Semua orang mesti pernah ada pengalaman sakit gigi kan. Kadang kala, sakit itu terlalu perit hingga tak dapat tidur lena. Malah ada yang sakit hingga demam dibuatnya. Ada yang mengambil ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan tetapi ada juga yang menggunakan bahan di dapur sahaja seperti esen vanilla. Mujarabkah?
Menerusi twitter @ib_shah, doktor ini telah menerangkan mengapa bahaya menggunakan bahan ini sebagai penawar kesakitan. Kelegaannya hanya seketika namun kesannya mungkin melarat.
Semakin langsing dan ramping! Itu kata-kata yang boleh menggambarkan penampilan terkini ibu kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri ini. Bonda Rozita atau nama penuhnya Rozita Ibrahim kini kelihatan semakin cantik dan awet muda.
Bonda Rozita sering berkongsi kata-kata motivasi khususnya sebagai usahawan di Instagram miliknya.
Bonda Rozita pernah memuat naik satu hantaran di mana dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas dan menjelaskan usia bukan halangan untuk seorang wanita mengekalkan kesihatan dan kecantikan.
“Baju raya 20 tahun lepas, tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan dan kecantikan semakin merudum. Bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …
“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolesterol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver. Saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya.
“Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar tulang, jantung…hampir setahun cari solusi kesihatan saya.
“Akhirnya saya tahu punca disease saya itu dari pemakanan dan saya tak bersenam dan kurang cahaya matahari…” ulasnya di ruangan kapsyen.
Apabila bergelar public figure, setiap perkara yang dilakukan pasti menjadi perhatian dan ingin diketahui ramai terutama di kalangan peminat-peminat tegar.
Ini termasuklah mengingati tarikh-tarikh penting seperti anniversay dan birthday selebriti kegemaran mereka.
Hijabista senaraikan 10 selebriti jelita Malaysia yang bergelar ‘March babies’ tahun ini. Mana tahu, kebetulan ada antara selebriti-selebriti ini yang sama dengan tarikh lahir sis, kan?
ELFIRA LOY
Pelakon berusia 30 tahun ini dilahirkan pada 8 Mac 1994. Elfira kini ibu kepada sepasang cahaya mata yang sangat comel.
WAWA ZAINAL
Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik yang juga usahawan sukses Wawa Zainal. Wawa merupakan ibu kepada empat anak. Pada 12 Mac 2024 genaplah usia isteri kepada aktor kacak Aeril Zafrel ini yang ke-32 tahun.
FARAH NABILAH
Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dengan rangkaian drama terbaharu, Farah Nabilah kini kelihatan semakin tenang dan bahagia bersama keluarga kecilnya. Mencecah usia 32 tahun pada 10 Mac 2024, ibu kepada dua cahaya mata ini kelihatan semakin berseri-seri.
EMMA MAEMBONG
Pelakon berketurunan Melayu-Scotland ini sememangnya memiliki kecantikan yang tersendiri pada usia 32 tahun. Dilahirkan pada 27 Mac 1992, Emma kini merupakan ibu kepada dua ‘hero’ yang sangat comel!
SITI SALEHA
Berusia 34 tahun, pelakon Siti Saleha tetap menawan dalam gayanya yang tersendiri. Pada 14 Mac 2024, genaplah usia Siti Saleha yang ke-34 tahun.
AZAR AZMI
Terdahulu, pelakon berbakat besar Azar Azmi yang dilahirkan pada 13 Mac 1989 ini merupakan seorang model. Azar juga merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010. Mac ini menjadi bulan istimewa buat Azar kerana bakal mencecah usia 35 tahun.
DATIN LISA SURIHANI
Sweet dan tenangnya apabila menatap wajah Datin Lisa Surihani. Pengacara dan pelakon berusia 38 tahun ini merupakan ibu kepada tiga cahayamata. Pelakon dan pengacara ini dilahirkaan pada 23 Mac 1986.
FASHA SANDHA
Pelakon yang juga isteri tercinta kepada Aidil Aziz ini nampak semakin glowing dan awet muda! Tahun ini, ibu kepada tiga cahaya mata ini bakal mencecah usia yang ke-40 tahun pada 28 Mac 2024.
NORA DANISH
Biarpun usia mencecah 42 tahun, wajah pelakon cantik ini tetap kelihatan baby face!
Nora dilahirkan pada 7 Mac 1982 dan kini ibu kepada dua anak.
ROZITA CHE WAN
Kalau tak berfesyen bukan Che Ta lah, kan? Pada usia 51 tahun, usahawan dan pelakon yang berasal dari Kedah ini masih menitikberatkan soal gaya dan kecantikan. Ibu kepada tiga cahaya mata ini dilahirkan pada 9 Mac 1973.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun seronok belajar atau bekerja dari rumah semasa wabak coronavirus, ia boleh membawa kepada tabiat buruk. Salah satunya ialah gangguan tidur pada waktu malam dan akibatnya ialah bangun pada siang hari. Adakah sesiapa mengalami perkara yang sama?
Mungkin anda bekerja lewat dan tidur lewat. Anda mungkin berasa kurang letih dan tidak dapat tidur dengan cepat. Mungkin bekerja di rumah membuatkan anda berasa relaks dan anda mahu tidur kemudian dan bangun kemudian.
Penyelidikan menunjukkan bahawa waktu tidur boleh sama pentingnya dengan berapa lama seseorang tidur. Anda mungkin ingat untuk bangun pada waktu biasa, tetapi otak anda akan mengingatkan anda untuk mengambil masa tambahan untuk tidur. Ini boleh memberi kesan positif kepada anda jika anda sangat letih.
Walau bagaimanapun, ini boleh menyebabkan corak tidur anda yang terbentuk sebelum ini terganggu.Dalam erti kata lain, menekan butang tunda pada hari Isnin boleh mencetuskan corak domino untuk hari-hari yang akan datang.
Berjaga lewat boleh mengurangkan keperluan anda untuk tidur dan menjadikannya lebih sukar untuk tidur pada malam berikutnya. Apabila tiba masa untuk tidur, anda berasa mengantuk atau anda masih mempunyai lebih banyak tenaga daripada biasa.
Jadi anda akan terjaga lewat malam.Ini boleh berlaku pada malam berikutnya dan malam selepasnya. Anda juga mendapati sukar untuk mengembalikan pola tidur anda kepada normal.
Tidur lebih lama juga boleh mengurangkan kecekapan tidur, yang boleh mempunyai kesan yang sama seperti kekurangan tidur. Tidur lewat juga boleh menjejaskan kecekapan tidur dengan menambah masa di atas katil dan mengganggu irama sirkadian.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kitaran tidur-bangun yang konsisten adalah penting untuk mengekalkan irama sirkadian yang teratur.
Kajian 2017 mendapati bahawa lebih konsisten corak tidur anda, lebih baik prestasi akademik anda. Lebih banyak anda tidur, lebih kurang cekap tidur anda, menyebabkan anda bangun lewat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.