Ibu kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari tadi.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkongsi khabar duka pemergian ibu tersayang menerusi hantaran laman Instagram miliknya. Menurut Abby, ibunya iaitu Hasnah binti Abu jatuh pengsan ketika rawatan hemodialisis di hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.
Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap Mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran Mak, teman Mak makan, temankan solat, teman berbual.. harini Mak dah takde.
“Sedekahkan AlFatihah utk Arwah Mak saya & Mohon doa kalian ye agar Mak saya ditempatkan disyurga terbaik disisiNYA. Pada yg kenal dgn Mak saya, Puan Hasnah binti Abu & ingin dtg ziarah, inshaALLAH Arwah Mak tersayang skrg masih berada di KPJ Tawakal ( pengsan waktu dialysis & terus meninggal) akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat utk dimandikan selepas Zohor ini & terus dibawa ke Tanah Perkuburan ISLAM AU4. Doakan” titipnya lagi.
Melalui temubual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, suami Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria berkata; ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis. Tambahnya lagi, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.
“Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua juga mempunyai masalah jantung.
“Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” jelasnya lagi.
Usai hantarannya di Instagram itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Abby sekeluarga.
IKLAN
“Salam takziah buat seluruh keluarga. semoga Allahyaryamah diampunkan dosanya & ditempatkan dikalangan orang beriman”
“Allahuakbar salam takziah… teringat kt mak sendiri tengah dialisis buah pinggang jugak 3kali seminggu”
“Alfatihah. Takziah untuk Puan Abby dan sekeluarga. Semoga mak ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Samalah kita pun da tak ada mak. Rindu tiada penghujung”
Al-Fatihah…Team hijabista turut menitipkan ucapan takziah buat buat Abby Abadi sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Amin..
Mungkin selama ini kita sering melihat Elyana sentiasa tampil ceria di khalayak ramai mahupun di media sosial. Namun, dalam hatinya siapa yang tahu bukan ?Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu menerusi Instagram miliknya @elyanaofficial baru-baru ini, berkongsi sekeping foto ketika zaman berambut palsu kerana mengalami keguguran rambut yang teruk gara-gara penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.
Kanser Limfoma terjadi apabila sel darah putih Limfosit membahagi secara tidak terkawal melebihi fungsi normalnya. Sel ini menjadi tumor, kemudian kanser dan berkumpul di Nodus Limfa dan akhirnya akan mengganggu sistem pertahanan tubuh seseorang itu dan mengganggu fungsi organ yang lain juga. Ia juga dikenali sebagai kanser kelenjar.
Menurut Elyana, dirinya tidak sanggup berhadapan dengan orang ramai pada waktu itu kerana terlalu down. Kepalanya juga botak menyebabkan dia memakai rambut palsu.
Rata-rata peminat tidak ketinggalan meninggalkan mesej positif memberikan sokongan dan doa di ruang komen Instagramnya.
Sebilangan peminat juga turut berkongsi kisah mereka dalam melawan penyakit itu.
Ternyata Elyana menunjukkan semangat yang sangat kuat dalam melawan sakitnya ini yang berada di tahap 4. MasyaAllah. Dia masih mampu tersenyum tatkala diduga sebegini. Didoakan semoga dirinya kembali sihat seperti sedia kala, InsyaAllah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Solekan dan wanita sudah tidak dapat dipisahkan, malah mereka yang obses tentang solekan sering mencari sesuatu di media sosial. Suapan pelbagai teknik dan godam kecantikan di aplikasi TikTok, membuat ramai wanita pandai bersolek.
Namun adakah ilmu solekan itu sudah memadai dengan belajar di atas talian sahaja. Cukup berbeza hasil sentuhan mereka yang anda panggil jurusolek selebriti dengan ‘mak andam’ (juru solek pengantin). Tetapi adakah taraf mereka sama di mata rakyat atau yang membezakan mereka adalah pengalaman dan hasil sentuhan?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Di mana ‘level’ sebenar juru solek di Malaysia
Jika dilihat kerjaya juru solek di negara luar, mereka di pandang tinggi di mana keperluan solekan itu penting dalam dalam mewarnai industri.
“Di sini perlu ada kesedaran pada juru solek tempatan untuk meletakkan kerjaya mereka setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya”, ujar Dato Seri Alha Alfa dalam satu majlis menandatangai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MAHSA University (MAHSA).
Kerjasama antara MAHSA dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd (AARLSB) adalah bertujuan untuk memperkasakan kerjasama kemahiran dan akademik dalam pengajaran, latihan, penyelidikan dan pembangunan produk. Ia turut merangkumi program-program pengajian, pertukaran maklumat dan perkongsian kepakaran.
Kerjasama ini juga melibatkan pertukaran penyelidik, tenaga pengajar dan para pelajar di samping penganjuran persidangan kecantikan dan kesihatan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Idea tercetus melalui pengalaman
Tercetusnya idea ini dari pengalaman sepanjang penglibatan kerjaya Dato Seri Alha Alfa sendiri sebagai juru solek selama 10 tahun. Beliau beranggapan kerjaya ini berpotensi besar untuk diangkat sebagai sebuah kerjaya profesional seprtimana karier profesional yang lain.
“Kekangan sebelum ini seperti stigma masyarakat yang mungkin melihat kerjaya ini sebagai ‘kerjaya jalanan’ atau mengelarnya sebagai ‘kerjaya mak andam’, perlu diubah sebagai sebuah kerjaya yang stabil dan mempunyai masa hadapan. Kerana itulah saya berpendapat perlunya sebuah pengiktirafan diberikan kepada kerjaya ini supaya dilihat sebagai prospek yang berkualiti demi memenuhi keperluan dan tuntutan industri.”
Menurut pengasas dan Pengarah Eksekutif AARL, Dato Sri Al Halim Bin Al Fadzil (Dato’ Sri Alha Alfa) , MoU yang dimerterai ini adalah merupakan sebuah permulaan ke arah kerjasama yang lebih besar di masa akan datang khususnya antara MAHSA dan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd. Kerjasama ini mempunyai perancangan yang unik iaitu untuk mewujudkan sebuah program Diploma di dalam bidang seni solekan dan kecantikan bagi membantu para juru solek di Malaysia yang selama ini tercari-cari pengiktirafan akademik di peringkat universiti.
Metaliti akan merubah perjalanan kerjaya
Melalui bakat yang diasah dan berbekalkan pendidikan, metaliti perjalanan kerjaya mereka akan berubah, dengan cara berfikir dan bercakap pastinya lebih profesional. Usaha ini satu langkah menambah keyakinan mereka supaya kerjaya sebagai juru solek mampu pergi lebih jauh dari apa yang mereka jangkakan.
“Selain itu, kita sendiri dapat melihat bagaimana industri kecantikan di Malaysia, telah berkembang dan telah banyak juga menyumbang kepada kemampuan ekonomi negara.”
“Sebagai contoh, daripada AARL telah melahirkan para stokis, ratusan agent dan dropship yang telah mampu menjana pendapatan bulanan sehingga 5 angka. Malah kami juga telah melahirkan ramai anak didik dalam bidang solekan yang kini telah berjaya menjalankan perniagaan masing-masing.”
Ujarnya lagi, sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan di awal rantaian, agar kitaran yang kita hasilkan adalah sebuah kitaran yang mengangkat martabat kerjyaa MUA secara khusus dan kerjaya Konsultan Kecantikan secara am.
Dalam erti kata yang lain, mesejnya adalah jelas kepada masyarakat, bahawa kesihatan dan kecantikan, adalah komponen yang sering berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Atas dasar itu beliau secara peribadi melihat kerjasama dengan Universiti MAHSA adalah pilihan yang tepat.
Usaha mendapatkan pengiktirafan
Sememangnya pengalaman dan kepakaran MAHSA dalam bidang akedemik tidak perlu diragui dan kepakaran itulah yang patut diyakini dalam merangka sebuah akedemi pathaway bagi kesinambungan kerjaya para pelajar.
