Kata orang, seseorang wanita itu tampak lebih manis bila mengenakan tudung bawal. Betul ke? Hehe, terpulanglah pada citarasa masing-masing, yang penting apa jua fesyen yang digayakan haruslah menutup aurat selari dengan kehendak agama.
Bagi penyanyi terkenal, Wany Hasrita, dia juga lebih senang mengenakan tudung bawal berbanding selendang.
Cara Wany ‘Maintain Awning’ Sepanjang Hari!
Sempat bertanya caranya mengekalkan ‘awning’ tudung sepanjang hari, pelantun lagu Pedas itu ternyata ada jawapannya yang tersendiri.
Ads
“Berdoa je. Itu je boleh! (ketawa) Dan selain daripada itu, of course boleh spray (hijab starch) tapi saya tak berapa suka menggunakannya kerana ia akan membuatkan tudung menjadi terlalu keras.”
Kalimah Tadarus berasal dari درس yang bermaksud belajar, meneliti, memahami & mengkaji. Kemudian ditambah di hadapan kalimah itu dengan huruf Ta’. Maka jadilah ia تدارس yang bermakna saling belajar, saling meneliti, saling memahami & saling mengkaji.
Apabila kita menggabungkan huruf-huruf tadarus Al-Quran maknanya menjadi saling belajar, memahami, dan meneliti ilmu al-Quran. Tidak mengapa jika kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran.
Apa yang penting kita berusaha untuk istiqamah dan jadikan amalam membaca Al-Quran sebagai rutin dalam kehidupan seharian. Sehari selembar muka surat pun dah cukup sis! Banyak fadhilat yang diperolehi mereka yang menghafaz dan mentadabbur al-Quran ini tau.
Untuk pengetahuan hijabi, tahun ini merupakan tahun ke sembilan Malaysia #QuranHour yang di anjuran oleh Yayasan Warisan Umah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama rakan sinergi mereka.
Hijabista difahamkan bahawa, majlis ‘taman-taman syurga’ di dunia ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan bersiaran secara langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya, pada pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari pada tanggal 30 Ogos nanti.
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Malaysia #QuranHour pada tahun ini adalah istimewa! Kerana ia turut disambut bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 tahun.
Sehubungan itu, Marhaini berkata, buat pertama kalinya Malaysia #QuranHour kali ini akan memfokuskan berhubung agenda anak muda serta peranan orang dewasa dalam membawa misi “Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.”
Mengulas lanjut, katanya pemuda merupakan tonggak dan aset terpenting dalam pembinaan sesebuah negara. Pada masa hadapan Gabungan anak muda dan orang dewasa ini perlu saling melengkapi dalam melahirkan pemimpin abrar dan membawa legasi kebaikan yang membumikan Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour yang digerakkan sempena momentum Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, mengajak seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif, melalui intervensi yang diformulasikan dari prinsip-prinsip al-Quran.
“Pendekatan tadabbur dengan al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah (Pembukaan), Surah Al-Insan (Manusia) dan Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan bagi mengangkat tema tersebut dapat melahirkan golongan pemuda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekaligus melahirkan para pemimpin abrar pada masa hadapan.”
Tambah beliau, dengan berpandukan kepada al-Quran dan Hadis, ia dapat membentuk kerangka fikir dan karakter diri yang mulia, seterusnya dapat menjiwai kemerdekaan sebenar dalam kalangan rakyat, khususnya golongan pemuda. Impak daripada kempen #QuranHour juga diharapkan mampu melahirkan Muslim yang bersyukur, minda yang cerdas dan berkemahiran.
Justeru, melalui Malaysia #QuranHour, al-Quran menjadi tali penghubung dan solusi umat Islam di seluruh dunia. Dengan kerjasama Sinergi Media Malaysia dalam menjayakan kempen #QuranHour dapat dapat diteruskan dalam membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H.
Sekadar info, sejak 2013, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd menjalankan inisiatif untuk menjadikan al- Quran sebagai manual kehidupan.
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella. Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, yang mengatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni. Bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella akan tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sampai masanya
Menurut Laudya Cynthia Bella “ Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan. Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Apa sahaja yang dipromosikan oleh wanita ini, pasti ramai yang beli dan menyokongnya. Selain dari hasil jualan kasut harian “Daily Darling” oleh Laudya Cynthia Bella, kita juga tahu bahawa Laudya Cynthia Bella juga mengambil bahagian dalam pelancaran QalbyApp Indonesia baru baru ini bersama Mizz Nina yang mewakilkan QalbyApp dari Malaysia.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tak susah sebenarnya untuk jadi cantik. Bukan sahaja dengan cara mengamalkan petua tradisional, tetapi juga boleh dilakukan setiap kali mengamalkan Doa Nabi Yusuf supaya wajah tampil cantik dan berseri. Doa ini boleh diamalkan sebaiknya selepas setiap kali bersolat.
Inilah Doa Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik & Berseri..
Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali..
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.