza demi menghormati bulan Ramadan sekaligus menyahut seruan rakan-rakanya untuk berhijab ketika keluar bersiar-siar di khalayak umum.
Perkongsian Leona menerusi laman TikTok miliknya baru-baru ini telah meraih pujian netizen apabila Leona dilihat begitu sopan dan berbeza ketika mengenakan hijab sewaktu bersiar-siar bersama rakannya yang lain.
Menerusi hantaran itu, dapat dilihat Leona yang tampil lebih manis dan menawan mengenakan hijab berona kuning air sambil memakai baju sejuk lengkap hoodie berwarna merah jambu lembut.
Dalam perkongsian sama, gadis berusia 21 tahun itu juga sempat menitipkan ucapan salam Ramadan yang ditujukan khas buat para pengikutnya di aplikasi berkenaan.
“Kawan-kawan menyuruh saya untuk memakai tudung di khalayak ramai. Salam Ramadan,” tulis Leona ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen terhadap perubahan positif yang ditampilkan Leona khususnya di bulan mulia ini.
Rata-rata wargamaya memberi respon menyokong bahawa Leona lebih jelita dan menawan apabila mengenakan Hijab. Malah, ramai yang mahu Leona untuk terus menjaga penampilannya agar dapat berhijrah menjadi lebih baik selari dengan apa yang dituntut oleh agama Islam.
Dalam pada itu, netizen turut meminta Leona agar terus berkawan dengan rakan-rakan yang memberikan pengaruh baik seperti ini yang sering menegur di saat kita lalai dan terleka dengan dunia.
Sekadar info, sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 700,000 kali tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Terdahulu nama Leona sering mendapat perhatian dan menjadi bualan wargamaya di media sosial ekoran penampilannya yang terlampau seksi dan ‘mencolok mata’ sehingga mencetuskan kritikan, rasa kurang senang dan cemuhan orang ramai.
Bagi mereka yang sering diserang gastrik, ia pastinya satu perkara yang sering ditakutkan ketika bulan puasa. Berpuasa sebenarnya tidak mengakibatkan gastrik yang sering diperkatakan bahawa gastrik berpunca dari perut yang kosong.
Namun, sebenarnya gastrik terjadi atas sebab lain yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Untuk menjadikan ia lebih serius di bulan Ramadan ini, team Hijabista kongsikan cara terbaik untuk mengelakkan dari diserang gastrik.
Tatkala tiba waktu berbuka, sering kali kita lihat ramai yang terus mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Jika anda terbiasa dengan pengambilan nasi putih, pastikan yang kuantitinya sama dengan sayur kerana karbohidrat pada nasi akan bertukar menjadi gula dan tenaga. Jadi, sayur akan berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
Perut juga mempunyai sensitivitinya yang tersendiri. Mereka yang mempunyai gastrik biasanya digalakkan untuk berbuka dengan makanan ringan seperti kurma, buah-buahan dan air suam. Ini kerana sakit perut yang diserang ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi cara seseorang itu makan ketika berbuka. Mereka yang menghidapi gastrik perlulah memakan sedikit demi sedikit secara berperingkat ketika berbuka supaya perut tidak mengalami kejutan.
Sebolehnya, elak dari mengambil kopi atau teh ketika berbuka. Ini kerana kafein yang terkandung merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar gastrik di perut menjadi lebih aktif.
Elak dari mengambil makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia sebenarnya akan mengganggu kelancaran sistem pencernaan.
Ramai yang mempercayai bahawa ketika berpuasa, perut akan lebih mudah diserang gastrik walhal ianya kurang tepat sama sekali. Ketika berpuasalah sistem penghadamaan sedang berehat. Ini bermaksud rembesan asid hidroklorik dalam perut akan berkurang. Jadi semestinya ia tidak akan menjadi masalah sakit atau senak perut. Ambil makanan seperti brokoli, kubis dan bawang putih untuk mengawal kesakitan gastrik.
Jika pesakit mengadu sakit perut ketika sesudah makan, ia mungkin berpunca dari masalah ulser perut kerana lapisan mikosa yang lemah. Sebaik-baiknya, makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta berhenti makan ketika sebelum kenyang.
Berikutan hujan lebat berterusan pada musim tengkujuh kebelakangan ini, mengakibatkan beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.
Sehubungan itu, pelbagai Pertubuhan Kerajaan mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun padang menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan musibah banjir itu.
Namun, disebalik misi menyelamat yang selalu kita dengar, kali ini sedikit berbeza apabila figura hebat yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan pada yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew bukan sahaja menyantuni mangsa banjir, malah turut menyelamatkan haiwan ketika misi bencana berkenaan.
Perkara berkenaan menjadi sorotan ramai dan berjaya membuka mata masyarakat apabila sebuah video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok itu tular.
Menerusi hantaran video berdurasi 58 saat itu memaparkan Ustaz Ebit, yang sedang menaiki bot bersama dua lelaki lain.
Hijabista difahamkan mereka sedang melakukan tinjauan banjir di sekitar Segamat pada ketika itu, sebelum terlihat seekor lembu yang hampir lemas dibawa arus deras banjir dan bertindak menyelamatkan haiwan malang itu dengan menggunakan tali, dan menarik lembu berkenaan ke kawasan yang lebih selamat
Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen pada hantaran itu, untjluk melihat respon dan maklumbalas wargamaya sebaik sahaja melihat insiden menyayat hati.
Rata-rata netizen akui tersentuh dan terharu akan kemuliaan hati dan sifat Ustaz Ebit yang membantu setiap makhluk di muka bumi yang ditimpa kesusahan.
Malah, ada segelintir wargamaya yang menyifatkan haiwan berkenaan bakal menjadi saksi di akhirat terhadap perilaku Ustaz Ebit yang mulia itu dan menjadi asbab baginya untuk lebih mudah menggapai syurga Allah.
Sekadar info, daerah Segamat ketika ini merupakan daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Johor dengan merekodkan seramai 12,258 mangsa daripada 3,511 keluarga.
Oleh itu, Hijabista berharap dan mendoakan semua mangsa banjir dapat diselamatkan dan mempunyai bantuan berupa keperluan makanan asas yang mencukupi untuk meneruskan keberlangsungan hidup sebelum ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agar keselamatan lebih terjamin.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!