Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan masyarakt kita kini terutama golongan muda terdedah dengan penyakit kemurungan atau depresi. Terbaru dilaporkan dalam media sosial di mana seorang lelaki yang cuba bunuh diri di sebuah pusat beli belah. Penyakit ini jika diatasi segera boleh menyebabkan pengidapnya ambil keputusan untuk bunuh diri atau mencederakan anggota badan.

Malah stigma masyarakat yang sering melabelkan mereka ini sebagai ‘orang gila’ dan keadaan ini jadi lebih teruk jika tidak mendapat sokongan ahli masyarakat atau keluarga terdekat.

Seperti perkongsian gadis ini yang pernah mengalami masalah kemurungan hingga menyebabkan dia mahu membunuh dirinya sendiri. Berkongsi pengalaman itu di laman sosial Facebook Sinar, Nur Balqis Safia, 17 tahun tidak segan silu bercerita.

Alami siptom kemurunagn ketika usia 13 tahun.

Menurut Nur Balqis dia mula sedar adanya simptom kemurungan ini ketika usianya mencecah 13 tahun. Tetapi pada tahun ini masalah itu menjadi lebih teruk kerana ada cubaan mahu membunuh diri.

Sering dibuli rakan sekolah

“Punca saya mengalami depresi ini adalah dari kawan-kawan dan diri sendiri yang tidak tahu macm mana nak atasinya. Saya akui sering dibuli dan rajin berpindah sekolah. Waktu itu saya rasa semua orang tak suka saya, mereka macam pulaukan saya. Dan dari situlah saya mula mengalami masalah ini.

“Dalam masa sama saya juga mengalami tekanan ketika belajar. Mahu dapatkan keputusan terbaik. Saya juga pernah bergaduh dengan rakan sekelas yang terdiri dari geng perempuan yang cakap macam-macam dekat saya di kelas. Malah ada kalanya saya rasa macam ada mata-mata memerhati setiap kali lalu di kelas, seolah saya ni macam teruk sangat,” ujarnya bercerita.

IKLAN

Menurut Nur Balqis pada mulanya dia tidak mahu menerima rawatan kerana takut akan ada orang cakap dirinya gila.

“Biasalah stigma masyarakat akan berpandangan begitu. Tapi keluarga cakap buat untuk keluarga dan diri sendiri. Oleh kerana nak sembuh, jadi saya setuju dapatkan rawatan. Ketika terima rawatan di wad itu juga nampak macam diri saya sendiri tengah pegang pisau sambil kelar leher dan kelar tangan.

“Tapi sebenrnya itu cuma bayangan saya dan memang selalu datang. Doktor juga naikkan dos ubat barulah saya dah kurang nampak benda-benda itu. Sebenrnya kalau kita hanya alami depression tak nampak benda itu, tapi kalau penyakit skizofrenia memang akan nampak bayangan begitu. Dan saya memang ada masalah itu, cuma tidak serius hanya pada tahap dua,” jelasnya yang hampir rasa putus asa sepanjang terima rawatan.

IKLAN
Pernah rasa putus asa untuk sembuh.

Guna batang paip bilik air

Ini kerana menurutnya dia tidak sanggup melihat emak setiap kali datang melawat di wad. Sebelum rawatan Nur Balqis pernah mahu membunuh diri dan selepas rawatan pun sama.

“Saya pernah ada cubaan mahu bunuh diri menggunakan paip di bilik air. Saya rasa saya ini menyusahkan sebab tak sembuh walaupun sudah dapatkan rawatan. Waktu itu terfikir baiklah mati sahaja daripada terus menerus begitu. Dalam keadaan ini, kena ada sesuatu yang alihkan perhatian contoh menonton wayang atau buat sesuatu yang menggembirakan.

“Penyakit ini memang tidak akan sembuh sepenuhnya tetapi dapat kurangkan sikit rasa nak mati dan rasa bersalah. Memang kita keluar bergembira dengan kawan-kawan tetapi bila balik kita akan kembali rasa sunyi. Rasa kosong itu tetap ada walaupun buat perkara menggembirakan. Cuma boleh alihkan pandangan untuk elak jadi lebih teruk,” tambah Nur Balqis yang terpanggil untuk berkongsi pengalamannya ini dengan orang ramai untuk membuka mata.

IKLAN
Selalu buat perkara menggembirakan.

Jangan bagi keseorangan

“Biasalah orang selalu ingat individu yang nak bunuh diri ini tak ada iman, tak ingat Tuhan. Jadi nak jelaskan pada orang lain masalah ini adalah penyakit bukan sebab tak ada iman. Malah orang lain juga boleh terkena walaupun seperti golongan ustaz atau ustazah.

“Benda ini bukan main-main. Jika ada yang mempunyai masalah ini jangan bagi duduk keseorangan. Jadilah sebahagian kawan dan dengar luahan mereka. Selalu tanya keadaan mereka ini ok atau tidak, selalulah ajak tengok wayang atau buat perkara menggembirakan.

“Kadang-kadang merek ini tak mahu berkongsi rasa melalui telefon dan lebih senang jumpa face to face,” tambahnya yang mengingatkan jika ada sipmtom begini terus sahaja mendapatkan rawatan, terutama yang tidak pandai untuk kawal diri sendiri.

DENGARKAN VIDEO PENUH:

SUMBER: FACEBOOK SINAR

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI