Setiap ibu hamil pastinya melalui pengalaman yang tersendiri sewaktu mengandung. Ada yang mengalami alahan teruk, perubahan hormon namun ada juga yang tidak mengalami apa-apa perubahan.
Bagi Cik Nur Ain, pengalamannya agak berbeza kerana wajahnya berubah menjadi kusam dan berkedut seperti seorang wanita tua sewaktu hamil anak kedua.
Ujarnya, situasi itu membuatkan dia berasa malu namun dia berasa terharu kerana suami tidak putus-putus memberi kata semangat kepadanya dan memujinya cantik.
Menjawab pertanyaan di ruangan komen, Cik Nur Ain menjelaskan bahawa wajahnya tidak berasa sakit disebabkan perubahan tersebut namun membuatkannya berasa kurang selesa sewaktu hendak memakai tudung dan kulit wajahnya juga menjadi berminyak.
Begitu besar pengorbanan seorang ibu yang tidak dapat kita bayangkan. Oleh itu, hargailah ibu kita dengan sebaiknya kerana banyak yang telah mereka lalui demi melihat kita membesar.
sumber: Cik Nur Ain
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buang Barang Di Rumah Tanpa Rasa Serba Salah Agar Rumah Tidak Semak!
Hujung minggu mesti ramai yang luangkan masa dekat rumah untuk berehat. Bagi hijabi yang tidak tahu nak buat apa, kata anda mula mengemas rumah dengan buang barang-barang yang tak digunakan lagi. Tahukah anda ramai juga ya suka menjadikan habit menyimpan barang yang tidak diperlukan atas sebab nilai sentimental.
Tidak dinafikan ramai juga manusia yang suka menyimpan barang dirumah mereka kerana rasa sayang pada nilai barang tersebut walaupun ianya hanyalah kotak hadiah, beg kertas berjenama yang cantik atau lain-lain. Kadang-kadang rasa tidak sampai hati nak buang kerana mungkin itu adalah hadiah pemberian dari orang yang kita sayang. Akan tetapi perlu diingatkan, sekiranya anda kerap menyimpan barang akan menyebabkan barang di dalam rumah bertambah dan kelihatan semak.
Artikel Berkaitan: Tetamu Tiba Tiba “On the Way” Pulak! Ikuti 7 Langkah Pantas Untuk Mengemas Rumah Yang Bersepah
Pasti anda tidak suka melihat keadaan rumah yang dipenuhi oleh barang-barang. Akan tetapi selalunya orang berpegang pada nilai atau kenangan sesuatu barang tersebut. Jadi terus terbantut niat untuk membuangnya. Menurut kajian life storage, terdapat beberapa cara untuk anda membuang barang kenangan dengan tanpa rasa bersalah. Antaranya adalah:
1. Ketahui antara kehendak dan keperluan
Ramai juga yang tidak tahu membezakan antara keperluan dan juga kehendak. Ini kerana mereka menganggap semua benda adalah penting untuk disimpan. Senang sahaja nak tahu sesuatu benda itu adalah keinginan. Jika anda merasakan anda boleh bernafas tanpa sesuatu barang itu, itu dipanggil keinginan. Jadi anda boleh cuba untuk menilaikan barangan tersebut dengan sebaik mungkin sama ada anda memerlukannya atau tidak.
2. Pilih barang yang membuat anda rasa syukur dan gembira.
Jika anda memilih barangan yang menjadi keperluan hidup anda pasti anda akan rasa lebih bersyukur. Berbanding barang yang hanya anda inginkan hanya kerana mengikut sesuatu trend. Jika anda tanamkan dalam minda pasti anda tidak akan rasa serba salah untuk membuang barang tersebut.
3. Jangan memberi alasan
Kerap memberi alasan juga menyebabkan seseorang itu sukar untuk membuang barang-barang mereka apabila ditanya oleh orang lain. Apabila seseorang itu memberi alasan. Ia akan menyebabkan anda berasa tidak sedap hati dan jadi malas untuk membuang barang tersebut kerana kerap memikirkan fikiran anda itu betul.
Sekiranya anda terasa seperti ini, langkah yang boleh diambil adalah mungkin anda boleh mendermakan barang-barang itu kepada orang yang memerlukan. Dengan ini, kita akan berasa tenang dan dalam masa yang sama dapat membantu orang yang memerlukan daripada diri kita.
4. Buang secara peringkat
Untuk mengelakkan emosi anda terganggu oleh kerana membuang barang-barang itu, anda digalakkan untuk membuang barang itu mengikut peringkat. Maksudnya, anda ambil sedikit masa untuk barang yang lebih bermakna. Asalkan akhirnya anda buang!
Dengan menggunakan cara ini, anda akan menjadi seorang yang lebih teliti apabila membuang barang dengan tidak terlampau mengikut perasaan.
Artikel Berkaitan: Nak Pergi Bercuti? Ini Cara Untuk Anda Kemas Baju Dengan Mudah Agar Tak Serabut!
Kesimpulan
Jangan rasa serba salah untuk membuang barang yang tidak diperlukan. Fikirkan tentang rumah anda akan kelihatan lebih luas dan selesa jika kita pandai mengatur rumah. Pasti malu apabila tetamu datang ke rumah dan rumah dipenuhi banyak barang. Selain itu, ia juga dapat melatih anda membezakan barang yang sudah tidak diperlukan. Selamat mencuba semua!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allahuakbar! Cantiknya Tuanku Permaisuri Sultanah Kelantan!”– Kemunculan Buat Pertama Kalinya Sultanah Nur Diana Petra Abdullah
Tular baru-baru ini kemunculan buat kali pertamanya Sultanah Kelantan, DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah apabila menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang telah di adakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
Unit Media Pejabat Sultan Kelantan telah menaikkan beberapa foto yang memaparkan lagi wajah Sultanah Kelantan selepas di kurniakan gelaran tersebut melalui laman Facebook rasmi. Ramai yang memberikan reaksi yang positif apabila melihat wajah Sultanah Kelantan lagi melalui posting tersebut.
Cantiknya Sultanah Kelantan
Perkongsian foto yang memaparkan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) pada 13 September 2022, hari Selasa. Menerusi posting dari Unit Media Pejabat Sultan Kelantan menunjukkan rombongan itu di ketuai oleh YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz, Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan, juga di hadiri bersama beberapa ahli pertubuhan yang lain.
“Rombongan di ketuai oleh YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz (Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan) dan beberapa ahli pertubuhan yang lain,
“Turut sama hadir menyambut DYMM Sultanah Kelantan ialah YM Dato’ Sri Raja Rezza Shah (Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan), YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dan Pegawai-Pegawai Istana Kelantan.” demikian perkongsian oleh Unit Media Pejabat Sultan Kelantan di Facebook rasmi.
Walaupun begitu, foto yang di kongsikan oleh Unit Media Pejabat Sultan Kelantan itu memaparkan DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah memakai topeng pelitup muka, namun, kejelitaan baginda masih lagi terselah. Di fahamkan juga bahawa ini adalah kali pertama wajah baginda Sultanah Kelantan di paparkan selepas di isytiharkan secara rasmi pada 2 Ogos lalu oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Artikel berkaitan: Natasha Hudson Akhirnya Temui Imam Di Kelantan & Sah Jadi Isteri Seorang Usahawan. Moga Bahagia Till Jannah!
Pelbagai reaksi positif dari warganet
Ramai yang memberikan reaksi yang positif apabila melihat gambar perkongsian di Facebook itu. Bahkan, komen-komen yang di berikan juga sangat menggalakkan dan serta rata-rata juga mendoakan atas kesejahteraan Sultanah Kelantan.
“Semoga di permudahkan urusan Tuanku dengan penuh pekerti, tinggi budi mendampingi DYMM Tuanku Sultan Muhammad V, semoga di limpahi rahmat memayungi rakyat Kelantan.
“Alhamdulillah…Semoga di kurniakan taufiq dan hidayah dariNya.
“Allahuakbar! Cantik Tuanku Permaisuri Sultanah Kelate.” antara komen yang di berikan oleh warganet menunjukkan reaksi yang menggalakkan.
Pada ogos lalu, Sultan Kelantan telah mengisytiharkan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah, sebagai isteri baginda. Perlantikan itu secara rasminya membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Pengistiharan tersebut secara rasminya di umumkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar. Datuk Ahmad telah membacakan teks pengisyitharan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Sumber info dan gambar: Unit Media Pejabat Sultan Kelantan
Artikel berkaitan: “Sounds Cute When You Kecek Klate” – Netizen Puji Neelofa Comel Buat Tutorial Hijab Loghat Kelantan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam Perjalanan Balik Kampung, Jangan Lupa Isi Minyak Di Shell. Beli & Boleh Terus Menderma!
Sepanjang Ramadan ini kita memang sangat digalakkan untuk melakukan pelbagai amalan kebaikan. Antaranya lakukan amalan solat sunat, membaca Al-Quran dan juga bersedekah. Tidak kisah berapa sumbangan yang dihulurkan asalkan dengan niat untuk bersedekah dengan hati ikhlas.
Namun kesibukan kita dengan urusan kerja atau membuat persiapan menyambut Syawal membuatkan kita terlupa untuk melakukan amalan bersedekah ini. Tapi usah risau kerana dalam perjalanan pulang ke desa tercinta juga sebenarnya kita masih berpeluang untuk bersedekah.
Caranya tidak susah mana pun. Anda hanya perlu singgah di stesen minyak Shell sahaja dan boleh lakukan terus amalan bersedekah ini.
Apa yang penting isi minyak di stesen minyak Shell berhampiran dan isi minyak kenderaan dengan minyak yang disukai. Stesen minyak Shell yang mempunyai banyak cawangan di seluruh negara kini sedang melakukan kempen CSR bernama ‘Anda Beli, Kami Derma’.
Kempen ini akan bermula pada 30 Mei sehingga 8 Jun 2019. Basically, Shell akan dermakan 1 sen bagi setiap liter minyak yang anda beli dan bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select kepada tiga pertubuhan amal berikut:
- National Cancer Society
- Food Aid Foundation
- Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Jangan lupa untuk sertakan sekali resit yang asal atau fotokopi di mana-mana stesyen minyak Shell untuk pilih pertubuhan mana yang anda mahu beri sumbangan berkenaan.
Dan lebih istimewa juga buat mereka yang membuat bayaran menggunakan Mastercard, Mastercard akan memberi derma tambahan sebanyak 1 sen* bagi setiap liter minyak atau setiap RM1 yang dibelanjakan di Shell Select.
Bagi yang berminat dan mahukan info lajut, boleh terus, klik https://go.Shell.com/2JrP8Kt.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI