Kehilangan sebelah kaki tidak mematahkan dirinya untuk tidak melakukan suatu aktiviti yang digemari. Walaupun kecacatan itu memberi kesan kepada emosinya tetapi Muhamed Nazmi Muhamed Hanafi, 24 tahun tidak pernah berputus asa atau rendah diri selepas kehilangan kaki kiri hingga paras betis hingga menyebabkan pergerakannya terbatas. Kemalangan lima tahun lalu masih terbayang di fikiran ketika menunggang motosikal di kajang lima tahun lalu.

Dia yang meminati aktiviti lasak sejak berusia 12 tahun lagi dan baru-baru ini berjaya menakluk menakluk Gunung Annapura di Nepal, walaupun dengan menggunakan kaki palsu. Nazmi mula memakai kaki palsu sejak terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Cacat tidak jadi penghalang untuk mendaki – sumber foto: Malaysia Gazette.

Dia yang bekerja sebagai Operator Pusat Panggilan dan anak kedua dari tujuh beradik ini memberitahu bukan mudah untuk mencari semula kekuatan apabila pergerakannya tiba-tiba terbatas.

“Bukan mudah untuk saya mencari kekuatan meneruskan kehidupan selepas terbabit dalam kemalangan ini. Saya melihat kembali kenangan lama ketika melakukan pendakian bersama rakan.

“Perasaan gembira serta seronok sebaik tiba di puncak gunung dan saya cuba melihat kegembiraan orang lain yang turut mempunyai perasaan sama, tatkala berjaya menempuh cabaran untuk berada di tempat dituju.

“Dari situ, saya mendapatkan kekuatan untuk bangkit dan syukur alhamdulillah, saya berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan diri yang sekarang,” katanya menceritakan pengalaman ketika berjaya menakluk Annapura Base Camp (ABC). Baginya kecacatan kaki kiri tidak menjadi penghalang untuk melakukan aktiviti yang disukainya.

IKLAN

“Saya menggunakan kaki palsu untuk memudahkan bergerak namun tidak seperti dulu kerana pergerakan terbatas memandangkan tidak boleh berlari seperti orang lain,” katanya bercerita.

Kepuasan jelas terbayang.

Pendakian hari pertama cukup mencabar mental dan fizikal kerana mendaki ribuan tangga yang mencanak hampir menewaskan semangat tinggi Nazmi.

Sempat dia melunjurkan kaki di atas tangga bagi menghilangkan kesakitan tersebut. Namun Nazmi membuktikan semangat luar biasa apabila mampu sampai di ABC antara 10 peserta terawal di kalangan 30 peserta yang terlibat.

IKLAN

“Untuk pendakian kali ini, saya mengakui pergerakan agak terbatas, namun Alhamdulilah saya berjaya melakukan yang terbaik dan sampai ke ABC.

“Kita tidak akan tahu tahap kebolehan diri sendiri sekiranya enggan mencuba. Apatah lagi, untuk sampai ke ABC, keadaan cuaca yang berubah-ubah cukup menguji kesabaran saya dan peserta lain,” katanya.

Nazmi dipilih mengikut misi pendakian ke Kem Induk Annapura bersama pendakit lain. Misi yang digelar Road to Annapura Base Camp (R2ABC) itu menyaksikan 29 pendaki dari Pertubuhan Nadi Sihat menawan gunung ke 10 tertinggi di dunia.

IKLAN
Gunung Annapura berjaya ditawan.

Berbekalkan keazaman dan kecekalan yang tinggi, Nazmi berjaya mendaki Annapura hingga ke puncak walaupun menggunakan kaki palsu. Malah menurut laporan Malaysia Gazette, kejayaan Nazmi menawan Annpura mendapat perhatian Malaysia Book of Record dan bakal dinobatkan sebagai OKU pertama menawan Annapira Base Camp.

Menerima sijil penghargaan kerana menawan Annapura Base Camp.

Sehingga sudah 20 puncak gunung yang berjaya ditawannya termasuk dalam Negara seperti Gunung Kinabalu atau Indonesia, Gunung Rinjani.

SUMBER: HARIAN METRO & MALAYSIA GAZETTE

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI