Adakalanya kita rasa seperti okay sahaja untuk mengambil wuduk selepas mandi dalam keadaan berkemban atau ketika bogel. Rasa hairan dan musykil jika sah wuduk yang kita ambil itu.
Hari ini sis kita akan ketahui mengenai hukum wuduk sekiranya kita tidak menutup aurat, sah ataupun tidak.
Fahami maksud wuduk itu dahulu
Imam Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk.”
Secara ringkasnya wuduk ialah perbuatan mengalirkan air pada anggota-anggota badan yang tertentu. Mengikut segi syara’ pula, ia bermaksud membersihkan sesuatu bahagian tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu seperti membasuh muka, kedua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya dengan membasuh kedua belah kaki dangan syarat-syarat serta rukun yang tertentu.
Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” (surah Al-Ma’idah, ayat 6)
Jadi sah atau tidak wuduk tidak menutup aurat?
Melalui pautan rasmi Pejabat Mufti Wilayah pernah membincangkan mengenai perkara ini. Sebenarnya, tiada tuntutan yang menyuruh untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk malah tidak ada juga dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan.
Tetapi merujuk kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah (muka surat120), aspek mandi ada dinyatakan menutup aurat adalah satu perkara sunat.
IKLAN
Berlainan pula apabila menyentuh soal mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat.
Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
IKLAN
Menurut mazhab Syafie, menjadi wajib kepada seseorang muslim untuk menutup aurat walaupun bersendirian dan ditempat tertutup. Pandangan ini disokong oleh ulama’ dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Mahupun begitu, dari kalangan Ulama’ mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat apabila berada ditempat tertutup dan bersendirian (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176).
Manakala, dibenarkan untuk tidak menutup aurat dengan syarat jika seseorang itu berniat untuk mandi atau menyejukkan badan ketika bersendirian (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Konklusinya:
Walaupun tidak perlu memakai pakaian sekalipun ketika wuduk itu sah, sis jangan lakukanya di tempat terbuka atau boleh dilihat oleh orang lain. Tetapi sebagai seorang muslim, adalah lebih baik dan bagus jika dapat menutup aurat demi menjaga maruah dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain.
Tidak semua antara kita yang memiliki bibir yang mungil secara semula jadi. Banyak cara untuk kita dapatkan bibir yang mungil tetapi seeloknya janganlah cuba prosedur yang parmenant dan juga boleh memberi kesan yang negatif kepada rupa dan juga kesihatan anda.
Ada cara yang lebih mudah untuk ini antaranya lip contouring. Anda hanya perlukan dua atau tiga produk sahaja untuk proses ini; lip liner, gincu dan/atau lip gloss.
Langkah 1: Mulakan dengan menggaris cupid bow anda mengikut bentuk natural bibir anda.
Langkah 2: Seterusnya garis bahagian lengkung bawah bibir bawah anda. Sebaiknya lebihkan sedikit ke luar bibir untuk beri ilusi bibir bawah yang lebih besar.
Langkah 3: Garis keseluruhan bibir anda sebaik mungkin dan warnakan bibir anda dengan lip liner.
Langkah 4: Oles gincu atau liquid lipstick pada bibir anda.
Langkah ekstra: Jika anda mahukan bibir yang berkaca dan bersinar, sapukan lip gloss. Jika mahukan bibir yang matte, tamatkan langkah anda sehingga langkah 4 sahaja.
Ada cara mudah dan selamat untuk mendapatkan bibir yang lebih mungil dan penuh dan anda hanya perlukan tiga produk dan empat langkah sahaja. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sejak dilahirkan pada 30 Ogos 2018 yang lalu, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering menjadi sorotan dan perhatian wargamaya dek kerana kecomelan yang dimilikinya.
Baru-baru ini, tular sekali lagi di laman sosial telatah lincah Jayden yang begitu bersemangat menari dalam sebuah video yang tular di aplikasi Tik Tok
Noor Kartini Kongsi Video Jayden Menari Lagu ‘Blackpink’
Video berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh nendanya, Noor Kartini menerusi sebuah hantaran di laman Tik Tok milikya. Video tersebut memaparkan si kecil itu sedang rancak dan ligat menari lagu nyanyian Blackpink yang bertajuk ‘Pink Venom’.
Telatah Jayden yang begitu bersemangat dan lincah memberikan ‘persembahan’ terbaik buat neneknya itu telah berjaya menghiburkan hati Noor Kartini serta mengukir tawa diwajahnya disaat melihat aksi comel yang dipamerkan oleh cucu kesayanganya itu.
“Jayden naik sehh,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran di laman Tik Tok berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si cilik itu yang dikatakan penghibur di hati semua orang.
Netizen Tak Kering Gusi Turut Terhibur Lihat Telatah Jayden
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen setelah melihat gelagat comel Jayden itu. Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan bersetuju bahawa Jayden merupakan antara penyeri di dalam keluarga Noor.
Malah ada yang merasakan bahawa satu hari nanti Jayden akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga seorang pelakon dan penghibur, Sharnaaz Ahmad.
“Aku syak dia memang jadi penghibur satu rumah ni HAHAHAHAH.
“Penghibur sungguh la Jayden ni hahahaha.
“Jayden ni memang penghibur no.1 untuk kitaorang semua.
“Memang boleh lawan pak hang confident tu..
Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pada 9 Julai 2020, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Siapa tidak kenal dengan pasangan suami isteri Korea-Melayu yang juga ‘content creator’ bagi akaun @duriankimchi, Ryzal Ibrahim dan isteri Maryam Younarae yang sering menjadi sorotan netizen terutamanya setelah bergelar ibu bapa kepada seorang cahaya mata perempuan bernama Rina.
Terbaharu, pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian wargamaya, apabila Ryzal membuat kejutan membawa Maryam menaiki helikopter bersempena hari ulangtahun kelahiran isterinya itu.
Maryam Beruntung, Ryzal Ada ‘Ciri’ Lelaki K-Drama!
Video tindakkan Ryzal yang membahagiakan isterinya, mencipta kenangan pada hari istimewa penuh bersejarah itu telah menjadi bualan hangat dikalangan warganet.
Tambahan pula, Maryam yang menerima kejutan sedemikian terlihat gembira, malah jelas terpancar riak wajah bahagia dan teruja apabila pertama kali berpeluang menaiki helikopter bersama suami tercinta.
Paparan rakaman video seminit itu menunjukkan Maryam dan Ryzal menaiki helikopter bersama. Lebih mengujakan lagi apabila Maryam turut menerima hadiah dari sang suami.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa terharu dengan penghargaan yang diberikan Ryzal terhadap Maryam, selain itu ramai juga yang meninggalkan komen positif tentang hubungan pasangan suami isteri ini.
Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya mencuri perhatian Hijabista, antaranya:
“Dia dapat ciri-ciri lelaki kdrama dekat Malaysia.
“Bertuah Maryam dapat Ryzal. Bertuah jugak Ryzal sebab dapat Maryam.
“Bertuah Maryam ditemukan dengan lelaki yang menghargainya.
“Cantiknya dia, tapi umur Maryan macam salah je.
Bagaimanapun, ketika meninjau laman Instagram milik Maryam, hantaran berkenaan hari lahirnya itu turut dihujani dengan doa dan komen positif dari netizen.
Maryam turut, memuatnaik dua keping foto dirinya dengan wajah yang terukir senyum kegembiraan di laman Instagram, berserta kapsyen ringkas “Happy birthday to me,” tulisnya.
Sumber: Instagram Maryamyunrrr & Tik Tok Ryzal Ibrahim