Dulu nama aktor popular Indonesia, Baim Wong pernah popular di Malaysia, kerana wajahnya sering menghiasi kaca televisyen dan membintangi ruangan sinetron.
Terbaharu, Baim memaklumkan hasratnya pada bulan penuh barakah, Ramadan kali ini dengan berazam untuk berkhatam Al-Quran dan menjaga ibadah solat Tarawih sebaik mungkin.
Kali Terakhir Khatam Al-Quran Pada 2019
Memetik laporan Kompas.com, Baim mendedahkan bahawa, kali terakhir dia dapat menyempurnakan niat untuk berkhatam Al-Quran adalah pada 2019 kira-kira empat tahun yang lalu.
Malah, Baim mengakui kepadatan jadual dan kerjayanya sebagai selebriti dan Youtuber merupakan salah satu faktor dia gagal melunaskan hasrat tersebut sehingga tertunggak saban tahun.
“Memang di bulan Ramadan saya juga masih mengambil pekerjaan termasuk program sahur. Tapi saya mahu menjaga stamina selain mahu lebih mendekatkan diri dengan Allah.
“Salah satunya adalah mahu khatam Al-Quran dan jaga terawih. Alhamdulillah, terawih masih terjaga,” ujarnya ketika ditemui wartawan tempatan.
Menurutnya lagi, hasrat berkhatam Al-Quran yang tertangguh sering membuatkan dirinya menyesali akan perbuatan terlalu melebihkan pekerjaan. Justeru, enggan perkara sama berulang, pada Ramadan kali ini Baim menguatkan tekad agar impianya untuk khatam Al-Quran sebaik tamat Ramadan tercapai.
Ads
“Baca Al-Quran itu selalunya, bila sudah habis Ramadan, baru nak menyesal sebab tak habis buat.
“Saya tak ingat kali terakhir khatam Al-Quran mungkin pada tahun 2018 atau 2019. Selepas itu membaca rasa sangat berat, ada saja alasannya dan kemudian menyesal.
Ads
“Seperti tahun ini sebenarnya saya sudah terlewat membaca Al-Quran. Tapi sebenarnya saya sangat mahu khatam Al-Quran kerana tidak mahu menyesal,” jelas Baim penuh kesungguhan.
Ramai yang berspekulasi sebelum ini bahawa penyanyi Indonesia, Syahrini sudah berhijab dan ia ternyata benar.
Jelas Syahrini, dia akui bahawa sedang fasa untuk berubah.
“Dari awal perkahwinan hingga sekarang, saya sangat ingin berubah. Kerana tidak ada nilai ibadah dengan keadaan dunia hari ini, atau apa yang kita ada di dunia.
“Allah boleh mencabut semua nikmat ini pada bila-bila masa jika kami tidak alim dan disertai dengan aktiviti ibadah,” kata Syahrini dalam video yang dimuat naik ke YouTube Cumicumi baru-baru ini.
Tegasnya, dia mahu mula memperbaiki ibadah ke arah yang lebih baik. Isteri Reino Barack ini juga berharap untuk terus mendapat rahmat Allah.
“Jadi saya sekarang macam ni, saya nak cari akhirat saya. Allah sudah bagi saya nikmat dunia. Tapi kalau saya kejar dunia saya, takut jumlah amalannya sifar,” kata Syahrini.
“Sekarang kita akan kembali kepada kehidupan yang kekal di akhirat. Kalau kita buat macam tu, insya-Allah semua pun setuju. Jadi saya nak kejar akhirat dulu sambil beribadah dengan suami,” sambungnya lagi.
Pelantun lagu Sesuatu itu berkata bahawa penghijrahan sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Namun semuanya berbeza apabila dilakukan dengan Reino Barack.
“Sebab hijrah itu sendiri susah. Kalau bersama suami seperti sekarang ini, suami rajin beribadah. Sama-sama kami belajar dan itu yang saya rasa tidak ada harta yang Allah berikan lebih besar daripada itu,” jelas Syahrini.
Ditanya adakah dia akan terus berhijab, Syahrini segera bersetuju.
Seperti yang kita sedia maklum, pelakon wanita Malaysia berketurunan Cina, yang pernah popular menerusi watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 1990-an kini telah memeluk agama Islam sebaik bergelar isteri kepada pelakon veteran, Sabri Yunus.
Ardini Angeline Tan merupakan nama Islam yang dipilih oleh Sabri sendiri khusus buat isteri tercinta apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu.
Mengulas lanjut tentang bagaimana dia mempelajari Islam sebagai seorang saudara baharu, Angeline mendedahkan bahawa ia bukan perkara yang mudah. Namun, bebrsyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan baik yang sudi berkongsi ilmu agama bersama dirinya.
Jelasnya lagi, dek kerana jadual tuntutan kerja yang mulai padat, dia belum sempat untuk menghadiri mana-mana kursus agama untuk memantapkan iman sebagai seorang mualaf.
“Sebenarnya selama ini, abang Sabri adalah ustaz Angeline. Dia yang bimbing Angeline. Saya belum lagi sempat hadiri kursus agama.
“Tapi saya banyak belajar dari abang, orang sekeliling dan juga ustaz-ustaz lain yang abang kenal dan mereka banyak beri ilmu kepada saya.
“Malah, abang selalu ada masa untuk terangkan kepada saya tentang konteks-konteks dalam Islam. Jadi buat masa ni, saya belajar dengan ustaz Sabri Yunus dulu,” jelasnya sambil senyuman manis terukir di bibir.
Angeline berkata demikian ketika ditemui team NONA pada majlis resepsi perkahwinan yang ketiga, berlansung di Rose Hall, Glo Damansara Mall pada Ahad lalu.
Menurut Angeline, pada awalnya dia tidak berhasrat untuk segera menukar imej sekarang kepada imej wanita muslimah. Namun, setelah memahami konsep menutup aurat dalam Islam, dia mula terbuka hati untuk berhijab.
“Masa saya mula hendak memeluk Islam, saya tidak merancang untuk memakai tudung. Kemudian setelah saya pelajari tentang hijab dan melihat manfaat berhijab dan mengapa dia diwajibkan. Jadi saya tertarik untuk mengenakan hijab.
“Angeline baru memeluk Islam dan masih belajar tentang akhlak, saya percaya netizen-netizen sangat baik dan memahami serta memberi ruang kepada Angeline untuk mendalami Islam.
“Lagi satu Angeline harap, orang jangan campur aduk Angeline Tan dengan watak. Angeline minta sangat memahami Angeline. Kita ada tuntutan kerja yang perlu dilunaskan terlebih dahulu,” jelasnya.
Hijabista mendoakan agar Ardini Angeline Tan dipermudahkan segala urusan untuk mendalami agama Islam, seterusnya kekal istiqamah dalam pemakaian hijhab hingga akhirnya mampu menutup aurat dengan sempurna dan memenuhi keperluan syariah!
Sebuah lagi perkongsian tentang perjalanan menurunkan berat badan yang dapat memberikan inspirasi kepada semua mata yang membaca. Sungguh, penulisan artikel ini bukanlah sebuah bahan untuk mengatakan kurus itu cantik. Tetapi, ia merupakan sebuah bingkisan yang ingin mengajak anda semua berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti.
Siti Syahira Abdul Halim atau lebih selesa dipanggil Syera, 30, tidak kekok menceritakan tentang perjalanannya dalam menurunkan berat badan. Berjaya menghilangkan berat sebanyak 13 kg selama 4 tahun, bukanlah sebuah proses yang mudah. Ia memerlukan semangat yang kental dan prinsip diri yang teguh untuk mencapai berat badan yang diimpikan. Eksklusif bersama Majalah Hijabista, Syera berkongsikan tentang kisah saiz badannya.
Misi saiz M
Pastinya setiap perubahan itu berlaku ada sebabnya. Sama juga dengan Syera yang merupakan seorang cikgu serta instruktor zumba, misi menurunkan berat badannya bermula apabila dia dan saudara-maranya berbual mengenai berat badan mereka.
Menurutnya, pada tahun 2016, ketika itu dia dan saudara-maranya yang lain membincangkan mengenai bentuk badan mereka yang bersaiz besar. Tidak selesa dengan saiz yang dimiliki ketika itu, mereka terus berazam untuk menjayakan ‘Misi Saiz M’. Akhirnya, Syera berjaya menurunkan berat badan sebanyak 13 kg!
Langkah pertama, senaman untuk kurus!
Bertanyakan mengenai senaman yang dilakukan saat mula-mula menurunkan berat badan, senaman zumba serta aerobik menjadi pilihan dirinya. Tidak berkeseorangan, dia ditemani oleh saudara rapatnya menghadiri kelas zumba dan aerobik di Kompleks Paralimpik, Ampang. Pun begitu, oleh kerana saat itu tubuh badannya besar, senaman zumba memberi sedikit masalah kerana pergerakan senaman yang laju. Tidak menjadikan itu sebagai noktah dalam misi mencapai saiz M, dia cuba beralih fokus kepada senaman aerobik selama sebulan. Selepas berjaya menurunkan sedikit berat badan, dia kembali mencuba melakukan senaman zumba sehinggalah dirinya jatuh hati pada senaman itu.
Langkah diatur, pada tahun 2017, dia mengambil sijil untuk menjadi seorang instruktor zumba. Sehingga hari ini, rasa cintanya pada dunia zumba tidak pernah padam dan menjadi salah satu motivasi bagi dirinya untuk kekal sihat, cergas dan aktif! Malah, untuk dirinya mendapat tubuh yang fit, Syera juga turut menyertai sesi ‘personal training’ secara berkumpulan di One More Step Gymnasium, Sri Serdang.
Dari 85 kg turun sehingga 72 kg!
Berbicara mengenai senaman yang dilakukan ketika mula-mula melakukan proses menurunkan berat badan, Syera melakukan senaman zumba sebagai salah sebuah senaman jenis kardio dalam rutin hariannya. Tambahan pula, sebagai instruktor zumba, jadual hariannya tidak pernah henti dengan zumba. Untuk menjadikan rutin senamannya lebih berkualiti, dia juga melakukan ‘weight training’ bersama pelatihnya selama 4 kali seminggu.
Kini, dia meletakkan misi yang baru untuk mencapai berat sebanyak 67 kg!
Memiliki ‘shape’ yang menarik, punca inspirasi diri..
Genggam bara biar sampai menjadi arang. Memulakan sesuatu itu haruslah dilakukan sehingga tamat dan disulami dengan usaha dan semangat yang kental, supaya kejayaan boleh diraih dan membuatkan kita tersenyum di akhir nanti.
Sama seperti Syera, sepanjang proses mencapai misinya, pastinya rasa culas, malas dan kurang bermotivasi hadir dalam diri. Namun, saat dia melihat semula gambar-gambar lama dan mula merasakan dirinya sudah sedikit berisi, menjadi salah satu faktor untuk kekal berdisiplin. Malah, kadang-kala, dia rasa tidak selesa ketika memakai baju. Itu juga salah satu petanda untuk dirinya bersemangat melakukan rutin hariannya yang sihat!
Sempat juga penulis bertanyakan tentang perkara yang membuatkan dia suka apabila berjaya mencapai misinya. Jawapannya;
“Dapat memakai pakaian tanpa risau tentang saiz. Selain itu, saya gembira apabila melihat bentuk badan yang sudah memiliki ‘shape’ yang menarik dan fit! Dari aspek dalaman pula, saya tidak mudah berasa penat seperti dahulu dan boleh melakukan kerja dalam tempoh yang lebih lama.”
“Jangan paksa diri untuk jadi kurus sehingga sakit..”
Menutupi ruang penulisan ini, Syera berpesan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan supaya sentiasa kekal berdisiplin untuk meraih berat badan yang diimpikan.
“Kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan, tidak mengapa jika ada kalanya, anda kurang bermotivasi. Namun, carilah punca inspirasi untuk bangkit kembali dan terus kekal sihat dan fit. Fikirkan untuk jangka masa yang panjang. Sesungguhnya, senaman yang kita lakukan itu untuk memberi kebaikan hingga ke hari tua. Percaya ataupun tidak, saya selalu jadikan anak murid yang menyertai kelas zumba saya sebagai contoh. Ada diantara mereka yang sudahpun mencecah usia 50 tahun dan ada juga yang hampir 60 tahun. Namun, mereka masih kelihatan muda dan bertenaga! Ia juga antara salah satu motivasi saya untuk terus melakukan senaman. Apa yang penting, jangan terlampau memaksa diri untuk jadi kurus sehingga sakit. Ada baiknya anda luangkan masa untuk kaji dan fahami kehendak tubuh badan anda. Percayalah, ia mungkin sakit di permulaan saat ingin berubah, namun manis di hujungnya apabila kita berjaya mencapai apa yang diimpikan. Oleh itu, jangan pernah berputus asa!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.