Peristiwa tembakan di Masjid Christchurch sebelum solat Jumaat hari ini begitu memeranjatkan seluruh dunia. Dalam laporan Awani, setakat ini pihak berkuasa New Zeland mengesahkan 49 maut sementara 48 lagi cedera dalam kejadian di dua masjid berkenaan.
Senario dianggap hari duka negara Kiwi yang sangat menggemparkan ini turut menyentuh simpati semua pihak dan salah seorang adalah pelakon Wardina Safiyyah yang kini menetap di Australia.
Dalam posting terbarunya di laman instagram, Wardina turut menulis dia yang berada di Australia amat terkesan dengan kejadian pembunuhan di Christchurch.
Menurutnya benih kebencian usah disemai kerana dari sikap prejudis ianya akan bertukar menjadi benci dan menjadi benci yang melampau.
Saya di Australia amat terkesan dengan kejadian pembunuhan di Christchurch. Benih kebencian usah disemai kerana dari sikap prejudis ianya Akan bertukar menjadi benci. Benci yang melampau. From hate things like these are only waiting to happen.
Dalam pada sebagai seorang ibu prihatin dia juga turut memberitahu salah seorang anak gadisnya, Amna tentang kejadian tembakan berkenaan dan memberi pesanan supaya berhati-hati.
IKLAN
Posting ini mendapat respon dari netizen yang rata-rata turut mendoakan kesejahteraan dan semoga Allah melindungi keluarga ini yang berada di Australia.
azubairsb Stay safe kak.. my prayers are with the muslim community in Australia and NZ. May Allah protect all of you.
rubiadaibrahim sedih sangat dengan berita ni..kak dina, take care ya di aussie!
annurabadi Take care kak dina, moga Allah melindungi mu dan saudara kita yg lain..
Sementara itu melalui Utusan Online, Mufti Wilayah Persekutuan, dalam khutbahnya hari ini berkata umat Islam yang mati akibat tembakan pengganas dalam serangan di dua buah masjid di New Zealand hari ini meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.
IKLAN
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kesemua mereka yang maut itu meninggal dunia ketika ingin menunaikan solat Jumaat dan mahu mengadap Allah.
“Mereka mengadap Allah dalam keadaan berwuduk dan dalam rumah Allah. Dalam keadaan menanti untuk solat berjemaah.
“Kesemua itu kebaikan demi kebaikan. Mati dalam husnul khatimah. Kita mengharapkan mereka diganjari dengan balasan yang sebaiknya di sisi Allah.
“Ditempatkan mereka sebagaimana di sebut ‘mereka itulah akan bersama para nabi, para siddiqin, para shuhadah dan juga para solehin. Yang mana mereka inilah golongan yang terbaik yang Allah ganjarkan kepada mereka,” kata Dr. Zulkifli dalam khutbah Jumaat yang disampaikannya hari ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menyempurnakan tugasan terakhir dengan membuat video Public Service Announcement memberitahu dirinya menyaksikan sendiri ibu kesayangan menjadi mangsa dera. Biarpun dirinya ketika itu masih kecil, tetapi pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee, 18 tahun, ini dapat merasai penderitaan dialami ibunya sendiri. Bertemu dirinya selepas kemenangan malam tadi, dia yang mesra dipanggil Hanee bercerita pengalaman itu yang dianggap sangat menakutkan dirinya.
Menurutnya ketika itu dia berusia sekitar enam tujuh tahun dan melihat sendiri ibunya menjadi mangsa pukul disebabkan faktor keluarga yang tidak stabil ketika itu.
“Bagi Hanee ia satu pengalaman yang sangat perit memandangkan ketika itu usia masih kecil berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tetapi Hanee bersyukur kerana Hanee sudah keluar dari penderitaan itu dan tidak melaluinya lagi situasi yang tidak begitu menyihatkan itu,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja baru.
Tambah Hanee lagi kekuatan ibunya untuk bertahan pada ketika itu adalah anak-anaknya sendiri.
“Sebenarnya Hanee nampak mak Hanee dan sampai depress (murung) tetapi mampu bangkit dari masalah itu dan lebih kuat apabila mahu melihat anak-anaknya jadi lebih berjaya dan jadi insan lebuh baik dari sebelumnya.
“Ibu Hanee tak mahu melihat anak-anak rosak dari family terdahulu dan caranya dengan memberi kasih sayang terbaik buat kami adik beradik. Bukan dari wang ringgit tetapi belaian seorang ibu yang memang kita harapkan sebagai anak.
“Pada Hanee, emak Hanee sangat memberi support dalam industri ini. Dia menjaga dan uruskan Hanee segalanya dan bila Hanee nampak effort mak sendiri dan membuatkan Hanee jadi lebih kuat,” tambahnya yang turut menjadikan ibu sebagai idola.
“Memang semestinya ibu adalah idola Hanee. Ini kerana apa yang Hanee boleh lihat kekuatan yang ada dalam diri emak Hanee yang teruskan kehidupan untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Malah emak Hanee sanggup lupakan hasratnya untuk berjaya dalam karier kerana ingin hanee tampil kehadapan. Hanee sangat respek dan bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu seperti emak Hanee.
“Jadi untuk membalas segala pengorbanannya, Hanee mahu berikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hanee mahu berikan satu kejayaan dalam karier yang boleh banggakan dia.
“Dan Hanee percaya malam ini dengan kejayaan dari juara Dewi Remaja telah mebuat emak Hanee bangga. Selepas ini Hanee berjanji akan beri kehidupan lebih baik lagi untuk emak Hanee,” jelasnya yang gembira dengan kemenangan tidak disangka ini.
Malam semalam juga turut menyaksikan ibu Hanee, yang mesra dipanggil Sakuraneeda turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Ternyata ibu muda ini begitu gembira melihat kemenangan yang tidak dijangka.
“Saya bangga dengan kemenangan Hanee itu. Kalau sebelum ini ramai yang kata dia sudah glamour dan ada nama kerana berlakon dalam drama popular. Tetapi itu orang kenal dia melalui watk Zaza bukan Haneesya Hanee.
“Jadi saya cakap padanya, saya nak dia beritahu satu Malaysia dia adalah Haneesya Hanee. Walaupun berkulit gelap tetapi tidak bermakna kita boleh dihina sesuka hati. Oleh sebab itu dia sangat terbuka untuk menentang sebarang bentuk kejian dan cercaan jika menyentuh warna kulitnya,” tambah Sakuraneeda yang mengakui pernah berdepan masalah rumahtangga hingga menjadi mangsa dera.
“Walaupun Hanee seorang disleksi dan agak kurang fokus dalam pelajaran, tetapi ada memori yang sukar untuk dia lupakan dari kotak ingatannya. Salah satunya adalah pengalaman saya ketika dia masih kecil.
“Melalui pengalaman itulah saya dan Hanee lebih berani bersuara dan memastikan kejadian ini tidak diulangi lagi. Hubungan kami berdua memang sangat rapat kerana dia satu-satunya anak perempuan selain dua adik beradik lelaki yang lain,” tambahnya sebelum menutup perbualan.
Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menepati ramalan apabila berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, menyaksikan Scha Alyahya sebagai hos dan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
Memasuki dunia makanan Korea boleh jadi menakutkan sama seperti kita menerokai dunia kecantikan wanita Korea. Walaupun di restoran barbeku Korea di mana anda dapat dipandu untuk menikmati daging yang berbeza, menu-menunya boleh panjang dan penuh dengan hidangan yang mungkin anda tidak biasa.
Merasa bosan dengan jumlah banchan, seperti kimchi atau bayam yang diasinkan, rebusan, sup, makanan pembuka dan daging yang ada. Penting bagi anda yang baru berjinak-jinak makanan Korea, jom semak senarai makanan ini untuk pemula supaya tidak tersalah pilih.
1. Pajeon
Terjemahan: Lempeng daun bawang
Berbentuk seperti lempeng besar. Terdapat banyak jenis jeon dalam masakan Korea, tetapi lempeng goreng ini yang paling popular adalah pajeon, lempeng daun bawang yang dibuat dengan tepung beras, tepung gandum dan telur. Ia juga boleh digabungkan dengan sayur-sayuran (yachaejeon), makanan laut (haemuljeon) dan kimchi (kimchijeon).
2. Mandu
Terjemahan: Dumpling
Setiap budaya seolah-olah mempunyai ladu dan di Korea adalah mandu. Terdapat banyak gaya mandu, gogi mandu (berisi daging), yachae mandu (sayur-sayuran), saewu mandu (udang), kimchi mandu dan banyak lagi. Kombinasi yang popular adalah daging lembu dan tauhu dengan kubis napa dan bawang putih, bahkan boleh juga dicampurkan dengan tauge, cendawan dan zucchini. Ia boleh digoreng atau direbus.
3. Gimbap (Kimbap)
Terjemahan: Gulungan beras bersama rumpai laut
Gimbap seperti sushi untuk masakan Jepun. Gim (rumput laut) di luar, nasi gandum pendek dimasak digulung di tengah. Gimbap sering menggunakan sayur-sayuran (lobak, bayam yang dimasak, timun, acar lobak), kepingan telur kacau, tahu, daging yang dimasak (seperti bulgogi) dan tuna. Tetapi anda tidak sering melihat ikan mentah dalam gimbap seperti yang ada pada sushi.
