Sebut je Qu Puteh, pasti anda terbayangkan pengasasnya yang vogue dan mempunyai mulut ramah jika berceloteh. Kebelakangan ini Datuk Seri Vida sekali lagi meraih perhatian netizen dengan penampilan terbaharu yang lebih langsing.
Aura usahawan kosmetik, Vida membuatkan dirinya mempunyai pengaruh dan peminatnya tersendiri. Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Vida teruja apabila melihat usahawan itu sudah berjaya menurunkan berat badan.
Turun Berat Badan Salah, Berisi Lagi Salah
Selain itu, kapsyen Vida menerusi hantaran pada laman Instagram miliknya, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sememangnya sudah berjaya membuang ‘lemak tepu’ di badannya.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulis Vida ringkas.
Kurus Sebab ‘Bariatric Surgery’ Ke?
Meninjau keruangan komen, terdapat komen-komen ‘nakal’ dari netizen yang memoersoalkan adakah pelantun suara lagu Ku Ikhlaskan itu telah menjalani pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan potong usus atau perut.
Ads
“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.
Menolak dakwaan dirinya melakukan pembedahan demi menguruskan berat badan, Vida sempat meninggalkan komen balas secara ringkas terhadap persoalan yang diajujan oleh peminatnya itu.
Namun, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Vida yang kelihatan semakin cantik dan ayu, menyerlahkan kelas Vida yang tersendiri dan tampak lebih elegan.
Penghijrahan dengan memakai hijab bukanlah suatu yang boleh dipaksa. Andai kata hati belum bersedia untuk bertudung, melakukannya seakan ‘melepas batuk di tangga’ walaupun tahu menutup aurat itu wajib. Bagi pelakon Wawa Zainal juga turut mengalami perasan sama apabila dipaksa berhijab oleh suaminya, Aeril Zafrel.
Menurut Wawa, dia berhijab tujuh tahun lalu ketika baru berkahwin. Dia sebenarnya mengakui tidak rela berhijab dan telah dipaksa oleh suaminya. Namun begitu, selebriti berlesung pipit dalam ini teruskan juga berhijab kerana baginya syurga isteri itu dibawah telapak kaki suami.
“Pada mulanya memang kena paksa dengan Aeril untuk berhijab. Saya sebenarnya tak rela untuk memakai tudung lagi ketika itu. Tetapi lama kelamaan kita punya redha itu datang sendiri.
“Ia tidak seperti dipaksa dan rela untuk mengenakan hijab dengan sempurna. Dalam tempoh itu Wawa dan boleh terima (berhijab). Sepanjang tempoh tujuh tahun berhijab memang ada naik turunnya iman kita itu.
“Tetapi apa yang penting kita harus kekal istiqamah dan pastikan juga persekitaran kita juga bergaul dengan orang-orang yang betul.
“Kalau kita bergaul dengan mereka yang sosial, yang boleh menghasut ke arah bukak tudung, lebih baik dijauhkan,” ujar Wawa yang semakin cantik penampilannya sejak berhijab tujuh tahun lalu.
Dalam pada itu, ketika ditanya rahsia menjaga kerukunan rumahtangga setelah hampir tujuh tahun berkahwin, Wawa tidak menafikan hubungan mereka ada pasang surutnya.
“Hubungan kami seperti juga pasangan suami isteri lain. Tidak terkecuali pernah bergaduh manja dan ada kalanya tidak sependapat dalam hubungan. Tetapi itu semua kami anggap seperti asam garam kehidupan berumah tangga.
“Sebagai perempuan jangan terlalu perbesarkan hal remeh temeh. Macam saya dulu, suka besarkan isu walaupun benda itu remeh temeh. Tetapi selepas kenal Aeril, dia jenis seorang yang penyabar dan penyayang. Jadi saya banyak belajar dari ksesilapan.
“Kami dulu kahwin muda, jadi masa awal perkahwinan saya seorang yang suka cari pasal benda-benda remeh. Tapi sebenarnya perkara itu boleh sekat pintu rezeki. Dan bagi mengekalkan hubungan sedia ada ini, kematangan dalam berumahtangga.
“Itu sahaja rahsianya untuk kekal hingga jannah. Bila keluarga okay, tiada pergaduhaan, rezeki senang masuk macam air,” tambahnya memberi nasihat kepada wanita di luar sana supaya tidak perlu cepat melenting dalam sesuatu perkara.
Wawa dan Aeril Zafrel berkahwin pada 2013 dan kini bahagia dikurniakan dua orang cahayamata, Ahmad Fakhruddin Ahtar, 6 tahun, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 tahun sebagai penyeri rumahtangga.
Pasangan sehati sejiwa ini ditemui bersempena kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gambatte Systema di One Utama Petaling Jaya. Aeril dan Wawa dilantik sebgai duta bagi kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi untuk Bantu Menambah Baik Kesihatan Oral Rakyat Malaysia, Kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.
Kempen ini telah dilancarkan oleh Dr. Norliza Mohamed yang bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Badan lesu dan tak bertenaga bukan alasan untuk hijabis menjalankan tugasan seperti biasa. Sering kali bila tiba waktu makan tengahari mula lah perut terasa sebu dan badan sudah tidak bermaya. Namun kita tidak boleh memberikan berpuasa sebagai alasan tidak boleh melakukan kerja harian seperti biasa. Jadi kami kongsikan 7 tip yang berguna di bulan puasa ini.
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!
Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.
Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.Jadi, sebelum menikmati sajian sahur, terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.
Jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.
Di bulan Ramadhan, cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?
Bijian penuh seperti oat, granola bar dan oat porridge umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari di bulan puasa.
Sesuai bagi hijabi yang tidak gemar makanan berat ketika bersahur. Ia mudah disediakan di malam hari dan mudah dihidangkan ketika sahur. Hanya menggunakan bijirin oats dengan buahan-buahan. Resipi ini sangat sesuai sekali diamalkan untuk mereka yang sedang diet di bulan puasa.
Terbaharu bubur oat degera didatangi dengan yang telah dipermudahkan dengan tambahan air panas bagi hijabi yang terlewat bangun sahur dan mudah dibawa ketika perjalanan jauh. Tambahan sirup madu untuk memberi perasa tambahan. Ada juga terdapat dalam pek dengan kepingan jagung.
Untuk kekal bertenaga mengerjakan sembahyang terawih, hijabi disarankan minuman bijiran oat.
Gantikan nasi dengan bijiran oat yang dimasak dengan didihan air masak. Bijiran oat yang mengandungi serat, protein dan beta glukan hidangkan bersama sayuran tambahan. Boleh juga direka menjadi hidangan sup bebola oat dan omelet oat. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.facebook.com/QuarkerMalaysia atau www.quaker.com.my
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terdapat lebih 2,000 jenis cendawan yang boleh dimakan. Cendawan Enoki adalah salah satu jenis tersebut. Ia dimakan di seluruh dunia dan digunakan dalam masakan yang berbeza.
Berikut ialah semua yang anda perlu tahu tentang pemakanan cendawan enoki, faedah kesihatan dan banyak lagi.
Flammulina velutipes atau cendawan enoki ialah sejenis kulat yang boleh dimakan. Dikenali sebagai enokitake, cendawan musim sejuk, batang baldu atau cendawan jarum emas. Cendawan Enoki ditanam di Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Cendawan ini serba boleh dan digunakan dalam pelbagai hidangan. Mereka lazat dan berkhasiat.
Di alam liar, cendawan enoki biasanya tumbuh di atas pokok elm yang mati. Cendawan enoki liar mempunyai penutup berkilat dan kelihatan oren atau coklat kerana terdedah kepada cahaya matahari. Tetapi cendawan enoki yang ditanam di dalam rumah tanpa cahaya matahari kelihatan seperti pucuk putih dengan batang baldu dan topi putih kecil di atas. Ia ditanam di atas substrat atau medium yang mengandungi habuk papan dengan tongkol jagung, dedak padi dan bahan organik lain.
Cendawan Enoki mempunyai rasa gurih atau umami yang lembut dan tekstur rangup. Rasanya sering digambarkan sebagai halus, bersahaja, sedikit manis, dan buah. Cendawan enoki segar rangup dan rangup. Tetapi mereka menjadi lebih kenyal apabila masa memasak meningkat.
Cendawan Enoki menambah aroma dan rasa yang unik dan menyenangkan pada makanan. Ia mengandungi asid amino seperti asid aspartik dan asid glutamat, yang memberikan rasa umami. Asid amino lain, seperti alanin, glisin, treonin, dan serin, memberi cendawan rasa manis.
Perubatan tradisional dan rakyat telah lama mengetahui khasiat dan manfaat kesihatan cendawan enoki. Cendawan Enoki digunakan dalam penyediaan makanan dan perubatan kerana nilai pemakanannya.
Satu hidangan 100 gram cendawan enoki mengandungi:
Cendawan Enoki juga mengandungi tiamin, riboflavin, niasin, asid pantotenik, vitamin B6, folat, kolin, vitamin D, vitamin E, dan vitamin K. Mempunyai natrium rendah dan kolesterol sifar. Ia juga mengandungi asid amino yang diperlukan untuk membina protein dalam badan anda. Asid amino ini juga memberikan cendawan enoki rasa lazat mereka.
Penyelidikan menunjukkan bahawa cendawan enoki mempunyai potensi manfaat kesihatan berikut:
Zarah berbahaya yang dipanggil radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan oksidatif pada sel yang boleh membawa kepada penyakit jangka panjang seperti kanser atau diabetes. Antioksidan membuang radikal bebas dan mencegah kerosakan oksidatif dan keadaan kesihatan kronik. Cendawan Enoki mengandungi vitamin C dan E, mineral selenium dan sebatian seperti polisakarida dan polifenol. Semua nutrien ini mempunyai kesan antioksidan yang memastikan sel anda selamat daripada kerosakan radikal bebas dan melindungi sel anda daripada penyakit dan penuaan.
Bukti menunjukkan bahawa cendawan enoki mengandungi sebatian bioaktif yang membantu melawan kanser. F. velutipes mempunyai sebatian yang dipanggil sesquiterpenes dan norsesquiterpenes yang melambatkan pertumbuhan kanser tekak, hati, payudara, perut, paru-paru dan servik. Ekstrak cendawan Enoki mengandungi fenol seperti asid protocatechuic, p-couric, dan asid ellagic. Ia mempunyai kesan antioksidan yang membantu melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser.
Sistem imun anda melindungi tubuh anda daripada pelbagai jangkitan dan penyakit. Cendawan Enoki mempunyai polisakarida bioaktif, protein FVE, dan protein penyahaktifan ribosom yang boleh mengawal sistem imun. Mempunyai ciri-ciri antikanser, anti-alergi, antibakteria, antivirus dan anti-radang, yang melindungi dan meningkatkan imuniti anda.
Tahap kolesterol jahat yang tinggi boleh menyebabkan masalah jantung seperti aterosklerosis. Aterosklerosis berlaku apabila kolesterol jahat bertindak balas dengan radikal bebas dan teroksida. Ia boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol dalam saluran darah anda. Ini kemudiannya boleh mengakibatkan penyumbatan dalam arteri anda dan menjejaskan peredaran darah dan kesihatan jantung. Cendawan ini menghalang pengoksidaan kolesterol jahat dan pembentukan penyumbatan dalam arteri anda. Cendawan Enoki juga kaya dengan serat, lemak baik. Bahan-bahan ini menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah anda.
Penyakit degeneratif seperti penyakit Alzheimer boleh menjejaskan fungsi otak dan ingatan. Ia berlaku kerana kerosakan oksidatif pada sel-sel otak. Kesan antioksidan fenol dan polisakarida dalam cendawan enoki melindungi sel-sel otak daripada kerosakan dan meningkatkan fungsi otak.
Apabila anda membeli cendawan enoki, pilih kelompok putih, kering dan padat. Pastikan tangkai tidak mempunyai lendir, perubahan warna atau bintik-bintik. Simpannya dalam beg kertas atau plastik di bahagian paling sejuk peti sejuk anda. Ia boleh bertahan dari 7 hingga 10 hari di dalam peti sejuk anda. Untuk menikmati tekstur rangup cendawan ini dan rasa yang lembut, anda boleh memasaknya dengan ringan dan menambahnya ke dalam hidangan kegemaran.
Sebelum anda memasak cendawan enoki, basuh dengan baik di bawah air sejuk untuk menghilangkan kotoran. Potong batangnya sebelum dimasak, kerana ia boleh menjadi lembek.
Chef biasanya menyediakan cendawan enoki dengan memasaknya dalam minyak untuk mengekalkan rasa tanah dan lembut. Untuk mengekalkan teksturnya yang rangup, masak untuk masa yang singkat. Jika anda mahu ia lembut dan kenyal, masak lebih lama. Anda boleh perasakannya dengan minyak bijan, minyak cili, kicap, halia, bawang putih, serai, miso, rumpai laut atau taburan garam. Anda boleh menambahkannya pada salad, sup, kari, rebusan, pasta, risotto, mi atau ramen, tumis atau mangkuk bijirin.
Sesetengah orang mungkin alah kepada cendawan enoki. Jika anda mempunyai alahan cendawan, elakkan makan enoki. Juga, semak label makanan yang dibungkus untuk memastikan ia tidak mengandungi ekstrak cendawan.
Baru-baru ini, cendawan enoki telah dikaitkan dengan wabak listeriosis, jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Listeria monocytogenes. Bakteria ini tumbuh pada cendawan enoki. Makan cendawan enoki mentah boleh menyebabkan listeriosis atau keracunan makanan. Jadi, pastikan anda mencuci dan memasak cendawan enoki dengan betul sebelum memakannya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.