Syukur ke hadrat Ilahi kita sempat diberikan kesempatan untuk menjemput dan merasai bulan Ramadan pada tahun 2023. Ibadah berpuasa juga satu ibadah yang cukup cantik dalam pembentukkan peribadi seseorang dalam sebulan.

Sebelum berpuasa syarat sah wajib puasa adalah niat yang dilafazkan pada malam sebelumnya itu. Namun sering menjadi masalah untuk mereka yang ragu-ragu adakah perlu niat pada setiap malam walaupun sudah niat 30 hari terus?

Artikel berkaitan: Puasa Di Bulan Ramadan Tapi Tidak Tunaikan Solat, Apakah Hukumnya

Perlu Niat Setiap Malam Walaupun Niat Sebulan?

Sumber dari Canva

Menjadi tanda tanya setiap kali menjelang bulan Ramadan, ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk terus menyebarkan ilmu supaya kita bersama belajar dari membuat kesilapan.

Menurut Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa pandangan mengenai isu ini daripada para ulama’. Ia terbahagi kepada dua pendapat iaitu:

Pandangan Pertama: Boleh Niat Terus Sebulan

Ini merupakan pendapat daripada al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Menurut mereka niat puasa sebulan umpama niat solat yang hanya dilafazkan pada permulaan solat. Ianya tidak perlu diulangi pada rakaat-rakaat yang lain.

IKLAN

Maka, ia hanya perlu dilafaz pada awal permulaan niat. Begitu juga pendapat mereka mengenai puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.

Artikel berkaitan: Elak Badan Lesu Sepanjang Ramadan, Amalkan Minum Susu Kurma Untuk Bekalan Tenaga Sepanjang Hari.

Sumber dari Canva

Pandangan Kedua: Perlu Niat Pada Setiap Malam

Pandangan ini merujuk kepada hadithRasulullah SAW riwayat Hafsah R.Anha:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ

IKLAN

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).

Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.

Puasa itu dilakukan pada setiap hari dan merupakan satu ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu hari bersama hari-hari yang lain. Maka, puasa hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak.

IKLAN

Ia pula berbeza berbanding ibadah solat dimana satu rakaat pertama yang terbatal, maka terbatallah keseluruhan solat itu.

Kesimpulannyamenurut pejabat Wilayah Mufti Persekutuan ia bergantung pada mazhab kita iaitu mazhab al-Syafi’ie dimana perlulah dibaca niat pada setiap malam untuk berpuasa. Tetapi tiada masalah untuk niat sebulan cuma ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjaga ibadah puasa anda.

Sumber: Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI