Semalam, rancangan pencarian bakat komedi baharu iaitu Mencari Sepahtu Yang Hilang telah melabuhkan tirainya dan menyaksikan kumpulan Arteh diangkat sebagai juara.
Pada malam itu juga pelawak terkenal, Shuib dan pelakon jelita, Datin Lisa Surihani telah dijemput sebagai juri undangan.
Menggayakan busana berwarna maroon, penampilan anggun Lisa Surihani mencuri tumpuan dan membuatkan ramai yang terpesona melihatnya.
Terima kasih atas kesudian menjemput saya menjadi salah seorang daripada Juri bagi Mencari Sepahtu Yang Hilang Pentas Akhir. Rendah diri rasanya duduk sebaris @sepahtureunionliveofficial . Tahniah buat Juara , Arteh. Saya agak kalau arwah masih bersama di alam dunya ini, semestinya dia senyum bangga atas rezeki dan pencapaian ini. Tahniah juga Naib Juara, Gahai dan pemenang-pemenang lain atas kerja keras dan keberanian anda semua yang dihormati. 📸 : @reza8179@echolaliapictures
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Lisa dan gayanya yang menawan dan sopan.
Stunning!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan kehebatan setiap aktiviti yang dilakukan pelakon serta pengacara popular Neelofa. Apa sahaja dibuat pastinya menarik perhatian. Dari berfesyen yang pelik, melakukan aktiviti kebajikan ataupun apa gosip mengenainya. Namun itu semua tidak dipedulikan oleh Ratu Trend ini kerana apa yang penting dia puas hati dengan aktiviti dilakukan.
Terbaru usahawan muda ini telah muat turun sebuah video posting di laman sosial instagramnya yang mengumumkan bahawa dia turut serta dalam kempen dilancarkan oleh pereka fesyen Inggeris popular, Stella McCartney, iaitu #ThereSheGrows.
Kempen yang disertainya ini bertujuan untuk menyelamatkan ekosistem Leuser di Indonesia dan peserta diminta untuk mendedikasikan mesej kepada seseorang sebelum meminta orang lain melakukan perkara yang sama.
Justeru, si jelita yang bijak bergaya serta mempunyai 6 juta pengikut di instagram ini telah mendedikasikan penghormatan buat anak saudaranya yang lahir tahun lalu, Jebat Jayden.
Dalam mesejnya itu, Neelofa mahu anak saudaranya itu merasakan sendiri pengalaman kehidupan yang lebih segar dengan kehidupan hijau ketika membesar kelak.
Selain dirinya, selebriti antarabangsa lain juga turut menunjukkan tanda sokongan untuk menyertai inisiatif ini bagi mweujudkan kesedaran di sekitar ekosistem Leuser. Antaranya bintang Hollywood yang turut serta adalah selebriti Gwyneth Paltrow, Drew Barrymore, Jimmy Fallon dan Justin Timberlake.
Hijabista ucapkan syabas atas usaha yang dilakukan oleh Neelofa dan diharapkan hijabi di luar sana turut mencintai alam sekitar serta memastikan kehidupan hijau sentiasa terjaga untuk kesenangan generasi akan datang.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA & LAUDYA CYNTHIA BELLA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tak semua beruntung menempuh jalan hidup yang mudah dan senang. Ada yang melalui liku-liku yang sukar dalam mengecap kejayaan. Seperti Ridzuan Khalid, dia memilih untuk berniaga kuih sewaktu zaman belajar kerana masalah kewangan. Namun, dirinya tidak pernah mengalah. Walaupun sibuk dengan perniagaan, dia tetap berjaya mendapatkan Anugerah Naib Canselor sewaktu dalam pengajian Sarjananya.
KISAH PENJUAL KUIH
Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau dapat baca penghargaan ni. @rozisangdewi Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya.
Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti. Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh. Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat.
Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah! Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Benarlah katanya, rezeki Allah itu sangat luas dan tiada siapa yang mampu menduganya. Sentiasalah bersyukur kepadaNya dan berkongsilah nikmat Tuhan kerana dalam rezeki kita sebenarnya terselit rezeki untuk orang lain juga.
Anugerah terindah bagi setiap wanita yang berumahtangga sudah tentunya bergelar seorang ibu. Sebagaimana perkongsian usahawan Datin Ayu Roslan ini.
Datin Ayu pernah mengharungi enam kali rawatan IVF (persenyawaan in-vitro) demi memiliki zuriat. Pengalaman beberapa kali melalui proses IVF benar-benar menguji emosi dan fizikal Datin Ayu.
Bagai nyawa di hujung tanduk, Datin Ayu tabah menghadapi dugaan yang tak terduga itu.
“Ketika usia perkahwinan mencecah lima tahun, saya dan suami berusaha untuk mendapatkan zuriat. Kami berjumpa doktor dan diberikan ubat hormon. Usaha tak menjadi. Doktor meminta kami terus berdoa.
“Waktu itu memang rasa frust sangat. Kemudian kami berjumpa doktor lain pula. Saya disarankan untuk buat rawatan IUI (persenyawaan dalam rahim). Usaha ini pun gagal.”
Tanpa menunggu lama, Datin Ayu memaklumkan kepada doktor yang beliau mahu terus ke rawatan IVF.
“Ini usaha terakhir saya. First IVF saya tukar doktor. Rawatan IVF ini sebenarnya menggalakkan penghasilan telur. Hasil rawatan itu saya mendapat 29 telur. Tapi yang disenyawakan 21 telur, dan 14 saja di’frozen’kan. 14 telur ni gred A embrio. Ia ditransfer dan Alhamdulillah saya hamil. Happy sangat.
“Namun kegembiraan itu tak lama. Lepas 4 bulan saya turun darah. Saya buat semula rawatan IVF selepas 3 bulan. I prepared my body, buat transfer tapi yang ini hanya bertahan 5 minggu saja.”
Waktu itu Datin Ayu merasa sangat kecewa kerana merasakan proses itu terlalu sukar.
“Emosi pun terganggu sampai masa tu saya rasa macam nak bunuh diri pun ada. Berat badan naik, dunia pun terasa gelap. Saya duduk rumah saja tak jumpa orang. Kemudian, saya pergi homeopati, akupuntur untuk pulih.”
Dalam tempoh empat bulan, Datin Ayu dan suami membuat perancangan baru dan bertemu doktor lain.
“With the same embryo, saya buat lagi dan akhirnya mendapat kembar lelaki dan perempuan. Saya gembira sangat. Sampailah 6 bulan, saya alami pendarahan.
“Seminggu saya di labour room dengan keadaan kaki upside down. Masa tu saya rasa mungkin dah nak mati sebab kontraksi yang sangat kuat. Doktor kata saya kena berada dalam posisi begitu sampai bersalin.
“Bila bersalin, bayi perempuan meninggal dalam perut dan yang lelaki sempat hidup tapi tak lama.”
Masih tidak berputus asa, Datin Ayu meneruskan rawatan baru tetapi kali ini dengan satu embrio sahaja manakala rahimnya dijahit.
“Alhamdulillah kali ini sempat 37 minggu. Bayi dilahirkan secara pembedahan. Kali ke-4 IVF barulah saya dapat merasa menjadi seorang ibu.
“Pertama kali saya dipanggil Mommy. Sukar digambarkan perasaan saya ketika itu. Syukur sangat-sangat!”
KOS RAWATAN
Menurut Datin Ayu, kos rawatan ini bermula dalam lingkungan belasan ribu ringgit. Namun jika seorang wanita itu mempunyai masalah kesihatan contohnya cyst, kosnya mungkin berbeza.
“Tetapi sekarang dah banyak pusat-pusat IVF yang mendapat sokongan kerajaan. Insha-Allah, semoga doa pasangan-pasangan yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat dikabulkan,” doa Datin Ayu.
Kredit Foto: Instagram @allureayu
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.