Hidup sebagai pasangan suami isteri memang perlu adanya sikap senda gurau dan kalau boleh elemen surprise yang boleh membuatkan kita tesenyum sendiri. Seperti yang dilakukan oleh penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal yang mempunyai sikap boleh tahan romantisnya. Beliau dikatakan suami yang sweet kerana membuat kejutan sempena hari lahirnya isterinya, Dr. Husna Zahry dengan menyamar sebagai pesakit di hospital tempat isterinya bekerja.

Ustaz Don yang menyamar menjadi pesakit kemudiannya keluar membawa sejambak bunga. Memang terserlah sikap romantis Ustaz Don yang sebelum ini kita begitu senang melihat atau mendengar caranya berceramah dengan lawak jenaka.

Jambangan bunga dari Ustaz Don tanda cinta.

Kejutan yang dibuat ini memang membuatkan isterinya sendiri tergamam. Menurut Dr Husna, dia mendapat panggilan seorang jururawat yang memberitahu ada seorang pesakit yang mahu bercakap dengannya di kaunter depan.

Hadiah cukup bermakna.

Dia yang menyangka pesakit itu tidak puas hati dengannnya hinggakan tidak mahu masuk ke biliknya berjumpa secara personal. Dia hanya mampu mengomel dalam hati memandangkan dia juga tidak berapa sihat. Lantas Dr. Husna  terus sahaja ke kaunter dan secara tiba-tiba seseorang menyambar tangannya dengan membawa hadiah.

Kakitangan lain cukup sporting menjayakan birthday surprise untuk Dr. Husna.

Dr. Husna memang tidak menyangka pesakit berkenaan adalah suaminya sendiri, Ustaz Don Daniyal yang datang membawa hadiah hari jadi lebih awal (in advance). Menurutnya, jururawat bertugas di kaunter turut tersenyum melihat aksi romantik dan surprise dilakukan Ustaz Don.

IKLAN

Posting yang dimwit turun di laman instagramnya ini turut menarik perhatian netizen dan rata-rata mengucapkan selamat hari jadi padanya dan berharap agar rumah tangga dibina kekal hingga ke jannah.

@watiepb Aloor..so sweet nyaa Ustaz Don… Happy Birthday Dr.Husna may Allah blessed you till the end

IKLAN

@siti_noorqamariah Mesti dlm hati mcm panas je nk jalan ke kaunter tetiba melting..Happy birthday ..best surprise ni

@junidahsulaiman Happy Birthday Dr Husna…sweet sungguh ust kita ni…semoga Dr n ust bahagia hingga jannah…Aamiin

@annahmad58hjh Happy Birthday Doc..’ SurpriseS ‘ are annoying initially…but definitely heartwarming…

IKLAN

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR HUSNA ZAHRY

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI