Siapa tidak kenal dengan aktor kacak Mohd Shukri Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya, setelah namanya menjulang naik selepas drama 7 Hari Mencintaiku menjadi fenomena di Malaysia.

Shukri merupakan figura yang tidak asing lagi dalam industri seni negara kerana sering menghiasi kaca TV dengan lakonan mantapnya, sehingga menjadi kegilaan gadis-gadis mahupun para wanita dek ketampanan wajahnya.

Bagaimanapun, tindakan pelakon dan juga pengarah itu yang bermesra secara terbuka bersama isterinya ketika Live, telah mengundang rasa geram netizen dan ketidakpuasan hati netizen.

Geram Sampai Rasa Nak Campak Phone!

@syukritya_ sweetnye 😘😍 #syukriyahya #tyaadnan #sweet #husbandwife #fyp #fypシ゚viral #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – Syukri&tya 💚

Hantaran video yang dimuatnaik di TikTok menerusi akaun @syukritya_ itu memaparkan isterinya Tya sedang melakukan siaran langsung live  sebelum menyapa suaminya apabila melihat suaminya lalu di hadapan.

Membalas sapaan isterinya itu, Shukri dengan spontan telah mencium isterinya ketika live sedang berlangsung sebelum dia keluar.

Tidakkan Shukri yang dilabel sebagai ‘Sweet Overload’ itu telah membuatkan netizen terutamanya yang single tidak keruan melihat kemesraan pasangan itu.

IKLAN

Artikel berkaitan: Tahniah! Shukri Yahaya & Tya Adnan Umum Bakal Dapat Anak Lelaki Tak Lama Lagi

Antara komen yang ditinggalkan netizen pada hantaran itu, adalah netizen meminta mereka agar menghormati netizen yang single dan belum mempunyai pasangan hidup.

“Tiba-tiba rasa taknak bernafas.”

“Maaf berkomen…tolong hormat yang single ye…😅😅😅

IKLAN

“First time artis buat aku pecah kan telefon aku sendiri

Selain itu, tidak kurang juga ada antara netizen yang menyesal membuka aplikasi tiktok pada ketika itu kerana video tersebut merupakan video yang pertama lalu di tiktok sehingga mereka rasa mahu mencampakkan telefon bimbit selepas melihat aksi itu.

Terdapat juga netizen yang bertindak mematikan telefon sejurus melihat video tersebut.

IKLAN

Untuk Rekod, Shukri memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko.

Pada 20 November 2015, Shukri telah berkahwin dengan bekas pelakon, Siti Nurfatihah Adnan (Tya Adnan) dan dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.

Empat tahun kemudian, lahir pula cahaya mata kedua Maleeq Miqayl yang dilahirkan pada 20 Julai 2020.

Sumber: Instagram Shukri Yahaya & Tik Tok @syukritya_

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI