Obesiti boleh membawa maut kerana berisiko memberi kesan buruk kepada fungsi jantung dan paru-paru. 

Menurut kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), peningkatan morbiditi dan mortaliti penyakit tidak berjangkit yang berpunca daripada penyakit obesiti dan berat badan berlebihan telah menjadi kebimbangan utama status kesihatan rakyat Malaysia.

Sumber gambar: The National News

Masalah obesiti dan berat badan berlebihan di seluruh dunia menjadi punca kepada peningkatan penyakit kronik lain seperti ‘diabetes mellitus type 2’ yang mengalami peningkatan sebanyak 58%, 21% bagi penyakit jantung iskemik, 39% bagi penyakit jantung hipertensi, 23% bagi strok iskemik, 12% bagi kanser kolon, 8% untuk kanser payudara pascamenopaus, 32% untuk kanser endometrium di kalangan wanita dan 13% untuk Osteoarthritis.

Manakala, laporan kajian dari National Health and Morbidity and Morbidity Survery 2011 (NHMS 2011) membuktikan bahawa wanita lebih cenderung untuk menghidap obesiti berbanding lelaki. Selain itu, hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan membuktikan bahawa bangsa India memiliki lebih tinggi bacaan BMI berbanding bangsa Cina dan Melayu kecuali pada kajian NMHS 2011, dimana bangsa Melayu mempunyai BMI tertinggi berbanding dua bangsa lain.

Di Malaysia, masalah ini tidak hanya memfokuskan kepada golongan dewasa yang rata-ratanya mempengaruhi kadar peningkatan obesiti negara, malahan golongan kanak-kanak juga menunjukkan peningkatan yang drastik setiap tahun dan situasi ini amat membimbangkan.

IKLAN

Golongan Dewasa

Sumber gambar: Have Halal Will Travel

Punca obes di kalangan orang dewasa adalah sama seperti kanak-kanak. Bagi golongan dewasa, seseorang itu menghidap obesiti apabila bacaan BMI nya melebih 30 kg/m2. Berdasarkan rekod kajian daripada National Health and Morbidity Surbey II (NHMS II) pada tahun 1996, sebanyak 4.0% kaum lelaki dan 7.6% kaum wanita memiliki bacaan BMI lebih daripada 30kg/m2. Namun, sehingga tahun 2011, peningkatan berlaku dan berdasarkan rekod NHMS 2011, kaum lelaki bertambah menjadi 12.7% dan kaum wanita meningkat kepada 17.6%. 

Hasil kajian yang dilakukan secara konsisten membuktikan bahawa lebih ramai wanita yang obes berbanding lelaki tetapi lebih ramai lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan berbanding wanita. Pun begitu, peratusan masih menunjukkan kadar peningkatan yang agresif.

Secara amnya, obesiti boleh menjejaskan kesihatan kepada semua, sama ada lelaki atau perempuan. Mereka berpotensi untuk diserang penyakit jantung, diabetes dan juga masalah kesuburan. Lelaki yang obes berisiko tinggi untuk mempunyai kualiti sperma yang kurang baik berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal. Obesiti mengurangkan kadar kesuburan akibat daripada kurangnya hormon testosterone dan juga berisiko tinggi untuk mendapat Erectile Dysfunction (ED), mati pucuk. Seperti juga kaum lelaki, wanita juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit berkaitan hormon termasuklah masalah kesuburan sekiranya mempunyai berat badan yang berlebihan.

IKLAN

PEMAKANAN

Sumber gambar: Healthline

Faktor pemakanan menyumbang sebanyak 80% kepada penurunan berat badan seseorang. Bagi penghidap obesiti, pelan pemakanan yang rendah kalori sama ada 1200kcal atau 1500 kcal seharian adalah ideal.

Makanan yang berminyak akan menyumbangkan kalori yang tinggi dan menyebabkan kesukaran untuk mengawal berat badan. Malangnya, makanan seperti ini sangat banyak dijual di merata-rata tempat. Pada pendapat saya, penjualan makanan seperti ini semakin banyak disebabkan permintaan yang semakin tinggi. Sekiranya masyarakat sedar mengenai kesan makanan seperti ini terhadap kesihatan, mungkin permintaan akan berkurangan, namun, ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

IKLAN

RAWATAN

Sumber gambar: SELF Magazine

Pelbagai cara rawatan yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan dan obesiti. Selain daripada perubahan gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti melalui diet dan senaman, pakar turut menyarankan kaedah Farmakologi iaitu rawatan secara pengambilan ubat-ubatan atas nasihat doktor dan juga pemantauan rapi dari pihak hospital. Pun begitu, jika seseorang itu sudah berada dalam tahap obesiti jenis Morbid, mereka dinasihatkan untuk melakukan pembedahan Bariatrik.

Pembedahan Bariatrik adalah jauh berbeza daripada pembedahan pembuangan lemak. Bagi pembedahan untuk membuang lemak, ia adalah sejenis rawatan kosmetik yang tidak disarankan untuk penghidap obesiti kerana ia bukanlah bersifat kekal. Namun, pembedahan ini sesuai dilakukan bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

https://www.youtube.com/watch?v=7NyoTi2CRdk

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI