Teman baik itu sukar dicari. Kawan yang hadir waktu senang itu banyak tapi yang ada tatkala waktu susah itu sedikit bilangannya. Sebab itulah kita perlu hargai sahabat sejati ini dengan sebaiknya.
Seperti pelakon popular, Elfira Loy, dia telah menunjukkan penghargaan terhadap rakan baiknya iaitu Bella Dally melalui kejutan khas untuknya yang bakal bergelar ratu sehari tidak lama lagi.
Elfira selalu memberikan usaha yang gigih dalam meraikan sesuatu sejak dari dahulu lagi. Terima kasih untuk hadiah spa dan juga makan malam. Sayang kamu.
Alahai manisnya El ni! Teringat zaman mereka berdua waktu berlakon bersama dalam drama Qalesya dulu. Moga ikatan persahabatan ini terus kekal sampai bila-bila ya!
Walaupun berhijab tetapi tidak membataskan seseorang itu untuk bergerak aktif dan lasak. Malah ada antaranya menjadikan aktiviti senaman lasak ini sebagai rutin harian dalam mengawal kecergasan tubuh badan. Namun kebanyakan gim yang ada di Malaysia untuk lelaki atau campuran. Bagi yang berhijab sudah tentu tidak selesa untuk sama-sama melakukan aktiviti ini bersama kaum Adam. Namun usah risau, ada beberapa gim yang menawarkan perkhidmatan eksklusif untuk wanita.
Memberi sedikit sebanyak kelebihan kepada wanita berkerjaya merehatkan minda di samping melakukan senaman tanpa gangguan. Semua alat senamn di gymnasium ini direka khas untuk mengyarkan system kardiovaskular tulang dan otot sekaligus dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis pada usia tua.
Di Mana?
Terletak di Kota Damansara dan dibuka pada Mei 2012. Hanya dikhususkan untuk wanita sahaja. Dengan semangat yang besar dan kasih sayang untuk kekuatan tarian dan program latihan, mereka juga pakar dalam jazzercise yang sentiasa funky dan menghiburkan.
Di Mana?
G67-1, Jalan Teknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia
Beroperasi di sebuah rumah kedai di tingkat dua berlokasi di Taman Puchong Intan. Pusat kecergasan fizikal/gim ini menawarkan kelas kepada para wanita yang inginkan senama di samping mengekalkan kecergasan tubuh badan serta minda. Objekstifnya ingin memberikan perkhidmatan senaman yang terbaik dan memuaskan hati pengunjung pusat ini. Dibuka setiap hari bermula jam 9 malam hingga 10 malam.
Di Mana?
No.39-A, Jalan Intan 2/7, Taman Puchong Intan, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
Keseluruhannya menyediakan senaman untuk kecergasan bermula dari kardio, muscle dan mengembalikan tenaga agar kekal sihat dan cergas.
Di Mana?
Bandar Baru Bangi
Sesuai untuk wanita yang sibuk, seperti latihan litar inovatif mereka hanya 29 minit setiap sesi, disediakan mengikut keupayaan setiap orang.
Di Mana?
41-1, Jalan Setia Indah X, U13/X, Setia Alam 40170 Shah Alam
Walaupun gimnasium unisex, mereka mempunyai satu-satunya kawasan eksklusif untuk menyediakan keselesaan maksimum bagi wanita untuk senaman dalaman.
Di Mana?
Kebanyakan gimanisium ini mengenakan bayaran berpatutan pada kadar masa cukup berbali. Tetapi untuk yang mahu bersenam dan kekal cergas, boleh datang ke MisFit yang diadakan secara PERCUMA kepada semua hijabi di luar sana.
Berlangsung selama 3- 5 Ogos ini bertempat di Pavilion PWTC dan pelbagai acara menyeronokkan bakal berlangsung di sini.
Bukan itu sahaja untuk yang bercita-cita menjadi model, boleh cuba casting di bawah ini. Mana tahu lepas ni muncul jadi selebriti popular.
Tidak ketingggalan HIJABISTA juga turut membawakan acara Body Combat dibawa khas oleh Squad Hijab Raqtive pada 5 Ogos – Ahad, bermula jam 4 petang hingga 5 petang. Jangan lupa, uji kekuatan anda dengan bersama-sama kami menyertai program yang julung-julung kali diadakan ini.
Anak sulung Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah sentiasa mengujakan semua dengan celotehnya yang menghiburkan ramai.
Baru-baru ini, Dato Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti telah berkongsikan keseronokan Aafiyah melakukan aktiviti menghias kek yang sedang menjadi tular pada masa kini.
Merakam momen manis berkenaan, Tok Ti sempat bertanya kepada puterinya yang tercinta itu untuk menjamah kek tersebut setelah selesai dekorasi. Namun, jawapan yang diberikan Aafiyah benar-benar mengejutkan ramai!
Aafiyah dengan penuh sopan telah menolak tawaran ibunya itu dengan jawapannya yang tersendiri.
“Emmm, tak payah la nanti gigi Aafiyah rosak”
Alahai, pintarnya si kecil ini! Rata-rata warganet juga turut terhibur melihat keletah Aafiyah ini dan kagum dengannya yang sudah tahu mengenai pentingnya penjagaan gigi biarpun usianya baru sahaja menginjak tiga tahun.
Baru-baru ini terdapat satu video di laman Youtube yang telah menarik perhatian Hijabista. Video tersebut dimuat naik oleh seorang Youtuber daripada UK, bernama Eli yang kagum dengan kelazatan burger Ramly semasa dia mencubanya buat kali pertama.
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza budaya. Oleh itu, terdapat pelbagai variasi makanan dan juadah yang unik. Namun, ada sesuatu yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia iaitu burger Ramly yang selalunya dinikmati terutamanya pada waktu malam.
Ramly Burger yang juga dikenali sebagai ‘Raja Burger’ di Malaysia merupakan diantara ‘street food’ atau makanan segera yang sedap dan mudah untuk didapati di mana-mana gerai makanan di tepi jalan dan restoran. Ia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya bila tiba-tiba lapar pada waktu tengah malam!
Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap, Burger Ramly merupakan hasil cetusan idea dan hasrat murni pasangan tersebut untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Usai berita mengenai ‘kelazatan’ daging burger Ramly yang digembar-gemburkan, Vlogger asal UK ini telah mengambil keputusan untuk pergi ke salah satu gerai burger Ramly yang terletak berhampiran dengan KLCC.
Apabila dia sampai, dia terkejut melihat beberapa pelanggan yang sudah pun beratur, dan bertambah terkejut setelah mengetahui bahawa mereka sudah menunggu pesanan selama hampir 40 minit. Dia juga sempat bersembang dengan peniaga gerai tersebut dan mendapati bahawa perniagaan tersebut telah dijalankan sejak tahun 1990.
Sementara menunggu burger yang dipesan siap, dia sempat menemu ramah seorang pelancong iaitu Grace, dari Taiwan yang merupakan seorang vegetarian. Grace telah memesan burger ikan bersalut telur beserta keju seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.
Difahamkan, itu merupakan kali pertama Grace menjejakkan kaki ke gerai tersebut dan mengetahui gerai tersebut setelah disyorkan oleh rakannya sendiri. Eli juga sempat merakam reaksi wanita terbabit apabila merasai buger tersebut.
“Saya rasa ia sangat sedap, telurnya sangat lembut,” ujar wanita itu sambil menikmati burger tersebut.
Apabila ditanya mengenai berapa ‘rate’ yang diberikan untuk menilai tahap kesedapan burger tersebut, wanita tersebut menjawab 9/10!
Tak lama selepas itu, burger ‘double’ daging keju yang berharga RM10 dipesan oleh Eli telah pun siap. Pelancong luar dari United Kingdom tersebut dilihat menikmati makanan serta terlihat teruja pada gigitan pertama!
“Daging sangat lembut, sangat berair(juicy) beserta sosnya yang manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka!” katanya.
Lelaki tersebut juga sempat menunjukkan ‘thumbs up’, tanda suka kepada penjual gerai burger tersebut sambil mengatakan bahawa burger tersebut sangatlah sedap. Dia juga sempat mengajak orang ramai untuk datang kesana dan merasai sendiri burger tersebut.
“Kamu semua perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai!” tambahnya lagi.
Dek ‘terpesona’ dengan kelazatan burger tersebut, dia turut membungkus burger ayam untuk dibawa pulang kerana mahu merasai sekali lagi kesedapan yang ada dalam burger itu.
Meninjau di ruangan komen Youtube tersebut, rata-rata netizen memberikan komen yang positif serta mengalukan kedatangannya ke Malaysia. Ada juga yang menggunakan peluang tersebut dengan mencadangkan menu lain untuk dicuba, seperti burger kahwin iaitu burger daging bersama ayam.
“Burger crispy is so dope yaww….it is sodap.”
“Ramly is best burger in the world broo”
“THE BEST HALAL BURGER IN THE WORLD!!!!!!!!!!”
“Nice sir. Thank you for your compliment about Malaysia. Love you sir!”
Eli yang mempunyai 9.76K subscribers dilihat sering melancong ke pelbagai negara serta sering memberi tumpuan ke gerai tempatan, pasar, ’street food’ serta makanan ‘kampung’. Dia juga gemar menemu bual penduduk tempatan, chef dan tukang masak untuk memperkenalkan makanan unik di pelbagai negara.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.