4. Banchan
Terjemahan: Hidangan sampingan kecil
Setiap restoran Korea akan membawa pelbagai banchan kecil ke meja sebagai makanan sokongan. Pemilihan biasanya terdiri daripada sayur-sayuran yang diperap seperti bayam atau tauge juga beberapa jenis kimchi, biasanya kubis penapaian pedas, lobak daikon atau sayur-sayuran lain. Manakala salad kentang Korea pula seperti kek ikan goreng, sotong pedas kering dan banyak lagi. Setiap restoran mempunyai versi banchan tersendiri dan ia selalu mempunyai isi ulang tanpa had, jadi makanlah sepanjang makan dan jangan takut untuk meminta lebih banyak!
5. Tteokbokki
Terjemahan: Kek nasi goreng berempah
Kek beras berbentuk silinder yang kenyal ini, teksturnya seperti mochi Jepun adalah makanan jalanan Korea yang terbaik. Ia digoreng dalam sos pedas yang dibuat dari pasta cabai gochujang, kicap, serpihan cabai gochugaru, bawang putih dan sedikit gula. Tteokbokki sering dicampurkan dengan kek ikan goreng, hirisan daun bawang dan biji bijan. Sukar untuk menjelaskan mengapa makanan ini buat anda hampir ketagih, jika anda melihatnya di menu, pesanlah! Anda tidak akan kecewa dengan tekstur kenyal dan kehangatan rempahnya.
6. Japchae
Terjemahan: Mi tepung ubi
Mi tepung ubi ini kelihatan lut sinar dan kenyal, sedikit licin dan manis. Apabila digoreng dengan sayur-sayuran bersama bulgogi atau daging, minyak bijan, bawang putih dan kicap. Rasa yang sedap. japchae pasti seronok dengan keenakannya apabila dimakan bersama daging rebusan.
7. Bulgogi
Terjemahan: Daging sapi BBQ Korea yang diperap
Hidangan yang paling popular di restoran BBQ Korea adalah bulgogi, daging lembu yang dipotong tipis (biasanya daging tulang rusuk atau sirloin) diperapkan dalam sos manis yang diperbuat daripada kicap, gula dan pir Korea parut yang menambah rasa manis dan kelembutan pada daging. Makanlah dengan nasi dan kimchi, kubis pedas yang ditapai yang melengkapkan kemanisan dan kelazatan daging.
8. Bibimbap
Terjemahan: Mangkuk nasi bersama daging dan sayur
Bibimbap diterjemahkan menjadi “nasi campur,” dan disajikan dalam mangkuk batu panas yang berdesir ketika datang ke meja. Bahagian bawah nasi sering renyah dari sentuhan langsung dengan kuali dan dicampurkan dengan pelbagai sayur-sayuran seperti pucuk, lobak, cendawan, bayam, paprika dan lain-lain sayuran. Manakala daging dan ayam juga menjadi salah satu hidangan tambahan di dalam hidangan ini. Kecuali jika anda vegan, telur juga salah satu pilihan tepat digabungkan dengan gochujang, pes cili ditapaikan penambah selera.
9. Kimchi Jjigae
Terjemahan: Rebusan kimchi pedas
Rebusan yang paling popular di Korea ialah kimchi jjigae. Ini adalah rebusan pedas, merah berapi, kaya umami yang dibuat dengan kimchi, bawang, tahu, bawang hijau dan biasanya beberapa daging perut. Lebih nipis daripada rebusan daging lembu Amerika dan disajikan dengan nasi di sebelah. Ini boleh mencapai tahap rempah bergantung pada berapa banyak gochugaru (serpihan lada panas Korea) dan gochujang (pes lada panas) digunakan dalam kuahnya. Anda boleh memesannya sebagai hidangan utama untuk seorang atau berkongsi di meja bersama barbeku Korea atau hidangan lain. Sekiranya anda tidak menyukai rempah-rempah, cubalah doenjang jjigae, rebusan serupa yang dibuat dengan pasta kacang soya (sama seperti miso Jepun) yang sedikit masin.
10. Sundubu Jjigae
Terjemahan: Rebusan tauhu lembut pedas
Salah satu hidangan Korea yang paling selesa adalah sundubu jjigae, rebusan pedas dengan tahu sutera yang meleleh di mulut anda. Ia boleh dibuat dengan daging atau makanan laut. Bahan utama adalah stok ikan teri yang ringan dan rebusan tulang. Sekiranya anda memesannya sebagai hidangan utama, makan dengan nasi dan juga perasa pedas yang menambah selera anda. Tetapi ia juga boleh disajikan dengan BBQ Korea dan makanan pembuka lain sebagai lauk.
11. LA Galbi (atau Kalbi)
Terjemahan: tulang rusuk pendek BBQ
Galbi adalah tulang rusuk pendek. Daging panggang ini dibuat dengan potongan flanken, yang nipis dan dihiris di tulang. Nama ini berasal dari pendatang Korea yang dikatakan menjadikannya popular di Los Angeles. Pengasam sama seperti dengan bulgogi, pulut manis dan sedap yang dibuat dengan kicap, mirin, pir Korea, daun bawang, bawang putih, halia, minyak bijan, bawang dan gula. Ia dimasak dengan cepat di atas panggangan dan sebahagian daging yang hangus. Teksturnya lebih lembut daripada bulgogi yang dihiris nipis.
Sumber: Eat This, Not that
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap perayaan di Malaysia, pasti diserikan dengan juadah menarik serta aneka hidangan makanan yang enak. Hidangan ini sekaligus mencerminkan identiti kaum itu sendiri. Mesti rakan-rakan beragama hindu kini sedang sibuk menyiapkan sajian untuk beraya bersama keluarga dan sahabat handai.
Bersempena sambutan Deepavali yang berlangsung hari ini, jika anda dijemput untuk merayakan perayaan tersebut bersama-sama, terdapat pelbagai juadah istimewa dan unik yang boleh sis nikmati tau!
6 makanan istimewa Deepavali yang WAJIB hijabi cuba!
Laddu adalah sejenis ‘pemanis mulut’ yang sering disajikan pada perayaan Deepavali, kerana penyediaan yang mudah, dengan menggunakkan tiga bahan utama seperti tepung, minyak sapi atau mentega dan gula yang dicampur bersama kekacang serta kismis kering.
Laddu kemudian akan dibentuk bulat, sebesar saiz bola golf untuk memudahkan ianya dimakan, rasa Laddu yang lemak-lemak manis menjadikkanya dessert kegemaran ramai.
Idli pula adalah sejenis makanan sampingan bagi perayaan Deepavali, antara bahan utama untuk menyediakan Idli adalah vigna mungo iaitu sejenis kekacang dan nasi. Sekali pandang Idli kelihatan seperti putu piring kerana saiznya seakan sama.
Idli selalunya dicicah bersama ‘sandhini’ atau chutney iaitu sejenis kuah berwarna putih mempunyai rasa lemak masam. Selain itu, Idli juga lazat dinikmati bersama kari ayam atau kuah dhal.
Maruku adalah sejenis snek yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat melayu di Malaysia. Kerana rasanya yang rangup dan berempah membuatkan ia menjadi kudapan pilihan ramai untuk dinikmati sewaktu bersantai atau menonton televisyen.
Muruku merupakan snek goreng tidak ubah seperti kerepek yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras serta diperasakan bersama bahan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang enak.
Sekali pandang jalebi ini kelihatan sama seperti maruku, tapi dari segi rasa ia amat berbeza, kerana jalebi merupakan satu lagi hidangan ‘pencuci mulut’ yang sangat manis. Ini kerana setelah siap dimasak, Jalebi akan disira dengan air gula yang dibancuh likat dan pekat.
Hidangan ini sering dinikmati oleh rakyat Malaysia ketika sarapan pagi di kedai mamak, tidak kira melayu atau cina pasti pernah menikmati keenakan Tosai. Bagaimanapun pada perayaan Deepavali, Tosai merupakan antara menu utama yang disajikan kepada tetamu.
Menariknya, pada Deepavali, di dalam tosai terdapat inti kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup, serta dimakan bersama sandhini (chutney).
Panipuri merupakan antara makanan tradisi yang popular dihidangkan ketika Deepavali, berbentuk seperti bola golf yang ringan seperti bola pingpong. Tekstur panipuri amat rangup ketika dimakan dan memberikan rasa masam, manis, lemak dan pedas ni memang sedap sehingga anda ketagih menikmatinya.
Keenakkan pani puri ini pasti membuatkan anda terleka dan menghabiskannya tanpa sedar, yang pastinya satu memang tak cukup! Confirm makan bertambah-tambah sampai puas.
Panipuri ni merupakan makanan kegemaran min setiap kali tibanya perayaan Deepavali, bagaimana pula dengan anda? Hidangan istimewa Deepavali yang mana satu pilihan hijabi? Kongsikan dengan kami di ruangan komen tau.
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu 'Dan Sebenarnya', Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.