Sentiasa memuat naik perkembangan terkini yang berlaku di Palestin, selebriti, Heliza Helmi turut terkena tempiasnya apabila akaun Instagramnya hampir disekat oleh Instagram gara-gara dikatakan mempromosikan keganasan di laman sosialnya.
Tidak mengalah, Heliza yang mesra disapa Kak Ja ini tetap meneruskan misi untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin di media sosial namun dengan cara yang lain pula.
Jelasnya, dia akan terus menyebarkan mengenai kebenaran yang berlaku di bumi Palestin dengan menggunakan bahasa ‘F’ agar hantaran di Instagram tidak akan dipadam lagi.
La hawla wala quwwata ila billah. Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takuit ler tu. koyaks ker tu . Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada . 😁
In sha Allah hingga TITISAN DARAHS TERAKHIRS AKAN KU PERJUANGKANS ISU UMMAHS! TAKBIR!!!
Ads
Korang doakan Media Social kita semua still selamat untuk kita teruskan JIH4.D kita! Pls
Selain itu, Kak Ja juga rajin memuat naik video berkaitan Palestin dan Israel di laman TikTok bersama adik tersayang, Hazwani. Tidak keseorangan, usahanya ini mendapat sambutan ramai termasuklah daripada para peminatnya serta rakan artis.
Subhanallah, sungguh takut sekali media di barat hingga mereka mahu menyorokkan kebenaran daripada orang ramai. Moga kita semua tidak putus harapan dengan agenda mereka ini dan tetap meneruskan jihad kecil ini agar kemenangan akhirnya berpihak kepada Palestin. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cantik luar dan dalam, itulah ayat yang sesuai untuk menggambarkan selebriti ini. Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura memang dikenali dengan perwatakannya yang sangat lembut serta sering merendah diri.
Terbaru, tular sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan gelagat mesra Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin bersama suaminya, Fattah Amin yang tampak sangat penyayang melayan pesakit-pesakit kanser di Institut Kanser Negara.
Menerusi video pendek berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna @fazuralovers di laman TikToknya itu; aktres itu tidak dapat menahan sebak ketika sedang melawat seorang pesakit dan terlihat mesra melayani staf di institut berkenaan.
Video ini telah berjaya menarik perhatian netizen. Ramai berpendapat bahawa Fazura seakan tidak kekok dan begitu merendah diri dalam melayan pesakit kanser meskipun dirinya merupakan seorang selebriti berpengaruh besar dalam industri hiburan. Disamping itu, Fazura turut dilihat selesa melayan staf-staf Institut berkenaan yang mahu mengambil gambar dengannya.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat Fazura kagum melihat sikap aktres Gol dan Gincu yang cuba membahagiakan setiap pesakit kanser ini.
“Suka tengok faz dr dulu Cantik & lemah lembut je org nya ”
“Bagus fazura ni, semoga kalian bahagia selamanya… Dan berjaya dalam perniagaan”
“A HumBle Allah’s servant. Alhamdulilah.”
Bukan itu sahaja, ramai netizen berharap untuk berjumpanya lagi dan mendoakan agar urusan Fazura sentiasa dipermudahkan. Video tersebut telah mendapat 8095 kesukaan dan 307 komen daripada netizen.
“Takpernah jumpa … teringin sangat NK jumpa 😭”
“Teringin nak jumpa fazura”
Tambahan itu, Fazura dan Fattah Amin turut turun untuk melawat mangsa belasahan suami sendiri iaitu Jahidah Nordin baru-baru ini. Sebelum ini juga pernah tular dimana Fazura telah berbelanja lebih puluhan beg jenama mewah, Coach untuk dihadiahkan buat stafnya.
Terdahulu kisah pergolakkan rumahtangganya pernah menggemparkan negara kita. Jadi hijabi pastinya familiar dengan nama penyanyi dangdut tanah seberang iaitu Lesti Kejora kan?
Penyanyi bertubuh genit dengan mata bundar yang jelita serta mesra disapa dengan panggilan ‘Dede’ ini tidak hanya memiliki suara merdu, bahkan penampilanya yang modest mengenakan hijab juga sering menjadi sorotan wargamaya.
Dalam setiap penampilan yang digayakan, Lesti sering menggayakan busana yang berbeza-beza, namun tetap kelihatan versatil dengan mengenakan stail hijab yang berbeza tetapi tetap unik dan kelihatan menarik untuk sebagai pelengkap gayanya.
Stail hijab yang digayakan sering berjaya membuatkan oenampilan Lesti kelihatan semakin anggun dan memukau! Jadi, ada ke antara anda yang teringin menggayakan stail tudung ala Lesti Kejora?
Di sini Hijabista sertakan tiga inspirasi stail hijab kemas dan sopan persis Lesti dan tutorial bagaimana hijabi boleh menggayakanya!
Gaya hijab turban dahulunya pernah menjadi salah satu trend yang menjadi kegilaan ramai! Selain Yuna, Lesti Kejora juga merupakan salah seorang selebriti yang juga gemar menggayakan stail hijab ini.
Lesti tampak lebih muda remaja disaat mengenakan hijab jenis chiffon shawl soft nude yang digayakkan dengan stail turban yang diikat ke belakang.
Dengan style turban tersebut, wajah Lesti kelihatan lebih runcing, kerana gaya ini mendedahkan jawline Lesti yang kelihatan tajam. Jika anda ingin recreate semula hijab turban seperti Lesti, caranya mudah je!
1. Pertama, lipat bahagian hujung shawl menjadi segitiga dan pinkan dibahagian belakang leher.
2. Seterusnya, kemaskan bahagian belakang tudung di belakang leher dengan jarum peniti.
3. Kemudian tarik bahagian shawl yang panjang ke bahagian belakang dan ikat menggunakan getah sama seperti anda mengikat rambut.
4. Setelah itu, ikatan hijab berkenaan boleh dijuntai atau diuraikan di atas bahu atau biarkan sahaja di bahagian belakang.
Lesti kelihatan sungguh elegan saat mengenakan hijan berona hitam polos, stail hijab yang dikenakan Lesti ini telah berjaya membuatkan dirinya kelihatan semakin anggun! Malah, Lesti tidak hanya menggetengahkan gaya hijab yang kelihatan casual, lebih santai tetapi dalam masa yang sama, menawan! Caranya pun mudah sahaja
1. Siapkan pashmina atau shawl hitam kosong kegemaran anda! Anda juga boleh bereksperimen dengan mencuba menggayakan pashmina bermotif atau corak mengikut kesesuaian gaya anda.
2. Letakkan di atas kepala dengan sebelah sisi panjang dan sebelah sisi lagi pendek. Contohnya, bahagian sisi kanan lebih panjang dibanding bahagian sisi kiri.
3. Kemudian, kemaskan pashmina dengan pinkan ia pada bahagian belakang leher dengan kerongsang dan jarum peniti.
4. Setelah itu, sisi yang lebih panjang dililitkan ke atas kepala dan diselitkan pada celahan pashmina di bahagian pipi.
5. Kemaskan pashmina di bahagian dada dan pinkan kedua-dua bahagian bahu dengan kerongsang sekiranya pashmina terlalu labuh hingga jatuh ke bahagian lengan.
Kalau bosan dengan gaya hijab terikat di leher, apakata hijabi cuba stail Lesti yang ini! Hijab dengan gaya ini adalah gaya hijab yang ringkas dan amat sesuai untuk hijabi melakukan aktiviti harian yang aktif dan lasak.
Jenis hijab yang dipilih juga sederhana iaitu rona warna krim polos. Menariknya, stail hijab jenjs ini bukan hanya boleh dipakai dengan outfit casual, tetapi boleh juga dipakai untuk menghadiri acara formal. Untuk menciptakan stail hijab simple dan sweet ini jom ikuti beberapa langkah ini!
1. Pertama, lipat tudung bawal menjadi bentuk segitiga.
2. Pastikan kedua sisi dengan panjang yang berbeza sebelum di pinkan ke dagu. Bahagian kanan perlu lebih panjang berbanding bahagian kiri.
3. Kemudian bahagian yang panjang dililit ke leher pada bahagian belakang dan bawa semula lilitan ke hadapan.
4. Setelah itu, setelah dililit, ikatkan lebihan sisi panjang dengan sisi pendek yang ada di bahagian hadpaan.
5. Siap! Hijab simple ini bakal membuatkan kelihatan hijabi kemas, cantik dan mempersona bak penampilan Lesti Kejora.
Itulah dia beberapa gaya hijab ala Lesti Kejora yang boleh anda tiru dan jadikan sumber inspirasi ketika menggayakan stail hijab!
Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di