Semburan produk wangian pastinya menjadikan aura personaliti anda lebih menarik. Jika bijak memilih jenis wangian anda, ia membuatkan personaliti anda lebih eksklusif dan mewah.
Namun, pernahkah anda mengalami situasi dimana produk wangian anda tidak tahan dengan lama? Ha! Sebenarnya bukan salah produk tau, tapi teknik yang anda lakukan itu salah! Nak tahu cara yang betul? Jom lakukan tip ini!
1.Simpan haruman wangian anda di tempat yang sejuk. Ini dapat menjadikan wangian anda akan kekal dengan lama.
2. Jangan sembur di seluruh badan anda! Membazir tau sis! Sebenarnya, bau melekat terbaik pada permukaan kulit yang lembap, jadi semburkan minyak wangi sekitar nadi anda.
3. Jangan sesekali menenyeh minyak wangian anda kerana ini mampu menghancurkan molekul aroma lantas merosakkan kandungan bauan.
4. Bagi bauan yang lebih lembut, semburkan wangian pada bahagian luar pergelangan tangan dan bukannya di bahagian dalam.
5. Untuk bauan yang lebih lembut buat rambut juga pakaian, semburkan minyak wangi di udara terlebih dahulu, kemudian berjalan melaluinya. Jika anda lebih suka bau yang lebih lembut dan tidak hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja, ini adalah kaedah terbaik untuk anda! (sesuai terutamanya buat acara sosial).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cinta Dan Kasih Ella Buat Palestin! Konsert Solidariti, Kumpul Dana Lebih RM 30,000 Bantu Saudara Se-Islam
Bertemakan Glam Rock Solidariti Palestin, Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Edisi Utara yang berlangsung di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah berjaya mencapai objektif konsert bagi mengumpul dana bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat Palestin!
HIJABISTA difahamkan, dana melebihi RM30,000 itu akan disalurkan kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia khusus buat saudara se-Islam di Palestin yang kini sedang bergolak dan bertarung nyawa menentang kekejaman rejim Zionis demi mempertahankan masjidil Aqsa yang merupakan Qiblat pertama umat Islam itu.
Ella Panjat Rasa Syukur ‘Konsert Solidariti’ Dapat Sambutan Hangat Dari Peminat!
Mengulas lanjut berhubung usaha ini, Ratu Rock negara Ella atau pemilik nama Nor Zila Aminuddin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ilahi, kerana dapat mengadakan konsert amal solidariti ini sebagai usaha menghulurkan bantuan terhadap Palestin.
Jelasnya lagi, sebagai penyanyi ni adalah caranya tersendiri untuk turut sama mengimarahkan isu umat Islam yang ditindas di sana.
Ella berkata, dalam berhibur, para peminat turut dapat menyumbang sesuatu kepada warga Palestin sebagai tanda kita juga mengambil berat terhadap mereka.
Artikel berkaitan: Tiga Hijabi Ini, Lantang Suarakan Isu Palestin! Mahu Bela Nasib Saudara Seagama Angkat #IsraelCUAK
“Konsert Jilid Akhir Puteri Kota diteruskan juga meski waktu saudara Palestin sedang berdepan situasi genting kerana, pada pandangan Ella, sebab dari Konsert ini kita dapat mengambil peluang untuk bersama-sama membantu Palestin.
“Kalau tidak apa cara lagi yang kita boleh? Jadi dari perspektif Ella sebagai penyanyi. Konsert ni memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk memberi kesedaran untuk membantu saudara Islam di Palestin.
“Jadi ini masanya, bila lagi kita nak bersama dalam 14,000 hingga 15,000 orang tu, ini masanya! Dan melalui konsert ini juga, kita telah berjaya mengutip sumbangan lebih daripada RM 30,000 sewaktu Konsert berlangsung,” kata Ella ketika ditemui team HIJABISTA.
Melalui konsert berdurasi tiga jam itu, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Rock ini mendedikasikan segmen khas untuk konflik yang mendapat perhatian dunia itu.
Selain menzahirkan kesedihan atas apa yang berlaku dan mengibarkan bendera Palestin sebagai pembuka tirai persembahan.
Penyanyi bersuara serak basah itu turut mendendangkan dua lagu berjudul Kasih dan Penawar, sambil visual mengenai kemusnahan berlaku di Tebing Gaza ditayangkan di layar gergasi disediakan.
Sebagai pelengkap, bacaan doa memohon agar rakyat Palestin terus dilindungi, diikuti laungan takbir disempurnakan suami Ella iaitu Azhar Ghazali.
Usai Konsert Ella ‘Turun Padang’ Santuni Warga Emas Pulau Pinang
Sekadar info, usai melaksanakan konsert, keesokan harinya Ella turut melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Rumah warga emas Darul Hannan di Pulau Pinang untuk menyantuni dan menghiburkan komuniti orang tua disana.
Rock Queen turut memberi sumbangan berbentuk hiasan landscape bagi menceriakan lagi suasana Rumah Warga Emas Darul Hannan dan menaja makanan minum petang serta makan malam sebanyak 150 pax bagi penghuni dan staf penyeliaan rumah berkenaan.
Menurut Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang, Dr. Linda Mat Hassin dan Ella, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Komples berkenaan.
Untuk rekod, Dr. Linda dan Ella sememangnya anak kelahiran Pulau Pinang. Meski tidak memperoleh peluang dan kesempatan untuk membesar di Pulau Pinang. Mereka kini tetap kembali ke negeri tanah tumpah darah mereka itu dan menabur bakti selayaknya.
Artikel berkaitan: Sejak 2012 Jejak Kaki Ke Bumi Gaza, Heliza Helmi Impi Mati Syahid Setiap Kali Pergi Ke Sana. Subhanallah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Melenyapkan Jerawat Hanya Semalaman, Tak Sangka Boleh Guna ‘Eye Drop’
Jerawat boleh muncul di mana-mana kawasan kulit anda, sering dijumpai di wajah. Jerawat mempunyai banyak penyebab seperti minyak berlebihan, sel kulit mati, liang pori tersumbat dan bakteria dan boleh menjadi besar, menyakitkan, dan tidak sedap dipandang.
Sekiranya anda mempunyai jerawat yang sangat besar dan ingin mengurangkan mengecilkan dengan cepat, boleh menggunakan rawatan yang berbeza, 7 cara ini paling effektif mengecilkan jerawat hanya semalaman.
Mengurangkan Jerawat Di Rumah
1. Basuh tangan dan muka.
Sebelum anda memulakan rawatan untuk mengurangkan saiz jerawat, bersihkan muka dan tangan. Ini dapat membantu meminimumkan risiko penyebaran bakteria yang dapat memperbesar jerawat atau menyebabkan kejang lebih lanjut.
- Mencuci tangan dengan sabun dan air yang berkesan untuk menghilangkan bakteria.
- Basuh wajah anda dengan pembersih lembut yang direka khas untuk kulit wajah, dapat membantu mencegah kerengsaan radang jerawat.
2. Menyerap lebihan minyak.
Gunakan produk topikal untuk menyerap lebihan minyak, yang dapat mengecutkan jerawat. Persediaan ini bukan sahaja dapat membantu menghilangkan minyak, tetapi juga membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
- Gunakan rawatan asid salisilik, benzoil peroksida, atau sulfur secara bebas, atau minta doktor menetapkannya untuk jerawat yang lebih teruk.
- Masker tanah liat dapat membantu menyerap minyak yang berlebihan dan membersihkan kulit.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Muka Berjerawat Teruk Dan Memalukan, Guna ‘Salicylic Acid’ Untuk Merawatnya!
- Gunakan kertas kedap minyak untuk menyerap lebihan minyak di seluruh wajah yang dapat membantu mengurangkan jerawat.
- Pastikan mengikuti arahan doktor atau produk untuk memastikan anda tidak menggunakan produk secara berlebihan dan menjengkelkan jerawat.
3. Elakkan menggunakan ubat gigi.
Sebilangan orang menggunakan ubat gigi untuk menyerap minyak yang berlebihan dan mengurangkan jerawat dengan cepat. Doktor tidak mencadangkan kaedah ini kerana terdapat banyak jenis ubat gigi yang boleh merengsakan atau merosakkan kulit anda.
- Bahan-bahan dalam pemutihan atau ubat gigi yang mengurangkan tartar dapat menjadikan jerawat kelihatan lebih merah dan meradang. Lebih baik berhati-hati jika menggunakan ubat gigi pada jerawat.
4. Sapukan ‘eye drop’ yang mengurangkan kemerahan.
Gunakan ‘eye drop’ yang diformulasikan untuk mengurangkan merah mata untuk membantu meredakan radang jerawat. Walaupun ini bukan rawatan yang tahan lama, penggunaan berulang dapat membantu mengurangkan ukuran dan radang jerawat.
- Anda mungkin melihat perbezaan saiz jerawat hanya dalam 30 minit.
- Gunakan eye drop secara langsung ke jerawat atau dengan kapas.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Kehebatan Asid Azelaic Mampu Kembalikan Kulit Yang Kusam Dan Mencegah Jerawat Tumbuh
5. Sapukan ais batu untuk melegakan keradangan.
Keradangan sering menyebabkan jerawat menjadi besar dan menyakitkan. Ais batu atau kompres sejuk dapat membantu melegakan keradangan yang berkaitan dengan jerawat dengan menyekat aliran darah dan menyejukkan kulit. Ia juga dapat mengurangkan saiz jerawat dengan cepat.
- Letakkan kompres sejuk pada jerawat anda selama 10 hingga 15 minit.
- Pertimbangkan untuk melakukan kompres sejuk dengan penggunaan ‘eye drop’ untuk membantu mengurangkan ukuran jerawat.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Kecutkan Jerawat & Jadikan Kulit Lebih Licin & ‘Flawless’ Hanya Dengan Kiub Ais Aloe Vera. Ini Caranya
6. Jauhkan jari anda dari jerawat.
Anda mungkin tergoda untuk menyentuh atau memicit jerawat, tetapi elakkan godaan ini. Memicit dan menyentuh kulit boleh menyebarkan minyak dan bakteria dan boleh menyebabkan keradangan atau jerawat.
- Memicit atau menyentuh kulit juga boleh menyebabkan kerengsaan lebih lanjut.
7. Buang jerawat yang degil atau besar.
Dalam beberapa kes, anda mungkin mempunyai jerawat besar atau degil, atau whitehead yang tidak akan hilang. Anda boleh mengeluarkan jerawat seperti ini dengan pengekstrak komedone, tetapi hanya gunakan alat untuk jerawat besar yang telah merosak kulit. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan doktor pakar sebelum menggunakan pengekstrak komedone supaya anda tidak memburukkan lagi keadaan.
- Beli peralatan buang jerawat di kebanyakan farmasi dan peruncit lain yang menjual produk penjagaan kulit.
- Pastikan membersihkan kulit sebelum menggunakan alat ini agar dapat mengurangkan risiko penyebaran bakteria. Sentiasa sterilkan alat dengan alkohol sebelum dan selepas anda menggunakannya untuk mengelakkan jangkitan semula.
- Panaskan kulit anda dengan pad panas selama satu atau dua minit sebelum menggunakan alatan ini.
- Jangan memaksa jerawat keluar. Sekiranya tidak keluar selepas percubaan pertama, biarkan selama beberapa hari untuk membantu mengurangkan kerengsaan dan mendorong penyembuhan.
- Ikuti arahan bagaimana menggunakan alatan ini dengan paling berkesan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Padamkan MySejahtera Di Nombor Lama & Gantikan Ke Nombor Baharu. Jika Bertukar Nombor!
MySejahtera adalah satu aplikasi yang wajib ada di dalam peranti anda ketika menjalani fasa norma baharu. Perlu dikemaskini setiap masa bagi mengetahu status terkini anda.
Berhajat menukar nombor telefon? Mungkin ada permasalahan datang sekiranya anda bertukar nombor telefon. Bimbang pula dengan akaun MySejahtera yang telah didaftarkan dengan nombor tersebut akan hilang, terpadam dan sebagainya.
Kebarangkalian mengalami masalah nombor telefon dan email tidak aktif, atau mungkin anda telah logout dari akaun MySejahtera, jadi apa perlu buat? Sebenarnya anda boleh sahaja membuat akaun baharu tetapi dengan syarat anda perlu padam akaun lama terlebih dahulu. Perkongsian daripada Siti Nur Zulaikha, boleh menyelesaikan masalah anda.
NOTA: BUKA DEKAT CHROME di pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ (jangan sesekali buka dekat MySejahtera).
Cara Padam Akaun MySejahtera
Di sini cara bagaimana untuk memadam ataupun delete akaun MySejahtera anda yang lama walaupun anda tidak dapat login ke akaun tersebut. Untuk membuat sebarang perubahan kepada akaun MySejahtera, anda boleh menggunakan perkhidmatan MySejahtera Helpdesk.
Sistem ini akan memaparkan pelbagai masalah yang dihadapi secara terperinci. Kebanyakan isu biasa ada disenaraikan dalam Soalan Lazim (FAQ). Hijabi inia kongsikan cara padam akaun. Untuk kemaskini maklumat pun boleh gunakan cara yang lebih kurang sama.
Ini langkah-langkahnya:
Langkah 1 : Layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
Langkah 2 : Klik ‘Mula’
Langkah 3 : Klik pada pilihan ‘C’ -Saya ingin mengemas kini Nama, Nombor Kad Pengenalan / Pasport, ID Pengguna atau memadam akaun saya.
Langkah 4: Kemudian klik ‘G’ -Saya ingin memadamkan akaun saya
Langkah 5: Masukkan ID Pengguna MySejahtera yang lama (tolong faham yang lama. Kalau ID Pengguna MySejahtera nombor telefon, masukkan nombor telefon, kalau ID Pengguna e-email maka masukkan email.
Langkah 6: Masukkan ID Pengguna MySejahtera yang lama (kalau Id Pengguna MySejahtera nombor telefon, tekan nombor telefon dalam bulatan kecil. Jika Id Pengguna MySejahtera e-mel, tekan e-mel) alamat e-mel untuk dihubungi tu masukkan e-mel yang aktif ye.
Langkah 7: Nanti akan jadi macam ini (tunggu e-mel)
Langkah 8: Akan dapat e-mel pertama yang dihasilkan secara automatik. Jangan balas e-mel ini.
Langkah 9: E-mel kedua (E-mel ini penting. Baca betul-betul e-mel ini, kalau sebiji macam ni, boleh ke langkah ke 10 dan e-mel ini akan ambil masa ye. Kalau nasib anda baik, sekejap sahaja, kalau sistem jem, tak mustahil anda perlu tunggu hingga 5 hari.
Langkah 10: Buka akuan MySejahtera (kalau tak ada lagi, boleh daftar dulu ye) tekan ‘COVID-19 Vaccination’
Langkah 11: Klik Vaccine for (nama anda)
Langkah 12: Nanti akan jadi macam ini (tengok ejaan nama, ic dan nombor telefon. Kalau salah boleh edit) lepas itu tekan ‘Confirm’
Langkah 13: Jawab semua soalan (soalan 1 dan 4 tu penting. Soalan 1 jawab YA, soalan 4 tu masukkan alamat sampai keluar peta dalam petak tu. Soalan-soalan lain tu asas tentang diri anda.
Langkah 14: Nanti akan jadi macam ini, tekan ‘Close’
Langkah 15: Sudah siap (semua maklumat dalam MySejahtera yang lama telah pun dipindahkan ke dalam MySejahtera yang baru)
Sumber : Siti Nur Zulaikha
BOLEH JUGA TONTON VIDEO INI UNTUK MEMBANTU ANDA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI