
Biarpun tidak lagi aktif dalam industri seni, selebriti Indonesia yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya Syahrini baru-baru in membua kejutan apabila dia menghadiri Festival Filem Cannes ke-78.

Kehadiran Syahrini menjadi tumpuan, baik di karpet merah mahupun di majlis makan malam.
Ketika menghadiri acara berprestij itu, Syahrini mengenakan beberapa persalinan glamor.
View this post on Instagram
Dia berbesar hati memperagakan hasil kerja pereka fesyen tanah airnya, Indonesia.
Syahrini yang sinonim dengan koleksi handbag berjenama mewah, Hermes, kali ini dia memilih daripada jenama tempatan Indonesia.
Syahrini menyarungkan sekurang-kurangnyai empat persalinan glamor di Festival Filem Cannes.
Gaun Silver Di Karpet Merah Pada Hari Pertama
Pada 15 Mei 2025, Syahrini menghadiri tayangan filem Dossier 137 di Palais des Festivals. Dia memakai gaun labuh rona silver rekaan pereka Indonesia, Danny Satriadi.
View this post on Instagram
Gaun labuh yang mempunyai perincian blink blink ini menjadikan penampilan Syahrini semakin mewah apabila dipadankan dengan jubah brokat yang meleret berserta hiasan kepala berbentuk tiara silver.
Penampilan Syahrini dilengkapkan dengan clutch kecil rona gelap dan cincin berlian besar menambah kesan glamor serta elegan.
Gaun Maroon Di Gala Dinner
Syahrini turut menghadiri majlis makan malam gala yang diadakan di Hotel Carlton Cannes.
Pada acara itu, dia menerima anugerah daripada UNESCO sekaligus menambah pencapaian antarabangsa dalam kareirnya.
Syahrini tampil glamor dengan gaun labuh maroon yang mempunyai potongan bahu yang bold dan draperi dramatis yang menciptakan siluet anggun.
View this post on Instagram
Gaun rekaan Hian Tjen ini juga mempunyai aksen layah yang meleret ke lantai.
Perincian motif mawar emas pada bahagian atas gaun turut memberikan aksen menawan dan glamor.
Dipadankan pula dengan hijab rona senada mewujudkan keharmonian warna yang elegan. Ia juga lambing kepada identitinya sebagai seorang yang berhijab.
Gaun Emas Di Karpet Merah Hari Kedua
Syahrini kembali menghadiri Festival Filem Cannes 2025 pada hari berikutnya. Kali ini, isteri tercinta Reino Barack ini tampil dengan busana yang sangat berbeza.
Sambil melambai-lambai tangannya di tangga karpet merah, Syahrini menyarungkan gaun bodycon hitam labuh yang dipadankan dengan outer model cape rekaan Tex Saverio.
Penampilan Syahrini semakin mencuri perhatian apabila penampilannya itu lengkap dengan penutup kepala yang memukau persis seorang pengantin.
Gala Dinner
Pada acara makan malam gala, Syahrini sekali lagi menyarungkan busana rekaan pereka Tex Saverio. Kali ini Syahrini memakai inner dress berwarna hitam senada dengan tudungnya.
Inner dipadankan dengan outer labuh hitam yang dihiasi taburan manik merah menyerlahkan gayanya yang semakin glamor
Wajahnya pula dilitupi solekan natural dengan olesan gincu nude. Malam itu, Syahrini bertemu Angelina Jolie dan Halle Berry.