Nampaknya isteri kesayangan pemenang tempat ke 5, Gema Gegar Vaganza, Hafiz Hamidun, Joy Revfa cukup tenang apabila dikritik mengenai penampilannya baru-baru ini.
Dia begitu menghormati pandangan dan kritiken netizen yang mahu dia menjaga imej suaminya sebagai seorang artis Islamik.
Malah dalam kenyataannya, pengusaha produk kecantikan ini juga mahu semua netizen berhenti mencari salahnya. Dia dikatakan baru berhijab dan masih lagi dalam proses belajar menjadi seorang Muslimah yang menutup aurat dengan sempurna.
Tetapi apa yang admin perhatian di laman sosial instagram yang mempunyai 157K pengikutnya, penampilan Joy Revfa tidaklah terlalu seksi atau keterlaluan.
Cuma lirikan matanya boleh buat hati jadi berdegup kencang kerana tampak tajam sekali pandangannya.
Jika dilihat, Joy Revfa memang gemar bergambar sambil memberitahu apa aktiviti terkini dan dia memang paling gemar berselfie.
Ayuh, lihat 8 gaya selfie Joy Revfa yang betul-betuk menusuk jiwa!
Ads
1. Selendang navy blue ini memang menyerlah sisi anggun. 2. Kerudung rona hijau lembut dililit kreatif.
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) meraikan ulang tahun ke-5 yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur bermula 16 Ogos hingga 20 Ogos 2017. Apa yang admin tertarik pada KLFW kali ini adalah fesyen hijabi yang memang win dalam memperagakan busana masing-masing saat menghadiri pentas fesyen ini.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur Ready to Wear telah dirumuskan pada tahun 2013 sebagai platform B-2-C untuk pereka Malaysia mempamerkan Koleksi Sedia untuk Dipakai dan akhirnya menyerlahkan kekuatan serta kreativiti industri fesyen Malaysia kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa.
Sempena ulang tahun kelimanya tahun ini, KLFW RTW 2017 telah menyampaikan gabungan menarik para pereka di ibu negara Malaysia selama lebih dari 5 hari. Seramai hampir 150 pereka telah mempamerkan koleksi “Runway” yang tidak pernah dipertontonkan kepada umum sebelum ini. KLFW RTW 2017 telah bekerjasama bersama TOURISM MALAYSIA dan Rakan Pelancongan dan AIRASIA.
Jom semak gaya hijabi yang boleh dijadikan inspirasi kita untuk terus bergaya.
DATIN VIVY YUSUF kalau bergaya memang win.
Memperagakan busana @laguna.sydney and @andybandyofficial
MIA AHMAD tampil stylo dengan padanan aksesori di pinggang ala korset
BELLA DALLY tampil berbeza dengan gaya yang ranggi
FATIYA LATIFF tampak ringkas dan lebih menonjol dengan sarungan rona jingga
JAJA merupakan salah seorang tulang belakang FASHIONVALET dilihat tetap bergaya cantik
EIDA KADIR seorang model yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.
MIZZA RAZAK pengikut setia fesyen tanah air
ATINA ABDULLAH seorang pereka grafik yang tidak ketinggalan untuk turut hadir ke KLFW
AJEERATUL blogger fesyen yang genit ini tetap win dalam bab bergaya
ADIRA SALAHUDI pemilik eoa.official ini tampak manis bagaikan pelakon korea
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak semua barangan murah seperti ‘bundle’ kelihatan buruk apabila dipakai, dan tidak semua barangan mahal nampak mewah apabila disarungkan! Semuanya tentang penggayaan stail yang bijak serta padanan stail yang sempurna!
Hari ini ramai orang, terutamanya golongan muda sudah tersalah tafsir mengenai perihal harga sesebuah barangan dengan kualiti stail anda. Apa yang anda perlu perbetulkan adalah, jika anda bijak mengenakan padangan aksesori, baju, kasut, seluar dan juga aspek yang lain, pastinya keseluruhan penampilan akan nampak mahal. Biar bijak berbelanja dan bergaya. Usah jadi hamba jenama dan status semata-mata.
Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada anda trik untuk menjadikan keseluruhan gaya anda tampak mewah biarpun hanya dari barangan ‘bundle’!
Untuk trik pertama ini, lebih mudah dan senang. Apa yang tidak kena dengan warna hitam? Simbol sofistikasi, ‘bold’ dan elegan. Semuanya hanya dengan persalinan warna hitam. Jadi, usah buntu untuk menghasilkan stail yang menarik. Beli sahaja rekaan pakaian dari atas sehingga bawah dalam rona hitam contohnya kemeja, t-shirt, celana mahupun aksesori, pastikan rona hitam menyerlahkan sisi mewah anda!
2. Kuasa sehelai jaket!
Siapa sangka sehelai jaket mampu mengubah keseluruhan gaya anda? Tidak kira rekaan potongan yang sedikit ‘oversized’ mahupun ‘slim fit’,jaket boleh menjadikan stail anda lebih mewah dan ‘on-point’! Apa yang penting, pastikan jaket tidak terlalu sarat dengan perincian butiran dan juga tidak keterlaluan dari segi coraknya. Lebih molek sekiranya mengenakan jaket denim atau formal jaket yang memberikan gaya kasual formal yang berkualiti. Mainkan dengan permainan warna yang kelam hingga warna-warni. Contohnya, jika anda menyarungkn sehelai t-shirt kosong berwarna putih dan dipadankan dengan jeans biru, gayakan dengan rekaan jaket denim yang mempunyai corak atau motif yang sedikit. ‘Less is more’!
3. Aksesori keemasan!
Untuk tidak nampak bosan dalam stail anda, padankan aksesori yang keemasan! Daripada anting-anting, rantai, subang mahupun jam tangan, ia mampu menjadikan helaian yang dibeli dari ‘bundle’ tampak mewah dan glamor!
4. Saiz mengikut tubuh badan
Trik seterusnya berkaitan dengan saiz tubuh badan anda! Jika ingin membeli pakaian yang dijual di ‘bundle’, pastikan anda memilih rekaan yang sesuai dengan potongan badan anda. Saiz yang salah boleh menyebabkan keseluruhan stail tampak ‘murah’ dan tidak ‘bold’. Jika saiz anda S, pastikan anda membeli S ataupun M. Andaikata mahu hasilkan gaya ‘oversized’, pastikan kemeja yang dibeli itu kemas dan sesuai untuk digayakan sebagai helaian ‘overzied’. Tetapi, bagi yang bersaiz besar, usah beli yang terlalu kecil dari tubuh anda. Kadang-kala ada yang ingin tampak kurus walaupun sudah berbadan besar dan membeli pakaian yang bersaiz kecil. Ini benar-benar salah! Sepatutnya, jika anda bersaiz besar, pastikan anda memilih rekaan yang menggunakan rona gelap atau paten menegak untuk tampak kurus dan mewah!
5. Menggosok dahulu sebelum pakai
Ini ramai yang terlupa untuk melakukannya. Baju yang kemas digosok dengan rapi secara tidak langsung menjadikan keseluruhan gaya anda mewah. Bukan itu sahaja, ia juga seperti simbol personaliti anda yang sukakan kepada kekemasan dan kebersihan dalam setiap aspek. Malulah kalau kaum Hawa tidak rajin menggosok baju!
6. Kurangkan penggunaan logo
Trik terakhir, cuba elakkan membeli rekaan yang mempunyai banyak logo. Konsep ‘pasar malam’ amat terserlah apabila sesebuah rekaan itu memiliki banyak logo. Nampak murah dan tidak eksklusif. Lebih baik sarungkan saja rekaan yang kosong dalam stail anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon Fasha Sandha akhirnya selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Aidil Aziz dalam satu majlis akad nikah yang cukup sederhana. Hanya dengan sekali lafaz pasangan ini sah disatukan sebagai suami isteri tepat jam 8.45 pagi di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis.
Pada majlis itu, Fasha mengambil keberkatan dengan memakai hijab lengkap yang dipadankan dengan dress rona putih. Dengan solekan ringkas menyerlahkan kejelitaan ibu kepada dua cahayamata ini.
Ternyata penampilan Fasha sangat oustading di majlis pernikahannya. Dress putih sentuhan dari pereka duo Rizman Ruzaini nyata cukup cocok sekali kala tersarung pada tubuh Fasha Sandha.
Ditambah dengan solekan sentuhan Dato Alha Alfa menyerlahkan kejelitaan wajah Fasha Sandha. Malah penampilan Fasha di majlis pernikahannya itu juga turut mendapat pujian netizen.
Ramai juga mendoakan agar Fasha kekal berhijab dan istiqamah selepas ini. Tidak kurang yang mengucapkan selamat pengantin baru kepada keduanya dan moga berbahagia till jannah.
Hijab menurut Ustaz Wadi Annuar bukan sekadar fesyen, sebaliknya perlu menutup leher dan dada mengikut tuntutan syarak sebagaimana diperintahkan dalam Surah al-Nur ayat 31.