Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari ketika bulan Ramadan. Warna merah jambu yang memikat pastinya membuatkan minuman ini digemari pelbagai peringkat usia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Tidak susah pun sebenarnya untuk buat air bandung laici cincau. Yang penting bahan-bahan mesti cukup dan hasilnya tentulah kepuasan ketika meneguknya ketika berbuka.
Bagi mereka yang bercadang hendak buat minuman ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Istimewanya resepi air bandung laici cincau Ben Safwan ini ialah tiada langsung campuran air kosong. Air hanya daripada air laici dan air dari ais yang mencair.
Sukatan resipi ini pula untuk 2 jug saiz seperti dalam gambar di bawah.
Oh ya tip rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1.Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
Ads
2.Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
3.Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga campurkan. Terpulang pada selera masing-masing.
Ads
HIJABISTA: Mudah sahaja membuatnya bukan? Bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Walau pun boleh beli di luar tetapi lebih afdhal jika buat sendiri.
Siapa sangka dalam diam rupanya Dr Nur Amalina Che Bakri sudah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya bersama suami di Londo minggu lalu. Sungguh cepat masa berlalu apabila di ikutkan perkongsiannya di Instagram.
Ramai juga yang terkejut dengan perkongsiannya itu pada hari lalu berikutan masa yang berbeza dari waktu Malaysia. Nama yang di beri juga cukup cantik dan manis di dengari.
Langit London menjadi saksi kelahiran cahaya mata Dr Amalina Che Bakri bersama suaminya, Alexander Charles. Beliau mengejutkan lagi apabila mereka sudah hampir seminggu menimang anak sulung perempuannya itu di St. Thomas’ Hospital.
Dr Amalina juga berkongsi bersama pengikutnya di laman sosial media miliknya tentang berita yang gembira ini. Bahkan, dia juga tidak segan untuk mendedahkan nama bayi perempuannya itu beserta beberapa keping fotonya bersama.
Dr Amalina juga menitipkan rasa syukurnya di ruang kapsyen posting di Instagram miliknya itu. Kehadiran cahaya mata sulungnya itu membuatkan lagi momen yang bahagia buatnya serta suami dalam kehidupan perkahwinan mereka.
“Kami ingin memperkenalkan kepada puteri tercinta kami, Arabella Mia, yang telah selamat lahir pada minggu lepas di St. Thomas’ Hospital,
“Kami hargai setiap momen bersama si kecil. Tidak sabar rasanya untuk lihat apa yang bakal akan datang pada masa akan datang. Alhamdulillah, Lots of love, – Amalina & Alex” tulisnya sebagai penghargaan dan tanda syukur dengan nikmat yang di kurniakan.
Ketibaan cahaya matanya itu membuatkan ramai yang terkejut apabila baru sahaja melihat beliau tengah sarat mengandung. Kini perkongsian beliau yang penuh dengan maklumat cahaya mata sulungnya itu sudah menjawab segala tanda tanya yang terbangkit.
Meninjau di ruangan komen pulak melihat ramai rakan-rakannya serta selebriti yang teruja dengan berita ini. Tidak melepaskan peluang, mereka juga menitipkan ucapan tahniah serta buat Dr Amalina dan keluarga.
Rata-rata yang menukilkan komen di bawah posting beliau adalah seperti Datuk Nicol Ann David, Daphne Iking, Vivy Yusof, Mira Filzah dan lain-lain lagi yang mengucapkan tahniah buat kedua pasangan itu. Siapa sangka berdiam diri seketika telah membuahkan hasil yang tidak di jangka.
Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan masyarakt kita kini terutama golongan muda terdedah dengan penyakit kemurungan atau depresi. Terbaru dilaporkan dalam media sosial di mana seorang lelaki yang cuba bunuh diri di sebuah pusat beli belah. Penyakit ini jika diatasi segera boleh menyebabkan pengidapnya ambil keputusan untuk bunuh diri atau mencederakan anggota badan.
Malah stigma masyarakat yang sering melabelkan mereka ini sebagai ‘orang gila’ dan keadaan ini jadi lebih teruk jika tidak mendapat sokongan ahli masyarakat atau keluarga terdekat.
Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami masalah kemurungan hingga menyebabkan dia mahu membunuh dirinya sendiri. Berkongsi pengalaman itu di laman sosial Facebook Sinar, Nur Balqis Safia, 17 tahun tidak segan silu bercerita.
Menurut Nur Balqis dia mula sedar adanya simptom kemurungan ini ketika usianya mencecah 13 tahun. Tetapi pada tahun ini masalah itu menjadi lebih teruk kerana ada cubaan mahu membunuh diri.
“Punca saya mengalami depresi ini adalah dari kawan-kawan dan diri sendiri yang tidak tahu macm mana nak atasinya. Saya akui sering dibuli dan rajin berpindah sekolah. Waktu itu saya rasa semua orang tak suka saya, mereka macam pulaukan saya. Dan dari situlah saya mula mengalami masalah ini.
“Dalam masa sama saya juga mengalami tekanan ketika belajar. Mahu dapatkan keputusan terbaik. Saya juga pernah bergaduh dengan rakan sekelas yang terdiri dari geng perempuan yang cakap macam-macam dekat saya di kelas. Malah ada kalanya saya rasa macam ada mata-mata memerhati setiap kali lalu di kelas, seolah saya ni macam teruk sangat,” ujarnya bercerita.
Menurut Nur Balqis pada mulanya dia tidak mahu menerima rawatan kerana takut akan ada orang cakap dirinya gila.
“Biasalah stigma masyarakat akan berpandangan begitu. Tapi keluarga cakap buat untuk keluarga dan diri sendiri. Oleh kerana nak sembuh, jadi saya setuju dapatkan rawatan. Ketika terima rawatan di wad itu juga nampak macam diri saya sendiri tengah pegang pisau sambil kelar leher dan kelar tangan.
“Tapi sebenrnya itu cuma bayangan saya dan memang selalu datang. Doktor juga naikkan dos ubat barulah saya dah kurang nampak benda-benda itu. Sebenrnya kalau kita hanya alami depression tak nampak benda itu, tapi kalau penyakit skizofrenia memang akan nampak bayangan begitu. Dan saya memang ada masalah itu, cuma tidak serius hanya pada tahap dua,” jelasnya yang hampir rasa putus asa sepanjang terima rawatan.
Ini kerana menurutnya dia tidak sanggup melihat emak setiap kali datang melawat di wad. Sebelum rawatan Nur Balqis pernah mahu membunuh diri dan selepas rawatan pun sama.
“Saya pernah ada cubaan mahu bunuh diri menggunakan paip di bilik air. Saya rasa saya ini menyusahkan sebab tak sembuh walaupun sudah dapatkan rawatan. Waktu itu terfikir baiklah mati sahaja daripada terus menerus begitu. Dalam keadaan ini, kena ada sesuatu yang alihkan perhatian contoh menonton wayang atau buat sesuatu yang menggembirakan.
“Penyakit ini memang tidak akan sembuh sepenuhnya tetapi dapat kurangkan sikit rasa nak mati dan rasa bersalah. Memang kita keluar bergembira dengan kawan-kawan tetapi bila balik kita akan kembali rasa sunyi. Rasa kosong itu tetap ada walaupun buat perkara menggembirakan. Cuma boleh alihkan pandangan untuk elak jadi lebih teruk,” tambah Nur Balqis yang terpanggil untuk berkongsi pengalamannya ini dengan orang ramai untuk membuka mata.
“Biasalah orang selalu ingat individu yang nak bunuh diri ini tak ada iman, tak ingat Tuhan. Jadi nak jelaskan pada orang lain masalah ini adalah penyakit bukan sebab tak ada iman. Malah orang lain juga boleh terkena walaupun seperti golongan ustaz atau ustazah.
“Benda ini bukan main-main. Jika ada yang mempunyai masalah ini jangan bagi duduk keseorangan. Jadilah sebahagian kawan dan dengar luahan mereka. Selalu tanya keadaan mereka ini ok atau tidak, selalulah ajak tengok wayang atau buat perkara menggembirakan.
“Kadang-kadang merek ini tak mahu berkongsi rasa melalui telefon dan lebih senang jumpa face to face,” tambahnya yang mengingatkan jika ada sipmtom begini terus sahaja mendapatkan rawatan, terutama yang tidak pandai untuk kawal diri sendiri.
Siapa yang tidak kenal dengan pelopor industri fesyen tanah air, pengasas Fashion Valet yang juga pempengaruh media sosial, Vivy Yusof yang sedang kini sedang berlibur meluangkang masa bersama suami dan anak-anak di kota London, England.
Walaupun bercuti bersama empat orang anaknya tanpa pembantu, namun penampilan yang digayakan ‘hot mama’ Vivy memang letopsss hingga mendapat pujian dari netizen. Perkara berkenaan, dimaklumkan Vivy menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya hari ini.
Menerusi hantaran berkenaan dapat dilihat Vivy mengayakan kot dan seluar berwarna nude yang dipadankan dengan hijab berona sama, sambil mengayakan handbag hitam dan high boots yang membuatkan penampilanya stand out dari biasa.
Selain itu, Vivy turut mengenakan kacamata hitam sebagai pelengkap gaya, sekaligus membuatkan penampilannya tampak modest dan menawan.
Menerusi hantaran sama, Vivy turut menyenaraikan beberapa cabaran yang dihadapinya sebagai seorang ibu apabila terpaksa menguruskan kerenah anak-anak yang bermacam ragam ketika sedang bercuti.
“Tidak cukup tidur sebab perjalanan yang jauh. Tukar lampin pakai buang 6,745 kali. Idris makan banyak dan kerap buang air besar.
“Mariam dan Sarah sentiasa bertengkar. Sarah mahukan gaun puteri dan mahukan Kakak terbang ke London untuk menghantar baju itu.
“Daniel menangis ketika sedang makan tengah hari kerana ketiadaan Wifi di apartment dan dia mahu pulang ke Malaysia.
“Saya hampir diseluk saku di Oxford Street ketika mendukung Idris, sementara satu tangan lagi memimpin Sarah.
“Wanita (Penyeluk Saku) itu memasukkan tanganya ke dalam bag saya dan mempunyai seorang kawan yang sudah bersedia untuk menerima barang yang diseluk,” ujar Vivy.
Bagaimanapun, jelasnya dia bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku keatas dirinya dan anak-anak, kerana tas tanganya dipenuhi dengan lampin pakai buang Idris, maka penyeluk saku itu sukar untuk meraih barangan berharga miliknya.
Alhamdulillah, nasib baik Vivy dan anak-anak selamat dan tak hilang apa-apa barang berharga miliknya. Apa-apa pun Hijabista memang love sangat OOTD Vivy, Classy sis!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.