Setelah setahun berumahtangga, Mat Dan dan pasangannya kini telah selamat menimang cahaya mata sulung awal Mei lalu. Mat Dan mengumumkan status terkininya itu dalam laman sosialnya. Kalau sebelum ini hanya gambar jari sahaja dimuat turut, tetapi hari ini Mat Dan memuat turut foto penuh bayi lelakinya hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Nadifa Adnan.
Sebaik dimuat turut tiga jam lalu, netizen turut memuji kecomelan bayi Pan Asian ini. Ramai yang kata, jika mengikut bentuk hidung dan tinggi seperti ayahnya, Mat Dan.
Sebelum itu dalam status terdahulu Mat Dan memberitahu kelahiran anak sulungnya ini dan berkata keduanya berada dalam keadaan sihat. Malah dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak sulungnya ini.
Bayi lelaki yang lahir pada 5 Mei lalu di sebuah hospital swasta tetapi dia hanya memberitahu kepada umum tiga hari lalu.
Rata-rata netizen termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi ini daan mendoakan anak kecil ini menjadi anak dan hamba Allah yang soleh.
@ibnati86 Tahniah matdan & difa.. Semoga jd anak yg soleh.. Berjaya dunia akhirat.. Penyejuk hati & mata ibu ayah..
Ads
@rose.jamilahTahniah mat dan isteri Difa….semoga menjadi anaknyang soleh..aamiin
@yin_youngliving Alhamdulillah & tahniah @mat_dan1 dan isteri. Moga berlimpah rezeki dan keberkatan buat kalian sekeluarga
Sebaik memberitahu kelahiran bayinya itu, ramai yang memberi komen tidak sabar untuk melihat wajah penuh bayi lelaki berbangsa ini. Maklumlah bayi ini adalah hasil perkahwinan campur dan pastinya comel.
Sebelum ini Mat Dan yang sudah hampir 9 tahun menetap dan menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua telah mendapat status penduduk tetap (PR) Februari lalu.
Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler berasal dari United Kingdom yang telah lama menetap di Terengganu hingga berjaya menguasi bahasa tempatan dengan lancar dan kefasihannya itu menarik perhatian ramai.
Pasangan ini juga yang sudah setahun berumah tangga dan dilihat sebagai pasangan yang cukup romantik dan bahagia.
Sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang lalu ketika sarat mengandung anak mereka, Mat Dan turut mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat isterinya itu yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang.
Malah sepanjang setahun usia perkahwinan mereka juga Mat Dan berkata mereka berdua telah saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dia turut mengharapkan perhubungan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.
Sudah berapa banyak duit anda laburkan untuk kecantikan kulit anda? Pastinya telah menelan belanja yang besar. Produk yang ada di pasaran juga bukannya murah.
Bukan mudah menjadi seorang wanita ini. Daripada hujung rambut sampailah ke hujung kaki, semuanya harus dijaga. Di antara penjagaan yang paling dititik beratkan adalah penjagaan kulit muka. Kalau kulit muka breakout, mesti anda rasa kurang cantik dan hilang keyakinan diri. Betul tak?
Untuk mendapatkan kulit cantik secara semula jadi, anda mestilah sentiasa melakukan rutin asas seperti melindungi kulit daripada cahaya matahari, membersih serta melembap kulit anda. Para hijabi tentunya sudah biasa melakukan perkara ini setiap hari kan? Tetapi tahukah anda selain menggunakan ‘skincare’, ada beberapa perkara yang boleh membantu merawat kulit anda dari dalam? Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diamalkan:
“Diri anda adalah apa yang anda makan”. Oleh itu, anda perlu menjaga dan cakna dengan jenis makanan yang bagus untuk kulit dan tidak bagus. Umummengetahuibahawamakananbergorengmempunyaikandunganlemakyangtinggi. Menurut perkongsian daripada Dewi Magazine, makanan segera dan bergoreng boleh menyebabkan keradangan pada kulit. Pengambilan nutrisi yang seimbang, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin E merupakan antioksidan semulajadi yang baik untuk kulit. Berikut merupakan contoh makanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi:
Kolagen bertindak untuk melambatkan penuaan dengan mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda. Siapa sahaja yang taknak kelihatan muda kan? Pasti anda tersipu malu apabila orang lain menegur anda mempunyai ‘baby face‘.
Untuk pengetahuan anda, penghasilan kolagen dalam badan kita akan berkurangan dek usia, oleh itu anda perlu mengambil suplemen kolagen untuk mengekalkan kulit anjal dan kelihatan lebih muda. Menurut mstar, pengambilankolagensecara teratur danberpanjanganbukansahajabolehmenjadikankulitlebihcantik,malahmenjadikannyalebih menawan dankurangsensitif.
Perkara paling penting yang membantu merawat kulit dari dalam adalah menjalani gaya hidup sihat. Didik diri anda untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya sekali sehari. Bukan sahaja senaman penting untuk kesihatan, malahan juga kecantikan.
Senaman memberikan banyak manfaat di antaranya boleh meningkatkan metabolisme badan anda dan menghalang lemak daripada terkumpul dalam badan. Bersenam juga meningkatkan peredaran darah, menjadikan kulit anda lebih sihat dan segar. Jadiwalaupunandaberpeluh,kulitandakekalsegarselepasbersenam.
Persatuan Jantung Amerika (AHA) menyarankan orang dewasa untuk bersenam 150 minit seminggu atau 30 minit sehari. Kalau anda rasa terlalu ‘malas’ dan ‘berat’ untuk melakukan senaman, anda boleh memilih cara lain seperti zumba, senam robik ataupun menari. Dengan cara ini, anda tidak lah terasa begitu penat kerana anda ‘menikmati’ aktiviti mengeluarkan peluh tersebut.
Selama ini mesti anda rasa pengambilan gula hanya memberi kesan kepada kesihatan kan? Namun sebenarnya, pengambilan gula juga tidak bagus untuk kulit muka anda. Menurut Dr. Nicholas Perricone dari Total Dermatology, paras gula yang tinggi boleh menyebabkan keradangan dalam badan termasuk kulit. Keradangan pada kulit muka boleh merosakkan kolagen dan elastin yang mengekalkan kecantikan semula jadi kulit anda seterusnya menyebabkan penuaan. Oleh itu, penting untuk anda mengelakkan pengambilan gula berlebihan untuk merawat kecantikan semulajadi kulit dari dalam.
Menurut laman My Health Kementerian Kesihatan Malaysia, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan. Di antaranya ialah:
Pasti anda pernah melalui saat di mana tidak cukup rehat dan tidur disebabkan beban kerja yang banyak. Kurang tidur sebenarnya meningkatkan tahap ‘kortisol’ iaitu hormon yang dihasilkan apabila anda stress. Tekanan akibat kurang tidur boleh menjejaskan peredaran darah seterusya menjadikan kulit anda kelihatan pucat dan tua.
Tidur yang cukup adalah salah satu cara untuk menjaga kecantikan kulit anda dari dalam. Walaubagaimanapun,denganmengambilkirakeperluandanaktivitiyangberbezasetiaporang,jumlahrehat yang diperlukanjuga adalah berbeza-beza. Tambahan itu, kulit kita menghasilkan kolagen baru semasa kita tidur. Sebahagian besar kolagen dalam kulit menjadi tegang dan mampu menghilangkan kedutan.
Tidur yang cukup juga menjadikan kulit glowing atau berseri kerana proses peredaran darah yang mencukupi telah sampai ke kulit kita apabila kita tidur. Jumlah darah yang mencukupi tersebut telah mengembalikan ke’serian’ pada kulit muka.
Tidak guna hanya menjaga kecantikan daripada luaran sahaja. Anda juga perlu rajin mengamalkan penjagaan kulit dari dalaman ini. Barulah cantik luar dan dalam!
Umum sedia maklum bahawa pelakon popular, Elfira Loy telah selamat bernikah dengan cinta hatinya iaitu Faris Khairol Anuar pada pagi semalam. Perkahwinan mereka mendapat tumpuan ramai sekaligus menjadi trending di laman sosial.
Ternyata ada kisah menarik di sebalik kisah percintaan mereka. Menerusi instastory penyampai radio terkenal iaitu Hani Fadzil, dia telah berkongsi cerita yang sebenarnya Elfira telah menjadi gadis idaman Faris sejak 5 tahun yang lalu.
“Faris pernah berkata sewaktu berada dalam kelas yang gadis idamannya ialah Elfira Loy. Itu adalah 5 tahun yang lalu. Dan hari ini dia telah berkahwin dengan gadis idamannya. Jodoh adalah satu perkara yang sangat indah!”
Sememangnya jodoh dan pertemuan itu semuanya rahsia Allah. Hijabista doakan agar pasangan ini kekal bahagia selamanya. InsyaAllah. Buat hijabi yang belum bertemu jodoh, jangan risau! Tuhan sedang menyediakan yang terbaik untukmu. Tunggu masa yang sesuai sahaja because the right person will come at the right time. 🙂
Tiba masa yang sesuai untuk membiasakan diri dengan peraturan mudah yang perlu diikuti untuk mencapai kulit yang sihat dan kelihatan bercahaya. Pakar dermatologi dan doktor estetik, untuk kursus penyegaran tentang peraturan kulit kembJikali ke cara tradisi yang patut diikuti sekarang.
Tiba masa yang tepat untuk menilai semula kulit anda. DNA dalam sel kulit boleh rosak akibat pendedahan matahari yang berpanjangan, pencemaran, dan kurang tidur. Periksa kulit anda, kenal pasti sebarang perubahan (seperti dehidrasi, kesesakan atau pigmentasi) dan fokus pada mencari punca masalah, sama ada luaran atau dalaman, atau berjumpa profesional yang boleh melakukannya untuk anda. Setelah anda mengetahui puncanya, gunakan produk pembetulan, seperti vitamin C atau pengelupasan untuk membaiki, menyembuhkan dan menguatkan kulit.
Pelihara penghalang kulit anda, melalui cuaca yang berubah, kulit lebih cenderung kering dan dehidrasi. Peralihan berterusan dari sejuk ke hangat dan sebaliknya, yang banyak berlaku pada cuaca sejuk, bermakna halangan kulit semakin lemah. Dalam senario terburuk, keadaan seperti rosacea mungkin menyala, manakala dalam kes terbaik, kulit mungkin lebih kering, sedikit menggelupas atau sedikit lebih sensitif. Sekarang adalah masa yang baik untuk memberi tumpuan kepada kesihatan penghalang fikirkan tentang memasukkan pelembap yang kaya dengan seramida ke dalam rutin anda. Untuk kulit yang lebih kering, ini boleh digandingkan dengan asid lemak untuk menghasilkan formulasi yang lebih kaya, manakala kulit yang lebih berminyak harus berpegang pada krim yang ringan dan bukan komedogenik.
“Jangan bungkus SPF anda! Pelindung matahari spektrum luas melindungi daripada sinaran UVA dan UVB, dan pada musim sejuk sinaran UVA yang bertanggungjawab untuk pembentukan garisan dan kedutan, boleh menembusi awan serta kaca. Oleh itu, anda perlu memakainya sepanjang masa untuk melindungi kulit anda pada masa hadapan. Ingat bahawa SPF dalam pelembap dan solekan anda tidak mencukupi untuk memberikan perlindungan yang mencukupi. Anda memerlukan SPF khusus dan harus menggunakannya sebagai langkah terakhir dalam rejim penjagaan kulit pagi anda, selepas pelembap.
Alihkan tumpuan anda untuk membaiki kerosakan akibat matahari cuaca panas. Walaupun penggunaan SPF yang baik, bagi kebanyakan orang, selalunya terdapat kebangkitan semula pigmentasi yang tidak dapat dielakkan. Gunakan serum vitamin C yang turut mengandungi hidrokuinon. Produk gred perubatan ini menyediakan kepekatan tinggi kedua-dua ramuan dan membolehkan ia bekerja secara sinergi untuk memulakan proses pembalikan pigmentasi.
Menurut pakar, apabila anda mencuci muka, sebaiknya gunakan air suam kerana ia akan mengaktifkan pembersih anda untuk menanggalkan pengumpulan produk, kotoran dan kotoran pada kulit dengan betul, di samping melindungi minyak semulajadi kulit. Mencuci dengan air yang terlalu panas boleh merengsakan kulit, menjadikannya sensitif, ketat dan kering, dan ia juga boleh menjejaskan penghalang kulit. Walaupun terdapat faedah menggunakan air sejuk pada kulit, termasuk mengurangkan bengkak, pembersihan dengan air sejuk harus dielakkan. Ia tidak membersihkan kulit dengan berkesan seperti air pada suhu yang lebih panas.
Jangan lupa untuk melindungi bibir anda. Ia juga memerlukan penjagaan kulit yang optimum, terutamanya pada cuaca sejuk dan panas, apabila kehilangan air transepidermal lebih tinggi akibat perubahan kelembapan dan angin. Ini boleh menyebabkan bibir kering dan merekah jika tidak dirawat. Gunakan balsem bibir berasaskan squalene, untuk menghidrat dan melindungi dan juga pastikan anda menggunakan SPF pada bibir juga.
Perubahan cuaca adalah masa yang sesuai untuk menyesuaikan rutin harian anda dan memperkenalkan tabiat baharu untuk menjaga kesihatan kulit. Makanan tambahan adalah sebahagian daripada kepercayaan yang lebih luas bahawa kecantikan dan kesihatan keseluruhan perlu ditangani dari dalam dan luar.
Lembapkan, lembapkan, lembapkan! Muka, tangan, badan dan kaki, terutamanya selepas mandi apabila kulit sedikit lembap, ia akan membantu mengunci air masuk. Udara sejuk, kering dan pemanasan pusat pada musim sejuk meningkatkan kehilangan air, bermakna kulit boleh mula berasa kering dan gatal. Pakar syorkan menggunakan pelembap berbilang tugas yang berfungsi untuk menarik kelembapan, melembutkan dan mencegah kehilangan air. Ramuan seperti ceramide membantu membaiki penghalang kulit manakala humektan, seperti asid hyaluronik dan gliserin, menarik air ke dalam kulit. Mentega shea adalah satu-satunya minyak tumbuhan yang dicadangkan oleh pakar kerana ia adalah kerengsaan yang rendah dan sangat baik untuk mengurangkan kekeringan, ditambah pula dengan squalane adalah tambahan yang bagus untuk sebarang formula. Terdapat begitu banyak rumusan hebat yang sesuai dengan setiap bajet,cuma pastikan bahan-bahan utama tersebut ada di sana.
Ramai lakukan pembersihan dan sukar untuk mendapatkan penjagaan kulit yang betul. Berpegang pada pembersih lembut yang tidak berbuih yang berfungsi, kemudian bergantung pada serum anda untuk menyampaikan bahan aktif dengan cara yang lebih tepat. Pembersih ideal yang mengandungi pembersih pH mesra kulit sekitar 4-5, yang tidak akan menyumbat liang-liang. Gunakan air micellar untuk pembersihan semasa dalam perjalanan dan menanggalkan solekan mata.
Patuhi nasihat pakar ! Sekarang adalah masa yang baik untuk mula memperkenalkan semula pengelupasan kimia lembut, seperti laktik, mandelik, kojic, gluconolactone, dan asid laktobionik, ke dalam rutin anda. Asid ini secara tradisinya boleh menjadikan kulit anda lebih sensitif kepada matahari, jadi menggunakannya pada masa ini kurang berkemungkinan menyebabkan masalah, seperti sensitiviti matahari. Ia juga sangat baik untuk menanggalkan lapisan atas, sel kulit mati dan menyasarkan pigmentasi, jeragat, atau warna kulit tidak sekata, yang berlaku akibat pendedahan matahari.
Retinol adalah ramuan yang sempurna untuk dimasukkan ke dalam rutin penjagaan kulit anda pada cuaca panas dan sejuk. Retinol membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, mengurangkan pigmentasi, dan memperbaiki warna kulit. Ia berfungsi untuk mempercepatkan pengelupasan kulit dengan lembut dan mengurangkan tanda-tanda kerosakan matahari yang berkekalan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.