Luasnya rahmat Allah SWT kepada makhlukNya sehingga setiap kelahiran dan setiap ciptaan lahir bersama jaminan rezeki agar kita tidak perlu terlalu bimbang soal rezeki.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).
NAK REZEKI MELIMPAH DAN SENTIASA MENCURAH-CURAH, JANGAN LUPA BUAT HAL INI YA:
1. Ingat tanggungjawab kita pada ibu bapa dan keluarga. Hubungi atau bertanya kabar setiap pagi.
Photo by rodnae-productions from Pexels.
2. Ringankan tangan untuk bersedekah. Kecil atau besar nilainya, bukan satu masalah. Yang penting keikhlasan dalam memberi.
3. Berbaik dengan adik beradik. Kadangkala kita tak perasan, kita ada terguris hati mereka. Mohon maaf sahaja walaupun bukan salah kita.
Ads
4. Senyum sepanjang masa. Terutama pada diri sendiri, pasangan, anak-anak atau sesiapa sahaja yang tinggal dekat dengan kita.
Photo from monstera from Pexels.
5. Bersabar, walaupun sedang marah. Cepat-cepat ambil air masa 2 gelas. Minum, tenangkan diri dan ambil wudhu. Dalam keadaan marah, air perlu kita jadikan teman untuk redakan keadaan.
6. Sentiasa ingat akan kematian. Ia hal pasti. Dan perlu kita sentiasa muhasabah. Hal ini akan buatkan kita agar sentiasa mengerjakan amalan dan meninggalkan yang mungkar.
Ads
7. Tak buang masa. Kalau ada kerja, tak bertangguh. Selesaikan tepat waktu atau lebih cepat dari itu.
8. Solat sentiasa fokus dan khusyuk. Jangan ala kadar. Kena beringat bahawa kita sedang menghadapkan diri kita pada Allah SWT. Pelihara solat, maka Allah akan pelihara diri kita dan rezeki kita.
Photo from alena-darmel from Pexels.
Ingatlah bahawa rezeki bukan sahaja terletak pada wang ringgit. Rezeki sebenarnya adalah kelapangan masa, kesihatan diri, dipermudahkan urusan dan ketenangan hidup. Itulah sumber rezeki terbesar kita semua.
Pelengkap membayar hutang sudah tentulah dengan kemurahan rezeki. Setiap masa berharap Allah memurahkan rezeki. Oleh itu jika mahu rezeki murah dan diberkati oleh Allah, janganlah berlengah-lengah untuk membayar hutang.
Berikut perkongsian Zarini Jaafar
Ketika saya berhutang banyak dulu, saya berhenti kerja jadi banyak hutang bank tak dapat dibayar.
Masa tu tak ada bisnes, Nama ccris tak dapat buat loan untuk bayar, tak ada tanah untuk jual, tak ada harta untuk pajak dan sebagai nya.
Bisnes pun baru nak buat tak ada modal, tak ada stok, tak ada team.
Serba kekurangan saya ni. Surirumah sahaja.
Saya bagi tips bagaimana rezeki Allah berikan pada saya mencurah curah. Allah bantu setiap masa.
Tak hebat pun saya kalau Allah tak bantu saya.
1. Selama ni doa siang malam nak rezeki bayar hutang jadi setiap kali dapat jualan. bayar hutang dulu. sedekahkan 20 al fatihah pd mak ayah masih hidup atau sudah meninggal
2. Pagi2 lepas subuh amalkan 1000 istighfar mohon Allah ampunkan kita. setiap kali sebut astaghfirullah halazim.. ampunkan aku Ya Allah. minta ampun betul2 pagi2
3. Lepas tu baru dhuha. bila dhuha saya tak doa nak rezeki. masa lepas doa saya buat kesyukuran. bgtau ya Allah tima kasih bangun lagi pagi ni utk mohon ampun. ya Allah tima kasih ada suami yang baik.
4. Senaraikan semua nikmat Allah bagi sebanyak nya. menitik air mata bila senaraikan. Allah, malu dah nak minta lagi banyak
5. Jaga aurat..labuhkan baju, tudung dan stokin.
6. Istighfar, dhuha dan syukur tu pun dah membuka sebanyak nya rezeki.
7. Saya biasanya buka enfon selepas jam 10 pg selepas saya siap 3 di atas.
8. Sepanjang bekerja banyakkan zikir hasbunallahuwanikmal wakil – cukup Allah bagi ku aku serah pada mu ya Allah semua urusan ku.
9. Saya berhenti rehat 10 min sebelum zuhur. habiskan 1 surah pendek al waqiah sambil tunggu zuhur.
10. Selepas solat amalkan:
33 kali alhamdulillah
33 kali subhanallah
33 kali allahuakbar
33 kali innahaza larizkuna malahuminnafad
sambung keje.
11. Stop 10 min sebelum asar utk baca al mulk dan asar awal waktu.
12. Bila saya amalkan ni masa saya sangaaaaat panjang. banyak benda boleh buat.
dahulukan akhirat dari kesibukan dunia.
13. Lebihkan masa bersama kuarga selepas asar sehingga maghrib jemaah sama2 sehingga lah isyak berjemaah. tak dapat di masjid. amalkn di rumah.
14. Setiap hari amalkan sedekah walau pun singgit. masa saya susah hutanh banyak..saya buat air sirap..buh dalam botol banyak2 dan sedekah pada orang sapu2 sampah. tu je saya mampu masa tu.
15. Antara hutang dengan sedekah, utamakan hutang dahulu. tak mampu sedekah wang, sedekah tenaga.. sedekah ilmu.
16. Saya tak mampu sedekah wang. saya ajar orang lain menjual percuma. saya nak sedekah ilmu sahaja.
17. Sebelum tido amalkan 1000 istighfar mohon ampun apa kita dh buat seharian.
18. Solat taubat sebelum tido. biasanya saya tido awal jam 10 mlm bangun balik jam 11 mlm sehinggalah jam 3 pagi
atau saya tido jam 12 mlm bangun jam 4 pagi
19. Masa ni jam 4 pagi awak tahajud minta lah dengan tepat. doa betul2 minta merayu betul2. lau nak habiskan hutang sebut hutang tu berapa. bila nak bayar.
20. Sebelum tido minta maaf ngan suami. jaga betul2 hubungan suami isteri. lebihkan akhirat..lebihkan suami daripada bisnes.
21. Paling susah rezeki nak masuk adalah bila laki bini duk bergaduh mengungkit.. duk baik2.. saling terima kurang lebih masing2. kita semua tak sempurna.
22. Reda apa yang Allah bagi pasti ada hikmah ada kebaikan untuk kita belajar lebih kuat.
23. Mula belajar. rendahkan ego. lau orang tu berjaya.pegi jumpa dia belajar. hormat guru kita.
24. Sentiasa lah merendah diri. ketika dipuji segera kembalikan pada Yang Kuasa. bisik pada diri. kau hanya meminjam.
25. Jaga orang tua. berkhidmat masa mereka masih ada. saya rasa ini juga limpahan Allah bagi kerana dulu saya berhenti keje untuk jaga arwah mak sediri.kuar masuk wad dengan dia sehingga lah mandian terakhir di pangkuan saya.
Saya tiada apa apa, surirumah sahaja. Allah yang bantu saya. Semua dengan izin Allah SWT.
Sumber kredit: Zarini Jaafar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Islam meletakkan Hari Jumaat sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ iaitu penghulu segala hari. Ganjaran amal pada hari ini pula lebih berbanding hari-hari lain. Banyak kelebihan yang ada pada hari Jumaat dan keutamaan yang disediakan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hamba-NYA.
Pada hari Jumaat juga, terkumpul banyak fadilat seperti yang dinukilkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kesimpulannya, hari Jumaat merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan, dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain.
Alhamdulillah hari ini kita masih dikurniakan nafas untuk menyambung kehidupan semalam hingga dapat bertemu pada hari Jumaat barakah ini. Sungguh banyak nikmat yang boleh disyukuri hari ini. Subhanallah.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. , Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, kerana pada hari itulah Adam diciptakan. Pada hari itu pula ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu pula ia dikeluarkan daripadanya. Dan hari kiamat tidak terjadi kecuali pada hari Jumaat.” (HR Muslim)
Bersempena hari yang mulia ini, mari lakukan beberapa amalan sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (HR Muslim, Hadis Sahih)
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (HR al-Baihaqi,Hadis Hasan)
4. MEMPERBANYAKKAN DOA
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.”(HR al-Bukhari, Hadis Sahih)
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah al-Baqarah: 186)
5. MELAZIMI ISTIGHFAR
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.”(HR Bukhari, Hadis Sahih)
Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau.” (HR al-Bukhari, Hadis Sahih)
Semoga kita dapat memperbanyakkan amal di hari Jumaat yang barakah ini.
Sumber kredit: Ustazah Asma’ Harun Top image: Photo by faseeh-fawaz from Unsplash.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkat rezeki, sayap usahawan Muabellaz terus berkembang dengan pembukaan kedai runcit BellazMARTNUART di kampung halamannya di Kedah.
Teruja melihat kesibukan Muabellaz dan suami berniaga. Dari dunia kosmetik ke bisnes makanan, kini mereka dilihat membuka sebuah kedai runcit baharu, BellazMARTNUART di Jitra.
Berkat rezeki dan populariti Bellaz di media sosial, hasrat untuk memiliki sebuah kedai runcit menjadi kenyataan. Idea pembukaan kedai ini tercetus daripada suami Bellaz, Anuar Ahmad yang juga memiliki minat serupa dalam bidang keusahawanan.
“2.30 pagi masih di sini. Ya Allah murahkan rezeki suamiku, yang selalu support ku dari dulu lagi.
Permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat. Hampaa BellazMARTNUART on the way buka insyaallah,” kongsi Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini.
RAJIN BERNIAGA
Dalam hantarannya di media sosial semalam, kelihatan stok barangan runcit sudah mula disusun kemas di atas rak. Selain mereka suami isteri, gelagat anak bongsu Bellaz, Aisywara Nealofa juga sibuk ‘membantu’ di dalam kedai.
Kerap berkongsi aktiviti jualan di media sosial, pempengaruh ini walaubagaimanapun belum memaklumkan tarikh pembukaan rasmi kedai runcit tersebut.
Bellaz sebelum ini ligat berniaga produk kosmetik dan kecantikan miliknya iaitu Bellaz Beauty dan menjual pelbagai jenis makanan seperti karipap, cucur badak serta aneka pencuci mulut yang dibuat sendiri.
“Semoga yang nampak post ni Wara doakan semua ada rezeki besar menanti dan dipermudahkan segala urusan, aaminn.
Doakan buat Abah Wara sama. Buka kedai runcit ni dekat Jitra, Kedah.”
Kagum betul melihat kegigihan pasangan ini mengemas kedai runcit sampai lewat pagi. Daripada LIVE solekan, Bellaz dan Anuar sambung bekerja lagi. Itu belum dicampur tenaga menguruskan bisnes Bellaz Beauty dan sebagainya. Non-stop!
Syabas Bellaz dan Anuar! Semoga segala usaha mencari rezeki halal dipermudahkan dan mendapat kejayaan luar biasa.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.