Pemilik nama lengkap Vanessa Ziandry Putri A atau Mommy Deve berhadapan dengan pelbagai tentangan dan cabaran ketika memutuskan untuk bergelar mualaf. Salah seorang ‘penentang’ ialah ibunya sendiri.
Keputusan wanita berusia 30 tahun ini untuk memeluk Islam bukanlah tanpa sebab.
Memetik perkongsian di portal Vivo.co.id, bapanya menjadi asbab utama dia memeluk Islam apabila bapanya kembali kepada ajaran Islam setelah berpisah dengan ibunya akibat rusuhan di Lombok sekitar tahun 2000.
Bukan itu sahaja, Mommy Deve juga semakin yakin kerana banyak persoalannya terjawab menerusi al-Quran.
“Apabila berlaku kekecohan di Lombok, ibu dan ayah berpisah. Kemudian ayah kembali menjadi seorang Islam.
“Sebelum ini ayah telah bertukar kepada agama ibu. Dan saya ingin belajar bagaimana Islam itu,” kata Mommy Deve.
Keazaman Mommy Deve untuk memeluk Islam semakin kuat selepas berpindah ke Surabaya dan bertemu dengan Sigit Pradigta, lelaki yang kini bergelar suaminya.
Ads
Mereka bertemu di sebuah majlis Ramadan. Suaminya mendedahkan, keputusan Mommy Deve untuk memeluk Islam bukanlah mudah.
Mommy Deve tidak pernah berputus asa untuk memeluk Islam. Selepas melafazkan syahadah, dia memutuskan untuk berhijab serta mendalami ilmu keislaman yang sebenar.
“Saya masuk Islam pada 2011. Bagi saya, tidak semua orang boleh mendapat pahala (hidayah) itu. Macam kertas putih, kebaikan itu tetap dikira sejak lahir sehingga kita masuk Islam.
“Peluang ini hanya datang sekali dan saya sedar akan kewajipan seorang Muslimah. Jadi selepas syahadah saya segera berhijab dan mendalami Islam,” kata Mommy Deve.
Ads
Kini Mommy Deve berasa lebih tenang dan menemui jawapan kepada persoalannya. Dia berharap penghijrahannya ini diterima oleh keluarga besarnya.
“Semoga dikuatkan iman, tunjuk ajar ini kekal, diberikan kesihatan sekeluarga, dan hubungan dengan keluarga bertambah baik,” katanya.
Ads
Menyentuh tentang permulaan kerjayanya sebagai pempengaruh, minatnya dalam bidang penciptaan kandungan digital bermula daripada hobinya yang gemar melancong dan staycation.
Ceria dan positif, itulah perkataan yang boleh menggambarkan wanita kental bernama Azimah Jamaludin yang berusia 42 tahun. Walaupun diserang penyakit barah payu dara, dia tidak pernah menyalahkan takdir malah menjadi lebih bersyukur dengan hidupnya.
Menurut Azimah, dia mula melakukan pemeriksaan pada Julai 2016 selepas mendapati adanya ketulan di buah dada bahagian kiri.
“Selepas disahkan menghidap kanser payu dara, saya terus memulakan rawatan pada bulan September. Saya mulakan pemeriksaan dan rawatan di peringkat awal kerana ada dalam sejarah keluarga yang juga menghidap kanser,” jelasnya.
Ketika ditanya bagaimana dia menghadapi saat disahkan menghidap barah payu dara, dia sama sekali tidak merungut malah menjadikan dirinya seorang yang lebih menghargai kehidupan.
“Saya bersyukur sebab ianya membuatkan saya lebih menghargai nikmat sihat, keluarga, rakan dan orang sekeliling. Barulah saya sedar akan semua nikmat itu,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Azimah juga bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang sangat positif yang membuatkan dirinya lebih tenang. Dia juga mencari kumpulan sokongan dan menyibukkan dirinya dengan hal kerja.
Kanser mengajarnya menjadi lebih tenang.
“Saya juga rasa sangat seronok lepas terlibat dengan Breast Cancer Foundation sebab banyak sangat aktiviti yang dilakukan, dapat jumpa kawan dan macam-macam lagi,” tambahnya yang berasal dari Kuala Selangor ini.
Selain itu, dia juga bersyukur kerana kanser ini telah mengajarnya menjadi seorang yang lebih positif, tahu bagaimana untuk menghargai sesuatu dan menangani stress.
“Nasihat saya, jika sesiapa yang menghidap penyakit sama seperti saya, segeralah dapatkan rawatan awal. Jangan bersendirian. Cari kawan atau mana-mana pihak yang sepatutnya. Jangan risau, setiap masalah itu ada solusinya.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramadan memang bulan penuh keberkatan. Malah ada juga yang tidak terlepas menerima hidayah di bulan penuh mulia. Salah seorang adalah isteri kepada penyanyi popular, Ahmad Dhani, Mulan Jameela yang berniat untuk berhijrah dan mahu kekal berhijab ditunaikan tiga hari sebelum hadirnya Ramadan.
Menurut Mulan, dia bertekad untuk terus kekal berhijab biarpun selepas Ramadan nanti. Walaupun ada yang medakwa perubahan dilakukan hanya ketika bulan puasa, namun Mulan menyangkal dakwaan ini.
Menurutnya selepas ini dia akan melihat dan menyusun kembali banyak baju-bajunya yang ketat dan tidak perlu dipakai lagi. Daripada tidak dipakai, Mulan mengambil kesempatan untuk melelong baju berkenaan.
Ternyata netizen turut teruja dengan penghijrahan dilakukan Mulan. Rata-rata memberi reaksi positif dan mendoakan agar penyanyi yang popular dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi ini terus istiqomah.
@defi9136 Alhamdulilah… semoga ibu mulan slalu istiqomah dn berhijab karna d bln ramdhan ajah dn jgn sampai musiman. Lalu d buka kembali.
@zahira.amaliaputri Ya ALLAH doa terbaik buat teteh semogga ttp istiqomah untuk menjadi yg lebih baik, ttp semangat berhijrah teteh
@silda_artileri Smoga istiqomah teh…..km udh selangkah lbh baik dr yg blm berhijab.
Sekitar tahun 90-an, pelakon ini cukup popular dengan bakat lakonan yang semula jadi dan mantap. Namun setelah mendirikan rumah tangga Sharifah Norazleenda seakan menyepi dari dunia seni. Malah beliau banyak tumpukan perhatian pada keluarga. Ternyata banyak perubahan berlaku padanya dan salah satu adalah penampilan beliau yang dilihat sudah berhijab. Selain muat turun foto dirinya berhijab, beliau yang selesa dipanggil Lyn juga turut menyebarkan dakwah kecilnya melalui medium sosial, Instagram. Dan salah satu perkongsiannya adalah mengenai penghijrahan dilakukan.
Dalam posting terbaru itu Lyn muat turun sekeping gambar beserta kapsyen luahan isi hatinya yang baru menyedari segala ujian ditempuhi selama ini adalah kerana Allah menyayangi dirinya.
Tambahnya lagi, beliau memilih untuk mendiamkan diri selama ini adalah untuk mencari dirinya sebagai hamba Allah, mendalami apa itu taqwa dan belajar apa erti kasih sayang sebenar walaupun tiada ikatan perkahwinan.
Sebelum itu dalam satu tembual bersama majalah NONA, Lyn yang terkenal dengan jolokan nama ‘Julia Robert Malaysia’ hanya kerana wajah seiras pelakon antarabangsa itu mengakui penghijrahannya bermula dari dalam jiwa.
“Ia bermula dari dalam jiwa. Saya mula kurang bersosial serta mula memikirka tentang kehidupan. Selain itu saya juga banyak menghadiri majlis-majlis agama. Kebetulan anak pula cenderung kea rah agama. Mungkin itu satu petunjuk buat diri saya untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik.
“Selain menghadiri majlis agama, saya turut membuat inisiatif sendiri pergi ke Indonesia untuk menggali ilmu agama dengan lebih mendalam. Saya tinggalkan seketika anak-anak yang masih kecil ketika itu demi mengejar ilmu akhirat.
“Sejujurnya ilmu agama saya masih cetek. Maka sebab itulah saya mengambil tindakan sedemikian. Jiwa sentiasa tidak tenteram selagi tidak ‘mencarinya’. Di sana saya banyak bertemu dan bergaul dengan mereka yang pandai ilmu agama.
“Alhamdulillah hasil usaha tersebut saya menjadi siapa diri saya sekarang. Pun begitu saya masih Lyn Alkhaired yang dahulu, masih rapat dengan rakan-rakan lama dan baru. Cuma mungkin ada batas-batasnya mana yang boleh dan tidak. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah SWT telah membuka pintu hati saya lebih awal untuk berubah ke arah kebaikan.
“Ketenangan jiwa adalah nikmat paling mahal buat saya. Kini saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan, diri sendiri serta keluarga. Anak-anak juga sering mendoakan saya agar terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Semua ini petunjuk daripada Allah SWT untuk saya berhijrah.
“Bertahun-tahun saya rasa lost dan tercari-cari. Jiwa saya bergolak dan akhirnya apabila bertudung jiwa saya merasa sangat tenang.
“Dan itulah sebenarnya apa yang saya tercari-cari selama ini. Biarpun perubahan ini tidak terlalu drastik dan semoga saya terus istiqomah,” ujarnya yang menambah setiap kesilapan dilakukan itu adalah ‘guru’nya.
Ibu kepada lima orang anak ini juga turut menjadikan Ustazah Sharifah Khasif sebagai sumber inspirasi.
Hanis Zalikha berkongsi rahsia mengekalkan bentuk badan langsing dengan pemakanan sederhana, senaman dan fokus terhadap kekuatan otot serta kecergasan.