Acara peringkat kebangsaan Program Kasih Remaja: Advokasi SRH (Sexual Reproductive Health) oleh LPPKN yang dijalankan dengan kerjasama Kotex Malaysia dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri bersama YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia, Lim Yu Chien (kanan) menyerahkan token simbolik kepada YB Dato’ Sri Dr Wan Azizah dan YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri tanda sumbangan 600,000 kit kebersihan haid Kotex (Kredit Foto: kotexmy)
Strategi pelaksanaan program Kasih Remaja secara 3Ps (public private partnership) ini bakal melibatkan pelbagai agensi kerajaan, NGO dan swasta selari dengan Dasar dan Pelan Tindakan PEKERTI 2022-2025. Ia menekankan usaha untuk menyebarluaskan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada golongan remaja di seluruh negara.
Program Advokasi SRH ini memberi tumpuan kepada empat komponen pelaksanaan iaitu Program Advokasi SRH, Kit Pembelajaran Kendiri Advokasi SRH, kaunseling SRH Remaja dan Klinik KafeTEEN; serta Pemberian Kit Pengurusan Kebersihan Diri.
Kotex Malaysia akan menyokong komponen program Advokasi SRH, Kit Pembelajaran Kendiri Advokasi SRH dan pemberian Kit Pengurusan Kebersihan Diri.
Pencipta tuala wanita terkemuka ini memberi komitmen untuk menyumbang 600 ribu kit pengurusan haid Kotex. Setiap kit dilengkapi tuala wanita Kotex Soft and Smooth, dan pantyliner Kotex Daily Fresh serta bahan pendidikan bercetak yang berkaitan.
“Kerjasama ini memanfaatkan seramai 98 ribu remaja perempuan Malaysia dan dijangka akan melibatkan 200 ribu orang pada akhir tahun ini,” kata Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia, Lim Yu Chien.
Ads
Sekumpulan pelajar perempuan bergambar bersama Kotex Confidence Kit mereka. (Foto: kotexmy)
Menurut beliau lagi, Kotex Malaysia menghasilkan dua kandungan video pendidikan haid dan SRH yang bakal ditayangkan di sekolah.
“Kami telah berunding dengan pasukan pakar perubatan, pendidik dan pekerja NGO wanita untuk kandungan kedua-dua video pendidikan bagi memastikan ia berkualiti dan bersesuian untuk masyarakat Malaysia.”
Ads
Video pertama memberi penekanan kepada pendidikan haid dan merangkumi tentang haid pertama, sindrom pra-haid, kitaran sihat, amalan kebersihan haid dan banyak lagi. Video kedua pula adalah tentang kesihatan reproduktif, hak badan, dan lain-lain.
Satu kajian dilakukan oleh Kotex Malaysia mendedahkan bahawa 50% murid perempuan ingin ponteng sekolah semasa datang bulan, dan 50% murid perempuan merasa tidak yakin dengan diri mereka semasa datang bulan.
“Isu-isu berbangkit adalah stigma dan tabu mengenai haid, dan murid-murid tidak mempunyai maklumat mencukupi mengenainya. Sebagai jenama yang percaya bahawa wanita tidak patut dihadkan oleh haidnya, penting bagi murid-murid dilengkapi dengan pengetahuan untuk mengurus haid dan pengurusan diri,” kata Lim Yu Chien.
Bunga dan Adrianna Bannie berinteraksi dengan pelajar dalam satu sesi kuiz ketika segmen pendidikan kebersihan haid Kotex. (Foto: kotexmy)
Majlis pelancaran disertai oleh 500 pelajar. Sebelum majlis utama, empat taklimat dijalankan oleh beberapa agensi kerajaan untuk memberikan murid-murid pengetahuan mengenai pelbagai topik termasuk advokasi anti gangguan seksual, hak kanak-kanak dan ketahanan emosi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Beberapa hari lepas pasangan pelakon popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima. Keduanya meraikan dengan mengadakan majlis makan malam bersama ahli keluarga serta teman-teman rapat. Dalam satu foto yang dimuat turun menampikan Che Ta bersama adik beradik perempuan yang lain. Biarpun semuanya tampil jelita, tetapi yang paling menarik perhatian netizen adalah adik Che Ta, Ruby Che Wan.
Kejelitaan Ruby Che Wan begitu terserlah dan netizen mengatakan dia lebih natural beauty dengan penampilan agak lain daripada yang lain apabila hanya mengenakan jubah dan berhijab labuh.
Semua cantik-cantik & Sedap mata memandang @rubychewan
Ruby Che Wan merupakan adik Che Ta dan juga merupakan isteri kepada Lan Pet Pet dan telah melakukan penghijrahan setelah balik dari mengerjakan haji dua tahun lalu.
Sebaik melakukan penghijrahan Ruby Che Wan lebih selesa memilih persalinan yang lebih memenuhi syariat wanita Muslimah dengan mengenakan jubah dan tudung labuh setiap kali keluar bersama adik beradiknya yang lain.
Walaupun penampilannya berbeza, tetapi Ruby Che Wan dilihat tidak kekok dan hubungan mereka adik beradik juga sangat rapat.
Selain itu, dia juga banyak berkongsi dan menyebarkan dakwah di media sosial melalui laman Instagramnya dengan berkongsi ilmu yang baik kepada followernya.
Sempena ulang tahun kelima ini juga Che Ta sendiri turut mengharapkan rumah tangganya kekal bahagia seperti pasangan Ayu Raudhah dan suaminya Zaquan Adha, sesetia pasangan Lan Pet Pet dan Ruby Che Wan, juga seharmoni rumah tangga Dato Faizal dan Datin Jaja dan sefahaman serta rajin holiday macam Abang Long dan Kak Mah.
Majlis sambutan ulang tahun ini turut diraikan bersama ahli keluarga lain serta teman-teman rapatnya yang banyak membantu ketika majlis perkahwinannya lima tahun lalu.
Perintah Kawalan Pergerakan memasuki hari ketiga hari ini dan diharap orang ramai lebih akur dengan arahan itu bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di negara ini. Kesedaran tentang pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan masih perlu ditingkatkan.
Masih ramai yang tidak mempedulikannya berkemungkinan kerana sikap degil dan keras kepala. Perbuatan itu boleh menyebabkan ‘episod’ jangkitan wabak COVID-19 berpanjangan dan semakin serius.
Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi.
“Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat.
“Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan.
Tentera akan bantu polis pantau keadaan pastikan rakyat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan mulai Ahad.Kerajaan tiada…
Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Ismail Sabri juga menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan.
“Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, ‘posting’ dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong.
“Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya,” katanya.
Generasi muda harus mempunyai banyak inovasi dan keberanian untuk membawa perubahan, termasuk perubahan dalam persekitaran kehidupan terdekat mereka. Itulah yang dilakukan oleh Rima Sultana Rimu apabila melihat kawasan di mana dia dibesarkan.
Dibesarkan dalam keluarga petani kampung yang sederhana, Rima telah menunjukkan keberanian serta keazaman yang luar biasa dalam memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak sejak kecil.
Gadis yang dilahirkan pada 2002 di Bangladesh ini terharu selepas melihat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, seperti dilaporkan oleh UN Women.org.
Rima menjadi aktivis pada usia muda untuk memperkasakan wanita dan memperjuangkan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Bersemangat Mengajar & Memperkasakan Wanita Rohingya
Rima Sultana Rimu bermula dengan mengajar kanak-kanak di kem pelarian Rohingya dan mengajak wanita mengubah beberapa tabiat harian.
Rima mengadakan bengkel mengenai hak wanita, kesihatan seksual dan reproduktif, dan mencegah keganasan terhadap wanita.
Dia mempertahankan hak wanita Rohingya dan mengajar betapa pentingnya melindungi hak wanita dalam situasi krisis.
Beri Inspirasi Dengan Keberanian & Keazaman
Rima membawa misi ini ke pelbagai forum antarabangsa dan mencipta namanya di kalangan aktivis dunia. Antaranya, Rima dimasukkan dalam senarai BBC 100 Women pada 2020.
Rima dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 wanita yang memberi inspirasi dan berpengaruh di dunia oleh BBC.
Rima menjadi inspirasi kepada wanita dan kanak-kanak lain di kem pelarian Rohingya kerana kecekalan dan keazamannya dalam mengangkat martabat wanita dan memperkasakan orang ramai untuk mengatasi halangan dan mencapai impian mereka.
Rima Sultana Rimu menjadi contoh luar biasa seorang wanita muda dari Generasi Z yang berani dan berdedikasi terhadap persekitaran tempatnya tinggal dan mampu membuat perubahan di dunia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!