Umum mengetahui mengenai kisah rumahtangga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Lesti Kejora yang telah menjadi mangsa keganasan rumah tangganya. Kejadian ini telah berjaya menarik perhatian ramai, bukan sahaja di Indonesia malahan Malaysia. Ramai warganet yang turut bersimpati melihat keadaan Lesti.
Sumber gambar dari Detik Hot
Lesti Kejora dan Rizky Billar telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Kisah ini telah tular awalnya selepas Lesti membuat laporan polis susulan dipukul suaminya, Rizky Billar. Terbaharu, Lesti dilaporkan telah dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hopital bagi menerima rawatan kecederaan yang dialaminya itu.
Menurut laporan detiknews, ini bukanlah kali pertama Lesti menjadi mangsa keganasan rumah tangganya.
“Dalam kenyataan awal, Lesti menjelaskan keganasan rumah tangga bukanlah kali pertama, tetapi sudah kerap berlaku dan ini adalah kemuncaknya”
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, penyanyi dangdut Indonesia tersebut juga dilaporkan pernah dibaling bola biliard oleh suaminya. Pihak polis di sana juga sedang giat menjalankan siasatan sepenuhnya.
“Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment. Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka” ujarnya.
Ads
Usai daripada kejadian tersebut, Lesti dilaporkan telah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat dan telah merahsiakan lokasinya.
“Lesti tidak mahu serumah dengan Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat,” tambahnya lagi.
Isu keganasan rumah tangga
Banyak yang wanita boleh ambil pengajaran daripada kisah Lesti ini. Isu keganasan rumah tangga ini juga bukanlah sesuatu yang baru. Keganasan rumah tangga dikaitkan dengan perlakuan ‘penderaan’ terhadap pasangan, tidak kiralah penderaan secara fizikal, seksual, psikologi atau sosial. Pada awal kes ini tular, ramai warganet yang terkejut dan tidak menyangka pasangan yang selalu terlihat bahagia ini sebenarnya tidak sama seperti yang dibayangkan.
Ads
Tindakan yang boleh diambil oleh mangsa
Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif untuk menggubal Akta Keganasan Rumah Tangga pada tahun 1994. Akta ini digubal untuk melindungi mangsa yang terselamat dan juga mencegah keganasan rumah tangga daripada berlanjutan.
Di Malaysia, kita mempunyai satu pertubuhan yang aktif dalam memperjuangkan hak-hak wanita iaitu Pertubuhan Pertolongan Wanita. Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) ini ialah sebuah badan bukan kerajaan Malaysia yang berjuang untuk hak-hak wanita terutamanya terhadap keganasan terhadap wanita. Buat anda yang mungkin sedang menderita akibat keganasa rumah tangga, anda boleh cuba langkah dan garis panduan yang disarankan oleh WAO sendiri.
Ads
1.Hubungi talian kasih untuk mendapatkan bantuan
Sumber gambar dari facebook Public Health Malaysia
Jika anda ingin mendapatkan sebarang nasihat atau ingin melaporkan sebarang kes yang berkaitan keganasan rumah tangga, anda boleh menghubungi talian kasih. Keutamaan talian kasih ini adalah untuk MELINDUNGI mangsa.
2. Dapatkan pertolongan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
Sumber gambar dari Selangor TV
Pilihan kedua selain mendapatkan perlindungan daripada WAO ialah mendapatkan pertolongan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di hospital-hospital kerajaan yang terletak di bahagian wad kecemasan dan trauma. Difahamkan, di OSCC, doktor akan memberi rawatan untuk sebarang kecederaan dan juga akan mengumpul bukti yang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Setelah itu, mangsa juga boleh membuat laporan polis secara terus di hospital berkenaan.
3. Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)
Sumber gambar dari facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat
Selain itu, mangsa keganasan rumah tangga boleh merujuk kepada Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Perintah perlindungan ini merupakan suatu perintah yang boleh dimohon oleh mangsa pada bila-bila masa dan terpakai dalam takrif keganasan rumah tangga di bawah Seksyen 2, Akta 521. Pemandiri perlu membawa kad pengenalan atau sijil kelahiran dan tidak perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan EPO yang sah selama tempoh tujuh hari itu.
4. Membuat laporan polis
Sekiranya anda dipukul, jangan ragu-ragu untuk terus ke balai polis berdekatan. Anda boleh membuat permohonan Perintah Perlindungan Interim di mana-mana balai polis berdekatan. Di sana, mangsa perlu memberi keterangan tentang penderaan itu seperti apakah yang berlaku, bila ia berlaku (tarikh dan masa), lokasi kejadian dan siapa yang terlibat.
Semoga segala urusan Lesti di masa hadapan dipermudahkan, seterusnya diberikan kesembuhan, kesihatan dan pulih daripada trauma yang dihadapi. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik perancang… Untuk anda yang mengalami perkara yang sama, jangan lupa untuk selamatkan diri anda segera. Ambil tindakan, selamatkan diri, dapatkan pertolongan dan elakkan dari menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Sekarang ini kita dapat melihat ramai yang menggunakan sarung tangan pakai buang sewaktu membeli barangan keperluan di pasaraya. Ramai yang menganggap tindakan ini akan mengurangkan risiko dijangkiti virus covid-19 namun sebenarnya tidak.
Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ikuti penerangan daripada Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say di laman instagramnya ini.
Pemakaian gloves pun cukup popular bila sy keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19? Jawapannya TIDAK, MALAH IA LEBIH BERBAHAYA. “Sebab ape pulak doc? Bile pakai gloves takdelah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yg anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak.
Ada dua sebab. Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yg sama anda bukak pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu. Kalau lah ada virus pada awal2 anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda?
Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni takyah dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves? Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat? Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah!
In a nutshell amalkan nasihat WHO (World Health Organization) yg ternyata efektif, mudah & murah ni: 1) KERAP BASUH TANGAN ANDA DENGAN AIR & SABUN/ HAND SANITIZER 2) ELAKKAN DARIPADA MENYENTUH MUKA ANDA 3) JAGA JARAK ANDA DARIPADA ORANG LAIN SEKURANG-KURANGNYA 1 METER Tambah satu lagi nasihat daripada kerajaan kita 4) DUDUK RUMAH IKUT PERINTAH
Ramai yg masih ada persoalan daripada post sy semalam, takpe sy sambut. Paling popular “ikut logik akal, orang pakai glove masa beli barang je doc, habis beli tanggallah”. Dua jawapan, pertama, kenapa nak kena pakai glove in the 1st place? Tak boleh ke beli barang bare hands & habis beli barang cuci tangan? Korang tahu yg COVID-19 ni merebak melalui titisan pernafasan & bukan meresap ke dalam kulit kan? Maksudnya kalau korang directly sentuh COVID ni takdelah powm automatik korang positif COVID. Nak kata bila pakai gloves tak sentuh muka? Tadi sy pi supermarket ramai ja sambil pakai gloves betulkan mask la, betulkan tudung la tak ke sama konsep dia?
Kedua, glove tu korang buang kat tong sampah biasa ke? Korang kena tahu di klinik/ hospital rubber gloves WAJIB dibuang dalam satu tong sampah khas bernama clinical waste bin. Plastiknya berwarna kuning yg mana pelupusannya berbeza dengan sampah biasa. Lori yg pungut clinical waste bin ni pun bukan lori sampah biasa maka sudah tentu tiada plastik kuning ni di rumah. Jadi korang buang mana gloves korang? Macam gambar swipe tepi di atas? Kalau begitu korang aniaya mereka2 yg angkat/ uruskan gloves korang ni sebab COVID hidup selama 8jam pada rubber gloves. Tepuk dada tanya selera.
Persoalan kedua “kalau sy kerap sanitize tangan sy yg sedang memakai gloves tu ok kan doc?”. Again, kalau korang boleh amalkan tabiat meng-sanitize-kan tangan korang, kenapa nak kena pakai gloves tu? Sy ulang sekali lagi ye COVID-19 TIDAK MERESAP MELALUI KULIT. Daripada korg membazir pakai gloves tu ape kata korang donate gloves tu kepada frontliners kita. Frontliners kita pakai gloves sama sebab dengan kenapa mereka pakai mask, sebab mereka frontliners. Dan mereka tukar glove ni kerap gila tau tak, habis sentuh satu pesakit tukar gloves baru. Kita ni backliners, benchers tak perlu peeps.
Sy tahu despite explaination macam ni pun pasti ade lagi kreativiti lain yg korang fikirkan. As long as sy dah jalankan tanggungjawab sy menyebarkan info yg sahih daripada sumber yg sahih sy berpuas hati dah. Mungkin ada di luar sana yg ambil nasihat ni, bersyukur sangat2 dah sy. Sekian
Loose powder adalah item paling perlu untuk mengunci pori-pori dan menghasilkan mekap matte tanpa kilauan berlebihan. Selain itu, ia juga digunakan sebagai membentuk contouring anda lebih tajam dengan teknik baking. Jika mekap mula kelihatan cair, anda boleh pantas sapukan loose powder selain menyembur setting spray.
Formula loose powder semestinya lebih ringan kerana kebiasaannya ia hanya mengandungi komponen serbuk dan tidak dilengkapi dengan formula pelembap, Sun Protector Factor (SPF), mahupun foundation. Oleh itu, buat kamu yang mempunyai masalah kulit berminyak atau jerawat, adalah disarankan untuk menyapu loose powder di serata wajah pada setiap kali aplikasi make up kerana formulanya akan membantu menyerap kesan minyak dengan baik.
Sebelum memilih loose powder terbaik, jom semak tip mudah bagaimana anda boleh memilih loose powder yang bertepatan dengan kondisi dan warna kulit anda bagi menyamari kulit yang kusam.
#1 Pemilihan Berus
Lazimnya, bagi mereka yang sudah profesional, penggunaan span seperti “beauty blender” amatlah digalakan, namun bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan alat solek, sila gunakan berus kerana ia lebih memudahkan.
Caranya, celup berus tersebut ke dalam loose powder yang berkenaan sebelum meletakkannya pada kulit dna hendaklah dibiarkan bedak itu melekat pada kulit beberapa minit (5 hingga 10 minit) sebelum disapu rata untuk hasil solekan yang kemas dan nampak natural.
#2 Simpan Di Kawasan Kering & Sejuk
Loose Powder adalah sejenis bedak yang bertekstur halus. Ia memang direka khas untuk kegunaan wajah dan mampu menutup setiap liang pori yang terbuka.
Bagi memelihara tekstur bedak itu agar tidak rosak, pastikan ia disimpan di kawasan yang kering dan sejuk. Jangan biarkan ia terdedah pada kepanasan serta basahan. Selepas menggunakannya, sila tutup rapat bekas bedak tersebut agar tidak dimasuki habuk yang kemudiannya mungkin merosakkan keadaan bedak serta boleh memberi iritasi pada kulit. Bersihkan bekas setiap kali selepas digunakan.
#3 Pilih Bedak Yang Bersesuaian Dengan Kulit
Aspek pemilihan ini penting agar kulit tidak kelihatan nyata bercapuk apabila berpeluh nanti. Jadi berhati-hati dalam memilih warna bedak kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kulit anda nanti. Selain perlu memastikan serbuk bedaknya benar-benar halus, kalau boleh cari Loose Powder yang mempunyai warna seakan-akan kulit anda atau lebih baik jika ianya satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna asal kulit.
#4 Elak Sapu Terlalu Tebal
Untuk mengelak ia menjadi bercapuk, sila gunakan bedak yang dilapis nipis pada bahagian wajah kemudian semburkan “setting spray” yang boleh membantu bedak tesebut melekat rata pada wajah. Hati-hati kerana loose powder biasanya akan kelihatan bercapuk apabila dipancar cahaya lampu seperti dari kamera (camera flash).
#5 Terlupa Untuk Menyapu Rata Bedak
Tidak mahu kelihatan seperti badut, jika anda menggunakan teknik “baking” seperti yang sering dilakukan selebriti Kim Kadarshian, setelah membiarkan ia beberapa ketika untuk menyerap penuh pada kulit, jangan pula terlupa untuk meratakannya kemudian.
#6 Sebelum Menyapu Bedak, Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu
Jika bedak disapu pada kulit yang kering bersisik, sudah pasti sapuan tidak akan rata sekaligus menjadi bercapuk bukan? Jadi, sapukan krim pelembap (moisturizer) dahulu pada kulit agar kulit yang kering bersisik itu tadi hilang. Barulah sapuan bedak nampak cantik!
Terbaik untuk kegunaan harian
Mengandungi kandungan tinggi Vitamin E, bedak loose ini akan memastikan kesegaran serta kelembapan wajah, biarpun mengenakan solekan tebal. Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela.
No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama. Ia diperkaya dengan ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah anda tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.
Harga mampu milik, sesuai buat kulit wanita Asia
Dirumus khas bagi kulit wanita Asia, SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini bertekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila bersentuhan dengan kulit. Serbuk ini sesuai buat semua jenis kulit terutama buat si kulit berminyak. Walaupun dengan harganya yang mampu milik, loose powder serba lengkap ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat bagi mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam. Loose powder ini membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna.
Loose powder bersifat mineral, menenangkan kulit iritasi
Buat kamu yang mempunyai kulit sensitif, pastinya sukar untuk mencari powder yang serasi. Loose powder bersama formula mineral ini memberi perlindungan sepenuhnya, menghidrat dan membaik pulih tona gelap serta menutup cela yang terhasil dari hiperpigmentasi dan ketidaksempurnaan kulit.
Dengan bahan unik yang diserlahkan seperti esktrak buahan Rosa Canina dan Centella Asiatica membantu mengurangkan penampilan kedutan dan menyokong kolagen semulajadi untuk kulit yang lebih licin. Produk ini juga bebas Phthalates, selamat walaupun berkulit sensitif.
Kesan translucent, sesuai untuk teknik baking
Translucent Loose Powder khas dari jenama Mary Kay adalah serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Ianya tahan lama serta mudah untuk digunakan, memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.
Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.
Sesuai untuk kulit remaja
Buat para remaja yang gemarkan berswafoto, loose powder keluaran Revlon ini memang serasi buat kamu, terutama yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan make up. Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, tekstur powder yang selesa ini mampu memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam lamanya.
Selamat digunakan setiap hari, loose powder ini telah direka demi kesesuaian semua jenis kulit. Gunakan loose powder ini bersama berus muka lembut untuk hasil kemasan yang perfect.
Untuk kulit yang minyak – tampil bebas kilat selama 24 jam
Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak. Ianya memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam. Dengan teksturnya ringan, loose powder ini secara intuitif menyembunyikan kesan jerawat, bintik hitam serta menjadi kanvas terbaik pada solekan.
Tambahan pula, ia mengandungi serbuk baldu mikro bagi penyerapan minyak yang pantas. Didatangi dalam 8 tona pilihan, kulit anda akan tampak lebih sempurna.
Loose powder membantu melembapkan kondisi kulit kering
Tekstur bedak yang halus juga lembut dan disalur pula dengan serbuk mikro, Milani Make It Last Setting Powder ini berupaya mengawal kekeringan serta dehidrasi pada kulit sepanjang hari. Ia memberi hasil kemasan airbrush tanpa memberi kilauan dan menghasilkan penampilan kulit yang sempurna.
Formulanya yang bebas paraben, sekaligus, meninggalkan kulit anda tampak lebih lembut dan sempurna sepanjang hari. Tiada lagi masalah kulit kering dan iritasi. Untuk liputan yang lebih menyeluruh, gunakannya bersama Milani foundation.
Kemasan matte dengan hasil full coverage
Loose powder dari jenama MAC yang serbaguna ini boleh dipakai sebagai asas solekan mahupun begitu sahaja. Dengan agen perlindungan khusus, ia memberi penjagaan dan daya tahan yang tiada tandingan pada kulit anda sepanjang hari. Dihasilkan dengan tekstur yang lembut, ia mampu mengawal minyak, menyembunyikan tompok kering, kesan capuk serta garis halus.
Sesuai buat kamu yang sedang baru berjinak dengan penggunaan make up kerana ia tidak akan memberi kesan retinol, pengelupasan atau iritasi pada kulit wajah. Hanya sapukan pada T-Zon menggunakan berus lembut, kulit anda akan tampak lebih bermaya.
