
Buah manggis merupakan salah satu buah tempatan yang memang sedap dimakan. Isinya pula memang manis. Tetapi, tahukah anda sebenarnya kulit buah manggis ini juga punya banyak manfaat untuk kesihatan.
Ini antara 5 manfaat kulit manggis untuk kesihatan:
1. Melancarkan Metabolisme Tubuh
Salah satu manfaat kulit manggis adalah melancarkan metabolisme tubuh. Caranya mudah sahaja.
Korek bahagian dalam buah manggis yang lebih lembut dalam 2 hingga 3 biji. Pisahkan daripada kulit yang keras. Kemudian, kisar kulit sampai halus seperti krim. Anda boleh menambah perasa lain seperti gula, coklat atau avokado agar rasa tidak terasa pahit.
Hasilnya, anda akan buang air kecil dengan lebih lancar dan terhindar daripada senggugut. Minuman ini elok diminum secara rutin, sekurang-kurangnya seminggu sekali.
2. Baik Untuk Kesihatan Mata
Kulit manggis merupakan ubat herba yang baik untuk memperbaiki penglihatan mata terutamanya mereka yang menghidapi penyakit mata minus (miopia).
Ia mampu mengaktifkan semula sel-sel mata yang sudah mati dan penglihatan akan menjadi semakin tajam.
Jadi, mulakan pengambilan air rebusan kulit manggis atau dalam bentuk suplemen secara rutin. Selain itu, anda perlu mengubah gaya hidup dengan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan mata.
3. Menyembuhkan Sakit Jantung
Kulit manggis juga sangat baik untuk jantung. Kandungan kulit manggis akan memperkuat pembuluh darah dan mengaktifkan sel-sel jantung dengan cepat.
Insya-Allah, penyakit jantung tersebut akan sembuh. Sebaiknya, ambil kulit manggis ini bersama olahraga kardio secara teratur untuk hasil terbaik.
4. Memperbaiki Masalah Pencernaan
Kulit manggis tenyata mampu memperbaiki masalah pencernaan dengan cukup baik seperti cirit birit. Kulit manggis memiliki sifat antibakteria yang mengeluarkan racun serta kotoran yang ada dalam tubuh.
Kisar kulit manggis bersama campuran air lalu minum dengan segera agar masalah cirit birit cepat sembuh. Jus kulit manggis juga boleh diminum dengan kerap untuk menyihatkan usus atau sebagai zat probiotik yang baik.
5. Baik Untuk Penderita Diabetes
Penghidap diabetes kini tidak perlu risau lagi untuk mengawal gula dalam darah kerana kulit manggis memiliki bahan yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan membuang gula tersebut daripada tubuh melalui air kencing.
Minum jus kulit manggis setiap dua hari sekali untuk hasil yang terbaik. Selain itu, atur pola pemakanan anda agar karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh tidak terlalu banyak.
Sumber: hariangadis.com
Baru 2 Bulan Lebih Lahirkan Bayi Kembar, Dr Halina Teringin Hamil Lagi Jika Ada Rezeki

Umum mengetahui pasangan sensasi, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina baru sahaja dianugerahkan bayi kembar yang melengkapi keluarga kecil mereka. Kedua-duanya yang dilahirkan 27 Julai lalu diberi nama Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Sebelum ini pasangan doktor ini sudah mempunyai dua orang cahaya mata perempuan, Sophea Isabella dan Sophea Natasha.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Seperti juga pasangan lain, mereka tidak terkecuali merakamkan foto kembar ini dan mereka sekeluarga untuk dijadikan momen yang cukup indah dikenang hari tua nanti. Memang cemburu melihat kebahagiaan keluarga angkasawan ini kerana riak kegembiraan jelas terpancar dalam setiap momen yang dirakamkan.
Jika pasangan lain sudah dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan diberi anugerah kembar pula sudah memadai. Tidak terfikir dalam masa terdekat untuk menimang cahaya mata lain kerana dirasakan kehidupan yang ada sudah cukup sempurna.
A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on
Tetapi lain pula pandangan dengan Dr Halina, isteri kesayangan Dr Sheikh Muszaphar ini. Walaupun baru sahaja lepas bersalin, tetapi beliau mengetepikan rasa sakit bersalin kerana memberitahu jika ada rezeki tidak keberatan untuk hamil lagi.
Menurutnya usianya yang akan mencecah 39 tahun menyebabkan beliau mahu menimang cahaya mata lain. Lagipun dalam temu bual sebelum itu, Dr Halina dan suami ada memberitahu mereka memang mahukan keluarga besar dan kalau boleh dianugerahkan 10 orang anak.
We are blessed @drsheikhmuszaphar Alhamdulillah.. Photographed by @kamaliakamal @thephotolicious
A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina) on
Sebelum itu dia memuat turun foto empat anak-anaknya termasuk kembar dan mengucapkan syukur atas kurniaan Illahi. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan cahaya mata yang dianugerahkan kepada pasangan ini. Ramai yang mahu mengikut jejak langkah Dr Halina dan Dr Sheikh yang cukup bijak menguruskan anak-anaknya.
Sementara itu, Dr Sheikh dalam satu posting yang lain juga turut berkongsi petua yang sangat berguna kepada netizen di luar sana.
Beliau turut berkongsi sedikit info berguna apabila menerangkan betapa penting mengajar anak meniarap dalam masa dua minggu. Banyak kelebihannya dan kebaikan sekiranya bayi diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini.
A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Penerangan yang diberikan pastinya boleh dijadikan bahan rujukan buat pasangan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata atau bakal bergelar ibu dan bapa.
Baca perkongsiannya.
Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.
Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.
Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.
Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.
Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pa
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR SHEIKH MUSZAPHAR & DR HALINA
Suami Yang Suka ‘LIKE’ Gambar Wanita Seksi Jenis Isteri Tak Hormat Isteri & Ini Hukuman Sesuai Untuk Mereka

Kadang-kadang sudah lama hidup berumahtangga dan asyik melakukan perkara sama akan membuatkan hidup terasa bosan. Kata orang ‘tiada color’ dalam kehidupannya yang kalau sudah 10 atau 20 tahun tetap begitu caranya. Ada pasangan yang nakal terutama lelaki akan mula membuat aktviti sendiri salah satu melayan media sosial. Kalau setakat melihat sahaja tidak mengapa tetapi bagaimana pula yang rajin ‘like’ dan ‘share’ bahan lucah seperti wanita seksi walaupun sesama mereka dalam grup ‘whatsapp’.
Perkongsian dari seorang lelaki ini juga sepatutnya boleh diambil perhatian terutama kepada pasangan yang sering berbuat demikian. Walaupun tak semua bersifat demikian, tetapi bak ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Lelaki sepatutnya menjaga, melayan dan menghormti isteri dalam apa jua cara.
Tidak kisah apa bentuk fizikalnya, dia tetap wanita dan isteri yang anda kanal ketika mula-mula lafaz hijab dan Kabul. Bagi pemilik akaun facebook Akhtar Syamir menulis bukan untuk menyalahkan kaum lelaki tetapi menyedarkan mereka yang bersifat begini. Jom baca perkongsiannya.
“Isk! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini,” kata si suami dalam hatinya.
Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption ‘Selamat pagi abang-abang dalam group nie’. Cair si suami melihatnya.
Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.
YANG ADA ANAK DERET PUN BUAT
Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.
Bila masuk ke media sosial, si suami seronok ‘like’ gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat ‘berinteraksi’ kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.
ISTERI DAH TAK CANTIK
Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.
“Kenapalah isteri aku tak cantik?” bisikan nakal di hati suami.
“Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.
“Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu,” kata suami.
SUAMI TAK JAGA
Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.
Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.
Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.
“Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?” – Suami
Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?
Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?
“Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau,” kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.
TIADA RASA HORMAT
Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….
Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kpeada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.
Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.
MINTA MAAF PADA ISTERI
Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.
Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.
Elak Bayar Saman PDRM ‘Last Minute’, Bayar Di Mesin ATM. Selesai Tak Sampai 5 Minit!

Lanjutan Diskaun Saman PDRM 80% Hingga 31 Disember 2021, ramai menarik nafas lega apabila YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkannya sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Namun sikap yang rakyat Malaysia yang sering membuat keputusan ‘last minute’, pasti pelbagai masalah akan timbul walaupun sistem portal MyBayarSaman telah dilancarkan. Masalah teknikal pasti berlaku sekiranya ada lagi sikap sebegini. Jadi bagaimana untuk mengelakkan pembayaran saman PDRM di saat-saat akhir.

Ada segelintir rakyat Malaysia masih sanggup bersesak di IPD berbaris panjang, tetapi dalam keadaan pandemik covid-19, kita harus mencari alternatif bagi menggelakkan sebarang kecelakaan berlaku. Dengar kata masih ramai yang tak dapat akses Portal MyBayar Saman untuk dapatkan diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. Mujur lelaki ini kongsi cara lain bagi memudahkan anda membayar saman PDRM, melalui mesin ATM pun cukup mudah. Jom lihat cara ini, tak sampai 5 minit dah selesai!
Orang ramai boleh menjelaskan saman melalui:
- Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
- Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank
Siapa yang tak dapat nak bayar saman lagi tu boleh guna kaedah ini. Hanya bayar saman di mesin ATM sahaja. Yang ni mesin ATM Maybank ya. Nak tahu caranya? Simple saja caranya, boleh rujuk langkah-langkah seperti bawah ni.
- TEKAN PAYBILLS
- TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM
- TERUSKAN
- MASUK KAN NO IC
- TEKAN UTK BUAT BAYARAN
Rujuk langkah bergambar di bawah:
LANGKAH 1: Tekan Paybills
LANGKAH 2: Tekan Pembayaran Saman PDRM.
LANGKAH 3: Tekan Teruskan.
LANGKAH 4: Masukkan nombor IC / kad pengenalan anda.
LANGKAH 5: Teruskan pembayaran anda.
Simpan resit untuk rujukan.
Settle!
Namun jika anda masih ada bertindak di saat-saat akhir semuanya akan tergendala. Bagi memudahkan segala urusan bertindaklah segera supaya tiada sebarang kemungkinan yang berlaku. Jom rebut peluang keemasan ni sis!
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee