
Isi Kandungan
ToggleTahniah admin ucapkan kepada jenama syampu terkemuka, Sunsilk kerana berjaya mencipta sejarah dengan penghasilan struktur replika botol gergasi syampu varian ‘Segar Berhijab’ Sunsilk Hijab Recharge. Lebih mengujakan, struktur tersebut secara rasmi diiktiraf sebagai “Replika Botol Syampu Terbesar” di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records.
Dilancarkan secara rasmi di Pasar Raya Besar Giant Stadium Shah Alam, replika ini mempunyai ketinggian 12.25m serta kelebaran 9.66m. Jadi, hijabi di luar sana dijemput hadir untuk menyaksikan sendiri replika tersebut di depan mata. Cukup mengujakan!
Lebih menarik apabila anda juga berpeluang memenangi percutian ke Korea. Caranya mudah sahaja:
- Anda hanya perlu selfie bersama tiga replika botol syampu Sunsilk Hijab Recharge yang ada di hadapan Kedai Emas Zeni di Pasar Raya Giant Stadium Shah Alam.
2. Muat naik gambar anda di bahagian ulasan peraduan (comment section) di laman Facebook Sunsilk Malaysia.
3. Lengkapkan penyertaan dengan menyatakan azam bagi tahun 2018. Jangan lupa letak sekali hashtag: #SunsilkCoverKita, #GiantMY dan #SunsilkGiantBottle. Peraduan berakhir pada 27 Disember 2017. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Sunsilk.
Acara ini turut dihadiri oleh beberapa orang influencer dan juga selebriti seperti Amira Othman dan Dayah Bakar yang juga merupakan pengacara bagi majlis tersebut. Ayuh, admin belanja 10 #OOTD yang ‘meletop’ dan memukau gaya penampilannya.
#1 – Eka Jamaludin / @_ekajamaludin
#2 – Alya Iman / @alyimn
#3 – Farah Elia / @nurfarahelia
#4 – Eyka Abdullah / @eykabdullah
#5 – Farha Razak / @farharazak19
#6 – Ike Diana / @ikediana_
#7 – Saidatul Amin / @saidatulamin
#8 – Sarah Mustafa / @st.srh
#9 – Tahirah / @tahirahsrt
#10 – Yarona / @yaronayunu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenali ‘Phasmophobia’, Rasa Takut Berlebihan Pada Hantu!

Isi Kandungan
ToggleJika Thanatophobia merupakan rasa takut terhadap kematian, Phasmophobia pula adalah rasa takut pada hantu secara berlebihan. Maklumlah, sekarang ini kan ramai orang ligat pergi ke pesta ‘Night Of Fright’ di Sunway Lagoon. Buat anda yang menghidapi Phasmophobia, pergi ke pesta seram ataupun rumah hantu mungkin merupakan mimpi buruk buat anda.
Segalanya mengenai Phasmophobia
Phasmophobia ini bukanlah sekadar ‘takut hantu’, malahan ianya lebih intense dan melampau. Contohnya, rasa takut dengan perkara mistik, melihat gambar, video, filem dan juga rasa takut untuk memasuki rumah hantu. Memang tiada harapan lah mereka ini mahu memasuk rumah hantu seperti ‘Night Of Fright’. Takut pulak perkara tidak diingini berlaku!
Orang yang menghidapi phasmophobia ini takut akan segala yang berkaitan dengan hantu. Sehinggakan, mendengar perkataan ‘hantu’ pun mampu mencetuskan rasa takut. Jangan ambil ringan ya, perkara kecil yang berkaitan dengan hantu atau benda lain boleh mencetuskan gangguan kecemasan kepada mereka.
Phasmophobia ini juga sangat sukar dikawal. Bukan sahaja minda seseorang boleh terganggu, malah kesihatan fizikal dan aktiviti harian juga boleh terjejas. Fobia jenis ini tidak mengenal usia, jadi sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Kanak-kanak yang takut hantu sejak kecil juga mungkin akan mengalami phasmophobia apabila dewasa.
Tanda-tanda phasmophobia:
- Anda sering rasa seperti diperhatikan oleh hantu atau makhluk ghaib.
- Rasa cemas apabila mula mendengar cerita mengenai perkara ghaib atau hantu.
- Mengalami gejala seperti berpeluh sejuk, badan menggigil, dan jantung berdegup kencang.
- Badan terasa kaku, tidak dapat menumpukan perhatian, dan tidak dapat berfikir dengan jelas apabila berada di tempat yang sunyi dan gelap.
Punca phasmophobia
Menurut pakar psikologi Ikhsan Persada, punca atau penyebab sebenar phasmophobia ini masih tidak diketahui sehingga kini. Namun, terdapat beberapa faktor asas yang membuatkan seseorang itu boleh mengalami phasmophobia. Berikut merupakan beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu secara berlebihan:
1. Pengalaman traumatik atau menakutkan
Kanak-kanak yang pernah mengalami peristiwa mistik seperti dibuli atau melihat hantu berkemungkinan tinggi boleh mengalami phasmophobia. Tambahan itu, seseorang yang mempunyai pengalaman menakutkan yang melibatkan hantu atau rumah berhantu, juga berkemungkinan mengalami phasmophobia. Contohnya, pernah ‘terserempak’ dengan benda ghaib tersebut atau mengambil gambar lepastu ‘benda’ tersebut terselit di belakang. Pasti trauma… Kerap juga mendengar orang dulu-dulu pesan untuk tidak mengambil sebarang gambar waktu maghrib, takutlah!
Pernah tak anda merasa ‘meremang‘ apabila menonton babak-babak seram ketika menonton filem? Kadang-kadang ada filem yang mempunyai ‘unsur’ bacaan keagamaan. Seram sejuk dibuatnya! Untuk pengetahuan anda, menonton filem menakutkan dan pengaruh budaya atau agama lain yang berkaitan dengan alam ghaib juga boleh menyebabkan seseorang mengalami fobia hantu.
2.Faktor genetik dan persekitaran
Didikan di rumah memainkan peranan penting dan mampu memberikan kesan terhadap kehidupan seharian anda. Bayangkan jika seorang kanak-kanak itu daripada kecil sudah biasa melihat ibu bapa mereka atau orang sekeliling takutkan hantu, sudah pasti anak-anak pun akan terikut takut sama. Ini kerana mereka lebih mudah terikut-ikut melihat perkara yang ibu bapa mereka lakukan. Kanak-kanak tersebut pasti akan berfikir, ibu bapa pun boleh takut, apatah lagi orang yang mungkin tiada kuasa untuk melawan benda-benda mistik ini. Penyelidikan juga telah mendapati bahawa orang yang mempunyai ahli keluarga rapat dengan fobia atau jenis gangguan kecemasan lain lebih cenderung untuk mengalami fobia.
3.Terlalu taksub dengan perkara ghaib
Terlalu mempercayai perkara ghaib juga boleh menjadi faktor yang mendasari seseorang mengalami phasmophobia. Sebagai contoh, anda percaya bahawa pergi ke luar pada waktu matahari terbenam adalah berbahaya. Ini disebabkan matahari terbenam sebelum malam dipercayai adalah waktu makhluk ghaib sedang aktif. Tambahan itu, sesetengah orang percaya bahawa bangun pada waktu awal pagi merupakan petanda bahawa ada makhluk ghaib memerhatinya dari sudut bilik.
Kesan buruk Phasmopobia
Ketakutan terhadap hantu secara kelebihan ini boleh muncul pada bila-bila masa dan boleh memberi kesan buruk kepada penghidap,di antara kesan buruknya ialah:
Susah untuk tidur
Orang yang mengalami penyakit ini kerap mendapat tidur yang tidak cukup. Ini kerana bila tiba waktu malam…mulalah fikir mengenai hantu. Ketakutan terhadap hantu mulai menyelebungi. Bila nak tutup mata je, mulalah terbayang ada hantu berdekatan. Kalau anda baru habis menonton filem seram, mulalah terbayangkan babak-babak yang seram. “Macam mana kalau ada hantu bawah katil?..” Memang tak tenang lah nak tidur. Gangguan tidur ini menyebabkan anda tidak mempunyai tenaga dan sukar untuk berfikir dengan jelas pada siang hari. Ia juga mampu membuatkan anda lesu dan boleh mengurangkan produktiviti.
Cemas berlebihan
Situasi ini boleh berlaku bukan sahaja ketika anda bersendirian, bahkan boleh berlaku ketika sedang berada bersama ramai orang. Antara tanda-tanda kecemasan yang berlebihan adalah apabila anda mulai rasa jatung berdetak laju, mual, peluh dingin, pening sehingga rasa nak muntah.
Depresi
Jika anda sering mengalami dua kesan buruk diatas, anda berisiko untuk mengalami kemurungan. Kemurungan yang tidak dirawat boleh menyebabkan seseorang berfikir tentang bunuh diri.
Cara mengubati Phasmopobia
Anda boleh cuba mengubati phasmopobia ini menggunakan bantuan ubat-ubatan dan juga psikoterapi. Contoh ubatan yang boleh diambil adalah ubatan yang sering digunakan untuk merawat fobia, seperti anti depresi dan ubat anti-kecemasan. Kedua-dua ubat ini boleh melegakan reaksi berlebihan emosi kerana ketakutan yang anda alami, dan membantu menghentikan atau mengurangkan tindak balas fizikal, seperti jantung berdebar atau loya. Ubat antidepresan dan anti-kecemasan berkesan dalam mengurangkan gejala fobia dengan cepat.
Selain itu, anda boleh juga melakukan rawatan psikoterapi. Pakar kesihatan mental akan membantu penghidap phasmopobia untuk memahami punca ketakutan anda. Seterusnya, dengan menjalani rawatan psikoterapi, ianya membantu membangunkan mekanisme pertahanan yang boleh digunakan apabila anda mula merasakan ketakutan.
Artikel berkaitan: “Dengar Suara Meracau, Menjerit …” Gadis Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Sebulan Tinggal Di Wad Psikiatri
Anda telah mengetahui punca, tanda, kesan dan juga cara untuk mengubati phasmophobia ini. Jangan pernah memperlekehkan sesiapa yang mempunyai fobia berlebihan terhadap hantu. Selepas ini, jika anda ataupun orang sekeliling mula menunjukkan tanda Phasmophobia, dapatkan bantuan dengan segera.
Artikel berkaitan: Sedih, Resah Dan Gelisah, Amal Zikir Fatimiyah Agar Lebih Tenang. Bagus Untuk Hijabi Hadapi ‘Anxiety Attack’!
Sumber info dan gambar: KlikDokter, HaloDoc dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penat Belajar Sampai Universiti Tapi Gaji ‘Starting’ RM2K, Lebih Baik Jadi Content Creator Kat Tik Tok! Hadamkan Nasihat Lelaki Ini