Loose powder high end terbaik di pasaran
Tanpa paraben, phthalates atau pewangi tiruan serta bersifat 100% bebas alergi, Clinique Blended Face Powder ini telah dihasilkan demi kesesuaian semua jenis kulit. Dirumus dengan campuran mineral, loose powder ini membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan serta merawat kondisi kulit akibat kesan penuaan dari sinaran terik matahari.
Telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, loose powder ini secara efektif memberi penghidratan serta kesempurnaan berpanjangan. Jangan risau, bedak eksklusif dari jenama Clinique ini boleh digunakan bersama atau tanpa foundation, ikut kesesuaian anda.
Ekstrak Peach, menutup kesan jerawat sedia ada
Hanya dengan 1 atau 2 sapuan, Too Faced Peach Perfect Loose Powder ini mampu menutup segala kesan cela sedia ada seperti jerawat dan jeragat serta meninggalkan kulit tampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ia membantu mencerahkan kulit, malah diformulasi dengan ramuan ekstrak buah Peach dan Ficus Carica, meninggalkan kulit anda dengan haruman menyegarkan.
Tambahan pula, formulanya ringan tidak akan menyumbat liang pori, membantu meningkatkan tekstur kulit serta memberi liputan sempurna sehingga 14 jam. Dengan pilihan 3 tona berbeza, anda kini mampu menyembunyikan kesan ketidaksempurnaan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral minggu ini apabila dikatakan ramai dalam kalangan jemaah kita yang mahu menunaikan ibadah haji musim ini terkandas gara-gara masalah visa. Salah seorang adalah selebriti cantik, Neelofa daan keluarga. Namun masalah itu berjaya diatasi dan mereka sekeluarga kini telah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah.
Selain Erra Fazira dan Neelofa, selebriti berhijab yang cantik dan santun orangnya Wany Hasrita juga diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Wany berkata dia mendapat jemputan istimewa untuk menunaikan haji dari Kedutaaan Arab Saudi.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27 tahun berkata dia menerima tawaran berkenaan kurang daripada seminggu dan giat melaukan persiapan terakhir dalam melaksanakan rukun Islam kelima.
Terbaru, status dimuat naik di laman sosial, Wany memberitahu dia dan kawan baiknya Amira Othman berada di aiport untuk bertolak ke Jeddah bagi menunaikan fardhu haji.
Selebriti cantik lagi santun ini juga turut memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlepas pandang atau terguris hati.
Malah dia turut memohon semua pengikutnya mendoakan dirinya selamat pergi dan balik dan segala urusan dipermudahkan sepanjang mengerjakan rukun kelima ini.
Assalamualaikum semua, insyaAllah dlm beberapa jam lg wany @amiraaothman akan bertolak ke Jeddah utk menunaikan fardhu haji.
Wany nk minta maaf semua salah silap wany, ada terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati. Minta maaf banyak2. Doakan wany selamat pergi & balik dan dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah.
Kalau ada sesiapa nk kirim doa, boleh comment dibawah, insyaAllah ada masa wany sampaikan
Rakan selebriti serta pengikut penyanyi yang kini popular dengan single Terlalu Memuja turut memberikan kata-kata positif tentang pemergiannya ke Tanah Suci ini.
kakgirlsebenar Semoga Allah permudahkan dan mmberkati ibadah dan perjalan pergi dan pulang. Amin
Sementara itu, Amira Othmn juga turut muat naik status memberitahu tentang pemergiannya ke Tanah Suci. Bagi Amira, pemergian ke rumah Allah ini dianggap ‘betul-betul’ ajaib dan segalanya telah diatur oleh Allah.
Dia juga turut memohon maaf jika ada salah dan silap serta mahu semua pengikut mendoakan perjalanan pergi dan balik serta mendapat haji mabrur.
Assalamualaikum. Saya & @wanyhasrita insyaAllah akan berangkat menunaikan fardhu Haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami, juga sy memohon maaf jika punya salah & silap. Memg betul betul ajaib cerita kami ke Haji ni tp semua Allah atur. Sy mohon doa utk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendpt Haji yg Mabrur. Mohon doa kamii slmt pergi slmt pulang. InsyaAllah
Hijabista mendoakan agar Wany Hasrita dan Amira Othman dipermudahkan segala urusan melakukan ibadah haji di sana.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.