Seorang wanita Islam diwajibkan menutup auratnya kecuali muka dan tapak tangan. Namun, jika dilihat semakin ramai hijabi yang seakan-akan mengabaikan penjagaan auratnya. Ada yang memakai tudung hingga menyerlahkan dada dan ada juga yang memakai seluar yang pendek serta menampakkan bentuk kakinya.
Rasanya semua sudah arif dengan aurat wanita. Tetapi mengapa masih ada lagi hijabi yang tidak menunaikan suruhan Allah yang satu ini?
Dan tanpa disedari, rupa-rupanya ada 13 lagi aurat wanita yang perlu dijaga selain muka dan tapak tangan.
1. Bulu Kening
Menurut Bukhari, Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta ia dicukur.
– Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
2. Kaki
Memakai gelang kaki yang mempunyai loceng.
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
– Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31
3. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31
4. Wangian
Wanita yang memakai wangian kemudian lalu di hadapan suatu kaum agar mereka boleh mencium baunya telah dianggap melakukan zina.
IKLAN
– Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban
5. Gigi
Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mengiki gigi atau meminta supaya giginya dikikir. Dilaknat perempuan yang menjarangkan gigi supaya menjadi cantik yang mengubah ciptaan Allah.
– Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani
6. Muka & Leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Antaranya adalah bersolek dan melakukan ikatan tudung yang menampakkan leher.
7. Muka & Tangan
Asma binti ABu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.
– Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari
8. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.
IKLAN
– Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31
9. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
– Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi
10. Mulut (Suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehinga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya. Tetapi, ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
– Petika dari Surah Al-Ahzab, ayat 32
11. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
IKLAN
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
12. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
13. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31
Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
Tanggapan orang kita tidak mampu nak ubah apatah lagi apabila mereka membuat spekulasi yang berlebih-lebihan. Walau apa-apa pun Sharifah Rose tetap positif dalam segala cabaran yang di tempuhi.
Kini nama melonjak naik di dalam industri tanah air, Sharifah Rose kini giat aktif dalam dunia lakonan. Kecaman demi kecaman bukan menjadi satu penghalang buatnya untuk teruskan lagi dalam kerjaya ini.
Masih berpijak pada bumi yang nyata
Sharifah Rose, 24, kini telah berjaya melakar namanya di dalam industri lakonan sejak mula bergiat pada tahun 2019 dalam ‘Cerita Hantu Asrama’ siaran di Astro Prima. Bukan setakat itu sahaja, dia juga masih meneruskan lagi dalam bidang ini dengan drama-drama yang baru.
Terdahulu, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira atau lebih gemar di kenali sebagai Sharifah Rose merupakan seorang personaliti media sosial atau influencer yang cukup terkenal di kalangan remaja. Perubahan dari seorang personaliti media sosial kepada pelakon juga menjadi bual bicara buat seketika, namun, Rose menerangkan dengan tenang mengenai perubahan itu.
“Personaliti Rose yang bawak Rose sampai ke tahap ini. Jadi memang Rose takkan ubah personaliti ini,
“I memang start dari bawah dari influencer ke pelakon. I work from the bottom dan naik slow-slow,
“I already accept kecaman yang di terima. Dari dulu lagi kecaman ini, tetapi what I’m gonna do is to make the best out of it. Try evaluate diri and improve apa yang boleh.” jawabnya apabila di soal mengenai reaksinya terhadap kecaman yang di terima.
Katanya lagi meski pun menjadi seorang personaliti media sosial, dia tidak pernah menyalah gunakan namanya untuk mencuri peluang. Keyakinannya yang membuatkannya berjaya melakarkan nama dalam industri.
“Orang yang ikut perkembangan Rose tahu what ever Rose experience its forme,
“Apa achievement yang Rose sudah tempuhi, itu hanya Rose sahaja tahu bagaimana peritnya. Itu biarlah semuanya hanya untuk kemenangan bagi diri Rose.” apabila di soal mengenai kerjayanya.
Rose juga akui dia juga tidak mensia-siakan masa yang ada jika berada di set penggambaran untuk menimba ilmu lakonan. Dia jelaskan bahawa lakonannya juga banyak di bantu oleh rakan-rakan artis yang lain untuk membaiki lagi bakat yang ada.
“Dulu Rose memang susah nak menangis, nak keluarkan air mata itu memang sangat sukar. Nak kena take time,
“Tetapi bila dah mula praktis, tengok reference, join class, ada juga bertanya dengan pelakon-pelakon veteran di set untuk tunjuk ajar.” ujarnya.
Sharifah Rose juga bukan sahaja personaliti media sosial dan pelakon, malah, dia juga merupakan seorang usahawan bagi peniagaan tudung iaitu IniHariRose. Dia di temui pada majlis peragaan ‘ready-to-wear‘ Bridal Collection RR 2022/23 oleh Rizman Ruzaini di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur.
Kadangkala sewaktu sendirian, mesti akan terlintas di minda mengenai dosa-dosa kita. Sempatkah kita bertaubat? Bagaimanakah keadaan kita apabila disoal malaikat di dalam kubur nanti ? Cukupkah amalan di dunia untuk menyelamatkan kita dari azab kubur?
Kali ini, Hijabista ingin berkongsi beberapa tips untuk melepaskan diri dari seksa kubur. Sememangnya kita semua tak lari dari melakukan dosa tetapi yang penting niat kita untuk berubah menjadi muslim sejati.
Sentiasalah baca Al-Quran kerana Al-Quran memberikan sinar cahaya pada pembacanya dan juga kediamannya.
Dengan Al-Quran, malaikat akan menyoal kita dengan lemah lembut.
Cuba semasa hidup ini kita usahakan untuk menghafaz surah Al-Mulk.
Jangan lupa berselawat, cintailah Nabi dengan sepenuh hatimu.
Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna kerana ternyata kita semua adalah pendosa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Sama-samalah kita mencari keredhaan Tuhan dalam hidup ini. Amalkanlah amalan yang baik walaupun hanya sekecil zarah kerana yang penting adalah istiqamah kita.
Transformasi selebriti dan pempengaruh Internet, Norreen Iman yang kini tampil sopan berhijab undang pujian peminat. Dalam pertemuan baru-baru ini, Norreen mengakui hatinya terbuka sendiri dan keputusan itu mendapat sokongan suami.
Tambah manis dan jelita, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, 30, memaklumkan penghijrahan yang dilakukan itu adalah secara sukarela dan bukan kerana mencari perhatian.
Yakin bahawa dirinya masih sama kecuali imej saja yang bertukar, Norreen turut berusaha memperbaiki cara percakapannya agar lebih berhemah.
Bila dah berhijab dan menutup aurat sepenuhnya, tersekat tak agaknya peluang kerja Norreen dalam bidang seni? Tonton video temu bual ini…
Noreen ketika ditemui di majlis Glam Lebaran Nona yang berlangsung di Glamhall Damansara, Petaling Jaya, sempat berkongsi bahawa perubahan penampilannya itu turut diterima baik oleh suami.
“Suami manalah yang tak suka tengok isteri dia bertutup-litup, dia gembira dan sentiasa sokong Norreen tak kira Norreen macam mana, dia okay sahaja.
Sebab dia bukan jenis lelaki yang banyak cakap, dia tengok kita atas bawah cantik, dia okay, tapi apa pun Norreen tahu dia gembira dan Norreen pun gembira, sama-sama ke arah lebih baik,” kongsinya kepada Gempak.
Terdahulu, Norreen pernah berkongsi dirinya telah memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung walaupun berasa sedikit sebak.
Meskipun begitu, Norreen tidak menyesal dengan tindakan memadam atau meletakkan hantaran lama dalam bentuk arkib.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding