Hasrat mengerjakan umrah buat kali pertama sudah tercapai, kini penyanyi Zizi Kirana dan suami, Yusuf Bahrin, dapat menjejakkan kaki mereka di Tanah Suci.
Menjadi lebih istimewa adalah tarikh mereka berangkat itu sehari selepas ulang tahun kelahiran buat Zizi. Keterujaan dan kesyukurannya dapat dirasai seperti yang di kongsikan di sosial media.
Pernah menyatakan dirinya tidak sabar untuk mengerjakan umrah buat kali pertama, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin telah pun selamat berangkat ke kota Makkah.
Dia juga memuat naik satu hantaran fotonya bersama suami sebelum berangkat bertujuan meminta semua pengikut serta kenalannya mendoakan perjalanan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Ads
“InsyaAllah Saya Dan Suami Akan Berangkat Ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Ibadah Umrah,
“Kepada Semua Kenalan Kami Dekat Ataupun Jauh ,Kami Menyusun 10 Jari Memohon Kemaafan Atas Segala Salah Dan Silap Dari Kami,
Foto yang dimuat naik olehnya sangat manis apabila melihat Zizi lengkap berniqab dan memakai abaya berwarna hitam. Manakala, Yusuf Bahrin pula memadankan kopiah dan serba lengkap bersama kurta berwarna putih.
Ads
Zizi Kirana telah mengambil keputusan untuk sepenuhnya bertudung sejak Ramadhan 2021. Dia juga telah melangsungkan perkahwinan bersama Yusuf Bahrin pada tahun yang sama.
Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singgah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
20 AMALAN INI BUATKAN REZEKI BERTAMBAH TANPA DISANGKA-SANGKA
Allah SWT memberikan jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH
1. MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah R.A.)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. SENTIASA INGAT ALLAH
Banyakkan mengingati Allah akan membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: “Apabila hambaku itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG YANG LEMAH
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. BANYAK BERSELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. BUAT KEBAJIKAN BANYAK-BANYAK
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. BERPAGI-PAGI
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. MENJALIN SILATURRAHIM
Nabi S.A.W. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari)
12. MELAZIMI KEKAL BERWUDUK
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas R.A.)
14. MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJUD)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. MELAZIMI SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan kefahaman agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. BERDOA
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. BERIKHTIAR SEHABISNYA
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. BERTAWAKAL
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab R.A.)
KESIMPULAN
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah dengan membuat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Selain itu diingatkan… rezeki bukan terhad kepada duit, harta ataupun kekayaan… rezeki iman, hati, Islam, kesihatan dan kebahagiaan serta ilmu yang bermanfaat adalah rezeki yang takde nilainya walaupun harta dan kekayaan menimbun sekalipun.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berapa peratus duit anda yang perlu diasingkan untuk simpanan setiap bulan? Sebenarnya itu semua terpulang, yang penting kita tahu tempat yang terbaik untuk menyimpan duit. Bukan itu sahaja displin dan azam diri kena kuat.
Hijabista ingin berkongsi pengalaman hijabi ini yang bernama Nuraliah Mohd Nor yang memuat naik di dalam enti facebooknya cara paling mudah nak memindahkan duit Tabung Haji. Lia menjadikan rutin bulanan ini satu kewajipan supaya simpanan tak hilang RM6000 dan ini bagus untuk masa depan.
Alhamdulillah. Lia nampak sekarang ni ramai usahawan semua sibuk cipta duit setiap hari dan setiap masa. Bagus dah tu, tapi ada satu yang membuatkan Lia risau dan tertanya-tanya, Lia jadi takut sangat kalau ada usahawan yang abaikan untuk menyimpan duit dalam akaun tabung haji!
Paling mudah Lia bagi contoh di sini simpan di Tabung Haji. Tanya balik pada diri kita sendiri, setiap bulan ada tak kita asingkan duit simpanan ke tabung haji? Sedangkan sebenarnya, setiap kali kita dapat je gaji, perkara pertama kita kena buat adalah dengan membuat simpanan.
Sekarang nak menyimpan ni mudah, semua melalui transfer online je. Tak perlu nak keluarkan duit minyak, tak perlu nak beratur ambil nombor giliran dan tak perlu nak menunggu lama di kaunter. Cuma perlu keluarkan handphone canggih anda itu saja dan mulakan transfer duit ke tabung haji dengan menggunakan CIMBclicks.
Di sini Lia nak ajar step by step cara yang sangat mudah untuk transfer duit ke akaun Tabung Haji secara automatik dan ditolak terus dari akaun bank kita pada setiap bulan. InshaaAllah jika kita konsisten menyimpan dengan cara macam ini, yakin dan percayalah suatu hari nanti anda tidak akan menyesal dengan apa yang anda lakukan hari ini.
Bayangkan setiap bulan anda menyimpan RM100, kalau setahun dah jadi RM1,200. Kalau 5 tahun dah naik jadi RM6,000! Ini belum termasuk dividen dan bonus Tabung Haji lagi. Anda sebenarnya akan dapat lebih dari itu. Bestkan. Paling penting juga duit anda selamat. It’s now or never!
