Selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga, pelawak terkenal dan juga ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali sebagai Anne telah mengambil bayi perempuan sebagai anak angkat yang dikatakan sebagai pelengkap bagi mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha bagi menimang cahaya mata. Pasangan ini juga baru menyambut ulang tahun perkahwinan ke lapan, Mei lalu.
Melalui akaun instagramnya @acheykintangkintung, Achey telah memperkenalkan bayi tersebut kepada umum yang dinamakan Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Bayi comel itu telah dilahirkan pada 15 Mei yang lalu. Sebelum itu Achey dan isteri berada di kampung selama sebulan untuk menanti detik kelahiran anak mereka ini.
Walaupun masih kecil, tetapi si Tiara juga sudah ada akaun instagram sendiri. Malah sudah punya pengikut lebih 37,000 pengikut!
Raya tahun ini menjadi penuh bermakna buat Achey dan isteri kerana akan menyambutnya bertiga.
Achey juga berharap agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan menerima baik kehadiran si kecil ini.
Malah dia juga berharap agar Tiara akan dapat menjadi aak yang soleh dan dia dan isteri dikurniakan kesihatan dan kudrat sebaiknya untuk menjaga anak kurniaan Allah ini. Didoakan Achey sekeluarga terus bahagia bersama.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ACHEY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teman Model Rahsiakan Derita Akibat Kanser, Mia Ali Terkilan Hanya Dapat Tatap Jenazah Arwah Saat Akhir
Sukar sebenarnya untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang. Insan yang sebelum ini pernah susah senang bersama. Lebih menyedihkan jika kita jadi orang terakhir tahu mengenai penderitaan yang dialami. Perasaan sama dikongsi oleh model popular, Mia Ali yang kehilangan salah seorang rakan baiknya yang juga seorang model popular di tahun 90-an, Noor Wahyu Zulkifly Chan.
Dalam posting yang ditulis di laman sosial facebook Mia memberitahu dia cukup terkilan apabila menjadi orang terakhir tahu penderitaan dialami rakan baiknya itu. Sedangkan orang lain termasuk suaminya sendiri tahu penyakit dialami arwah.
Setelah berbulan sakit mengalami kanser dan sepanjang tempoh itu memang mereka tidak berjumpa sehinggalah semalam hanya dapat menatap jenazahnya saja semalam.
Walaupun tahu ia adalah kehendak arwah, tetapi ia amat menyakitkan diri. Dia boleh terima jika disisihkan tetapi bila tak dapat bersua muka di saat akhir kehidupan orang yang disayangi tidak kira keluarga atau kawan-kawan memang menyakitkan dan sangat meremukkan hatinya.
Namun begitu Mia turut berterima kasih kepada arwah Noor Wahyu kerana pernah menceriakan hari-harinya sepanjang mereka berkawan. Ternyata Allah lebih sayangkan arwah. Baginya arwah seorang yang sangat baik luar dan dalam.
Ketika dihubungi Mia turut memberitahu sepanjang lebih 10 tahun mereka berkawan arwah seorang yang baik, peramah dan tutur kata dijaga elok.
“Bukan itu sahaja dari segi kerja atau soal disiplin, sikapnya juga sangat menyenangkan. Bagilah apa saja baju atau job atau apa pun dia boleh buat. Arwah juga antara senior model yang lama buat modeling,” ujar Mia ketika dihubungi.
Sebagai seorang sahabat, Mia yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2010 mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beiman.
Al-Fatihah NOOR WAHYU BT ZULKIFLY CHAN.. semoga ditempatkan dikalangan golongan org yg beriman..
terkilan sgt . Allah saja yg tau. . Suami..kwn2 tau. Ya Allah..Tapi..kenapaaa….suami tau mcm mana i syg kwn2 i..wlupun i jauh..y they all buat mcm i ni nothing. setelah berbulan u sakit..kite x jmpe..smlm dpt jumpa jenazah u je.. fair ke utk i?i faham mereka ckp itu kehendak u..tapi it hurts me so so bad disisihkan i blh terima lg..tapi bila xdpt sua muka disaat2 akhir kehidupan org yg i syg x kira family or kwn2.. sgt2 sakit i xblh nak ckp apa..remuk hati i.. im sorry.. terima kasih sbb pernah menceria kan hari2 i..Allah lebih sayangkan u noor wahyu..u seorang yg sgt2 baik luar dan dalam…Semoga damai di sana wahai sahabat..
Al-fatihah
Dalam pada itu sahabat modeling lain juga turut memberi ucapan takzih atas kehilangan Noor Wahyu.
SUMBER: FACEBOOK & INSTAGRAM MIA ALI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah Contoh Hijabi ‘Tegar’, Kuat Semangat Meski Harungi Pelbagai Cabaran
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Sejak kes ini tular di media sosial, ramai yang mula membuka mata melihat ketabahan seorang Puteri Sarah demi membesarkan kedua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran sosok yang dipanggil sebagai suami, ekoran suami yang sedang asyik dibuat cinta bersama wanita lain.
Justeru, enggan terus dibelenggu dan dihimpit duka, Sarah bangkit dan menuntut hak yang selayaknya. Malah, perjalanan hidup serta kisah peribadi sebenar Puteri Sarah dan keluarga yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini telah diterbitkan menerusi satu naskah buku hasil tulisan Emi Anvepa.
Puteri Sarah: Terus Melangkah!
Buku pertama berkisarkan tentang kehidupan seorang ‘Supermom’ Puteri Sarah Liyana ini amat unik dan istimewa kerana penuh dengan singkapan peristiwa, tragedi, momen-momen dan saat jatuh bangun Sarah dari dulu hingga sekarang.
Malah, Hijabista difahamkan bahawa, buat julung kalinya menerusi naskah ini, keluarga Sarah telah ‘membuka mulut’ dan mendedahkan sisi sebenar Sarah, termasuk kehidupan dan perjalanan inspiratif figura hebat ini yang tidak diketahui banyak orang.
“Sarah berharap buku ini menjadi naskhah panduan istimewa buat semua wanita di luar sana. Sebagaimana tajuk buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, Sarah mahu mereka tidak berdiam diri, tidak mengalah, tetapi terus berjuang dan melangkah meneruskan kehidupan seperti Sarah,” ujar Sarah.
Sarah berkata demikian pada perlancaran bukunya itu, yang berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Turut bersama pada pelancaran ini adalah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang dan juga penulis utama buku merangkap pengurus serta kawan rapat Sarah, Emi Anvepa.
Air Mata Penulis Gugur Berkali-Kali Ketika Menulis Naskah Ini!
Ketika diminta mengulas berkenaan naskah istimewa ini, Emi berkata menulis buku ini bagaikan meluahkan isi hati dan melepaskan apa yang terbuku dalam diri sejak mengenali Sarah dan menyaksikan sendiri penat jerih yang di lalui, sepanjang 5 tahun mengenalinya.
“Saya mengenali Puteri Sarah bukan sahaja sebagai pengurusnya, tetapi juga sebagai kawan rapat yang melihat sendiri pengorbanan Puteri Sarah sebagai anak seni. Jadi saya sangat memahami apa yang telah dilalui Puteri Sarah.
“Bila terpaksa imbau kembali saat-saat memori lama ketika menulis buku ni, saya menangis berkali-kali,” kata Emi yang menganggap penulisan buku ini adalah terapi baginya selepas sekian masa menyelami perasaan Puteri Sarah, terutamanya dalam menghadapi masyarakat yang ‘judgemental’.
Justeru, Emi berkata ketika menulis buku ini, dia memberikan jawapan kepada pelbagai soalan dan komen netizen di media sosial yang sebelum ini tidak terjawab. Dalam masa sama, memberi ilmu berhubung ‘Legal Education Advocate’.
Jelasnya lagi, dirinya begitu teruja dapat bekerjasama dalam penghasilan buku ini, kerana yakin buku Puteri Sarah ini dapat membantu memperkasa kaum wanita diluar sana.
Artikel berkaitan: “Kau Memang Setan, Jantan Dayus!,” – Netizen Sokong Puteri Sarah ‘Sekolahkan’ Shukri Yahya
“Dalam video di media sosial saya selalu tekankan wanita perlu berani dan bijak dengan melengkapkan diri dengan ilmu, kerana dengan ilmu inilah kita membina keyakinan dan keberanian dan Puteri Sarah adalah antara contoh terbaik.
“Saya yakin buku ini boleh menjadi rujukan kepada wanita untuk terus berjuang dan menyedari bahawa walau apapun keadaan dan cabaran kita, jangan mengalah, Sselagi kita terus melangkah, kita belum kalah,” ujarnya.
Sekadar info, buku keluaran Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk jualan ‘pre-order’ di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama dan akan promosi akan tamat pada hari ini 31 Mei 2023. Harga asal adalah buku ini bernilai RM49.90.
Artikel berkaitan: Segala Keputusan Sudah Muktamad! Puteri Sarah Yakin Masih Ada Lelaki ‘Lebih Baik’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fasha Sandha Beri Hadiah Buat ‘Rider’ Kerana Tak ‘Cabut’ Selepas Langgar Kereta – “Ada Setengah Dah Langgar Terus Lari!”
Satu video seorang rider bersikap jujur selepas melanggar sebuah Vellfire pada ahad lepas. Hantaran itu telah meraih perhatian orang ramai sehinggakan hari ini.
Pelakon Fasha Sandha juga turut terharu melihat sifat rider itu yang bagus dan bertanggungjawab selepas melanggar kereta itu tanpa sengaja. Ekoran itu, dia mula mencari rider tersebut untuk diberikan hadiah!
Artikel berkaitan: Rider Grab ‘Selar’ Layanan Tak Wajar Terhadap Pelanggan OKU, Alasan Tiada Lif – “Jangan Sibuk Kejar Order Je!”
Rider Lain Patut Ambik Contoh!
Kini pelakon itu telah pun temui rider yang di carinya atas usaha rakan-rakan serta pengikutnya di sosial media. Dia membuat satu hantaran khas buat lelaki tersebut di akaun instagram milkinya disebabkan video yang viral itu.
“Pujian harus diberikan pada 1 adik Grab yang tak lari selepas melanggar, ada sesetengah rider yang langgar lari, langgar side mirror kereta pastu pecut lari risau kena bayar,
“kakak ada hadiah nak bagi awak memandangkan awak baru 19 tahun dan rajin bekerja utk keluarga,
“Adik ni harus dijadikan contoh yang baik buat semua penunggang motorsikal.” tulisnya.
Fasha juga memuji sikap pemilik Vellfire itu kerana sangat tenang dalam menguruskan masalah itu. Bahkan, tidak pula meminta rider tersebut untuk membayar selepas dia berlaku jujur.
“If terlanggar, sila berhenti dan gentle ok? Pujian buat abang kereta besar ni juga diatas kemuliaan hatinya, bagi adik ni pergi tanpa bayaran.” katanya lagi.
Hadiah Untuk Adik Rider Yang Jujur!
Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz, bertemu bersama rider tersebut di sebuah restoran untuk belanjanya makan. Kelihatan lelaki yang bernama Shahril Bin Zakaria, 19, itu sangat gembira dan terharu dengan layanan Fasha dan suami.
Artikel berkaitan: “Ramai Yang Sayangkan Nanad…” – Fasha Sandha Anjurkan Majlis Solat Hajat Khas Buat Nad Zainal
“Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik grab ni,
“Namanya Adik Shahril Bin Zakaria, 19 tahun, tidak active di sosial media sangat katanya. Baik budinya. Terima kasih banglong (abang ipaq saya…) yang tlg menghubungkan kami.” ujarnya lagi.
Hantaran video di pemilik akaun TikTok @onsir11 itu telah meraih sebanyak 3.9 juta view sehingga ke hari ini.
Sumber: Instagram @fashasandha dan Tiktok @onsir11
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI