Biarpun usianya sudah menjangkau angka 49 tahun, Datuk Syafinaz Selamat dilihat masih tampil bertenaga dengan penampilan yang gorgeous, sekali pandang persis anak dara beruasia 20-an sis!
Malah, ketika pada siaran program Gegar Vaganza (GV) di kaca televisyen baru-baru ini, ada netizen yang berseloroh bahawa Syafinaz sebenarnya adalah vampire, kerana beliau sedikitpun tidak dimamah usia.
“Dia ini vampire ke? Macam tak tua je Syafinaz ni” seloroh netizen.
Berikutan ramai yang ingin mengetahui apakah rahsia dan petua yang diamalkan, Syafinaz telah berkongsikan rutin yang dilakukannya untuk mengekalkan penampilan agar sentiasa tampak awet muda.
Jelas Syafinaz, sejak berusia 16 tahun lagi, beliau sememangnya menitikberatkan perihal penjagaan kulit wajah serta penjagaan berat badan, kerana ini merupakan aset utama dirinya.
Ads
“Saya memang menjaga kulit wajah dan badan dengan tekun sejak berumur 16 tahun lagi. Kulit saya sebenarnya sensitif. Jadi saya telah laburkan banyak wang dan masa untuk pastikan kulit sihat untuk orang berusia seperti saya.
Pakai ‘Sheet Mask’ & Minum Dua Gelas Air Setiap Kali Bangun Tidur
“Kalau nak tanya tip, saya suka pakai mask di wajah. Saya ada lebih sepuluh mask tak kisahlah harganya murah atau mahal. Sehari saya akan pakai dalam dua mask. Hydrating sangat penting.
“Selain itu saya amalkan minum air masak dua gelas setiap kali bangun tidur dari dulu sampailah sekarang,” ujar Syafinaz.
Selain rupa paras yang awet muda, penampilan serta gaya yang ditonjolkan Shafinaz juga sering menjadi daya tarikan kepada warga maya.
Ini kerana keberaniannya yang bersahaja menyarung pelbagai busana dalam variasi rona warna, serta penggunaan aksesori yang bersesuian sentiasa membuat Syafinaz tampil segar, classy, modest dan elegan.
Tidak hanya wajahnya yang mendapat pujian, fesyen serta penampilannya juga sering mendapat perhatian warganet.
Syafinaz dilihat berani menyarungkan busana dengan rona yang menyerlah di samping tidak kekok menggayakan aksesori yang berbeza setiap minggu di konsert Gegar Vaganza.
“Zaman ini orang lebih cenderung bermain dengan gaya solekan. Tidak salahnya saya mencuba asalkan ia tidak keterlaluan. Sekadar terlihat moden dan sedikit muda,” tambahnya.
Keletihan, mabuk dan juga sakit-sakit badan adalah perkara biasa buat seorang wanita yang sedang mengandung. Tidak kurang juga yang mengalami ketidakstabilan hormon dan emosi, marah-marah suami dan juga stress.
Namun, tahukah anda wahai bakal ibu sekalian bahawa terdapat 14 kemuliaan yang Allah S.W.T kurniakan kepada anda sepanjang anda hamil dan ianya tiada galang gantinya.
1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah S.W.T.
3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan dia baru dilahirkan.
4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,maka bagi ibu itu setiap seteguk daripada susunya diberi SATU kebajikan.
5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik dari pada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
7. Wanita yang memberi minum air susu (ASLI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah S.W.T seluruh dosanya dan apabila ia menghiburkan hati anaknya Allah memberi balasan 12 tahun pahala ibadah.
9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.
10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah pada malam hari.
11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah S.W.T mengkurniakan satu pahala haji.
12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2.5 tahun), maka para malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah S.W.T akan memberi pahala satu tahun solat dan berpuasa.
Jadi, janganlah kita sering mengeluh dan mendengus ketika mengandung. Banyakkan bersabar dan berdoa kerana kurniaan Allah S.W.T itu tidak ternilai harganya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Majalah Remaja sekali lagi berkolaborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mencungkil personaliti remaja berpotensi menerusi pencarian Dewi Remaja 2019. Masih mengekalkan tema Pesonakan Bintangmu, Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif.
Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh finalis Dewi Remaja terdahulu. Selepas sesi ujibakat yang mengambil tempat pada awal September lalu, 20 orang finalis telahpun disenarai pendek oleh pihak juri dan penganjur.
Bukan mudah untuk memilih daripada hampir 600 peserta yang mencuba nasib. Ia bergantung kepada kriteria utama seperti latar belakang, pengetahuan, cara pembawakan diri, personaliti dan pakej lengkap yang ada pada diri peserta.
Jom sistur kita ‘dekati’ Finalis TOP 20 Dewi Remaja 2019
SYAMIRA IZZATI
22 tahun. Merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) di UiTM Selangor kampus Puncak Alam.
“Minat saya sangat mendalam di dalam bidang pengacaraan. Oleh kerana latar belakang pendidikan dan keluarga saya bukanlah di dalam bidang seni, mungkin agak sedikit sukar untuk saya tonjolkan diri.
“Saya sedar Dewi Remaja ini merupakan satu platform terbaik untuk saya mengetengahkan dan mengasah potensi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Saya juga berharap semoga platfom Dewi Remaja ini membolehkan saya untuk belajar perkara-perkara baru,”ujar Syamira.
Ditanya tentang cita-cita selepas tamat pengajian, akui gadis manis ini jika tidak menyertai Dewi Remaja, dia akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana sejurus menamatkan ijazah dan memohon pekerjaan sebagai seorang pensyarah.
“Minat saya untuk bercakap di hadapan audience dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Seterusnya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi iaitu PhD kerana untuk mendapat gelaran seorang doktor falsafah merupakan impian saya sejak di bangku sekolah lagi.
“Namun jika saya terpilih menyertai Dewi Remaja itu tidak bermakna saya akan melupakan hasrat untuk menyambung pengajian. Pada saya, pelajaran itu amat penting. Kerana dengan adanya ilmu, barulah hidup kita akan dipandu. At the end, knowledge is the one that will help to guide and guard us,”ungkap Syamira.
Tambah Syamira lagi dia tidak terfikir akan terpilih sebagai TOP 20 Dewi Remaja. Bagi Syamira, saingan begitu hebat.
“Ketika saya tengok yang mendapat kad “Tahniah” dari juri rata-ratanya mempunyai latar belakang dan pengalaman seni yang hebat. Di situ jujur saya merasakan peluang saya agak tipis tapi benar Allah Maha Kaya, Dia berikan saya rezeki terpilih sebagai top 20.
“Dari situ saya tahu, ada sesuatu dalam diri saya yang dipandang oleh juri. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk berkenalan dan berdiri sebaris dengan dewi-dewi lain yang juga sama hebat sebagai Top 20,”jelas Syamira.
FARHA NABILA
Berusia 24 tahun. Merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College. Gadis ini ingin mengambil peluang dan menjadikan Dewi Remaja sebagai satu platform untuk menimba pengalaman baru.
“Saya ingin membuktikan kepada mereka-mereka yang memandang rendah pada saya yang saya boleh berjaya. Dan secara tidak langsung, menjadi inspirasi kepada remaja-remaja wanita di luar sana.
“Saya harap dapat asah bakat dalam bidang seni dan juga dapat mempelajari sesuatu yang baru apabila menyertai Dewi Remaja. Walaupun saya seorang graduan diploma pembantu perubatan, namun saya tidak meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut, malahan, saya bekerjase sebagai seorang pramugari,”ujar Farha.
Ujar Farha, macam-macam pengalaman yang telah dilaluinya dalam bidang ini, dipuji, dimarahi penumpang, dan kadang-kadang tidak tidur tiga hari. Kenangan manis pun banyak, dapat bercuti ke pelbagai jenis lokasi dan negara.
“Tapi yang paling tak dapat dilupakan ialah apabila saya mempunyai ‘layover’ di Lahore, dan cuaca di sana sangat sejuk. Saya tidak bawa baju sejuk untuk berjalan di sana namun ‘set crew’ ingin ke Kashmir sedangkan kawasan itu sudah dilitupi salji tebal.
“Saya pakai baju sampai lima lapis. Perjalanan dari Lahore ke Kashmir mengambil masa 8 jam dengan kereta. Namun kami tidak dapat ke tempat tinggal kami di Kashmir kerana jalan dilitupi salji tebal dan kereta tidak dapat melalui jalan tersebut. Kami terpaksa berjalan kaki menaiki kaki bukit.
“Sebaik kami sampai, tempat tinggal kami tiada elektrik, maksudnya tiada heater. Kami tidur di atas katil, berhimpit bayangkan enam orang perempuan kerana inginkan haba. Kami juga buat teh dan merebus air menggunakan unggun api. Tapi, kami tetap enjoy. Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa,”cerita Farha.
Jika ditakdirkan menjuarai Dewi Remaja 2019, gadis ini mengakui bahawa dia akan menjadikan peluang ini untuk memperbaiki diri di samping mencari peluang baru dalam bidang seni. Gadis ini juga berazam untuk ingin menjadi ikon yang positif kepada anak muda selain bercita-cita untuk membantu golongan yang memerlukan jika ada rezeki yang lebih,”akhiri Farha.
AINA SHUADA FAIZAL
Berusia 22 tahun. Baru menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan pengurusan hartanah. Menyertai Dewi Remaja atas dorongan ibunya.
“Ibu percaya dengan keyakinan dalam diri saya dalam bidang ini. Sebenarnya dulu lepas SPM saya nak sertai Dewi Remaja tetapi ibu tidak memberi sokongan. Namun kini ibu yang menyokong saya untuk menyertai Dewi Remaja,”ujar Aina.
Akui Aina ketika sesi uji bakat, stage yang agak mencabar bagi dirinya ialah ketika dia perlu melakonkan watak bisu selain perlu menjawab tentang isu semasa. Katanya dia perlu menjawab dengan tenang dan matang. Keyakinan diri perlu tinggi.
“Saya bercita-cita untuk bekerja sebagai eksekutif valuer di syarikat penilaian hartanah. In Sha Allah, jika saya menjadi juara Dewi Remaja 2019, saya harap saya akan jadi sumber inspirasi remaja-remaja di luar sana tentang kehidupan sewaktu belajar serta menggapai kerjaya dalam bidang yang kita impikan.
“Dalam masa yang sama juga, saya ingin menaik taraf wanita berhijab. Saya ingin buktikan wanita berhijab tidak mustahil untuk mara ke depan memakai mahkota Dewi Remaja,”akhiri Aina.
SYAZA AZRA
Berusia 19 tahun. Masih menuntut di bawah fakulti sains pentadbiran dan pengajian polisi. Bakal menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang guaman.
“Jujur saya tidak pernah terfikir untuk sertau Dewi Remaja sebelum ini sebab belum ada keyakinan. Tapi tahun ini saya mencabar diri untuk mencuba nasib sebab sebelum ini saya ada visi untuk menceburkan diri dalam industri hiburan. Jadi saya gunakan peluang ini untuk mencapai sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang, In Sha Allah.
“Bagi saya apabila saya sudah terlibat dengan industri ini, kita akan dapat lebih banyak peluang untuk cuba benda baru dan juga peluang untuk upgrade diri dalam mencapai cita-cita,”jelas Azra.
Gadis ini juga menanam harapan untuk memecah rekod sebagi hijabi pertama memenangi Dewi Remaja dan mengubah stigma masyarakat tentang Dewi Remaja.
“Saya selalu baca komen-komen negatif netizen yang mengatakan Dewi Remaja ini hanyalah untuk mencari mereka yang mempunyai rupa, seksi, tiada latar belakang pendidikan yang tinggi dan sebagainya. Saya memang bercita-cita tinggi untuk melakukan perubahan terhadap pandangan mereka melalui diri saya.
“Selain itu, harapan saya ialah melalui Dewi Remaja, saya dapat menempa nama dalam industri hiburan dan meluaskan lagi langkah dan pengalaman dan membina bisnes yang akan mendapat nama dan perhatian di mata dunia di samping menaikkan nama negara di persada antarabangsa, In Sha Allah. And also my aim is to be a powerful woman one day,”jelas gadis yang bercita-cita untuk menjadi peguam selain menjadi seorang entrepreneur yang berjaya.
Tatkala ditanya jika dia terpilih sebagai juara Dewi Remaja 2019, ini jawapannya.
“Sekiranya ada rezeki saya terpilih dan menjuarai Dewi Remaja 2019, saya akan buktikan yang angan-angan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita capai. Orang yang berjaya adalah orang yang bermula dengan angan-angan. And at the same time sudah tentu saya dikira sebagai seorang influencer.
“Oleh itu, saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang influencer dengan betul dan menggalakkan orang ramai dengan perkara-perkara yang berfaedah. Saya juga berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan dan juga pengacaraan. Tentang hadiah kemenangan pula, saya berazam untuk membawa ibu bapa saya berjalan-jalan dengan wang kemenangan yang dimenangi,” akhiri Azra.
SHAHIRAH SAZALI
Berusia 21 tahun, gadis ini merupakan Alumni Sekolah Sukan Bukit Jalil dan juga bekas atlet lompat tinggi Sukan Malaysia (SUKMA). Istimewanya tentang gadis ini ialah dia merupakan pemandu Grab sepenuh masa.
“Saya mula menjadi pemandu Grab pada April tahun ini. Saya mendapat sokongan penuh daripada ayah saya untuk menjadi pemandu Grab. Tujuan utama saya menjadi pemandu Grab sepenuh masa ialah demi untuk mencari pendapatan dan pengalaman. Saya berasal daripada keluarga yang sederhana jadi saya perlu berusaha untuk membantu meringankan beban keluarga sayam”ujar Shahirah yang merupakan anak tunggal.
Menurut Shahirah kecederaan yang dialaminya ketika menyertai SUKMA 2018 di Perak telah membantut keinginannya untuk menyambung pengajian. Ketika itu Shahirah menyertai acara lompat tinggi.
KUMPUL DANA SAMBUNG PENGAJIAN
Tambah Shahirah lagi memang dia masih menanam azam untuk menyambung pengajian tetapi dia ada sasaran yang tertentu. Lagi pun untuk menyambung pengajian memerlukan perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai kos pengajian.
“Ayah tidak mahu saya membuat sebarang pinjaman kerana tidak mahu saya berhutang. Oleh itu saya memerlukan masa untuk mengumpul wang bagi mencukupkan dana pengajian saya nanti,”ungkap Shahirah yang sudah tujuh bulan bergelar seorang pemandu grab.
Tatkala ditanya tidakkah dia malu bergelar seorang pemandu Grab, ini jawapan padu Shahirah.
“Saya tak pernah rasa malu bawa Grab. Buat apa nak malu. Saya cari rezeki yang halal dan saya sendiri selesa bawa Grab. Namun dalam masa yang sama juga saya turut menjengah peluang-peluang lain. Namun saya percaya Allah sudah sediakan rezeki bagi setiap orang.
“Dari segi keselamatan pula, saya yakin Allah sentiasa ada dengan saya. Apa-apa kerja pun semuanya ada risiko yang tersendiri. Saya beranikan diri untuk menjadi pemandu Grab sepenuh masa pun sebab nak cari rezeki dan nak mudahkann urusan ibu bapa saya,”ungkap Shahirah.
BERTUAH DAPAT PELANGGAN YANG BAIK
Ujar Shahirah lagi sepanjang tujuh bulan bergelar seorang pemandu Grab dia sangat bersyukur kerana semua pelanggannya baik-baik belaka. Ada yang bagi duit lebih kerana berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.
“Ada juga pelanggan yang mahukan saya jadi pemandu peribadi Grab mereka. Paling penting apabila kita jadi pemandu Grab, kita anggap mereka sebagai ahli keluarga. Dengan cara itu urusan kita jadi lebih mudah,” jelas Shahirah.
Antara sebab mengapa Shahirah menyertai pencarian Dewi Remaja 2019 kerana gadis ini begitu kagum dengan personaliti bekas Dewi Remaja, Scha Al-Yahya.
“Saya mahu buktikan yang gadis pemandu Grab seperti saya juga mampu untuk ke depan. Sesiapa sahaja memasuki apa-apa pertandingan pasti ingin menang begitu juga dengan saya.
“Setakat ini saya lihat belum ada lagi juara Dewi Remaja yang berhijab. Jika saya menang Dewi Remaja 2019 ini, saya ingin gunakan wang hasil kemenangan untuk membawa ibu bapa saya menunaikan umrah,” akhiri Shahirah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kini ramai selebriti melangkah ke dunia fesyen. Salah seorang daripadanya ialah Fathimah Alatas yang sukses sebagai pereka fesyen Muslimah. Sekian lama bergelar pereka fesyen, Fathimah Alatas turut mengasaskan jenama fesyen miliknya iaitu Fatima Collection (FATco).
Kelebihan dan keberadaan Fathimah Alatas mengambil masa yang agak lama untuk diiktiraf dalam industri fesyen Indonesia.
Sehinggalah akhirnya Fathimah Alatas mendapat tempat di pelbagai acara fesyen besar tanah air termasuk di Muslim Fashion Festival 2024 (MUFFEST).
Fathimah Alatas memperagakan rekaannya dengan gaun bertemakan ‘Keanggunan Klasik Dalam Keharmonian Semula Jadi’.
Akuinya, dia ingin memaparkan sisi kuat dan yakin seorang wanita.
Kerana ingin menonjol kekuatan dan keyakinan seorang wanita, untuk pertunjukan fesyen ini dia mempersembahkan koleksi yang lebih menyerlahkan keanggunan seorang wanita berjiwa kental.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana pertunjukan fesyen FATco di MUFFEST 2024 berjalan lancar,” tutur Fathimah Alatas di Istora Senayan Jakarta baru-baru ini.
Memfokuskan kepada elemen keanggunan, Fathimah Alatas merasakan sentuhan gaya klasik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang makna keanggunan.
Selain itu, untuk warna diilhamkan daripada bunga mawar dan warna semula jadi yang lain.
Festival yang dianjurkan oleh Indonesia Fashion Chamber itu dibayangkan sebagai forum karya pereka tempatan demi menjadikan Indonesia sebagai pusat fesyen dunia.
Fathimah Alatas merupakan salah seorang pereka tempatan yang tampil habis-habisan di festival itu.
“Saya membuat persediaan rapi untuk mempersembahkan lapan koleksi terbaik untuk muncul di pentas MUFFEST 2024,” jelas Fathimah Alatas.
Untuk masa hadapan, Fathimah Alatas berharap agar dia dan jenamanya bukan hanya dapat menyumbang kepada dunia fesyen di Indonesia bahkan juga luar negara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di