Suatu ketika dulu fenomena berhijab melanda hijabi kita. Sejak itu sudah ramai yang mula berhijrah dengan penampilan bertudung. Apatah lagi ketika itu kemunculan butik Muslimah yang mereka pelbagai jenis hijab ibarat seperti cendawan tumbuh. Ada sahaja jenama tudung baru yang muncul sekarang ini sama ada tudung instan, bawal ataupun selendang panjang.

A post shared by Radiusite® (@radiusite) on

Namun pernah tak kita terfikir, senang atau susah sebenarnya untuk menghasilkan sehelai tudung? Atau adakah mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda atau tidak peniaga tudung ini kerana ada antara tudung yang dijual hingga ratusan ringgit.

Salah satu jenama yang terawal muncul mewarnai dunia hijab ini adalah butik Radiusite. Sudah beroperasi sejak 0 tahun (sejak 2008) dan ia masih kekal utuh di pasaran sekarang. Foundernya Puan A’tikah Ash’ari, 31 tahun, atau dikenali dengan nama Ika sudi berkongsi 4 cara mudah bagi mereka yang berminat untuk membuat bisnes tudung.

A post shared by Ika Radiusite (@ikaradiusite) on

Radiusite antara butik online pioneer yang membuat jualan tudung dan memang cukup popular di kalangan penggemarnya hingga mencetus fenomena. Setakat ini mempunyai 419 pengikut di laman instagram.

1.Perlu cari kain

Jika dulu agak susah dan terhad untuk mencari kedai kain yang menjual fabrik cantik, tetapi sekarang sudah banyak pilihan. Salah satunya adalah di Jakel. Pilih fabrik material mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet. Misalnya dari fabrik sifon, sutere atau crepe.

A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on

2. Cari Tailor

Sekarang ini tidak susah nak cari tailor kerana segala maklumat ada di hujung cari. Carian mengenai tailor pukal dan ada banyak pilihan yang keluar. Jangan lupa untuk bandingkan harga dan pilih tukang jahit yang menghasilkan jahitan yang baik dan sempurna. Kalau boleh ambil seberapa banyak quotation dan anda boleh pilih perkhidmatan mana paling bagus.

3. Pilih Design

Dalam dunia serba moden ini tidak susah sebenarnya untuk mencari design. Kita boleh lihat contoh yang ada di pasaran, tetapi jangan tiru sepenuhnya. Gunakan sedikit kreativiti untuk mengubah mengikut acuan tersendiri. Terpulang pada cita rasa sama ada mahu mereka tudung jenis panjang, empat segi, instan atau half moon.

4. Cipta Label Tersendiri

Reka label dengan nama yang senang orang untuk mengingat dan kalau boleh cari yang lain daripada yang lain. Kemudian jahit label dan boleh terus di tampal pada tudung. Sudah ada label barulah boleh secara agresif mempromosikan di laman sosial.

Walau bagaimanapun menurut Ika, membuat  tudung memang mudah, tetapi untuk kekal agak sukar kerana persaingan yang ada sekarang.

“Macam Radiusite sendiri, kita perlu ada signature brand kita sendiri. Dan lagi satu perlu ikut trend. Misalnya, sekarang ramai orang menggemari instan, jadi kita kena follow. Cuma anda perlu bijak menginovasi produk itu sendiri mengikut kreativiti sendiri.

A post shared by Radiusite® (@radiusite) on

“Misalnya sekarang tengah popular tudung patch, bunga besar ataupun printed. Semua itu adalah trend dan kita perlu ikut supaya tidak dikata ketinggalan,” jelas Ika sebelum mengakhiri perbualan.

 

Tinggalkan Komen