Sejak akhir Februari yang lalu, penyanyi Azharina Azhar atau mesra dipanggil Nina telah mengambil keputusan untuk tampil dengan imej baru iaitu berhijab.
Ujar Nina, dia merasakan sudah sampai waktunya untuk dirinya berubah ke arah yang lebih baik selepas dimasukkan ke wad dan keluar wad pada Februari yang lalu.
“Kalau saya berkongsi sebab apa penghijrahan ini, nanti orang fikir apa pula. Cukup untuk saya katakan, ketika ditimpa sakit baru-baru ada perkara lain berlaku dalam diri. Ia cukup menginsafkan hingga menyedarkan saya betapa besarnya nikmat Allah SWT.
Nina yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-34 pada 11 Mac yang lalu juga tidak mengharapkan apa-apa lagi melainkan ketenangan jiwa.
“Pada usia ini, saya sudah memiliki segalanya. Apa yang penting sekarang, saya inginkan lebih ketenangan dari segi rohani.
Harta dunia seperti tas tangan, kasut dan lain-lain itu sudah banyak dan saya bersyukur. Cuma sekarang, saya mahu terus berdoa ditetapkan hati supaya istiqamah dengan penghijrahan ini,” kata pelantun lagu Elegi Sepi ini.
Menurutnya, keputusan dibuat itu bukan atas desakan atau pengaruh mana-mana pihak, sebaliknya ia untuk kebaikan diri sendiri.
“Niat untuk bertudung sudah lama. Tapi saya takut sebelum ini. Apatah lagi saya banyak menyanyi pada acara korporat. Jadi, saya tangguhkan niat ini dulu.
“Sekarang, saya memakai tudung datangnya daripada diri sendiri dan kerana Allah SWT. Bukan sebab apa atau siapa. Ia juga untuk kebaikan dua anak saya,” katanya kepada Harian Metro.
Tidak mudah untuk seseorang itu menempa kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama di peringkat antarabangsa. Begitu juga kisah penyanyi Yuna yang pernah melalui jalan berliku sebelum berjaya seperti hari ini. Antaranya dia pernah disuruh buka tudung dan hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja.
Perkara ini diluahkan penyanyi yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat. Yuna di laman sosial instastorynya dengan memberi penghargaaan kepada pengurus peribadi Wawa yang banyak berkorban demi karier nyanyian beliau.
Bukan itu sahaja kesusahan dialami,mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri.
Kini segala kepayahan lalu berbaloi kerana nama Yuna kini semakin di kenali di kalangan penyanyi popular.
Wawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa karier Yuna hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Penyanyi yang baru bergelar isteri orang awal tahun ini memulakan karier sebagai penyanyi 10 tahun lalu.
Status yang dimuat turun ini juga turut membuatkan peminatnya terharu ddan kisahnya itu memberi inspirasi kepada mereka. Rata-rata begitu tersentuh dengan kisah kejayaan penyanyi ini mendaki puncak jaya.
Seperti yang kita maklum, Yuna memang sudah bertudung ketika mula-mula menyertai industri hiburan di tanah air. Penyanyi ini juga mempunyai ijazah dalam bidang Undang-undang dari UiTM.
Sebagai pelakon dan pengacara terkenal Alif Satar sering di kelilingi dengan selebriti wanita berhijab yang cantik serta hebat cara lilitan tudungnya. Namun begitu, Alif tidak meletakkan standard jenama dan atau gaya hijab untuk isterinya.
Umum mengetahui bahawa Alif pernah digandingkan dengan Neelofa dalam satu drama bersiri siaran Astro tetapi tidak bermakna isterinya wajib menyarungkan Nealofa Hijab, meskipun isterinya peminat tegar jenama itu.
Begitu juga untuk drama terbaru baru-baru ini Pengantin Musim Salju yang menggandingkannya dengan pelakon cantik manis Siti Nordiana.
Berkongsi pengalaman isteri tersayang yang baru mengenakan hijab dalam 3 tahun kebelakangan ini, Alif punya cara tersendiri untuk menyokong niat murni isterinya untuk berhijab.
Pada awal sebelum isteri tersayang Shadila Halid memakai hijab, Alif tidak pernah meminta dan memaksa dirinya bertudung walaupun umum tahu ialah adalah wajib bagi seorang wanita Islam.
“Isteri adalah salah seorang wanita berkarier sebelum menimang cahaya mata, dan suatu pagi apabila Shadila Halid ingin meminta izin untuk keluar bekerja, Alif tersedar pada hari tersebut dia telah menyarung hijab,” ujar Alif yang teruja kali pertama melihat isteri menyarungkan hijab.
Apabila ditanya apakah punca dan sebab isteri tercinta mula terbuka hati mengenakan hijab, lantas jawapannya juga boleh meruntunkan hati Alif. Dia bersyukur kerana niat isterinya bukan kerana dia tetapi adalah kerana Allah S.W.T.
“Bagi isterinya kehidupan dia sudah cukup sempurna mempunyai suami yang cukup supportive dan dikurniakan cahaya mata. Jadi apa lagi yang dia mahu dan tuntut dalam kehidupan selain melaksanakan suruhan-Nya. Alhamdulilah keikhlasan isteri saya membuat diri ini rasa begitu sempurna memilikinya.
Apabila selebriti lain turut berkongsi perihal hidup di laman media sosial, menjadi tarikan umum dan jenama terkenal untuk mempromosi produk mahupun perkhimatan mereka, tidak terkecuali juga dirinya.
Alif antara selebriti yang suka berkongsi lifestyle dia dan keluarga di laman instagram tetapi apa yang dikongsi ada batasan dan masih mengekalkan ruang privasi untuk keluarga.
Dalam satu majlis Alif Satar yang juga merupakan Duta Alicafe hadir di majlis ‘Peraduan Senang Jer Menang’ dan memang sangat mudah untuk menang.
Selama setahun penglibatannya dalam jenama ini, Alif turut bertanggungjawab mempromosi jenama lain seperti berus gigi Darlie dan terbaru Primavalet. Ada juga jenama yang telah melamar Alif dan keluarga tetapi belum masa untuk belum mahu berkongsi dengan umum.
Tentu sekali mempunyai syarat di mana produk yang mahu melibatkan keluarga Alif, produk itu sendiri perlu ada kesesuaian dan relevan dengan menjaga sensitiviti Alif dan keluarga. Malah dia bukan sahaja semborono menerima apa jua tawaran.
“Sebagai family man, Alif kena bijak dalam membuat keputusan mahupun membahagikan masa antara keluarga dan karier. Ya benar Alif seorang yang kuat bekerja tapi tidak bermakna Alif tiada masa langsung dengan keluarga.”
Memandangkan Alif rapat dengan kedua-dua puterinya, Alisha 3 dan Ariana 1 tahun 7 bulan, Alif perlu bijak menguruskan masa supaya dia tidak lepaskan peluang momen membesarkan anak-anak. Mengimpikan anak yang ramai tetapi buat masa ini tumpuan hanya pada mereka berdua.
Memulakan karier seawal usia 16 tahun, Alif mempunyai perancangan untuk masa hadapan walaupun ia tiada kena mengena dengan kariernya. Perancangan 10 tahun akan datang pasti telah disusun dari sekarang tetapi perkembangannya biarlah Alif kongsi peringkat demi peringkat. Insya-Allah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman meluahkan rasa syukur apabila dua puterinya yang tersayang iaitu pelakon Oktovia Manrose dan Aprena Manrose kini sudah tampil dengan imej berhijab sepenuhnya.
Jelas Iwan, dia sering menasihati kedua-dua anak perempuannya itu namun tidak pernah memaksa mereka dalam soal mengenakan tudung.
Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini berterusan kamu kena berubah. Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia beritahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah, bagus.
Tambah Iwan, dia hanya menasihati mereka namun yang mengubah dan menggerakkan hati mereka untuk berhijrah hanyalah kuasa Allah S.W.T.
Iwan juga berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak-anaknya meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Ujarnya, dia akan terus mendoakan agar anak-anaknya itu terus kekal istiqamah dalam penghijrahan mereka.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.