Apakah yang akan terjadi sekiranya jenama mewah dan eksklusif, dUCk milik ikon bisnes fesyen terkenal Vivy Yusof bertukar nama kepada Chicken? Pelik bukan?
Menerusi perkongsian dari Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof, dia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram tentang perbualannya bersama dengan putera sulungnya, Daniel Azim Shah atau lebih mesra dengan panggilan Daniel.
Dalam perbualan itu, Daniel bertanyakan kepadanya mengenai logo jenama dUCk yang menghiasi dompetnya itu.
Apa yang menjadi bahan jenaka perbualan mereka berdua ini, apabila anak lelakinya itu menunjukkan wajah yang tidak teruja apabila mendengar penjelasan Vivy tentang logo tersebut.
Ads
Saya menjelaskan kesemuanya tentang sejarah nama dUCk kepadanya, “Ia lebih catchy, lebih ramah dan semua orang boleh menyebutnya.” Daniel kelihatan tidak berminat. “Saya rasa ia bukanlah idea yang menarik.”
Apabila melihat reaksi anaknya itu, Vivy terus bertanyakan tentang kenyataan dari Daniel itu.
Kerana bila orang ramai membuat carian di Google tentang nama dUCk, segala perkara tentang haiwan akan keluar dulu. Bukan jenama anda.
Terkejut dengan jawapan yang dikeluarkan dari seorang budak lelaki berumur 8 tahun, Vivy merasakan bahawa anaknya sudah bijak dalam bidang penjenamaan.
Ads
Oleh kerana itu, Vivy meminta pendapat warganet tentang nama yang sesuai untuk menggantikan dUCk. Ramai yang berkongsi idea untuk menggantikan nama baru sehingga ada yang mencadangkan untuk menukar jenama dUCk kepada Daniel. Lawak betul!
“Atau mungkin tukarkan kepada Daniel,” komen Izzati Adli.
“Maybe Teh Ais,” komen Meissakura.
“Maybeee “Itik Gantung,” komen Anis Kiss.
Ads
Sedikit info, hasil perkahwinan Vivy bersama suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, Sarah Ilham Shah dan Idris Ali Shah.
Kaya dengan serat, beta karotena, antioksidan dan vitamin lain, lobak merah adalah kuasa besar nutrien. Makanan ‘super’ ini mempunyai banyak manfaat untuk kulit, rambut, mata dan kesihatan keseluruhan anda.
Jika anda ingin menyepadukan ramuan padat nutrien ini dalam bentuk ‘Minyak lobak merah’ ke dalam rutin penjagaan kulit harian, maka ini cara yang betul untuk masuk ke dalam rutin kecantikan.
Minyak kulit ini telah menjadi bahan popular dalam banyak krim kulit, pelembap dan losen kulit yang mahal. Minyak berkuasa ini boleh meningkatkan tahap pengeluaran kolagen yang sihat, menghilangkan kedutan dan menjadikan kulit lebih tegang. Jomlihat cara menyediakan resipi dan faedah minyak lobak merah.
Ambil jumlah yang diperlukan minyak diy ini di tapak tangan anda dan urut pada kulit. Anda boleh biarkan minyak semalaman dan basuh pada waktu pagi. Gunakan minyak ini pada tanda regangan anda setiap hari untuk melihat hasil yang diingini.
Minyak kulit yang berkuasa membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dan cela. Jika anda mempunyai tanda regangan, maka minyak ini adalah teman penjagaan kulit anda. Lalu urut setiap hari pada tanda regangan anda dan biarkan semalaman. Sepanjang tempoh anda akan melihat tanda regangan dan selulit anda semakin pudar.
Malah minyak ini membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dengan mengurut minyak dengan kerap pada kawasan garis halus. Ia adalah ubat terbaik untuk menegangkan kulit yang kendur dan membalikkan kulit kering yang mengelupas.
Jika anda inginkan kilauan semula jadi pada wajah, gunakan minyak ini dengan kerap. Elakkan menggunakan minyak ini jika anda mempunyai kulit berjerawat berminyak, pori tersumbat atau jika kulit anda mudah breakout.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Namanya mula melonjak naik bersama single berjudul ‘Elergi Sepi’ yang menjadi fenomena sekitar sebelas tahun lalu pada tahun 2013 membuatkan penyanyi asal kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini akhirnya berjaya menempa nama gah dalam industri hiburan tanah air dan bakat suara yang dimilikinya tidak perlu disangkal lagi.
Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila pada Mac lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini duji dengan begitu hebat apabila disahkan menghidap kanser rahim peringkat awal.
HIJABISTA berkesempatan bertemu mata dan menemubual jelitawan berdarah campuran peranakan Pakistan ini dan bertanyakan perkembangan kesihatan beliau, bersempena Pinktober iaitu bulan kesedaran kanser payudara tahun ini.
“Nina punya treatment yang Nina Jalani daripada bermula pada bulan Mac yang lepas. So dah enam bulan, kita pun dah buat ujian baru dan Alhamdulillah, dapat keputusan yang sangat bagus. Jadi sekarang kita dalam proses pemantauan dan masih ongoing medication untuk untuk seumur hidup Nina.
“Actually dah pernah announce tapi mungkin benda tu tidak ramai yang tahu saya sebenarnya Nina menghidap kanser rahim. Personally, Nina sangat bersyukur, sebab Nina dapat tahu awal.
“Mula-mula tu saya tak berapa nak kisah sangat, yela pada waktu itu kita muda kan. Let we say kita tak peduli pun, yang kita tau cari duit dan kerja. But as I aged, masa umur 28 tahun, Nina masa tu nak ambil anti-aging hormone. Jadi saya buat pemeriksaan kesihatan, setiap enam bulan sekali dan juga papsmear sekurang-kurangnya setahun sekali.
“Walaupun kadang-kadang tu kita terbabas juga, kalau masa tengah baik tu kita check up dua kali setahun. Tapi kita manusia kan, kadang-kadang kita lalai. Tapi syukur alhamdullilah, tahun lepas saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan pada ketika itulah saya dapat tau tahap kesihatan saya tak cantik. Tapi saya tak nak stress dulu,” Ujarnya.
Sekadar info, Azharina berkata demikian ketika ditemui pada majlis inisiatif ‘Moments of CARE’ dimana NIVEA dan Watsons berganding bahu memperkasa misi Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) untuk meningkatkan kesedaran dan penjagaan Kanser Payudara di kalangan wanita di Malaysia.
Tambah Azharina lagi, antara perkara yang menjadi titik perubahan yang merubah hidupnya 360 darjah apabila dia mula mengalami pendarahan yang berlebihan tanpa henti selama tiga bulan.
“Tapi bila masa datang bulan (Period) pendarahan tak berhenti dan terlampau banyak, saya jumpa doktor. Kemudian jadi keadaan jadi makin teruk, energy drop badan kita pun jadi sangat letih, sampai kena ambil Vitamin.
“Saya ambil masa bersemuka dan berjumpa dengan doktor pakar. Saya buat proper test dan saya di diagnos dengan betul sebagai penghidap kanser rahim.
“Bila dapat tahu awal kita dapat prevent, especially now with the all medical kan. Banyak sangat alternative way. Jadi saya sangat bersyukur, saya dapat tahu awal dan bukan ketika dah teruk sangat.
“Semua orang tau karakter Nina sangat bubbly, sangat suka bercakap kan? Tapi bila dapat tau Nina ada kanser, Nina tiada kata-kata, Nina senyap. Nina cuma diam dan Nina diam agak lama, dalam tiga hingga empat hari, Nina diam dan tak beritahu sesiapa.
“I Didn’t Tell my Bestfriend.My PA Ani, 23 tahun dengan saya, pun saya tak cerita even manager saya pun saya tak cakap, I didn’t said a word about the real thing I just say on the surface. Only my doctor and me knows. Selepas the proper diagnose,The only person I tell is Ani.
“Tapi sehingga hari ini, saya tidak ada sebarang perbincangan (conversation) dengan keluarga saya, atau anak saya pun saya tak cerita. Anak-anak saya mungkin mereka sangat bertuah, kerana persekitaran sekolah mereka tiada yang bertanya.
“Jadi untuk hari ni saya tampil sebagai salah seorang cancer survivor, kita support untuk Nivea dan juga Watsons untuk spread the awareness tentang kanser payudara. Because I believe and I know deep in my soul, all the cancer patient deserved all the support and loved from their surrondings aand loves one!”, Ujarnya.
Lebih menarik lagi, kempen ‘Moments of CARE’ ini mencerminkan komitmen NIVEA dalam menyokong kesedaran dan penjagaan kanser payudara. Memandangkan kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita Malaysia, yang melibatkan 1 dalam 19 orang, usaha ini memainkan peranan penting dalam menggalakkan pengesanan awal dan penjagaan diri.
HIJABISTA mendoakan agar Azharina kekal tabah mengharungi detik sukar ini dan dikurniakan kesembuahan yang tiada kesakitan selepasnya dalm perjuang melawan penyakit kanser hingga trbebas sepenuhnya suatu hari nanti.
Jika mahu menjadi seorang usahawan berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan. Bukan satu bisnes diceburi tetapi perlu ada dua tiga cabang perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan. Seperti pemilik Bella Ammara yang sebelum ini terkenal mengusahakan produk pakaian di awal kemunculannya hingga mampu mencetus fenomena. Setelah berjaya dalam bisnes yang dilakukan bersama suami tersayang, pemilik nama Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh ini kini mengorak langkah memasarkan pula produk penjagaan diri ‘baby’. Ketika ditemui di MIHAS baru-baru ini, Bella berkongsi rahsia kejayaan dan berkongsi tip bagaimana mahu menjadi usahawan muda yang berjaya dan membina empayar sendiri.
Menurut Bella seseorang itu perlu sentiasa fokus dengan apa yang mahu dilakukannya. Paling penting jangan cepat putus asa dan banyakkan bersabar jika berdepan dugaan.
“Bagi yang baru nak berjinak-jinak buat bisses ini, sikap paling penting adalah jangan mudah give up kerana setiap perniagaan itu memang ada pasang surutnya.
“Tidak semua perniagaan yang kita bina itu semuanya akan naik sahaja. Ada masanya kita akan rasa diri down, tetapi jangan ambil masa lama. Terus kena pulih semangat balik kerana perniagaan yang kita bina adalah dari titik peluh sendiri,” ujarnya ketika ditemui di pelancaran produk rangkaian penjagaan baby jenama Bella Boo.
Menurutnya juga, dia dan suami bukan sahaja mengusahakan bisnes pakaian tetapi juga kosmetik. baginya tidak salah untuk mencuba pelbagai cabang bisnes asalkan bijak mengatur perjalanannya.
“Tak kisah kalau kita nak ceburi pelbagai bidang binses. Tetapi perlu bijak untuk mengagihkan masa dalam setiap cabang bisnes yang diusahakan.
“Lagi satu jangan sesekali bersikap ego dan perlu belajar dari kesilapan. Jika bisnes yang dibuat tidak berapa menjadi, cuba belajar dan perbaiki apa kesilapan yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya buat masa ini dia akan lebih fokus kepada jenama baru ini dan produk Bella Ammara diusahakan bermula 2015 pula akan dipantau secara berkala.
Ini kerana ada team yang memang sudah mahir untuk mengendalikannya. Sejak penubuhannya Bella Ammara kini sudah mempunyai tujuh cawangan butik di seluruh negara.
Permintaan di butik sentiasa ada, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan nanti dan Bella Ammara sedang gigih mengeluarkan koleksi terbaru mereka.
Wanita hebat yang kini sarat mengandung anak keduanya ini dilihat begitu berseri-seri. Walaupun hamil tetapi berat badannya tetap ‘maintain’ seperti sebelumnya.
Menurut Bella dia sebenarnya tidak minum air manis dan juga banyak ambil air kosong. Selain itu dia beruntung kerana dari kalangan genetik bertubuh kecil daripada arwah ibunya sendiri.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.