Pelakon serta pengacara popular, Mira Filzah selamat melahirkan putera sulung pada hari ini, 10 Mei 2022 jam 3.40 pagi tadi di sebuah pusat perubatan Kuala Lumpur. Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya sendiri, Wan Emir Astar di laman Instagramnya.
Menurut Wan Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, putera sulung mereka itu memiliki tarikh lahir yang sama seperti ibunya iaitu pada 10 Mei.
Isteri syurgaku Nur AMirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40 pagi.
Ads
“Bergema nyaring tangisannya..”
Tambahnya lagi, Mira dan juga bayi berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.
Perkhabaran gembira itu mendapat perhatian ramai termasuklah dari penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.
Ads
“Alhamdulillah..Tahniah buat keduanya.,” komen Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Antara barisan artis yang turut sama teruja dengan kelahiran putera sulung itu adalah Daphne Iking, Lisa Surihani, Lah Ahmad, Hafiz Hamidun dan Shama Ainaa.
Team Hijabista juga mengucapkan tahniah kepada pasangan romantis ini dan mendoakan agar Mira dan putera sulungnya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. InsyaAllah!
Tahap kolesterol yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, penyakit arteri koronari dan strok. Kolesterol tinggi mempunyai kekurangan simptom yang menyebabkan ia sering digelar sebagai pembunuh senyap. Ujian darah diperlukan untuk mengenal pasti tahap kolesterol tinggi.
Individu biasanya mendapati berat badan yang berlebihan atau lemak badan sebagai penunjuk kolesterol tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda amaran yang mungkin timbul di bahagian lain badan anda, seperti kaki. Penyumbatan arteri di bahagian kaki dikenali sebagai penyakit arteri periferal, atau PAD dan beberapa arteri yang mungkin terjejas mungkin membekalkan darah ke kaki. Oleh itu, dinasihatkan untuk tidak mengabaikan tanda-tanda ini dan berjumpa doktor jika anda mengalaminya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tahap kolesterol yang tinggi boleh membuatkan kaki anda berasa sejuk atau sejuk sepanjang tahun, walaupun pada cuaca panas. Ini mungkin penunjuk bahawa anda mempunyai PAD, walaupun ia tidak semestinya bermakna PAD sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda berasa seperti sebelah kaki atau kaki sejuk, mungkin sudah tiba masanya untuk berbincang dengan doktor anda.
Penurunan aliran darah akibat kolesterol tinggi juga boleh mengubah warna kulit anda. Ini kerana sel-sel tidak mendapat khasiat yang sewajarnya disebabkan oleh penurunan aliran darah yang membawa nutrien dan oksigen. Cuba untuk mengangkat kaki, sebagai contoh, boleh menyebabkan kulit kelihatan pucat, tetapi menggantungnya di atas meja boleh menyebabkan kulit kelihatan ungu atau kebiruan.
Sakit kaki adalah antara simptom PAD yang paling biasa. Apabila arteri kaki anda tersumbat, jumlah darah kaya oksigen yang mencukupi dan diperlukan tidak sampai ke bahagian bawah. Ia boleh membuat kaki berasa berat dan letih. Kebanyakan individu yang mempunyai paras kolesterol tinggi mengadu tentang sakit terbakar di bahagian bawah kaki.
Anda mungkin berasa sakit di mana-mana bahagian kaki, dari betis ke paha atau punggung dan mungkin pada satu atau kedua-dua kaki. Ini berlaku paling kerap daripada mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal seperti berjalan, berjoging dan memanjat tangga. Ketidakselesaan ini biasanya hilang apabila anda berehat dan mungkin dirasai semula apabila anda mula menggerakkan kaki semula.
Kekejangan kaki yang teruk apabila tidur adalah satu lagi gejala biasa tahap kolesterol tinggi yang merosakkan arteri anggota bawah. Keadaan menjadi lebih teruk pada waktu malam semasa tidur. Penghidap PAD mungkin mengalami kekejangan semasa tidur, selalunya di tumit, kaki depan atau jari kaki. Menjuntai kaki dari katil atau duduk boleh menjadi pilihan untuk mendapatkan kelegaan daripadanya, yang membolehkan graviti membantu aliran darah ke kaki.
Ulser kaki adalah kudis yang tidak sembuh atau luka terbuka. Tanpa rawatan, ulser jenis ini boleh terus berulang. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh peredaran yang lemah. Ulser yang tidak sembuh atau sembuh dengan sangat perlahan boleh memberi isyarat bahawa kolesterol tinggi menghalang aliran darah ke kaki anda. Penghidap PDA akan mendapati diri mereka tidak dapat berjalan jauh atau pantas kerana kaki mereka letih dan sakit. Jika mereka dirawat lebih awal, ulser kaki boleh bertambah baik tanpa menyebabkan sebarang komplikasi lanjut.
Pembunuh senyap, kolesterol tinggi harus sentiasa dikawal. Selepas seseorang telah didiagnosis dengan kolesterol tinggi, anda harus membuat perubahan dalam diet dan gaya hidup untuk menurunkan tahap lipoprotein ketumpatan rendah atau kolesterol jahat. Biasanya, tahap lipoprotein ketumpatan rendah hendaklah kurang daripada 70 miligram setiap desiliter.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anugerah Meletop Era 2021 (AME21) yang berlangsung semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan pelbagai gaya fesyen selebriti yang unik, menarik dan menawan.
Antara gaya fesyen yang menjadi bualan ramai dan menarik perhatian netizen ialah busana Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti yang direka khas oleh pereka tersohor Rizman Ruzaini. Busananya yang bertukar dalam masa lima saat itu ketika sedang membuat persembahan membuatkan ramai yang teruja dengan transformasi itu.
Menurut Tok Ti dalam perkongsiannya menerusi akaun Instagram, busana itu sudah lama disiapkan namun oleh kerana AME21 ditangguhkan untuk beberapa bulan, akhirnya semalam merupakan hari yang paling dinanti-nantikan untuk disarungkan. Rekaan dari Rizman Ruzaini itu merupakan sebuah rekaan yang dihasilkan khas untuk mengikut gimik yang sudah dirancang awal.
Anugerah Meletop Era pada awalnya dijadualkan beberapa bulan lalu, apabila ditangguhkan, saya masih menyimpan baju rekaan Rizman Ruzaini kerana baju ini dibuat mengikut gimik yang saya mahu persembahkan.
Tambahnya lagi, biarpun AME21 ditukarkan ke tarikh yang baru, Tok Ti masih mahu mengekalkan konsep persembahan yang diinginkannya iaitu bertukar baju selama lima saat untuk persembahan yang berdurasi hampir lima minit itu.
Saya mahu lagu berdurasi hampir lima minit itu ada impak tersendiri dalam masa lima saat dipersembahkan.
Hantaran yang dimuatnaik itu juga turut mendapat perhatian warganet dengan memberi pujian dan teruja dengan persembahan tersebut. Malah barisan artis juga turut memberi komen positif pada hantaran tersebut.
Anugerah Meletop Era 2021 (AME21) yang berlangsung semalam merupakan edisi yang kelapan bersama dengan tema busana Glam Legend menerusi tagline #YangFreshYangLegend.
Amalan sedekah merupakan sebuah amalan yang disarankan di dalam Islam. Bukan hanya dijanjikan ganjaran pahala, malah ia membentuk diri untuk menjadi insan yang lebih bertanggungawab dan sensitif tentang kesusahan orang lain.
Justeru, dalam usaha untuk menyemai amalan bersedekah dikalangan masyarakat kita, Hijabista bersama dengan Kenanga Investors Berhad membawakan Tazkirah 2U yang dihoskan oleh Hana Ismail.
Berdiskusi topik Sembunyi Dalam Terang, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIMmembuka kalam bicara dengan menerangkan mengenai keikhlasan dalam bersedekah.
Menurutnya, media sosial hari ini diibaratkan sebagai pentas dalam mempersembahkan realiti kehidupan. Sama ada golongan selebriti mahupun orang awam, ramai yang memilih untuk memperlihatkan segala aktiviti yang dilakukan di akaun media sosial mereka, termasuklah dengan amalan bersedekah.
Namun, persoalannya, adakah wujud secebis nilai keikhlasan jika amalan sedekah itu dipertontonkan kepada khalayak umum? Mengapa tidak dilakukan secara sembunyi?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, andai amalan sedekah yang dilakukan itu dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan kebaikan, maka tidak mengapa. Namun, jika niat yang wujud di hati itu bukan atas dasar kerana Allah SWT, maka ia hanyalah amalan yang disia-siakan.
“Jika kita merupakan seorang influencer yang dapat mempengaruhi orang lain untuk membuat kebaikan, maka tiada masalah. Sebagai contoh, kita kongsi kegembiraan seseorang apabila mendapat bantuan derma dengan tujuan untuk merangsang mata yang melihat melakukan sedekah,” ujarnya.
Tambahnya lagi, ia bukan sahaja merujuk kepada satu individu sahaja, malah, mereka yang melihat juga harus disemikan dengan sangka baik supaya dijauhi dari fitnah.
“Bukan hanya kepada mereka yang berkongsi tentang amalan sedekah di media sosial, tetapi kita yang melihat ini juga harus sentiasa bersangka baik. Usah racuni fikiran dengan tanggapan yang negatif,” nasihatnya.
“Hidup 80 tahun, hanya 1/2 hari saja amalan diterima..”
Sukar untuk kita aturkan mengenai apa yang dilakukan oleh setiap hamba Allah SWT. Sukar juga untuk kita tahu tentang keikhlasan hati seseorang. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai umat Islam, kita harus sentiasa berusaha mencari keikhlasan hati suapaya mendapat keberkatan dari-Nya. Andai timbul rasa riak dan takbur, amalan yang dilakukan hanyalah sia-sia.
“Kita ambil contoh yang mudah, di dalam masjid. Ada tabung derma dihadapan kita lalu kita sedekah RM5. Tetapi, kerana malu orang sebelah memandang, kita masukkan lagi RM5. Adakah ia diterima Allah? Jawapannya, hanya RM5 awal tadi yang diterima Allah kerana ikhlas. Boleh jadi, RM10 yang disedekahkan itu tidak diterima oleh Allah SWT. Bukankah ia menjadi amalan yang sia-sia?,” tambah Prof. Madya Dr. Nik Salida.
Apa yang lebih menakutkan apabila saat kita dihimpunkan di akhirat kelak, dan diperhitungkan segala amalan, usah terkejut sekiranya sepanjang usia kita selama 80 tahun, amalan baik yang kita lakukan selama kita hidup, hanya diterima setengah hari saja diterima oleh Allah SWT. Nauzubillah..
“80 tahun hidup, hanya setengah hari saja bermanfaat. Sedangkan orang itu solat 5 waktu, berpuasa, bersedekah, menunaikan umrah dan haji, tetapi amalannya hanya diterima 1/2 hari sahaja.
Rupa-rupanya, hanya 1/2 hari sahaja yang dilakukannya ikhlas, kerana Allah SWT. Amalannya yang lain dilakukan kerana manusia. Sungguh, hidupnya di dunia hanyalah sia-sia. Semoga kita dijauhkan,” ulasnya lanjut.
“Sentiasa berdoa untuk elak murka Allah..”
Benar. Bukan mudah mencapai sebutir zarah sebuah keikhlasan. Namun, andai diri sentiasa dekat dengan-Nya, maka, diri pasti tidak lekang dengan nilai ikhlas saat bersedekah. Bukankah Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, amalan sedekah itu, sebaik-baiknya dilakukan secara senyap dan sembunyi. Ibarat, tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Apatah lagi orang di sebelah. Jika kita tidak mampu untuk elak rasa bangga, riak dan takbur, maka sulamilah diri dengan ilmu-ilmu dari majlis agama, mendengar tazkirah dan berdoalah kepada-Nya.
“Kita sebagai seorang Muslim harus sentiasa mengajar diri untuk mengikhlaskan hati dan lakukan semuanya kerana Allah SWT. Pintalah kepadanya untuk permudahkan urusan dan memohon keberkatan darinya. Percayalah, amalan sedekah itu banyak ganjarannya.
Andai kita permudahkan manusia lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Usap harapkan balasan baik dari manusia, malah mintahlah rahmat kepada Allah kerana Dialah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,” ujarnya menutupi kalam bicara temubual eksklusif bersama Hijabista.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!