Ikuti langkah-langkah untuk set pemindahan secara berjadual di bawah ini:
1. Wajib Login CIMBclicks. Takyah ajar dah ni. Semua mesti tahukan. Kalau tak tahu juga langkah seterusnya mesti blur nanti. Kan.Untuk awal ni Lia nak ajar cara kita SET FAVOURITE TRANSFER, Pergi ke Pay Bills
2. Type “enter biller name” itu kepada Lembaga Tabung Haji.
3. Akan keluar macam di gambar di bawah. Klik okay mesti keluar Lembaga Tabung Haji.
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji.
5. Masukkan nombor kad pengenalan.
6. Letak berapa jumlah yang anda nak transfer
7. Tick “add this biller to My favourites”.
Kemudian tekan butang “Proceed to Payment”.
8. Tunggu nombor TAC dari handphone anda
9. Tekan “Confirm” selepas itu masukkan nombor TAC
Dan siap! Nampaknya dah berjaya set ‘favourit’e akaun Tabung Haji di CIMB clicks.
*Di sini akan dikenakan caj sebanyak RM0.53 untuk CIMBclicks. Kalau Maybank cajnya lain, iaitu RM1.06 saja. Anda nilai sendiri mana yang lebih murah.
Seterusnya ni kita nak setkan autotransfer secara consistent setiap bulan.
11. Pergi ke Settings
12. Klik Scheduled Transactions
12. Klik Select a service
13. KlikPay Bills.
So far boleh follow? Teruskan. Sikit je lagi ni.
14. Pilih Savings Account anda
15. Pilih Lembaga Tabung Haji yang kita dah set kan sebagai favourite tadi
16. Lepas itu boleh klik Submit dengan bahagia.
17. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
18. Masukkan nombor IC
19. Masukkan no telefon anda
20. Letak jumlah yang anda ingin simpan
21. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian pilih recur every month, dan pilih berapa bulan nak tolak secara automatik
22. Siap dah? Klik je Update!
Wah nampaknya dah sampai ke step yang terakhir ni. Well done! Tahniah! Selepas ini, duit anda akan ditolak setiap bulan ke akaun bank Tabung Haji anda. Masih ingat lagikan kompas kewangan? 30% darinya adalah UNTUNG. Jadi, dah selamat satu simpanan anda ke Tabung Haji.
Terima kasih kepada semua yang follow step by step ini hingga tamat. Alhamdulillah
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kadangkala, anda tentu teringin untuk mencuba gincu bibir atau apa sahaja barangan makeup yang kawan anda ada. Boleh sahaja kalau nak cuba, tetapi janganlah selalu.
Mungkin anda tidak nampak kesannya dalam masa yang terdekat. Ia sebenarnya boleh beri kesan yang buruk pada anda yang gemar berkongsi makeup dengan orang lain. Jadi, anda perlu lebih berhati-hati dan tidak digalakkan berkongsi dengan orang lain.
Mengapa? Ini 7 sebab yang perlu anda tahu.
Setiap kali anda mengeluarkan dan menutup maskara, pasti akan ada bakteria yang masuk ke dalamnya. Besar kemungkinan, kelopak mata anda mengandungi bakteria yang dibawa oleh berus maskara. Jika anda meminjam maskara rakan anda, bererti anda berkongsi bakteria yang sama dengannya.
Virus dan bakteria daripada mulut anda boleh berpindah pada makeup yang anda pakai, begitu juga dengan orang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit seperti demam dan selsema hanya keran berkongsi barangan makeup.
Bakteria boleh berkumpul pada span bedak jika tidak dicuci. Anda tidak tahu sama ada rakan anda itu menjaga kebersihan atau tidak. Lebih baik anda elakkan diri daripada meminjam span bedak daripada rakan anda. Sebaiknya, gantikan span setiap tiga bulan.
Selain jerawat dan kotoran, minyak dan sel kulit mati juga boleh melekat pada berus atau span bedak anda. Jadi, lebih elok jika anda tidak berkongsi span atau berus dengan rakan anda.
Meminjam sepit kuku juga rupa-rupanya tidak elok. Anda boleh dijangkiti kulat pada kuku kalau sepit kuku tersebut tidak dibersihkan terlebih dahulu. Jika anda mahu juga pinjam sepit kuku rakan anda, sebaiknya rendam dahulu atau cuci dengan air.
Pencukur itu sendiri boleh membawa virus dan bakteria daripada kulit seseorang. Malah, ia juga boleh membawa darah dan cecair tubuh seseorang. Bayangkan kalau anda pinjam pencukur rakan anda, apa yang akan dipindahkan pada kulit anda?
Ketika anda pergi ke Sephora atau sebarang kaunter gincu bibir, tentu anda mahu mencubanya kan? Adalah lebih baik jika anda tidak mengaplikasikannya pada bibir. Cukup sekadar oles pada tangan sahaja. Anda tidak tahu siapa yang mencuba lipstick tersebut. Dibimbangi anda akan mendapat penyaki seperti hermes simplex yang boleh berjangkit melalui air liur yang tertinggal pada lipstick tadi.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.