Tujuh selebriti berasal dari Korea Selatan ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk tampil memukau. Meskipun telah berusia 50 tahun, mereka tetap memperlihatkan keindahan tubuh dan kulit yang cantik. Bahkan, ramai yang menganggap mereka masih muda remaja.
Jom intip siapa di antara selebriti Korea berusia 50an tapi masih seperti 30an.
1. Masih aktif dalam beberapa Kdrama popular, siapa sangka Lee Il Hwa sudah berusia 50 tahun menurut pengiraan warga Korea. Penampilannya tetap menawan dan manis sekali
2. Ketika usianya sudah menganjak ke 53 tahum, penampilan Kim Sung Ryung tetap comel dan cute, memang tak nampak usia sebenar. Awas ya yang berumur 30 tapi nampak usia seperti 50.
Ads
3. Kekal dengan gaya potongan rambut pendeknya, Kim Hye Soo tampil seperti gaya boyish walaupun sudah berusia 50 tahun. Cantiknya!
Ads
4. Pelakon Kdrama The Legend of the Blue Sea ini sudah berusia 57 tahun, Wow! Rutin melakukan olahraga dan minum air mineral merupakan rahsia Hwang Shin Hye untuk tetap tampil memukau. Tabik springla!
5. Berkat menjalani pola kehidupan yang sihat, Uhm Jung Hwa tetap tampil menawan meskipun sudah berusia 50 tahun. Terbaik!
6. Tidak makan usia, penampilan Lee Young Ae tetap menawan di usia hampir 50 tahun. Jadi terinspirasi untuk merawat diri ala wanita Korea.
7. Penonton adaptasikan perananya di dalam Kdrama The World of Married, penampilan Kim Hee Ae kelihatan muda. Kulitnya tetap anjal dan glowing. Cantik sangat!
Jadi apa yang anda dapat ulaskan dari 7 selebriti Korea yang tidak di makan usia ini. Mudah sahaja lakukan rutin kecantikan yang teratur dan pola pemakanan yang sihat serta aktiviti olahraga. Mudah bukan? Jom anda yang berusia muda lagi mulakan dari hari ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setahun yang lalu viral kisah wanita ini yang diceraikan suaminya ketika anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Namun itu bukan alasan untuk menoleh ke belakang mengingati kisah pahit, sebaliknya terus melangkah ke hadapan bagi memastikan masa depan lebih terjamin. Selain bergelar model Muslimah, Intan Saleh juga menggunakan platform media sosial untuk mencari rezeki. Melalui paid review yang dibuat di instagramnya, Intan berjaya memperoleh pendapatan lebih RM3 ribu sebulan.
Bersyukur dengan rezeki dikurniakan Tuhan dan baginya ini semua adalah untuk anak-anaknya yang masih kecil. Menyedari tidak bekerja sebelum ini dan tiada kebolehan lain, Intan terpaksa menggunakan cara mudah untuk mencari sumber pendapatan.
Walaupun kini sudah mempunyai followernya yang ramai iaitu mencecah lebih 350K, Intan tidak bercadang untuk bergelar instafamous atau influencer walaupun setiap perkembangannya jadi perhatian atau ikutan netizen.
“Sejujurnya Intan tidak pernah terfikir untuk bergelar selebriti atau influencer. Walaupun punya pengikut ramai tetapi tidaklah sampai nak jadi macam mereka. Intan tak yakin dan bukanlah pandai bergaya hanya biasa-biasa sahaja.
“Cuma memang Intan akui salah satu punca rezeki Intan adalah melalui paid review di laman instagram. Itupun kakak intan handle dan alhamdulillah hasilnya dapatlah Intan bayar duit rumah sewa,” ujar Intan sambil tersenyum.
Walau bagaimanapun menyedari situasi ini (paid review) bermusim, Intan turut memikirkan untuk mencuba bidang lain seperti bergelar usahawan.
“Buat masa sekarang memang tumpukan perhatian pada tugas sebagai model Muslimah atau jemputan ke sesuatu produk dan juga buat paid review. Tapi benda itu bermusim dan Intan perlu fikir cara lain untuk tambah pendapatan.
“Intan ada bercadang untuk jual barangan sendiri dan mungkin akan buat bisnes tudung satu hari nanti. Semuanya dalam perancangan dan doakan segalanya berjalan lancar,” ceritanya yang bersyukur kerana bekas semua tetap memberi nafkah kepada dua anak-anaknya.
Ternyata penampilan wanita ini cukup berbeza dengan dirinya yang pernah ditemui beberapa bulan yang lalu. Intan kelihatan lebih konfiden, murah senyuman, pandai berbicara, cantik bermekap dan paling penting sinar kegembiraan yang terpancar di wajahnya.
“Diam tak diam sudah setahun Intan lalui episod duka ini. Apa yang berlaku memang mematangkan Intan. Setiap perubahan ini Intan belajar sedikit demi sedikit dari orang sekeliling.
“Intan juga kini rasa lebih tenang dan enjoy lakukan apa sahaja yang disukai. Buat masa ini Intan hanya fikirkan diri Intan dan juga anak-anak. Biarlah apa orang nak kata, Intan tahu apa yang dilakukan.
“Malah ramai yang berpesan pada Intan agar lebih konfiden, berani bercakap kerana sampai bila kita nak orang pijak kepala. Intan juga lebih berani keluar apa jua statement kerana kita adalah diri kita sendiri. Intan buat semua ini demi anak-anak,” tambahnya yang mengakui sedikit penat memikul tanggung jawab sebagai ayah dan ibu serentak.
“Terutama sekali bila keluar pergi beli barang. Kalau dulu tiada masalah sebab ada yang menjaga budak-budak. Tapi kini Intan harus bawa kedua-duanya dan dalam masa sama membeli barangan keperluan harian.
“Namun begitu saya tidak pisahkan anak-anak dengan ayah mereka. Biasanya hujung minggu anak-anak akan diambil ayahnya untuk tinggal bersama. Anak-anak teruja sebab ayahnya akan layan mereka seperti bawa bermain di padang permainan,” cerita Intan yang tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat wajah anak-anaknya.
“Mereka tidur di kiri kanan Intan dan setiap kali tatap wajah mereka Intan memang sedih dan akan memangis. Sehingga hari ini Intan akui setiap hari menangis mengenang anak-anak. Perasaan itu sukar untuk diluahkan kerana ia datang tanpa dipaksa,” beritahu Intan yang mengakui masih belum ada pengganti.
Walaupun kini bergelar ibu dan ayah pada anak-anaknya, wanita yang juga bekas penari ini juga turut menitik beratkan pendidikan anak-anaknya. Insya-Allah tahun depan dia akan seolahkan anaknya yang sulung dan ada kalanya mengajar sendiri mereka di rumah.
Menurutnya lagi sebelum mengakhiri perbualan dia reda dengan ketentuan dirinya yang kini bergelar ibu tunggal, tapi agak berat untuk menerima kehadiran ibu tiri di sisi anak-anaknya.
Intan ditemui ketika dijemput menjadi tetamu di majlis pelancaran serta penjenamaan semula produk kecantikan iFlawless di Petaling Jaya baru-baru ini. Produk yang dikeluarkan dengan jenama iFlawless Lorisa ini dihasilkan dari bahan semulajadi yang diusahakan pasangan suami isteri, Nina Nadia Sahim dan Mohd Azri diyakini sesuai untuk semua jenis kulit.
Isu mengenai tulisan jawi kembali hangat diperkatakan. Ramai yang semakin teruja untuk mengenali tulisan ini dan tak mahu ia pupus ditelan zaman.
Hari ini satu berita gembira telah diumumkan apabila hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Menurutnya, tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.
“Insya-Allah dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia,” jelasnya.
Katanya lagi, diharapkan usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi.
Terdahulu, Mujahid melancarkan program Semarak Tulisan Jawi bagi peringkat agensi-agensi di bawah kementeriannya dengan menyampaikan tag nama dalam tulisan itu kepada setiap ketua agensi, yang program berkenaan akan dilaksanakan oleh seluruh kakitangan agensi agama dengan memakai tag nama setiap hari Jumaat.
“Saya tidak pernah menganggap tulisan jawi sebagai satu proses Islamisasi sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam dari segi apabila tulisan jawi hampir pupus di peringkat penggunaan rasmi, hanya pentadbiran-pentadbiran Islam yang mengekalkan ia bagi tujuan untuk kita terus memastikan sejarah budaya tulisan jawi dikekalkan,” katanya.
Kat Malaysia sebuk hapuskan jawi, pelajar kat Osaka Jepun ni excited belajar jawi ? pic.twitter.com/e5YTsZ73eh
Pasangan sama cantik sama padan, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal dan tunangnya yang juga penyampai radio Hot FM, Imran Aqil acapkali menjadi sorotan netizen apabila sering berkongsi pelbagai momen indah mereka berdua di laman sosial.
Baru-baru ini, menerusi hantaran di laman Tik Tok milik Dahlia, pasangan itu berkongsikan ‘sweet moment’ mereka sedang membeli belah di sebuah gedung alatan rumah terkemuka, Ikea.
Dalam video yang dimuatnaik itu dapat disaksikan Imran sedang menolak tunangnya yang duduk dibahagian hadapan ‘troli’ sambil memilih barang kelengkapan yang diperlukan.
Gelagat mesra kedua pasangan ini telah menimbulkan rasa cemburu dikalangan netizen, terutamanya mereka yang masih ‘single’ dan belum mempunyai pasangan.