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu laporan kaji selidik, ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didapati enggan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ia juga turut membabitkan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Pengurangan jumlah pelajar melanjutkan pengajian dalam jurusan sains amat ketara. Pengaruh rakan sebaya yang mampu menjana pendapatan lumayan melalui platform media sosial, walaupun ketika di bangku sekolah dikenal pasti antara faktor masalah ini berlaku.
Di samping itu ‘influencer’ yang dilihat menjana pendapatan jauh lebih besar daripada seseorang memiliki kelulusan universiti atau bekerja dalam sektor awam menyebabkan
universiti dilihat tidak lagi relevan untuk dijadikan sasaran cita-cita untuk menuntut ilmu.
Berikut perkongsian padu Mohd Nizam menyentuh tentang golongan anak muda yang enggan melanjutkan pelajaran ke menara gading.
“Apa guna belajar penat-penat sampai ke universiti? Lepas tu, kerja pun starting gaji RM2,000. Lebih baik jadi content creator kat Tik Tok!”
Dik, meh sini, Abang nasihat sikit:
1. Masuk universiti atau mana-mana institut pengajian, bukan untuk dapatkan kertas sijil semata-mata. Apa yang penting adalah untuk dapatkan Ilmu dan bentuk pemikiran adik supaya jadi orang terpelajar.
Money and success? Both will follow you, dik, secara berperingkat.
2. Kalau tujuan adik untuk dapatkan kertas sijil tu sahaja, betul, usahkan masuk universiti, SPM pun, semoleknya adik jangan ambil. Lepas Darjah 6, lepas tahu menulis, membaca dan mengira, adik teruslah ceburkan diri buat jadi Bintang media sosial.

3. Tik Tok, bilangan pengguna dia, lebih 1 billion. Bilangan pengguna aktif, 500 juta. Di Malaysia, anggaran bilangan pengguna, 4 juta.
4. Dalam bilangan pengguna Tik Tok tu, berapa orang je yang betul-betul buat duit? Ada tak sampai 1,000 orang yang adik tahu?
5. Katakanlah 1,000 orang di Malaysia betul-betul buat duit dan lestari, kita bahagikan dengan 4 juta. Itu adalah 0.025% dari keseluruhan pengguna Tik Tok di Malaysia.
Itu baru statistic mudah berdasarkan Tik Tok, belum lagi yang lain.

6. Jangka hayat popular di media sosial, berapa kerat je yang bertahan lebih dari 3 tahun? Lepas tu, what’s next?
7. Jadinya, mulalah ramai yang buat content bangang. Tarik tudung lah, live marah orang kat 7-11 lah, semuanya sebab nak tarik traffic. Katanya, “Negative marketing is still a Marketing” – kata abang, simple je, “Dik, adik ingat Mak adik kandungkan adik 9 bulan, pastu perit jerih lahirkan kemudian besarkan adik, untuk adik hidup tanpa maruah?”
8. Kita ni, hidup perlu ada maruah. Once an act is posted on social media, it is permanent. Kalau adik delete di akaun adik sekalipun, orang lain dah download atau screenshot dah.
Sebab itulah, education itu penting.

9. Cuba tengok content creator yang educated. Contoh? Khairul Aming. Ijazah dia, dari US, dik. Dalam Engineering. Lepas tengok video-video dia, adik rasa tak macam jadi lebih cerdik dan semangat dalam sesuatu subjek iaitu “masakan”?
10. Contoh lain? Richard Ker. Dia punya Twit pasal business dan isu semasa, sangat on point. Dia dari corporate sector – sebelum dia buat full time content creator, dia adalah Chief Marketing Officer untuk Aerodyne Group (syarikat drone Malaysia yang antara top di Dunia), pernah kerja dengan a number of multinational corporations – graduate pun, dari Universiti Surrey, UK.
11. Mudah cerita, persamaan Khairul Aming dan Richard Ker, mereka educated.

12. Orang educated, strategi mereka tersusun. Khairul Aming dia guna social media untuk marketing sahaja, sumber kewangan lestari adalah dari dia jual sambal. Richard Ker pula, buat marketing agency sendiri, fokus kepada syarikat-syarikat Korporat sebagai klien.
13. Sekarang, cuba bandingkan depa berdua dengan Kak Long 7-Eleven. Dapat tengok tak beza dia dari segi kelestarian kewangan dan jaga maruah?

Kesimpulannya, Pendidikan itu penting. Duit pun, penting. Untuk jana duit yang sustainable, adik perlukan strategi. Untuk establish strategi, adik perlu ada kepintaran.
Untuk ada kepintaran, adik perlukan Pendidikan.
Bawak Grab pendapatan lebih tinggi dari gaji kerja pejabat? Dik, untuk dapat pendapatan sebanyak gaji kerja steady, berapa jam adik perlu bawak Grab? What about your quality of life?
Pastu, adik nak bawak Grab sampai ke tua? Katakanlah dah bawak Grab 5 tahun dan sangat bergantung kepada Grab, kemudian the company sebagai kapitalis naikkan dia punya fee. Pastu macam mana adik nak survive?
Jadinya, simple, jangan terpengaruh sangat dengan ceritera dongeng instant famous and rich di media sosial ni – banyak yang kelentong. Dapatkan Pendidikan – dalam masa itu, cubalah discover diri dan passion adik yang sebenarnya.
***************
Gambar: ini gambar Khairul Aming terima Ijazah – menamatkan Pendidikan di peringkat universiti.
Cuba adik Google, ada tak jumpa gambar Setopa iKon permotoran terima Ijazah atau diploma atau mungkin slip keputusan SPM? Pastu cuba bandingkan antara depa berdua.
Sumber kredit: Mohd Nizam Top image: Photo by pixabay from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada 1050 Kerusi Tempat Duduk, Al Masaa Cafe Di Riyadh Arab Saudi, Kedai Kopi Terbesar Di Dunia

Menikmati secawan kopi panas sambil berbual-bual dengan pasangan atau rakan-rakan tentunya mengasyikkan. Bagi penggemar kopi, sehari tidak minum kopi seakan tidak lengkap ‘perjalanan’ kehidupan seharian.
Jika anda penggemar kopi tegar, rasanya ada satu tempat yang patut anda pergi. Jika berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Riyadh, jangan lupa datang ke sini. Memang rugi besar jika anda sebagai penggemar kopi terlepas pandang untuk mmenikmati kopi hangat di sini.
Kafe dan kedai kopi terbesar di dunia terletak di Riyadh, Arab Saudi. Namanya Al Masaa Cafe. Ia siap dibina pada 13 Ogos 2014 dengan 1050 buah kerusi tempat duduk. Buat masa ini, inilah satu-satunya cawangan yang mereka ada.
Pengunjung dan pelanggan yang datang boleh pilih untuk duduk di dalam kafe mahupun luarnya. Kalau saya, mestilah nak duduk di luar. Pemandangannya yang berlatarkan Kingdom Tower lebih-lebih lagi pada waktu malam, fuh memang cantik!
Ada peminat kopi di sini? Masukkan tempat ini dalam senarai kalian.
Sumber kredit: Najmi Farisham dan Al-Masaa Cafe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI