Selagi kita masih hidup, jangan terus lupa untuk melakukan pelbagai amalan yang disuruh oleh Allah. Ini adalah untuk menambah pahala berganda sebagai bekalan di akhirat kelak.
Seperti juga yang dilakukan oleh Imam Shafie sebelum meninggal, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara dan jangan dilupa:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SWT.
Ads
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Ads
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH SWT, membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibu bapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH SWT, sabar menerima bala’ dan bertaubat.
Ads
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU.”
Untuk anda si beauty junkie pasti sudah tidak asing lagi dengan ketiga istilah ini. Tiga isitilah ini cukup sinonim dengan produk kecantikan iaitu whitening, brightening, dan lightening.
Terdapat banyak produk-produk skincare yang sering menyebutkan ketiga istilah ini. Tapi, anda sudah pasti belum perbezaan dari whitening, brightening, dan lightening? Ini penjelasannya.
Whitening
Sesuai dengan namanya, whitening ini menyajikan hasil yang membuat kulit anda 2-3 tingkat lebih cerah. Biasanya, kandungan ini ditemukan dalam krim atau losyen pemutih. Whitening sendiri merupakan proses bleaching kulit, biasanya mengandung bahan yang cukup kuat untuk kulit, terutama untuk kulit sensitif. Jadi, sebaiknya anda tidak asal memilih produk pemutih. Pastikan produk tersebut sudah mendapat izin rasmi dari BPOM dan mengandung bahan kimia yang berbahaya untuk kulit.
Brightening
Female hand holding moisturizer in hand, horiztonal
Sesuai dengan namanya, Bright yang bererti cerah, yang memang bermanfaat untuk mencerahkan kulit. Biasanya, tuntutan ini dipakai pada produk pencuci wajah untuk membuat kulit kusam menjadi lebih fresh dan cerah, namun tetap dalam peringkat yang sama. Proses ini tidak berbahaya untuk kulit, kerana pada produk skincare, seringkali menggunakan bahan-bahan alami untuk membuat kulit lebih cerah.
Lightening
Kalau anda sering mendengar tuntutan lightening dalam produk serum ataupun sunscreen, anda tidak salah. Kerana, lightening senidiri membantu memudarkan dan menyamarkan noda-noda hitam pada wajah. Seperti noda hitam kesan paparan sinar matahari, lingkar mata hitam, hingga bekas jerawat. Biasanya produk lightening memberikan hasil yang signifikan setelah beberapa bulan pemakaian.
Jelas bukan tiga perbezaan istilah kecantikan yang mempunyai maksud yang sama tetapi tuntutan pemaikaian yang berbeza. Jadi anda tidak boleh sebarangan untuk menggunakannya kerana bahan kandungan yang berbeza untuk tujuan yang sama.
Pastikan anda membaca panduan pemaikaian di setiap kemasan pembungkusan produk yang di jual dan ada lebig baik anda disarankan bertanya pada penolong jualan di sesebuah gedung kecantikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam bersama isteri, Syatilla Melvin menyambut meriah syawal ke lapan dengan kehadiran cahaya mata yang baru sahaja selamat dilahirkan pada hari ini, Isnin di Hospital KPJ Ampang Putri, Kuala Lumpur.
Perkongsian itu dikongsikan oleh pelakon yang pernah popular dengan filem Adnan Sempit dan Polis Evo menerusi laman Instagramnya. Turut menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran ahli keluarganya yang baru itu, Sam meluahkan rasa lega apabila isterinya Syatilla juga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera selepas bersalin.
Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. Terima kasih atas doa-doa anda.
Rasa gembira dan teruja dengan kehadiran cahaya matanya yang ketiga itu, Sam sempat berseloroh tentang wajah anaknya yang masih lagi dirahsiakan itu.
Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu?
“Dapat tidur beberapa jam je..”
Menerusi perkongsian di Instagram Story nya juga, Sam memuat naik beberapa klip Syatilla berkongsi rasa sebelum masuk ke dalam dewan pembedahan. Kelihatan bersedia dan tenang, Syatilla menyatakan bahawa dirinya hanya sempat tidur beberapa jam sahaja sebelum ke Hospital KPJ Ampang Putri Kuala Lumpur.
“Pukul satu pagi baru lah terhegeh-hegeh nak pergi hospital..” kongsi Syatilla tenang.
Sam juga kelihatan tenang berkongsi video memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik ketika Syatilla baru sahaja memasuki dewan pembedahan ketika itu.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut teruja dengan perkhabaran gembira itu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli ini.
“Alhamdulillah! Congratulations Abang Sam & Tilla! And welcome to the world little baby!,” kata Uyaina Arshad.
“Alhamdulillah, congrats bro,” kata Fizo Omar.
“Syukur Alhamdulillah,” kata Mawar Rashid.
“Tahniah. Alhamdulillah syukur..,” kata Didie Alias.
Sekadar info, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah bergelar suami isteri pada Februari 2016. Upacara pernikahan yang mewah itu berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang pada malam hari. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Apabila kita sebut sahaja urutan, pasti akan terbayang urutan badan atau kaki. Ia tidak salah tetapi HIJABISTA mahu mengenengahkan urutan wajah. Jika dilakukan secara konsisten anda akan dapat hasil yang tidak mengecewakan.
Tahukah anda urutan wajah banyak kebaikannya?
Meningkatkan peredaran darah dan membuang toksin pada wajah yang memberikan natural glow pada pipi.
Mengurangkan tanda penuaan dan membantu anda de-stress serta menghilangkan puff di bawah mata.
Cara yang bagus untuk menguruskan wajah dan emphasis tulang rahang.
Sumber: Youtube (Glamrs.com)
Anda boleh lakukan senaman ini di mana sahaja, tidak kira di pejabat atau rumah. Kekerapannya boleh dalam sehari atau seminggu.
Tip HIJABISTA: Pastikan anda mencuci tangan anda sebelum urutan untuk mengelakkan semua bakteria pada tangan hinggap ke wajah. Gunakan pencuci wajah, moisturiser atau oil cleanser sebagai pelincir untuk memudahkan urutan.
Pastikan urutan yang anda lakukan cukup lembut namun memberi kesan kepada wajah. Selamat mencuba!
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal 'on-point' meski panas, mahupun ribut taufan melanda!