Menerusi kerjasama antara MAHSA dan Alha Alfa Academy ini, anda boleh merencana masa hadapan yang lebih besar. Kerjasama ini bukan melibatkan soal pendidikan semata-mata, tetapi turut membabitkan soal perkongsian kepakaran, pengalaman dan idea, di mana ia akan digunakan dalam urusan penyelidikan pembangunan produk, integrasi pelbagai bidang yang mempunyai manfaat besar kepada industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia.
Merencana pelan masa hadapan
Menerusi kerjasama ini, pelbagai perancangan telah dirangka oleh kedua-dua belah pihak sebagai usaha memaju dan merancakkan lagi industri kecantikan dan kesihatan negara ini, dan diharapkan menerusi kerjasama ini juga, ia akan membuka peluang untuk meneroka pasaran antarabangsa.
Bersempena dengan kerjasama ini, pihak MAHSA turut mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Alha Alfa sebagai Adjunct Professor bagi menjayakan pengajian Diploma Kecantikan MAHSA University yang bakal bermula pada April 2022.
Sebagai langkah permulaan, pihak Alha Alfa Cosmetics dan MAHSA UNIVERSITY akan mengadakan bengkel-bengkel kecantikan kecil bagi tujuan menjelaskan lebih terperinci tentang program ini di seluruh Malaysia, bermula di Sabah dan Sarawak pada bulan Mac 2021 dan seterusnya ke seluruh semenanjung. Butiran lanjut tentang jelajah ini boleh didapati di platform media sosial Alha Allfa dan MAHSA.
Majlis menandatangani MoU itu telah dimerterai oleh pengasas Alha Alfa Rich Legacy, Dato’ Sri Alha Alfa bersama Pengarah Urusan Kumpulan MAHSA, Dato’ Dr Shahril, yang disaksikan oleh Pro-Chancellor dan Pengerusi Eksekutif MAHSA, YBhg Prof Tan Sri Datuk Dr Haji Mohamed Haniffa bin Haji Abdullah dan Pengarah Urusan Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd, Mohd Al Fareed bin Mohd Al Fadzil.
Melalui majlis yang sama juga, pihak MAHSA turut melantik Dato’ Dr Norhizan Ismail, mantan Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perubatan, dan Dato’ Eswaran E. Perumal, pengasas Es Tutorial dan Munshi Dewan Bahasa Pustaka sebagai Adjunct Proffesor di MAHSA.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pemilihan eksfoliasi muka yang sesuai sangatlah penting. Tersilap membeli skrub, mungkin akan rugi dan memudaratkan wajah anda! Anda mungkin memperolehi skrub yang tidak efektif jika mementingkan harga semata-mata.
Pelbagai persoalan apabila berniat untuk membeli dan memilih skrub. Penting ke skrub muka? Kenapa tak guna pencuci muka biasa sahaja? Anda perlu tahu, kadangkala terdapat banyak sel-sel kulit mati yang masih berada pada kulit muka kita.
Sel kulit mati menjadikan kulit anda kusam,berjerawat dan mungkin tampak tidak sihat. Lebih teruk lagi, penyerapan serum mungkin berkurangan jikalau anda menggunakan serum ataupun rejim kecantikan yang lain.
Oleh itu penggunaan skrub pada kulit muka sangat penting dalam mempercepatkan penyingkiran sel kulit mati. Pengelupasan juga membenarkan sel-sel baru yang lebih sihat akan cepat bertumbuh!
Sebenarnya amat mudah untuk memilih produk skrub khas untuk muka yang berkesan! Anda hanya perlu menitikberatkan perkara berikut:
Cari produk yang telah terbukti, dibeli, digunakan oleh ramai pengguna. Semakin banyak, semakin bagus!
Lihat testimoni pengguna, kena baca testimoni yang boleh diperolehi di ruangan komen produk.
Lihat rating, 4 bintang keatas adalah baik, namun perlu lihat jumlah pembeli juga.
Cuba selidik produk yang dipilih melalui google.
Pastikn sesuai dengan kulit anda! Kulit berminyak? dapatkan scrub kulit berminyak. Lebih selamat, beli produk yang sesuai dengan semua jenis kulit!
Pilih skrub yang terbaik dan sesuai dengan bajet anda. Sebaiknya, anda meminimakan penggunaan skrub. Paling afdal, hanya gunakan 2 atau 3 kali seminggu sahaja. Ini antara pilihan skrub terbaik.
1. Scrubdistrict Whitening Face
Malaysia skrub viral no 1, diimport dari Korea. Sangat laris! Boleh digunakan sebagai skrub muka, badan dan mask muka. Jimat dengan 1 Jar 350gm tahan untuk 1-2 bulan penggunaan setiap hari. Putihkan kulit muka dan hilangkan jerawat. Mesti cuba untuk anda yang ada masalah jerawat degil. Hilangkan parut-parut hitam, parut jerawat dan jeragat. Putihkan ketiak hitam, celahan peha dan jerawat belakang badan. Kulit lebih flawless putih.
2. NIVEA White Pearl Glowy
Skrub muka yang diperkaya dengan 90% ekstrak Pure Pearl yang mana terbukti berkesan menyerahkan kulit 10 kali ganda berbanding dengan vitamin C. Membersih dengan lembut, membuang sel kulit mati, menjadikan kulit lebih cerah dan lembut! Mengembalikan lembapan dan tahap hidrasi kulit.
3. Eversoft Apricot
Mengandungi 100% ekstrak Aprikot dan Mulbery Organik yang berfungsi untuk meremajakan kulit. Bead Mikro berfungsi sebagai agen pembersih skrub yang menanggalkan blackhead, kotoran dan sel kulit mati. Juga berfungsi meyingkirkan lebihan minyak bagi menghalang berlakunya blackhead dan whitehead pada masa akan datang.
4. ESt. Ives Gentle
Produk yang sangat laris dengan lebih daripada 3k+ testimoni positif dan pembelian daripada pengguna! Pastinya merupakan skrub yang terbaik di Malaysia! Terdiri daripada 4 pilihan. Mana satu pilihan anda? Aprikot: Menanggalkan sel-sel kulit mati, digantikan dengan sel baru yang lebih cantik berseri, cerah dan sihat! Green tea: Menanggalkan blackhead dan membersih jauh ke liang roma. Jerawat hilang! Oatmeal: Mengembalikan penghidratan, melembutkan kulit. Pink Lemon & Orange: Menghilangkan kecacatan kulit seperti tona tidak sekata, kemerahan atau kulit kusam. Menghasilkan kulit yang cantik & sihat!
5. BIOAQUA Exfoliating
Agak murah, tetapi sememangnya disukai ramai disebabkan keberkesanannya! Menanggalkan sel kulit mati dengan lembut. Mencerahkah serta menjadikan muka lebih lembut. Mengawal penghasilan sebum.
6. LOreal Paris White Perfect
Jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Skrub anti kulit kusam. Membersihkan liang roma dengan lembut, menanggalkan sel-sel kulit mati. Glycerin membantu mengekalkan kelembapan.
7. LOreal Men Charcoal
Skrub khas untuk lelaki Asia dan sememangnya sangat popular di Malaysia. Skrub ini bersifat lembut yang dapat mengawal minyak pada wajah juga mengatasi masalah blackhead. Diformulasi dengan kombinasi kuasa magnetik arang dengan 2000 beads, membersihkan secara mendalam, membersihkan liang roma tersumbat dan membuang sel-sel mati.
8. Tea Dud Tender Exfo
Mendapat pembelian lebih daripada 300+ pengguna, dengan rating 5 bintang menjadikan produk ini antara yang terbaik! Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit kombinasi. Fungsi:
Mengatasi kulit kusam
Membuang sel kulit mati tanpa merosakkan permukaan kulit.
Mengawal penghasilan minyak
Mengurangkan blackhead & whitehead
Memperbaiki hidrasi dan kelembaban kulit
Memperbaiki kadar serapan khasiat untuk kulit
Penggunaan makeup yang lebih mudah!
9. Odeon Face and Body
Mendapat maklumbalas yang sangat positif dari kebanyakan pengguna. Kesan dapat dilihat seawal 3 hari selepas menggunakannya! Kulit menjadi flawless tanpa jerawat! Walaubagaimanapun, ianya mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif.
10. Garden of Eden Exfoliating
Kandungan utama skrub ini rice beads sebagai pengupas semulajadi, menanggalkan sel kulit mati pada muka manakala ekstrak Pomegranate membantu melembap, memperbaiki dan menjaga kulit. Ekstrak Akar Licorice memutihkan kulit dengan bantuan minyak olive pula membantu proses penyingkiran sel kulit mati dan kulit terhidrat. Mengandungi 3 minyak yang mempunyai fungsi tersendiri seperti minyak jojoba menggalakkan hidrasi kulit, gerenium essential oil mengurangkan radang dan pepermint essential oil melegakan kulit.
11. BADLAB Dirty Deeds
Antara skrub muka yang terkenal. Menerima maklumbalas yang positif. Berkuasa menanggalkan kotoran, debu dan menjadikan wajah segar dan bertenaga.
12. Good Virtues Co Black Seed
Memperbaiki permukaan kulit muka menjadikannya lebih cerah. Lebih lembut. Nutrien semulajadi, mineral dan anti oksida yang memperbaiki, mengembalikan dan meremajakan!
13. Bougas Beauty Scrub
Menjadikan kulit lebih lembut dan bersinar. Menanggalkan kotoran daripada kulit. Mengeluarkan blackhead & whitehead. Melambatkan kesan penuaan.
14. SIMPLE Smoothing Facial Scrub
Skrub yang telah diuji secara klinikal dan terbukti tidak mendatangkan kesan buruk terhadap muka. Merupakan kombinasi pelbagai vitamin dan pengupas mesra kulit yang berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati. Menjadikan sel baru tumbuh subur, hasilnya, wajah yang bersinar dan kulit muka yang cantik!
15. Neutrogena Deep Clean
Eksfoliasi yang membantu menanggalkan blackhead daripada hari pertama penggunaan, menghalang daripada ianya terbentuk kembali, untuk kulit yang sihat dan bersih! Ramuan semulajadi dan terbukti dapat mengawal penghasilan minyak. Membantu membersih dan memperbaiki liang roma kulit muka.
16. SUKIN ORGANIC
Partikel lembut daripada ekstrak buluh dan serbuk tempurung kacang walnut membantu menanggalkan kotoran daripada permukaan kulit muka Kombinasi Aloe Vera dan Chamomile melegakan kulit, manakala minyak jojoba, bijan dan rosehip menghidratkan kulit, menjadi sangat lembut dan bersih! Sangat sesuai untuk semua jenis kulit.
Pengelupasan memerlukan masa untuk sel-sel kulit baru tumbuh. Jangan terlalu kerap melakukan aktiviti penngelupasan, jika terlalu kerap buat eksfoliasi muka, bimbang berlaku iritasi pada kulit muka, terutamanya kulit yang sensitif!
Tips penting jika ingin lakukan eksfoliasi?
Elakkan mengosok terlalu kuat dan kerap. Paling kerap 2 atau 3 kali seminggu sudah cukup.
Elakkan skrub keatas jerawat! Mengapa? jerawat menjadi lebih teruk, mungkin kuman pada jerawat tadi akan tersebar, lagi banyak jerawat tumbuh pulak!
Kulit berminyak disarankan perlu lakukan skrub muka! Hakikatnya, kulit muka berminyak menyimpan dan memerangkap lebih banyak kotoran dan minyak. Juga mempunyai sel kulit mati yang tebal!
Jika pertama kali melakukan eksfoliasi, lakukan secara berperingkat, sekali seminggu..kemudian 2 kali seminggu. Beri masa kulit wajah anda biasakan bahan aktif scrub.
Inginkan parut lebih cepat pudar? Lakukan skrub terlebih dahulu sebelum menggunakan serum! Perubahan ketara lebih cepat berlaku pada wajah anda!
SUMBER: INFO SANTAI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!