Penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti meluahkan rasa terujanya terkejut melihat anaknya yang tercinta iaitu Siti Aafiyah,2, boleh menyebut ‘Dato’ Siti Nurhaliza.
Aksi spontan ibu dan anak ini dimuat naik oleh Tokti sendiri di ruangan instastory miliknya. Dalam video tersebut, memang jelas Tokti terkejut dengan kebolehan Aafiyah dalam mengungkapkan nama serta gelarannya itu.
Bukan itu sahaja, netizen juga turut teruja apabila melihat reaksi Tokti dan kepetahan Aafiyah dalam video tersebut. Bijak sungguh Aafiyah!
Tokti pun terkejut Aafiyah pandai sebut nama dia "Dato' Siti Nurhaliza" 😂😂😂 Comel gila ok pic.twitter.com/BRrFgeQHFy
Sebelum ini penyertaan gadis ini dalam pertandingan ratu cantik mengejutkan ramai. Maklumlah dirinya yang berhijab tetapi cukup berani menyertai pertandingan sedemikian. Siapa sangka dengan keazaman yang tinggi membolehkan Nurul Zuriantie Shamsul , 21 tahun, mengharumkan nama negara apabila menduduki tempat kelima dalam pertandingan Ratu Cantik Miss Universe New Zealand 2018. Tampil cukup anggun dengan dress labuh rona emas perincian batuan manik yang diserikan dengan hijab juga rona sedondon.
Malah solekan mantap juga menyerikan lagi penampilan gadis manis ini yang telah berpindah ke New Zealand bersama keluarga ketika berusia lima tahun.
Nurul yang merupakan anak kelahiran Ampang Selangor memberitahu saat paling indah dalam pertandingan berkenaan adalah apabila melihat kedua-dua ibu bapanya yang penuh rasa bangga melihat dirinya diumumkan sebagai lima finalis teratas.
Mengakui tidak kecewa dengan keputusan itu sebaliknya terharu dengan apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada Top 5.
Malah pelajar tahun akhir jurusan Psikologi di Universiti of Waikato New Zealand ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang menyertai pertandingan berkenaan.
“Alhamdulillah untuk tempat kelima ini. Saya berterima kasih kepada semua yang menyokong saya. Ia tidak berlaku tanpa kasih sayang dan sokongan anda. Ia begitu bermakna untuk saya.
“Ini hanyalah permulaan dan saya tidak sabar untuk apa yang Allah telah rancang untuk saya. Hari ini juga hari ulang tahun ke-21 saya dan saya akan meneruskan fasa kehidupan seterusnya,” katanya dalam satu catatan di laman Instagramnya.
Dia juga berkata sentiasa bersikap tenang, tidak gugup dan berpusa hati sepanjang acara akhir itu berlangsung.
Sebelum ini dia berjaya menjadi antara 20 finalis yang mara ke peringkat akhir pertandingan berkenaan. Disiarkan secara langsung Sabtu malam waktu Malaysia melalui laman sosial facebook Miss Universe New Zealand.
Nurul juga mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya peserta Asia beragama Islam dan bertudung yang berjaya mara ke pentas akhir pertandingan ratu cantik itu di New Zealand.
Sementara itu, peserta berusia 27 tahun, Estelle Curd dimahkotakan sebagai pemenang Miss Universe New Zealand 2018, sekali gus mewakili negara itu bagi pertandingan Miss Universe ke-67 yang bakal berlangsung di Bangkok, akhir tahun ini.
Kisah selebriti terkenal, Neelofa,31, dirisik oleh Hariz Ismail atau lebih mesra dipanggil PU Riz,25, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia khususnya para peminat industri seni tanah air.
Ramai yang gembira dan bersyukur kerana artis kesayangan mereka itu telah bertemu dengan jodoh yang baik akhlaknya.
Meluahkan rasa terharunya, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini telah menulis sedikit coretan khas buat anaknya itu di laman Instagram.
Luahnya, Neelofa yang sering dipanggil ‘Love’ itu tetap kelihatan seperti seorang anak kecil di matanya yang membuatkannya tidak menjemu untuk membelainya dengan penuh kasih sayang.
Wahai anakku.. Ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan yg sesuatu luarbiasa.. perjalanan 9 bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan padaku, melihat keletahmu membuat aku sentiasa rindu padamu.. wahai anakku.. Kau tetap anak kecil di mataku yang tak jemu aku membelai dan menciummu.. kaulah cinta hatiku @neelofa ❤️
Ibu mana yang tak gembira bila anaknya bertemu jodohkan? Difahamkan, Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada penghujung Mac 2021.
Pastinya ramai yang tak sabar menantikan detik bahagia mereka ini. Sama-samalh kita doakan agar urusan mereka ini dipermudahkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
S:Bagaimana caranya seorang wanita itu yang sudah berubah dan memilih untuk berhijab sepenuhnya agar kekal dalam istiqamah? Seterusnya dapat menjaga aurat dalam penampilan sebagai wanita Muslimah.
J: Ketaqwaan dalam ibadah kerana Allah SWT kadangkala terhalang sehingga menjadi tidak istiqamah. Istiqamah yang goyah disebabkan beberapa masalah yang menimpa seseorang. Contohnya, peraturan melarang memakai hijab atau tudung di tempat kerja. Ada juga yang sering dipandang sebagai ekstrem jika bertutup litup.
JIKA SEORANG WANITA TIDAK MAMPU MEMPERTAHANKAN KEYAKINANNYA, WANITA TERSEBUT TERPAKSA MENANGGALKAN HIJABNYA SEKALIGUS MEMBUKA AURAT. IA SATU PERKARA YANG SANGAT DITAKUTI IAITU PERLANGGARAN PERINTAH ALLAH. NAUZUBILLAH.
Umumnya, istiqamah bermaksud menempuh jalan yang lurus, tidak berpaling ke kanan mahupun ke kiri. Istiqamah juga bermaksud tetap patuh menjalani perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Di dalam berhijab pun kita dianjurkan untuk istiqamah.
Berikut panduan agar istiqamah dalam berhijab: –
Mengamalkan dua kalimat syahadah. Banyakkan belajar dan mengetahui ilmu tauhid tentang Islam. Sibukkan diri dengan belajar agama dan amalkan dalam kehidupan seharian. Insyaallah ilmu itu akan menjaga kita untuk tetap istiqamah.
Bergaul orang-orang yang soleh. Dengan menyertai kegiatan keagamaan membuatkan kita lebih yakin bahawa dengan berhijab dan menutup aurat. Tali persaudaraan juga lebih erat. InsyaAllah mudah mudahan ‘perjalanan’ kita mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.
Banyak berdoa. Doa adalah rasa percaya terhadap Allah SWT bahawa Dia akan memakbulkan doa itu. Sesungguhnya doa senjata mukmin.
Berusaha menambah ilmu agama. Contohnya membaca kisah-kisah orang soleh dan tentang agama Islam, serta ceramah-ceramah di media sosial yang membahas tentang keutamaan berhijab dan menutup aurat.
Membaca dan mengkaji Al-Quran. Membaca dan memahami Al Quran dapat meneguhkan hati orang-orang yang beriman. Seperti dijelaskan Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 102.
Tetapkan pendirian. Solat lima waktu, membaca Al Quran, melaksanakan ibadah sunnah seperti solat dhuha dan tahajud. Biar sekejap masa yang diambil tetapi konsisten. InsyaAllah, ia menjadikan kita semakin yakin dengan perubahan yang dilakukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.