Kebiasaannya kita sering membuang banyak sisa makanan seperti kulit buah mahupun batang sayur kerana tanggapan bahawa ianya dah menjadi ‘sampah’. Tapi sebenarnya ‘sampah’ itu boleh dijadikan satu bahan yang sangat berguna!
Eco Enzyme cairan hebat
sumber gambar dari waste4change.com
Dikenali sebagai Eco Enzyme ataupun garbage enzyme merupakan satu cecair hasil dari fermentasi sampah organik yang memiliki berbagai fungsi antaranya sebagai pembersih lantai, sayur dan buah, perangkap serangga dan juga boleh dijadikan sebagai penyubur tanaman.
Eco Enzyme ini juga terkenal dengan kandungan alkohol atau asid asetat yang boleh dijadikan sebagai bahan disinfektan. Kandungan alkohol atau asid asetat yang terkandung dalam cairan ini terjadi disebabkan oleh proses metabolisme bakteria dalam sisa buah dan sayur.
Banyak manfaat Eco Enzyme buat anda!
Seperti sifatnya yang boleh digunakan sebagai bahan disinfektan, Eco Enzyme turut mengurangkan penggunaan bahan kimia malah boleh juga mengurangkan kos perbelanjaan daripada membeli bahan-bahan pembasmi kuman.
Ads
Tiada lagi pembaziran kerana Eco Enzyme boleh menggantikan bahan pencuci baju, cecair pembersih lantai, tandas, dapur, piring, penghalau serangga malah ia boleh digunakan untuk membasuh badan dan rambut.
Oleh kerana sifat dan nutrisi yang terkandung daripada saki-baki sayur dan buah dalam proses pembuatan Eco Enzyme, ia juga turut dapat dijadikan sebagai penyubur tanaman.
Buat sendiri cairan sampah hanya di rumah
Proses pembuatan Eco Enzyme sangat mudah kerana bahan-bahan yang anda perlukan semuanya telah ada di rumah anda.
Jenis-jenis ‘sampah’ juga hanya terdiri daripada baki sayuran dan buahan. Sisa daging tidak sesuai digunakan untuk membuat Eco Enzyme kerana ia cepat membusuk dan menghasilkan patogen pada suhu yang tidak terkawal.
Peralatan dan bahan
Sisa sayur-sayuran dan buah-buahan (segar)– seperti daun, batang, kulit, dan biji.
Gula merah
Air
Bekas kedap udara
Langkah-langkah:
Air, bahan-bahan seperti sisa sayur-sayuran dan buah-buahan, dan juga gula merah di sukat mengikut nisbah 10:3:1 (Sebagai contoh, 10g gula merah, 30g sisa sayur/buah, 100g air).
Sisa sayuran dan buahan perlu di potong kecil.
Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas kedap udara. Perlu pastikan bahawa bekas yang anda gunakan perlu ada ruang dan tidak memenuhi bekas tersebut kerana bimbang gas dari proses fermentasi akan meningkat dan boleh meletup.
Tutup bekas dan biarkan selama 3 bulan di kawasan yang tidak terdedah daripada matahari.
Langkah penjagaan bahan Eco Enzyme
Ads
Di peringkat awal proses fermentasi, bekas mengandungi bahan Eco Enzyme perlulah di buka kira-kira sekali dalam seminggu untuk mengeluarkan gas yang terperangkap bagi mengelakkan bekas daripada meletup.
Apabila telah capai tempoh 3 bulan, cecair Eco Enzyme akan bertukar menjadi coklat gelap dan mempunyai bau seperti cuka. Jika cecair bertukar menjadi warna hitam, masukkan gula untuk ulangi proses fermentasi. Jika terdapat cacing atau serangga di dalam bekas, biarkan sahaja keran ia akan terurai sendiri dalam cecair itu.
Anda boleh gunakan cecair Eco Enzyme itu dengan menapis cecair dari bahan-bahan dalam bekas itu. Sisa baki dalam bekas itu boleh dijadikan baja sebagai penyubur tanaman.
Jadi sis semua boleh cuba buat di rumah bila ada banyak ‘sampah’ yang boleh di kitar semula jadi bahan ajaib.
Walaupun Anugerah MeleTOP 2021 telah berlalu dua hari yang lepas, namun kehangatannya masih dirasai hingga kini. Busana yang digayakan para selebriti pada malam itu juga turut mencuri perhatian kerana masing-masing hadir dengan gaya yang tersendiri.
Berani mencuba kelainan, jom kita intai penampilan menarik mereka pada malam itu!
Kak Kek anggun dalam persalinan daripada Firziey Couture. Memang nampak menawan sungguh!
Thank you so much AME for having me tonight. Congratulations to team AME for such a beautiful event. Truly enjoyed myself presenting the awards 🖤
Thank you to my Glam Squad. Wouldn’t have made it without korang semua!
Biarpun penampilannya dalam busana Razman Razmi disamakan dengan karakter animasi Majin Buu, namun beliau sama sekali tidak ambil hati malah melayan saja komen-komen lucu daripada peminat. Terbaiklah DSV!
Tercalon Top 5 untuk Pelakon MeleTOP pun Uyaina dah cukup bersyukur 😊 Alhamdullilahhh! 🤲🏻
Queen of the night! Bukan hanya sekadar menyanyi, Tok Ti juga sempat membuat gimik sewaktu persembahan apabila bajunya berubah ketika blackout. Busananya sudah semestilah daripada Rizman Ruzaini.
Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan @rizmanruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.
Apabila Anugerah Meletop Era mendapat tarikh baru, saya masih mengekalkan konsep persembahan dan baju yang akan digayakan.
Saya mahu lagu berdurasi hampir 5 minit itu ada impak tersendiri dalam 5 saat dipersembahkan.
Nasib baik masih muat lagi walaupun hari-hari ke rumah terbuka raya, makan macam-macam.🙈🙈🙈
sumber: instagram selebriti
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru minggu lepas kita dikejutkan dengan pengumuman pasangan ini yang dikatakan sudah bertunang. Malam tadi pula sekali lagi mereka mengejutkan peminatnya apabila dikatakan sudah bernikah. Teka teki apa yang mereka lakukan hinggakan soal ijab kabul dibuat main-main. Tetapi rasanya bagi Fazura dan Fattah Amin pasti punya alasan tersendiri mengapa merahsiakan perkahwinan ini. Apa yang penting kedua-duanya sudah sah bergelar pasangan suami isteri. Manis dan cantik sekali Fazura menggayakan persalinan serba putih dan paling mengejutkan dia memilih untuk berhijab di majlis perkahwinannya itu.
Majlis pernikahan pasangan dalam drama popular Hero Seorang Cinderella ini dilakukan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota dengan hanya dihadiri sanak saudara serta rakan terdekat sahaja. Setelah melalui pelbagai episod cerita, akhirnya Fazura sah menjadi milik Fattah Amin yang juga merupakan Hero Remaja 2011/2012.
Memang sejuk hati dan sedap mata memandang melihat Fazura memilih untuk berhijab sempurna di majlis perkahwinannya. Walaupun dia seorang yang belum berhijab sepenuhnya tetapi sempena hari bahaginya wanita jelita ini memilih untuk mengenakan tudung.
Memilih hijab rona berpadanan dengan busana kurung moden yang digayakan di majlis berkenaan. Tampil sedondon juga dengan sang suami, yang kacak menggayakan baju Melayu Cekak Musang lengkap bersamping dan songkok.
Dalam majlis itu, wajah Fazura ditata rias dengan solekan cukup simplesentuhan makeup artist terkenal Sheila Mohamad dan pakaian pula dari rekaan pereka kesukaaan Fazura, Rizman Ruzaini.
A post shared by Sheila Mohamad (@sheila_mohamad) on
Netizen menerusi laman instagram Sheila Mohamad memuji kecantikan wajah Fazura yang dilihat ‘natural look’ dan begitu terserlah kejelitaaannya. Begitu juga mereka turut memuji penampilan ‘minimise’ Fazura yang kelihatan cukup sopan dan tidak perlu terdedah sana-sini.
@nurulasyiqinjabay Congrats kedua mempelai n congrats sis @sheila_mohamadatas sentuhan jari yg menampakkan kejelitaan fazura yg sederhana tp sgt cantek
@ratuezza91 Lawa..natural look..sopan ke kak faz pkai mcm nie..sejuk je tgk..dia dah cntik…so minimise makeup pun dah nmpk segak
Memang terserlah seri pengantin baru kedua-duanya pelakon yang cukup popular di alam maya. Seperti yang kita tahu masing-masing mempunyai follower hingga angka juta dan kedua-duanya cukup disayangi peminat-peminatnya.
Sebenarnya Fazura sudah kita lihat seperti sudah berjinak-jinak mengenakan hijab sejak berlakon drama Hero Seorang Cinderella. Penampilannya cukup manis sekali berhijab dalam cerita yang pertama kali menggandingkan mereka berdua.
Diikuti pula ketika masing-masing mengerjakan umrah bersama-sama, kelihatannya Fazura cukup selesa mengenakan hijab atau niqab sepanjang mengerjakan ibadah umrah. Wajahnya memang sempurna sekali menggayakan hijab yang simple tetapi terserlah keayuannya, lebih-lebih ketika pengumuman majlis pertunangan minggu lepas. Malah ramai peminat mendoakan agar dia kekal istiqomah begitu.
Dan ketika di majlis pernikahan, sekali lagi Pelakon Wanita Terbaik ini memilih untuk berhijab. Jika ditinjau di laman IG, ucapan tahniah membanjiri laman sosial masing-masing. Walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai majlis itu, tetapi netizen berdoa agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
@kamaruddin.salina Slmt pengantin baru moga bahgia hingga ke jannah dan semoga Allah memberkati kalian berdua…
@yatiesaidi Padan sangat..alhamdulillah..smoga psgn ni kekal hingga jannah..aamiin
@hilmon5 Alhamdulilah Syukur Walau sekuat mana badai melanda Namun Cinta yg Luhur Cinta Yang Kuat btw them berkat doa both parents restu family A blessing by Allah s.w finally mereka bersatu..Congrats @fattahaminz And @missfazura Moga kekal abadi till Jannah
@zarinss Alhamdullilah dan tahniah Faz dan FA, @missfazura dan @fattahaminz..semoga bahagia hingga ke syurga aamiin..
Admin turut mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan cepat dikurniakan cahaya mata. Biarpun keduanya berbeza usia tetapi tiada ada alasan untuk mencipta momen indah bersama sebagai pasangan suami isteri.
Gaya fesyen para hijabi kini penuh dengan perincian dan ‘mood’ tersendiri. Ramai yang anggap hijabi hanya bergaya ala feminin sahaja, tidak sama sekali!
Sudah tentu ramai yang ingin juga mencuba gaya lain dari yang lain. Mungkin ada yang sudah bosan untuk menggayakan stail yang lebih kurang sama sahaja setiap hari.
Kini, kami temui seorang selebriti fesyen hijabi dari Indonesia, Vira Tandia, 29, yang banyak menjadi perhatian para hijabi di sana. Dia juga merupakan model yang cukup terkenal.
Apabila melihat gayanya yang sering dikongsikan di akaun Instagram miliknya, memang tidak dinafikan fesyen cukup versatil kena pada dirinya. Jadi ayuh kita tinjau gaya fesyen Vira Tandia yang boleh jadi inspirasi anda!
Vira sering menggayakan dirinya bersama jaket ataupun blazer yang memberikannya aura profesional serta bergaya. Padanan warna rona yang monotone juga tidak menampakkan gayanya itu terlalu menonjol namun tetap menjadi satu fashion statement!
Pilihan corak juga menjadi pilihan dan model ini tidak takut untuk menggayakannnya. Bukan sahaja tertumpu kepada corak, padanan warna hijab, inner, beg tangan, dan aksesori yang lain juga amat penting sepertimana Vira hanya menggunakan aksesori minimalis.
Ha? Maskulin? Bukan berpakaian seperti lelaki malah Vira sering memberikan sedikit gaya maskulin seperti memakai tie atau jaket kulit. Namun, dia memadankan lagi gayanya itu dengan kasut tumit tinggi yang berwarna ‘monotone‘ sebagai pemanis.
Tidak mudah untuk memadankan stail baju bersama aksesori yang pelbagai. Jadi bagi mereka yang ingin tampil simple tetapi lebih stylish, anda boleh ikuti gaya Vira Tandia ini. Ingat, fesyen kena juga patuh syariah compliance!
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.