Paling indah dan bermakna dalam hidup seseorang wanita itu apabila dikurniakan cahayamata. Lebih berganda keseronokannnya apabila dikurniakan anak perempuan atau baby girl. Ada antaranya yang sejak dalam kandungan lagi sudah terbayang untuk membelikan baju atau gaun dan bergaya seperti seorang princess. Namun yang lebih comel apabila ada dalam kalangan personaliti dan selebriti popular yang dikurniakan baby girl menggayakan anak mereka dengan berhijab.
Antara selebriti yang memakaikan anak mereka hijab adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Vivy Yusof, Lufya, Yatt Hamzah dan Diana Amir.
Sekali pandang memang sangat comel apabila kecik-kecik lagi sudah ada ‘kesedaran’ untuk berhijab. Malah setiap kali muat turut foto anak perempuan berhijab pasti akan medapat ‘like‘ tinggi dari follower masing-masing.
Ads
Ayuh, kita lihat senarai selebriti yang rajin menggayakan anak kecil mereka berhijab dan cantik seperti ibunya juga.
Ads
#1. Datuk Seri Siti Nurhaliza
Siti Aafiyah – @kakngatlin Comelllll sgt 2
#2. Vivy Yusof
Sarah Ilham Shah – @dr.genieeeee She’s too adorable
Khabar baik di kongsi oleh Datin Rebecca tentang dia yang sedang hamil anak ke-6. Berita baik ini turut di kongsi olehnya melalui ruangan Instagram miliknya untuk ahli keluarganya serta orang ramai.
Gemar di sapa sebagai Becca, telah memuat naik beberapa keping gambar di sosial media. Ramai yang puji dia kelihatan anggun dan ayu di samping memegang ‘baby bump‘.
Datin Rebecca Nur Al-Islam binti Ahmad atau Becca membuat satu perkongsian baru-baru ini menyatakan dia sedang hamil anak ke-6 dan hampir dua bulan kandungannya itu. Posting Becca di Instagram yang ayu sambil memegan ‘baby bump‘ itu telah menjadi perhatian orang ramai.
Namun, kegembiraannya terhenti apabila suatu berita yang tidak menyenangkan diterima olehnya berkenaan kandungan yang dia miliki. Sukar untuk dia gambarkan keadaan itu tambahan pula kandungan itu hanya 2 bulan.
Temubual Datin Rebecca bersama Harian Metro menyatakan cabaran yang dia perlu tempuhi sewaktu hamil anak keenam. Becca, 36, turut berkata bahawa kelima-lima anaknya sebelum ini di lahirkan melalui proses pembedahan caesarean.
“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tunggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.
“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean. Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya.
Situasi yang di hadapinya sekarang membuatkan Becca bergelumang dalam dilema. Tidak juga Becca, namun, ramai juga yang boleh rasakan kegusaran sebagai seorang ibu yang sedang hamil terpaksa tempuhi perkara ini.
“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,
“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira.
“Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” ujarnya lagi.
Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Norazam Sulaiman. Selepas mendirikan rumah tangga bersama, mereka di kurniakan enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana. Kami dari Hijabista ingin mendoakan supaya Datin Rebecca dan keluarga di permudahkan segala urusan.
Kulit breakout kebiasaannya hadir tanpa diduga. Pasti sedih rasanya bila jadi begitu dan hilang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jangan risau sis! Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Penulis juga pernah mengalami perkara yang sama dan pastinya kebanyakan daripada kita juga tak terlepas dengan masalah sebegini bukan?
Bagi membaik pulih wajah, mungkin hijabi boleh jadikan thread yang disediakan oleh @sophiazakaria_ ini di twitter sebagai panduan. Ini kerana dia telah berjaya mengatasi masalah kulit breakout yang dialaminya setelah 7 tahun berusaha.
Mesti ramai yang perasan dengan gaya selendang pada baju kurung yang digayakan oleh Raja Permaisuri Agong. Sebenarnya tak perlu mesin jahit dan tak perlu menjahit pun. Seorang tukang jahit berkongsi tip cara pakai selendang pada baju kurung ala Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sekarang ni trend Gaya pemakaian selendang ala permaisuri kan…..senang je nak buat sendiri.xpayah nak tggu tailor buat ke nak fikir beli kain berapa meter ke……meh sini hakak ajar cara nak buat dgn kos yg paling low cost……. .xperlu nak mesin2 jahit bagai…..guna shawl dan brooch jer…..
Tak banyak pun bahan yang perlu disediakan.
Selendang 2 helai Beberapa biji kerongsang/brooch Kapur (untuk tanda) jika tiada kapur, boleh guna pensel Pembaris
CARA-CARA MEMBUATNYA:
Lipat selendang kepada dua bahagian. Tandakan 7 inci sahaja supaya ia terletak di atas bahu menggunakan kerongsang tadi.
Bentangkan semula selendang dan cantumkan dengan selendang kedua.
Pinkan kerongsang pada baju kurung.
Nak buat gaya lain pun boleh.
Inilah hasilnya.
TIP PENTING:
Disarankan untuk menggunakan selendang half moon untuk nampak kemas dan cantik. Selendang dengan bentuk bersegi akan membuatkan selendang pada baju kurung kelihatan sangat labuh.
Gaya fesyen ini bukan sahaja ringkas tetapi yang penting menutup aurat. Nampak eksklusif sangat!
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.