Penampilan selebriti popular, Lisa Surihani di majlis perkahwinan ahli keluarganya baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan penampilan ringkasnya.
Tak perlu belit hijab dengan stail yang sarat, gayanya yang bertudung bawal berwarna mustard mengingatkan ramai kepada fesyen mereka sewaktu zaman persekolahan dahulu. Memang manis sangat!
Lebih 1 juta tontonan, ribuan komen membanjiri laman instagramnya yang rata-rata memuji kerana sukakan gayanya yang sebegini termasuklah rakan artis, Tiz Zaqyah dan Fynn Jamal.
Masa dulu-dulu mesti ramai yang selalu pakai tudung macam Lisa ni. Sis pun sama juga dulu. Selepas ini pasti menjadi trend kembalilah gaya ini. Sopan pun sopan. Why not kan sis?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak kira apa jua panggilannya, tudung, selendang, hijab, ‘shawl’, penambahan aksesori ‘top to toe’ bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik kala menggayakannya, bahkan anda akan rasa hebat memakainya mengikut kesesuaian aktiviti harian.
Tetapi tunggu! Sebelum anda berputus asa dalam usaha untuk menggayakannya, admin tampilkan beberapa tip dalam usaha menggayakan barang-barang kemas dan perhiasan di samping mengekalkan imej berhijab!
Tika mengenakan hijab polos tanpa motif, gunakan skarf bermotif atau sebaliknya. Skarf biasanya digunakan untuk melengkapi tampilan hijab turban yang menghabiskan seluruh bahagian hijab di atas kepala. Dengan menggunakan skarf, bahagian leher dan dada mampu diselindungkan.
Tidak perlu merasa ragu-ragu untuk memilih aksesori kalung yang akan digunakan, hanya perlu sesuaikan dengan gaya dan acara yang akan dihadiri. Jika ingin bergaya secara kasual, padankan sahaja kalung dengan hijab berona cerah.
Tidak disangkal lagi peri pentingnya mengenakan kaca mata buat hijabi tika panas mentari memancar bumi. Namun tidak salah jika sesekali berfesyen, kaca mata memang mempunyai peranan yang penting untuk penampilan si manis hijabi.
Usai melilit hijab, gunakan pin pelbagai bentuk untuk disematkan di hijab bahagian sisi telinga agar terlihat kemas dan tidak terurai.
Pelbagai ajnas gelang, cincin dan jam tangan dapat digayakan untuk menonjolkan lagi penampilan. Pemakaian aksesori tersebut dapat menambah penampilan terlihat mewah.
Tas tangan ini merupakan suatu wadah atau tempat yang digunakan untuk meletakkan barangan supaya dapat dibawa ke mana pun. Dalam dunia fesyen, beg tangan mempunyai peranan sangat penting, dan sangat terlihat menonjol apatah lagi jika ronanya temerang.
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia adalah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
Tidak lengkap rasanya kalau sedang bercuti tanpa pemakaian kaca mata hitam. Bercuti di negara panas mahupun tika musim luruh menyebabkan kita wajib membawa kaca mata hitam bagi melindungi mata kita daripada teriknya mentari yang akan mengakibatkan kerosakan retina mata. Lebih daripada itu, wanita berhijab kini juga menjadikan kaca mata hitam sebagai aksesori penambah gaya agar tampak lebih menarik dan ‘trendy’. Namun, harus diingat, ada beberapa tip yang anda harus ambil peduli sebelum mengenakan kaca mata ini. Sebagai menyemarakkan ‘mood’ bercuti anda. Ayuh, semak beberapa tip yang HIJABISTA kongsikan!
Jika anda memilih untuk memakai hijab lilit, anda boleh memakai kebanyakan bentuk kaca mata hitam kerana kainnya longgar, serta anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian kaca mata hitam tersebut.
Jika anda memilih untuk memakai tudung Syria atau Al-Amira hijab, elakkan daripada memakai kaca mata hitam berbingkai kecil kerana ini akan menyebabkan kepala anda kelihatan lebih besar. Namun, gaya tudung ini menyerlahkan bentuk wajah anda. Oleh itu, gunalah panduan pemilihan bentuk kaca mata hitam mengikut bentuk muka anda seperti berikut.
Hijab empat segi sesuai dikenakan dengan kebanyakan bentuk kaca mata hitam, tetapi elakkan bentuk yang terlalu kecil atau segi empat sama supaya muka anda tidak tenggelam di dalam hijab tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memilih kaca mata hitam yang menepati lebar muka anda supaya apabila hendak menanggalkan kaca mata hitam tersebut, hijab tidak ikut tertanggal atau terkeluar. Oleh itu, sangat penting untuk anda mencuba kaca mata tersebut dahulu sebelum membelinya.
Opps! Namun, haruslah pastikan bahawa anda menutupi dada dengan sehelai hijab lagi, ya?
P/S: Fabrik tudung daripada jenis sifon ketika bercuti satu pilihan yang bijak kerana teksturnya yang lembut, beralun dan ringan sentiasa memberikan keselesaan yang berpanjangan ideal dengan cuaca panas dan lembap. Anda yang memakainya pasti terlihat hebat dan bergaya, anggun serta terserlah personalitinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut Syawal. Pastinya segala persiapan sedang rancak dilakukan. Bagi mereka yang berhijab, usah risau untuk menggayakan selendang kerana banyak tutorial membantu cara pemakaian. Salah satunya adalah dari personaliti Intan Salleh yang kini semakin popular sejak bercerai dengan bekas suaminya. Tutorial hijab digayakan Intan mendapat butang view mencecah hampir 100 ribu. Ternyata dia mempunyai peminat dan aura tersendiri dalam meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.
Intan menggayakan hijab dari AliffBySha yang menggunakan fabrik satin. Menurut Intan keistimewaan hijab digayakan itu tak pekak, tak panas dan tak tebal dan juga sangat mudah untuk dibentuk. Malah pemakaian hijab ini juga turut menutup aurat.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.