Semakin langsing dan ramping! Itu kata-kata yang boleh menggambarkan penampilan terkini ibu kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri ini. Bonda Rozita atau nama penuhnya Rozita Ibrahim kini kelihatan semakin cantik dan awet muda.
Bonda Rozita sering berkongsi kata-kata motivasi khususnya sebagai usahawan di Instagram miliknya.
Bonda Rozita pernah memuat naik satu hantaran di mana dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas dan menjelaskan usia bukan halangan untuk seorang wanita mengekalkan kesihatan dan kecantikan.
“Baju raya 20 tahun lepas, tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan dan kecantikan semakin merudum. Bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …
Ads
“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolesterol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver. Saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya.
Apabila usia sudah menginjak 20an, pastinya kita sedang belajar menjadi lebih matang dan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Seperti yang telah dikongsikan oleh @budeeeen di Twitter ini, anda harus tinggalkan perkara yang merunsingkan minda anda dan fokus pada matlamat hidup.
Siapa cakap kena ada pasangan dulu baru boleh bahagia kan? Baik bersendiri daripada bersama dengan orang yang salah.
Jangan bandingkan diri kita kalau nak bahagia. Belajarlah bersyukur.
Tingkatkan keyakinan dirimu hijabi! Tonjolkan kelebihan diri anda.
Bahagiakan orang lain memang perbuatan yang baik. Namun, jangan sampai orang lain mengambil kesempatan ke atas diri kita pula.
Kalau hubungan itu menyakitkan, lebih baik kita undur diri sahaja. Tak gitu?
Banyak sekarang ini kawan yang tikam dari belakang. Berhati-hati tau! Jangan ikut yang ke arah keburukan.
Tak semua perbuatan kita perlu dijelaskan pada orang lain. Yang penting, kita yakin dengan keputusan itu sahaja sudah cukup.
Jangan layan sangatlah drama di sekeliling kita ni. Masing-masing dah matang kan. Baik layan k-drama lagi best!
Hijabi jangan terlalu stress memikirkan masa lalu okay? Fokus pada masa hadapan agar kekal tenang dan bersemangat!
Penyanyi serta pengacara popular, Alif Satar bukan sahaja dikenali sebagai seorang lelaki yang budiman, tetapi juga sebagai suami yang penyayang. Lihat sahaja setiap kali muat turun foto di media sosial. Menggambarkan betapa mesra dan rapat hubungan dengan isteri tersayang, Shadila Halid. Dan baru-baru ini ketika penyanyi ini menyertai acara Triathlon Ironman di Langkawi dia telah muat turun satu video di laman youtube yang netizen anggap sangat sweet dan memujinya sebagai pasangan yang sangat romantis.
Apa yang sweetnya, di penghujung video Alif itu merakamkan sebuah babak yang penuh emosi dan membuatkan sesiapa sahaja lihat akan terasa sebaknya.
Alif yang telah berjaya menghabiskan Acara Triathlon di Pulau Langkawi selepas merentasi rintangan yang perlu ditempuh penyanyi itu telah disambut oleh isteri dan keluarganya di garisan penamat.
Sememangnya Alif dapat merasakan kehadiran isterinya itu telah menguatkan semangatnya untuk berdiri lebih kuat menempuh segala rintangan sebelum berjaya hingga ke akhir garisan penamat.
Malah Shahida juga turut memberitahu dialah wanita paling bertuah dalam dunia ini dan setiap kali itu jugalah doanya tidak pernah putus supaya suaminya itu dikurniakan syurga. Dan sebagai isteri dia tidak akan pernah berhenti berdoa sehingga hujung nafas terakhirnya.
Pasangan sudah hampir empat tahun mendirikan rumah tangga dan kini bahagia dikurniakan dengan dua orang puteri.
Perkongsian video ini mendapat respon cukup baik dari netizen. Rata-rata turut sebak melihat gelagat pasangan romantis ini, masing-masing mendoakan pasangan ini akan kekal hingga ke jannah.
Bertempat di restoran eksklusif The Roomah Publika, satu sidang media istimewa diadakan bagi mengumumkan beberapa agenda yang direncanakan oleh figura bidang kecantikan terkemuka tanahair, Dato’ Sri Alha Alfa.
“Syukur Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih buat semua rakan media dan teman-teman artis yang sudi hadir pada sidang media hari ini,” ucap DS Alha membuka bicara.
Selain giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama, ‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan, ‘Year End Sale’, keluaran terbaharu Alha Alfa Cosmetics, DS Alha juga teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa.
MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Jenama Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration.
DS Alha turut menerima pengiiktirafan bagi kategori individu atas pencapaian posting paling tinggi di Youtube.
Selain itu, produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.
Alha Alfa Cosmetics juga berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida dikenali sebagai Perfume AA X Umie Aida, termasuk rangkaian Perfume AA sendiri.
SINGLE ‘CINTA AGUNG’ BERSAMA ZARA ZYA
DS Alha mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single sebelum ini.
“Idea di sebalik penghasilan single ini timbul secara santai. Jujurnya, saya tidak mempunyai tujuan khusus untuk menghasilkan lagu ini. Zara Zya pun gemar berkaraoke. Kami juga mempunyai beberapa kenalan rapat yang digelar ‘geng karaoke’.
“Kebetulan saya berkawan baik dengan Yuka Kharisma, seorang penyanyi dan komposer terkenal. Saya pernah berseloroh meminta beliau menciptakan sebuah lagu.
“Tanpa diduga Yuka beritahu beliau telah menyiapkan sebuah single untuk saya, lantas saya terima pelawaan itu dan mengajak Zara Zya untuk berduet. Hakikatnya, lagu ini dihasilkan hampir setahun yang lalu. Kini, tiba masa kami luncurkannya,” katanya.
IMPIAN
Sebagai seorang usahawan kosmetik berjaya yang kini boleh dianggap sebagai selebriti, DS Alha memberitahu beliau hanyalah seorang usahawan biasa dan masih banyak lagi yang harus pelajari.
Beliau juga tidak berniat untuk menampilkan sisi lain Alha Alfa. Apa yang beliau lakukan hanyalah untuk memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.
“Penghasilan single bersama Zara Zya ini merupakan penghargaan saya terhadap beliau yang banyak membantu dan memberi sokongan sebagai seorang sahabat. Biarlah ia diabadikan menerusi sebuah karya yang indah.
“Fokus utama saya kini ialah memastikan Alha Alfa Cosmetics dapat bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa.
“Saya dan keluarga besar Alha Alfa Rich Legacy (AARL) berimpian untuk meletakkan Alha Alfa Cosmetics sebagai jenama kecantikan nombor satu di pasaran Malaysia.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.