Sejak kebelakangan selebriti Mira Filzah semakin popular rentetan drama lakonannya yang disiarkan di stesyen TV tempatan. Walaupun berhijab, namun pelakon ini tetap menjaga batas aurat dengan memastikan penampilannya dalam drama lakonan terbaru sama ada dalam Lelaki Kiriman Tuhan ataupun Pujaan Hati Kanda. Ramai tertawan dengan penampilan si cantik manis Mira Filzah yang senang mengenakan hijab bawal atau square untuk beraksi dalam drama berkenaan.
Biarpun tanpa lilitan terlampau, gaya hijab disarung tetap menawan hati. Malah dia juga turut berkongsi tutorial hijab berkenaan.
Ayuh kita lihat #OOTD Mira Filzah menggayakan hijab bawal dalam drama yang sedang trending ini dan ketika dia menghadiri majlis rasmi. Juga ketika mengacarakan satu program TV di saluran Media Prima.
Solat merupakan ibadah yang sangat penting dan wajib dilakukan. Solat amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun, kita tidak boleh meninggalkan solat.
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa nabi bersabda, “Solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya,dia meruntuhkan agama.”
Dalam surah Al-Mukminun ayat 1,2 dan 9, Allah menjelaskan, “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka… dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”
Melalui muat turun Ustaz Don Danial di laman sosialnya, bukan sahaja untuk isterinya tapi untuk kita jadikan peringatan. Jom amati pesanan Ustaz Don:
Jaga lah solat kerana, solat itu wajib,
Bukan pada suami untuk menegur
Tetapi wajib bagi setiap individu.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana, solat itu tiang agama,
Bukan pada suami sebagai ketua
Tetapi tiang bagi setiap jiwa.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana,
Solat itu benteng di akhirat,
Bukan pada suami
Tetapi benteng bagi setiap diri yang disoal nanti.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana,
Solat itu adalah kunci,
Bukan pada suami yang terkadang alpa
Tetapi kunci bagi setiap yang mengangkat syahadah
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana, solat itu cahaya,
Bukan pada suami yang beragama
Tetapi cahaya bagi setiap yang mendirikannya.
.
Wahai Isteri,
Aku suami, aku cinta kamu kerana الله,
Kerana itu aku menulis untaian nasihat,
Bukan kerana aku suami tetapi kerana kamu isteri.
.
Wallahu a’lam
Coretan lama
Tetap segar untuk @husnazahry
.
Don Daniyal Don Biyajid
Makkah al-Mukarramah
24 Safar 1437H
6 Disember 2015
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular baru-baru ini perkongsian oleh seorang penyanyi dangdut menangis ketika berjumpa dengan pendakwah bebas. Ifa Raziah berkongsi perasaan sebak dan terharu di akaun Instagram miliknya ketika berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi video yang di kongsikan oleh Ifa Raziah, dia kelihatan terkejut apabila melihat kelibat Ustazah Asma’ kearahnya. Perkongsian itu banyak mendapat perhatian orang ramai, ada juga memberikan komen positif dan juga negatif.
Melalui perkongsian oleh Ifa Raziah di video posting pada akaun Instagram, dia tidak menduga untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun ketika berada di satu majlis baru-baru ini. Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima teguran daripada mana-mana pihak jika ia berkaitan dengan kebaikan.
“Saya nak sangat berjumpa dengan ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu, saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.
“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa. Sebenarnya, siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya mintak maaf,” katanya lagi.
Namun begitu, perkongsian milik penyanyi dangdut itu telah meraih banyak reaksi dari warganet. Tambahan, ada juga yang menyatakan komen yang tidak manis oleh kerana di anggap hanya sekadar tujuan ‘publisiti murahan’.
Walaupun begitu, ramai juga yang memberikan sokongan buat Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Dato’ Saripah Raziah binti Mustapha, 46, supaya lebih memandang kepada arah positif. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat Ifa Raziah.
“Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan kasihnya Allah SWT, saya pun pernah terjumpa Ustazah Asma’ Harun dan ia adalah rezeki terbesar saya ketika itu.”
“Syukur Ya Allah…menitis air mata saya, You are amongst the artis yang cakap lepas…but what have you done today…MasyaAllah…syukur yang teramat. Terharu I tengok pelukan you ikhlas…” ujar salah seorang daripada warganet melalui ruangan komen.
Semestinya, pasti akan ada desas desus dari segelintir masyarakat yang memberikan komen yang negatif tentang sesuatu perkara. Meski pun perkara itu mempunyai niat yang baik dan ikhlas, ada sahaja yang ingin di perkatakan oleh mereka.
Walaupun pertemuan Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun mendapat banyak komen yang positif tetapi ada sahaja yang mengatakan macam-macam mengenainya. Banyak juga negatif komen yang di berikan, namun, Ustazah Asma’ tidak berdiam diri sahaja.
Ustazah Asma’ telah menaikkan satu posting di akaun media sosialnya untuk memberikan keterangan mengenai perjumpaannya bersama Ifa Raziah. Sama sekali ia tidak di rancang atau bertujuan untuk meraih publisiti murahan.
“Pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak di rancang. Sama ada oleh pihak Ifa Raziah…ada Al-quran di depan saya,
“Orang fitnah ustazah ini banyak drama. Lepas dia kecam-kecam buat pertemuan macam ini, boleh percaya ke,
“Daripada awal lagi saya dah berniat, Ya Allah, temukanlah di mana-mana dengan kak Ifa Raziah saya nak settle. Sebab dalam hati tiada niat untuk membenci.” ujar Ustazah Asma’.
Ustazah Asma’ juga menjelaskan bahawa dia bertemu bersama Ifa Raziah tidak di rancang dan ianya sama sekali tidak juga berkaitan dengan teguran yang pernah di berikan sebelum ini. Namun, segalanya hanya secara kebetulan dan menjadi takdir untuk berjumpa.
Tambahan lagi, menurut pendakwah bebas itu, dia menjelaskan isu tegurannya kepada penyanyi dangdut itu hanya sekadar tugasnya untuk menegur akhlak sesama manusia, bukan untuk membenci. Dia juga berkata warganet perlu tahu perbezaan antara menghukum dan menegur.
“Saya tak kisah saya di fitnah atau di sangka buruk. Tetapi yang lebih utama adalah berkenaan dengan pendidikan akhlak ummah,
“Mungkin di sebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tetapi saya perlu menulis bukan atas nak membersih dan menyucikan diri, tetapi atas sebab tuntutan agama itu sendiri.” katanya lagi.
Pertemuan antara Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun telah membuka mata ramai orang untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menuduh tanpa sebarang usul periksa. Apa yang penting adalah untuk memastikan anda menegur daripada menghukum.
Kedutan pada dahi menjadi satu perkara serius dikalangan wanita terutamanya pada mereka yang semakin meningkat usia! Siapa yang mahu lihat tua, bukan? Kadang-kala kedutan di dahi jelas terserlah walaupun usia seseorang masih lagi muda.
Pelbagai produk yang kononnya mampu menghilangkan kedutan dijual di pasaran tetapi tidak mampu untuk merawatnya! Sudahlah kosnya yang tinggi, hanya membazirkan duit sahaja. Usah risau, apa kata kamu cuba dengan bahan semula jadi ini untuk menghilangkan kedutan di muka.
1. MINYAK ZAITUN
2 : LIDAH BUAYA + PUTIH TELUR
3 : MASKER LOBAK + KUNING TELUR + TEPUNG JAGUNG
4 : LEMON
5 : MASKER PISANG
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab menurut Ustaz Wadi Annuar bukan sekadar fesyen, sebaliknya perlu menutup leher dan dada mengikut tuntutan syarak sebagaimana diperintahkan dalam Surah al-Nur ayat 31.